31 January 2012

The Carnivall

Assalamualaikum.

Cuti raya cina hari tu, aku dan kawan-kawan pi The Carnivall, Sungai Petani. Bagi yang taktau, The Carnivall tu adalah taman tema air ala2 Bukit Merah la. Bayaran masuk RM25 seorang. Bagi yang sukakan suka ekstrem air mmg sesuai pi.

Yang penakut macam aku yang menjerit sampai hilang suara, sampai semua pengunjung tengok aku, sampai pakcik jual burger pun tercari-cari siapa yang jerit maka aku nasihatkan elok mandi di kolam kanak-kanak ja la. Walaupun bayaran tu rasa macam tak berbaloi sebab aku tak naik banyak benda tapi kenangan bersama kawan-kawan tu yang paling berharga. Seriously !



Sampai- sampai ja terus berposing. #lumrah


Masih berposing.


Wani Baling.
Perlu ka letak Baling di belakang namanya ? PERLU !


Jangan main-main, seluar SUPERSTAR tu.


Hasni hilang RM50.
Letak dalam poket pastu masuk mandi #lupadiri
*untung sapa yang jumpa*


Dalam ramai2, Alin ja yang reti berenang.
Baitul ? #ada gaya perenang.
Hasni dgn Aku ? #merangkak dalam air.


Geng NHY !


Fokus : Pakcik yang warna kulit sama dengan warna seluar.
#separuhbogel.


Asma' pi The Carnivall naik moto. ROCK !


Kolam kanak-kanak yang begitu sesuai untuk aku.
TAK TERLALU EKSTREM :)


Bye, semoga ukwah kita diberkati Allah S.W.T


Thanks to :
Abah sebab bagi duit
Mama sebab bagi pinjam kereta
Alin dan kerluarga sebab bagi tumpang rumah

21 January 2012

Video Best (1)

Assalamualaikum.

Aku terfikir nak buat perubahan sikit la dekat blog ni. Nak try buat entry Video Best.
So, this is my first entry about video.
Tengok sampai habis tau. Realiti remaja :)



video

16 January 2012

Makan lagi !

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas memang minggu makan bagi aku. Sabtu, Kak Jiah ajak pergi Seoul Garden. Orang dah lama try aku rasa. 3 jam aku makan tanpa henti. Memang berbaloi wey pergi makan kat sana. Sapa-sapa yang makan sikit tu aku galakkan tak payah la nak membazir duit sebab tempat tu memang untuk orang yang ada perut saiz besar macam aku. Tapi kalau nak try pun ok. Ahad tu, try Tutti Frutti pulak dengan Emy. Maklumlah kat Melaka baru bukak cawangan. Kedah jangan harap la. Taktau la kalau dah ada sekarang ni


Air buatan sendiri, Mountain Dew float *ice cream Pistachio*


Semua perisa ice cream aku try.


Makan sebanyak mana yang hampa mau. Ambik jaaaaaaaaaaaaaa !
Harga : dlm RM32 seorang hari minggu. Hari biasa maybe lagi murah. #taksure


Bakar daging dari awal sampai sudah. Ketat perut !
Pesanan ikhlas : Pakai baju yang longgar supaya boleh sembunyi perut buncit.


Muka masih bersemangat untuk makan.
Tapi akhirnya, Kak Jiah kalah dengan aku.


Muka meluat tengok makanan.
*setelah 3 jam makan



Mula-mula masuk kedai Tutti Frutti tu, dia tanya "First time ke kak? "
Kami pun mengaku. Pastu dia bagitau la cara-cara nak beli kat situ, nak ambik aiskrim macam mana, ais krim perisa apa dan sebagainya.

Tapi, boleh pulak time nak bayaq cashier tu cakap "Jangan terkejut ! "
|mungkin dia takut aku dengan Emy terkejut dengan harga aiskrim tu|
#bengong