27 February 2013

Chucuk - Chucuk, Bukit Beruang.

Assalamualaikum.

Waalaikumussalam. Eh, tetiba jawab sendiri. Actually entry ni asyik terbengkalai dari semasa ke semasa. Akhirnya berjaya jugak disiapkan. Pernah tengok Jalan-Jalan Cari Makan dak yang Iqram Dinzly mai Melaka tu. Dia kan pi Chucuk-Chucuk. So, kami pun rasa terpanggil untuk ingin mencuba apa yang best sangat sampai masuk JJCM. Tempat ni memang tak jauh dengan Kolej Kediaman Bunga Raya UTeM. Senang cerita kedai ni terletak bersebelahan Medan Selera Bukit Beruang. 

Makanan kat sini boleh tahan la. Kedai ni menyediakan aneka jenis makanan yang dicucuk-cucuk di lidi *macam pelik ja ayat aku*. Satu cucuk harga RM 0.80. Tapi aku cadangkan better hampa ambil set buffet. Untuk harga student, seorang baru RM 16.90. Pastu hampa boleh makan sampai pecah perut. Harga yang memang berbaloi ! Yang paling penting sekali dijamin HALAL.


Comelnya mulut Tweety.


Apa jenis sate hampa mau? Nemo ada, angry bird ada, teddy bear pun ada. 
*Wanie suka sangat la sampai sayang nak makan*


Bukan nak describe pasal Emy. Nak tunjuk tempat masak sate tu.
Boleh celup, boleh grill atau dalam bahasa Kedahnya bakaq.


Abaikan muka Wanie yang nampak tak nampak tu.
Fokus pada kuah kacang. Siryes sedap, aku tak tipu !


Meriahnya meja kami.


Aku rasa memang sesuai kedai ni nama Chucuk-Chucuk. Sampai brokoli pun dia nak cucuk gak.


Emy kerja memasak ja. Pastu dok kata dia dah makan banyak. 


Depa dua la yang menyebabkan angry bird semakin pupus.


Myra, kesian kita dua. Takdak gambaq hat lawa. 
Muka hang macam nak marah orang. Aku pulak terserlah kuat makan.
*candid*


Apabila handphone sampai ke tangan Wanie, beginilah gambarnya.


Komen aku : Chucuk-Chucuk ni ok la kalau kita nak feeling-feeling Seoul Garden time tengah pokai. Aku bagi 2.5 bintang sebab kuah tomyam dia rasa macam sup. Lain kali aku mai kena bawak sekali perencah tomyam Adabi.

21 February 2013

Usaha / Effort

Assalamualaikum.

Lumrah manusia kita suka meletakkan kesalahan pada orang lain. Contoh paling utama ialah waktu kita memandu kereta atau membonceng motosikal. Semua orang salah, kita ja yang betul.

" Ish, nak masuk kiri tu bagi la signal. Bodoh !!!! "

" Lembab la bawak moto pun. Cepat la sikit "

" La kereta depan ni, suka hati dia ja nak brek "

Tu antara dialog-dialog yang kita akan lontarkan bila tengah memandu. Including me.

Tapi malam ni aku tersedar satu perkara. Sebenarnya kita tak sepatutnya menyalahkan orang lain tapi sebaliknya menyalahkan diri sendiri. Satu benda yang boleh aku kaitkan dengan kehidupan aku sebagai mahasiswa ialah keputusan/CGPA. Bila kita dapat CGPA rendah, kita akan menyalahkan pensyarah. Pensyarah tu garang la, tegas la, susah bagi markah la , tak pandai mengajar la, kurang bagi latihan la dan macam-macam lagi. Tak pun kita akan cakap, soalan final tough sangat. Dan akhir sekali kita akan menyalahkan takdir. 

Aku selalu macam tu. Bila aku dapat pensyarah yang berpangkat tinggi sikit, aku mula la rasa susahnya nak dapat A kalau macam ni. Padahal aku belum berusaha. Yang sebenarnya semua tu terletak atas diri kita. Usaha tu yang penting. Atau secara englishnya ialah EFFORT. Seandainya kita dah berusaha tapi masih gagal, jangan sesekali berputus asa. Teruskan berusaha :)

19 February 2013

Korea Cafe Gil, Penang.

Assalamualaikum.

Cuti midsem lepas, aku dengan beberapa orang kawan telah pergi bercuti di Penang. Pastu, ada seorang kawan aku ni ajak kami semua makan di Korea Cafe Gil. Tempat kafe ni berdekatan dengan Universiti Sains Malaysia (USM). So, aku sebagai peminat drama, gameshow, filem dan lagu Korea ni merasa begitu excited sekali. Owner tempat tu pun orang Korea. Yang penting makanan di sini halal dan sedap.


Comel kan dia punya menu.


Ni la kawan aku yang beria-ria ajak tu. Nama sebenar Syafinah. Nama panggilan Pnat.
Nak masuk line sila contact aku.


Sempat lagi.


Kimchi sebagai side dish.


Ni aku punya makanan, jjampong.


Pnat makan ddeokbokki. Ejaan tu aku amik dari wikipedia tau. Jangan main-main.


Aterg makan mee segera atau nama scientificnya ialah ramyun.


Ni namanya kimbap/nasi gulung Korea. Sedapppp!


Peminat no 1. 

Mee segera cap Cintan.

Assalamualaikum.

Rutin biasa masa cuti sem ialah makan dan tidur. Aku pun bukanlah seorang manusia yang proaktif melakukan aktiviti seperti berkebun atau bersenam di rumah. Jadi aku pun duduk rumah bela LEMAK. Suatu malam, perut rasa lapar walaupun dah telan nasi. Jadi aku suruh Faizal (sepupu) beli Cintan perisa kari. Aiman dengan aku ja yang masak disebabkan abang, adik Ein dengan Faizal kononnya kenyang. Bila dah siap masak, terus depa serbu Aiman.

" Ish, awat semua mai kat aku. Pi makan yang kakak punya sama "

Aku terus tengok depa semua sambil berkata " Berani mai la "

Semua senyap.

Baru lepas edit.

TUNGGU RAJIN AKU POST.