27 March 2013

Bercuti di Batu Ferringhi, Penang.

Assalamualaikum.

Malam dah buta tapi mata aku masih segar. Tetiba teringat satu entry yang terbiar. Niat memang nak siapkan tapi apakan daya. Kesibukan aku sebagai seorang pelajar mengalahkan segalanya. Ingat entry aku yang ini? Itu pun kalau hampa baca la. Kami seramai 6 orang telah pergi bercuti di Penang sewaktu cuti sem lepas. Benda ni tak rancang pun sebenarnya. Semuanya last minute. Tapi memang enjoy habis.

Sekarang ni MAT (Perodua Kancil Mama) telah menjadi hak mutlak abang. So, aku patah kaki untuk berjalan sana sini seperti dulu. Maka aku ke Kulim awal sehari dan semestinya menginap di rumah Pnat. Mak dia aku rasa sampai dah cukup kenal dengan aku. Setiap tahun mesti pi tidoq sana. Keesokan harinya, barulah kami semua bertolak ke Penang dengan menaiki kereta Nana. 

Bermulah percutian kami semua.......


Dah mula posing. Itu kebiasaan.


Semakin menjadi-jadi sekali dengan driver.


Mungkinkah Ila menganggap paha aku tu bantal ?


Kami berempat ja yang  mandi, dimana lebih kepada letak punggung di gigi air.


Aku lupa gambaq ni candid atau tak. Yang pasti kami singgah Watson untuk mencari mask. Kononnya nak buat facial ramai-ramai.


Cinta antara kami masih utuh. HAHAHA !


Train.


Depa rasa depa comel. Aku pun rasa depa comel.


Selipar biru tiga dari kiri tu aku pernah pakai masa aku mai kondo Nana beberapa tahun lepas. Tahan sungguh !


Ada manusia di bawah timbunan kusyen-kusyen itu. Dia yang paling lewat bangun so kami tugukan dia.


Nana dengan Topnya. #topsy


Ini Tuyat. Dia sudah berkerjaya sekarang. Pakai Myvi kuning dah la ni. I'm proud of you Kak Tui :)


Breakfast time !


View dari balkoni kondo Nana.


Ruang tamu.


Kami suka buat peace :)


Tengok gaya Aterg dengan Pnat tu. Ala-ala model wey.


Akhirnya, berjaya juga aku naik banana boat ni. Bagi yang darah gemuruh macam aku, jangan takut. Hampa boleh minta pakcik tu suruh dia bawak slow dan jangan bagi jatuh dalam laut. Amacam?



Lepas ni, taktau la bila pulak boleh kumpul ramai-ramai macam ni. Enam orang dah cukup ramai buat aku. Sebab yang lain taktau menghilang ke mana *angkat bahu*

Perbezaan pi Penang dulu dengan sekarang (16 tahun vs 22 tahun)
1. Dulu travel semua naik bas Rapid. Sekarang semua ada lesen, boleh drive siap guna GPS.
2. Dulu handphone mama aku bawak. Sekarang, semua bawak smartphone.
3. Dulu sembang bagai nak rak. Sekarang masing2 senyum depan handphone.

#TeknologiMampuMembunuh






24 March 2013

Si bulat bersama tiga budak kecik.

Assalamualaikum.

Ok, tajuk yang kononnya aku rasa menarik padahal tak pun. Sabtu bersamaan 23 Mac 2013, Aini dengan Piyin mai ke Melaka untuk bersuka-ria. Aku memang teruja sebab lama tak jumpa. Walaupun aku dengan Kin banyak assignment tapi kami tetap lapangkan jadual kami semata-mata untuk depa. Wah, terharu dak Aini dengan Piyin ? *padahal sampai ke sekarang kerja aku tak siap-siap*

Taktau nak bawak depa pi mana sebab depa dah pernah mai dulu. Segala bangunan bersejarah dah pernah depa pusing. So, aku dengan nafsu kuat makan aku ajak depa pi Seoul Garden. Kononnya boleh luangkan masa berborak (dimana lebih kepada bergosip) sambil makan-makan. Dan alhamdulillah kami have fun sangat.

