27 July 2011

selamat terbang sahabatku.

assalamualaikum.

hari ini, seorang kawan aku akan fly ke India. dia ambil medic. aku tumpang happy sebab impian dia tercapai. sedih sebab aku tak boleh nak hantar dia. atas alasan aku takut nak pi KLIA seorang diri. arghhh, awat la aku jadi pengecut ! sorry tau titie...semalam rasa nak nangis ja bila komen-komen dengan hang dalam facebook. hang tau la kan aku kan cepat touching. nasib baek la cuti haritu dah jumpa hang dua kali. dah manja-manja, dah peluk-peluk, dah gelak-gelak. kalau tak, mesti aku lagi sedih.


aku nak bocor rahsia hang....

  • hang seorang yang pandai menjaga diri. berakhlak baik.
  • tak suka ngumpat orang.
  • selalu bagi nasihat kat aku. bila aku down, aku suka cakap kat hang sebab hang akan bagi aku semangat balik.
  • hang kalau depan orang ramai nampak macam malu-malu. nampak macam pendiam. tapi, sebenarnya di sebalik tabir hang memang seorang yang happy go lucky, pandai buat lawak sampai aku nak pecah perut dan sangat happening. hanya kami yang kenai hang mcm mana.
  • time form 5, kita satu dorm. pastu kan, hang selalu bermatian-matian kejut aku yang selalu tidur mati ! sampai bergoncang-goncang badan aku. tambah-tambah time cuti.
  • kalau kita jumpa, kita mesti nak peluk lama-lama.
  • kita selalu bincang macam mana nak majukan pengakap puteri lebih dari pengakap putera ! hahaha :D
  • makan banyak !!!! *best la kan sebab kadar metabolisme dalam badan hang tinggi. makan banyak pun tak gemuk-gemuk. betoi dak teori aku ? kalau salah, buat-buat taktau ja.
  • seorang yang tabah-mabah kot. aku pun x mampu jadi macam hang. hang jaga arwah ayah hang dengan baik. time dapat tau kata ayah hang meninggal, aku rasa sebak sangat. nak call hang tapi aku takut hang masih sedih. tapi, sebenarnya hang kuat dan tabah hadapi semua tu. hang anak yang baik :)


setiap kali jumpa hang mesti bawak bedak ni.
pureendren !


sayang pengakap puteri sampai bila-bila *love*



aku paling suka gambar kita dua yang ni. nampak mulus !


ingat tak lagi penyepit pink tu ?


benda ni la yang hang bagi time kita dah nak keluar dari sekolah.
aku still simpan dan jaga baik-baik !



kalau la kita jadi lebih rapat dari awal, alangkah bestnya. kita start rapat pun aku rasa sebab pengakap. lepas tu, aku selalu gak pi dorm hang sembang-sembang. time form 5, aku selalu terbongkang atas katil hang. besa la aku, katil-katil orang ibarat macam katil aku. kesian kat hang sebab takda ruang nak tidur. seriously, best sangat kawan dengan hang. tak pernah rasa stress pun.

hang kat sana jaga diri elok-elok tau. sana bukan macam malaysia. makan jangan jimat-jimat na. aku tau hang suka jimat. teringat time kita pi penang. kita dua makan paling murah sebab nak jimat. duduk sana, jangan sesekali lupa kami kat sini walaupun aku tau aku dah ada dalam hati hang *agak perasan di situ*

pi sana, tangkap la gambaq banyak-banyak boh dalam facebook. aku teringat nak tengok tempat kat sana. selalu la balik malaysia sebab hang sendiri kata tiket murah ja. kalau aku dah tak jadi pengecut dah lepas ni, boleh la aku pi India tengok hang *angan-angan perlu ada untuk capai impian*

aku akan rindu kat hang nanti sebab setiap kali aku pi kulim hang mesti ada.
aku akan rindu kat hang nanti sebab setiap kali aku pi reunion hang mesti ada.
aku akan rindu kat hang.
tak boleh nak koling-koling macam dulu.

aku doakan semoga setiap langkah hang diberkati Allah S.W.T...

13 July 2011

latihan industri / praktikal

diam tak diam, bising tak bising dah 10 minggu wey aku menjalani latihan praktikal di SYARIKAT KIAN SWEE, Alor Setar. best wey kerja sini, sebab pekerja semua sporting dan depa semua sayangkan aku *agak perasan di situ*. Tadi, lecturer dari UTeM datang dan tengok presentation aku. Everything is fine !

DIA PUJI LOGBOOK AKU CANTIK DAN KEMAS * sedikit bangga di situ*

walaupun syarikat ni lebih kepada Civil Engineering, aku mengambil inisiatif untuk *diulang sekali lagi, mengambil inisiatif untuk buat research dan assignment yang melibatkan Manufacturing Engineering.

cuma kekadang terasa macam nak belajar seumur hidup sebab kerja ni asyik buat benda yang sama. tambahan, kat sini kekadang aku hanya dok nganga dan cangak sepanjang hari membuatkan aku sedikit bosan.

hanya nganga dan cangak di office, aku dapat elaun RM1,000.00. bertapa syoknya hati sampai berkali-kali terima kasih kepada bos.

  • bos, nak minta maaf sebab saya gaduh dengan bos just because of the letter "J".
  • merajuk tak nak claim duit dari syarikat for my project just because of the letter "J" once again.
  • nak minta maaf jugak sebab selalu jeling bos sebab saya tengah tension.
  • selalu gila nak mampuih amik cuti untuk pi reunion la, pi sekolah la, pi tengok tok lang sakit la dan macam-macam la.
  • thank you bos sebab cakap saya pekerja yang bertanggungjawab!

penuh kreadibiliti membuat papan tanda :)

prinsip seni masih diaplikasi. thanks Cikgu Rosnedah !

sapa-sapa nak upah aku buat signboard, boleh email ek !

buah tangan untuk syarikat. i will miss you all !
especially the Vietnam one. LOL !

kalkulator yang digunakan untuk 'berlakon' kononnya ada pengiraan yang perlu aku buat
*bila bos masuk ja, cepat-cepat aku capai kalkulator*

aku dan supervisor a.k.a supersenior !
kamceng kot (^_^)

aku dan nadia. akaun punya orang. seronok tengok dia dok tekan kalkulator.

aku teruja bila first time guna mesin fax. tak semua orang mampu kan ? haha !

bila bosan, mula la aku bermain-main...

mulut ternganga luas sebab letih. letih sebab dok cangak kat office.


SEGALA BAGAI PENGALAMAN YANG AKU DAPAT KAT SINI AKAN SENTIASA AKU INGAT SAMPAI BILA-BILA. TERIMA KASIH KERANA MENERIMA KEHADIRAN AKU DENGAN TANGAN YANG TERBUKA.

11 July 2011

lawatan sambil bawa kek ke sekolah

assalamualaikum

darlingssss, semalam kami ada pergi ke sekolah kita untuk berjumpa dengan cikgu-cikgu tersayang. tambahan, syikin mursyid dengan titie kan dah nak fly nanti. so, pi jumpa cikgu-cikgu la ambil berkat. then, kami beli kek untuk cikgu-cikgu. kek cikelet. dappp sangat *cikgu yang kata, bukan aku!

jumlah yang pergi sekolah semalam ada la dalam 8 orang tapi riuh-rendah macam ada 80 orang wey. gelak memanjang!

APA YANG CIKGU-CIKGU CAKAP :
  • Cikgu Afdzan kata batch kita yang paling ok. Lepas kita keluar takda lagi yang baik. Chewah, kembang pungkoq sat.
  • Awat semua sihat-sihat ? *sihat-sihat di sini bermaksud debab-debab.
  • Hampa makan apa ? Awat semua koi besaq ?
Ayat-ayat yang pasal tubuh badan di atas kebanyakannya ditujukan kepada aku sendiri dan seorang lagi sahabat kita yang namanya dirahsiakan atas tujuan menghormati hak asasi manusia. hahaha !

Kesimpulannya, semakin lama kita keluar dari sekolah semakin debab saiz badan*ni untuk aku ja. Jadi, berdietlah dahulu sebelum menjejakkan kaki ke pintu sekolah !

huda, tqah dan abon di dalam bas ke sungai petani.

gaya apakah itu ?

pnat menokak dengan rakusnya sandwich itu. bukan sebab lapar tapi sebab sandwich tu mahallll !

tiba-tiba syikin pun sampai dan terus pose. haha !

taktau la depa dua ni sembang pa. hanya orang2 oversea ja yang faham.

burger tu titie belanja. dappp o !
*saja takmau cakap pasal dua org budak comel tu.

ni la kek cikelat tu!

kin teringin nak bergambar bersama kek. layan ja la budak yang dah nak tinggalkan malaysia ni. hahaha :D

tulis nama di pondok pakguard. pakguard lama dah takda :(

sambil menunggu 'orang jauh' iaitu hasni dan baitul tiba. padahal rumah hasni yang paling dekat. haha !

tataplah muka titie puas-puas. nanti dia nak pi india dah. sobsobsob...

huda sempat mempromosi minyak wangi yang sememangnya wangi...

bergambar bersama ustazah !
ustazah kata : dok sebelah salwa, nampak kuruih sikit.

macam kembaq aih.

bersama cikgu Rosnedah !

saya suka pic ni. menarik !


Nanti, sapa-sapa yang dah lama tak menjenguk sekolah dan mempunyai masa terluang, silalah melawat cikgu-cikgu kita. Rasa gembira sangat bila tengok cikgu-cikgu merasakan diri mereka masih diingati :)

p/s :
titie akan fly dlm bulan 8 hari selasa. sorry, terlupa tarikh ;(
syikin pulak dalam bulan 9.
rabu ni hari kokurikulum. sapa nak pi bolehlah berbuat sedemikian.