Seperti biasa, kami abaikan pandangan orang sekeliling yang pandang serong bila kami bercerita sambil gelak yang dahsyat. Kami menjadi diri kami. Walaupun pada mulanya aku mengaku aku lebih fokus kepada daging kambing yang gila sedap dari bersembang dengan depa akhirnya aku dapat kawal nafsu aku. Hahaha. Ramai jugak yang kami contact untuk ajak lepak sekali malangnya masing-masing ada hal yang tersendiri. Macam-macam cerita di sebalik tu ;p

Lepas makan, kami sambung jalan-jalan window shopping. Tetap happy walaupun takdak benda yang aku beli. Masuk macam-macam jenis kedai, pastu try-try macam nak beli, muka berminat nak mampuih, last sekali keluar dengan selambanya. Aktiviti akhir kami agak keliru sama ada nak karaoke atau bowling. Memandangkan suara yang tak berapa nak sedap dan kononnya karaoke di Mahkota Parade tutup, kami memilih bowling. 

Semua asyik mengaku tak terer. Bila main, memang tak terer pun. HAHAHAHA. Kalau strike pun sebab nasib, kalau jatuh pin sebiji pun sebab lane bergegar. Yang masuk longkang pun banyak. Kan kan kan ? Kesimpulannya, setelah panjang aku membebel ni, aku sebagai si bulat nak cakap terima kasih kepada tiga orang budak kecik yang menceriakan hujung minggu aku. Siryes, semua stress dah terbang kemarin walaupun sekarang aku tengah stress nak siapan assignment tapi masih tulis belog untuk hampa. Nampak dak sayang dia macam mana tu ?


Meja yang meriah penuh makanan. Suka !


Aini bawak kamera tapi tak caj bateri. Tangkap satu dua gambar ja. Meluat aku HAHAHA !


Daging kambing yang aku makan berkeping-keping. Piyin makan dua keping pun pening sampai ke malam.


Meleleh. Nak makan lagi daging yang berjus ni.


............. hahaha saja takmau letak caption ;p


Piyin sorry aku upload gambaq ni. Kuasa di tangan aku :)
Walaupun muka hang besaq tapi kalau dah cantik tu cantik jugak *saja puji takmau bagi hang marah*


Finally dapat jugak bergambar berempat :)


Masing-masing membuat gaya yang tersendiri.


Kata Aini : "Hang pakai kasut tinggi pun, aku lagi tinggi dari hang". 
Kin jangan marah, kami sayang hang.


Kegemaran Bobo.


Kita sembang pasal ...........dari pagi sampai tengahari. 
Aini, ingat pesan aku pasal..........
Kita kena cuba sebaik mungkin :)


Sorry jika anda rasa annoyed dengan kami. Ini kami.


Gambaq pegang garfu. HAHAHA *Idea Aini*


Sepuluh kali tanya " Piyin aku nak tengok kat mana ni? Cermin ka kamera? "
Lastly dapat jugak snap walaupun aku masih tengok kat tempat len.


Nanti hampa mai kita duduk lama-lama sikit atas padang ni.


Muka sebelum dingorat oleh sekumpulan budak-budak lelaki hingusan. 
Lepas kena kacau, terus aku dengan Aini bangun dan jalan dengan lajunya tanpa menoleh ke belakang.
Rupanya Kin berjalan dengan kaki ayam sebab tak sempat nak pakai kasut HAHAHA.


Orang yang paling suka gelakkan Aini. Last sekali, Aini juara. HAHAHA


Aku berkongsi kejayaan dengan Aini. Kami hebat !


Pemenang tempat pertama bersama pemenang tempat terakhir. Jahat kan aku ?


Kami ingat Aini baik. Dia tidak bising gelakkan orang bila bola masuk longkang.
Tapi Aini terkantoi apabila aku menoleh ke belakang dia menari-nari dengan tangan bila kami gagal untuk strike.


Gua suka makan, so what? Muka tidak pedulikan orang sekeliling.


Dalam fikiran, "Nak ambil apa pulak lepas ni?"


Aku fail bab-bab wink ni.


Nampak macam candid, padahal depa paksa aku ambil gambaq ni.


KALAH. 


Nama semua nak Running Man ja.


Aini bahagia dengan kemenangannya.


Gelak ini yang aku maksudnya. Sangat dahsyat gegarannya.


Berkain tidak menghalang.


Gaya skor 100 +++


Kin terima kasih bagi aku tumpang bilik hang. Terima kasih sebab bagi aku tidur seorang ja atas tilam. Sebab kalau hang tidur dengan aku pun, pasti hang akan jatuh bawah. 



BANYAK SANGAT NAK CAKAP TAPI TERLUPA. THANKS WEY. SAYANG SEMUA KETAT-KETAT :)