09 July 2011

pah, happy birthday !

untuk pengetahuan semua, saya ada seorang kawan yang belajar di Jepun.
hampa ada ? *sambil mengangkat kening.
nama dia Ummi Afifah binti Abdullah.
badan dia kurus-kurus.
muka dia macam Misha Omar.
hampa ada kawan muka macam artis ? tobat xda !

sekian pendahuluan di atas.

Pah, kita dah lama sekelas. Dari form 1 sampai form 4. Aku tau sangat perangai hang. Dulu time kita muda-mudi, hang suka begaduh dengan budak lelaki. Hahahaha kalau ingat-ingat balik lawak aih time tu. Pastu, aku la dok bagi hang bertenang. Aku kononnya penyelamat keadaan. Padahal, sebenarnya aku takut depa baling kerusi kat hang seterusnya terkena kepala aku. Maklumlah kita kan duduk sebelah.

Bila mai form 4, kita jadi rapat gila nak mampuih aih. Seronok sangat time tu. Kita kan paling sayang kelas tu. Malangnya form 5 hang lagi pandai dari aku. Aku pun pelik dan taktau pasal apa aku tak terpilih masuk 5T1 ??? *saja buat-buat tanya padahal dah tau result aku teruk !


dinner girls time form 4...


dalam kelas 4T1...


Bila hang dapat pi Jepun, aku rasa bangga walaupun bukan aku yang pi tapi at least aku ada kawan yang berjaya belajar di sana. Jealous jugak sebenaqnya. Dok sana belajar elok-elok. Jangan asyik dok men sumo ja tau !

Aku ada cipta satu sajak untuk hang. Dengarkanlah...

Bila beli sosej keju, teringat kat hang
Bila nampak library teringat kat hang
Bila tengok komik teringat kat hang
Bila nampak novel Ramlee Awang Murshid pon teringat kat hang jugak


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE DUA PULUH TAHUN !
semoga berjaya dunia akhirat :)


04 July 2011

selamat hari ibu bapa !

bertuah punya anak la kan. tambah-tolak anak macam aku. dah berbulan Hari Ibu dan Hari Bapa baru aku nak post entry ! maklum la anak yang seorang ini sedang sibuk menjani latihan praktikal. tambahan elaun pulak tak dapat macam mana nak buat sambutan la kan. tiba-tiba semalam dah dapat gaji. yeayyyy !

APA YANG ADA DENGAN MAMA DAN ABAH ?

  • Merupakan pasangan paling romantik di Kampung Alor Penyengat. Bukan aku yang kata tapi Tok Lang yang kata. Pantang ada masa mesti nak berkepit. Selalu dating berdua. Bukan nak bawak anak-anak sekali.
  • Mama dengan abah jarang sangat nak bergaduh. Maybe sebab depa ada kimia yang kuat.
  • Mempunyai seorang puteri yang debab dan tiga orang putera yang comot-comot.
  • Abah ialah orang yang paling berjimat-cermat yang pernah aku jumpa. Sayangnya sifat itu tak menurun kepada aku !
  • Mama memang kuat shopping. So, mama tak boleh la nak marah chek sebab chek ikut perangai mama. Kan kan kan ?
  • Abah seorang yang pandai buat lawak. Selalu kenakan kami adik beradik. Yang paling abah suka usik semestinya aku dengan Adik Ein yang penakut. Tapi yang paling best, abah suka back-up aku bila mama berleter sebab malas basuh pinggan. Sayang abah !
  • Mama kalau tengok drama or filem yang sedih-sedih dia mengalahkan pelakon. Fauziah Nawi baru nak start menangis, dia dah lencun kain batik menangis. Bila kami usik, dia kata " hampa semua tak menghayati macam mama ". Fine la mama.
  • Kalau aku nak kahwin nanti, aku akan pastikan abah aku suka kat future husband aku sebab pendapat abah sangat penting untuk kebahagiaan hidup aku. Aku takmau cinta aku terhalang macam Abang Kif. Kan abang kan ? Hahaha XD
  • Mama sporting sikit dari abah. Setiap kali balik rumah cuti sem, mama WAJIB akan tanya aku soalan ini. KAKAK BILA NAK ADA KAWAN LELAKI ? MAKSUD MAMA YANG ISTIMEWA....
* soalan paling killer abad ini

SELAMAT HARI IBU DAN BAPA BUAT MAMA DAN ABAH

hanya kek spongebob yang mampu aku beli. Mama kata aku macam budak-budak !


kedai kek tu koman bin spanar sebab takda hat tulis2 tu. menci aku !


mama dengan abah masa potong kek...



sorry abah sedikit seksi sebab dia memang tak suka pakai baju dalam rumah.



semoga mama dan abah panjang umur dan murah rezeki.
semoga jodoh mama dan abah berkekalan hingga ke akhir hayat.
semoga mama dan abah cepat-cepat dapat menantu. *just joking!
semoga kakak dan adik2 menjadi anak yang baik untuk mama dan abah.
sayang mama dengan abah sangat-sangat !