08 September 2015

#TripTambahBeratBadan ke Hatyai

Assalamualaikum

Lamanya tak menulis. Cuti dua bulan kat rumah dengan takdak internetnya menyebabkan aku lambat untuk berkongsi mengenai trip kali ni. Trip ke negara jiran ja pun. Trip bajet ciput janji sampai. Sebenarnya kan dalam dunia ni masing-masing dengan persepsi sendiri pasal travel. Setengah orang dia kata kalau dia pi negara omputih baru dikatakan travel, setengah orang dia kata kalau naik kapai terbang pi mana-mana baru dikatakan travel, setengah orang dia kata kalau unplanned baru dikatakan travel. Gila la kan kalau kita nak ikut cakap orang. Kita ikut cara kita. 

Bagi aku dekat atau jauh tu bukan penentu pengalaman yang kita akan dapat. Berbelanja mewah waktu travel bukannya satu keperluan. Selagi mana kita boleh berjimat kita jimat. So, kembali kepada trip ke Hatyai. Actually plan nak pi Haytai ni tercetus bila aku tengah sembang-sembang kosong dengan Ketam. Tak sampai dua minggu dari hari kami sembang tu, kami akhirnya berjaya sampai ke Hatyai hoyehhhh ! Rahsia nak travel ni bukan apa sangat pun. Niat kita tu. Betulkan niat inshaAllah sampai. Bila niat kita betul, inshaAllah akan mai segala masa lapang dan wang ringgit. Tu ja yang aku pegang dari dulu. 

Plan asal untuk ke Hatyai adalah dengan menaiki keretapi dari Alor Setar tapi disebabkan tiket sold out kami tukaq plan dengan menaiki kereta ke sempadan Thailand dan parkir di sana. Bila dah masuk sempadan Thailand, kami menaiki van dengan bayaran RM6 seorang. Murah kan. Jangan tertipu uollsss nanti akan ada muka-muka yang tidak jujur membuat tawaran yang lebih mahal sehingga mencecah RM30 seorang. Berhati-hati dan kena cerdik sikit lah haha. Senang ja sebenarnya nak cam orang tu penipu ka dak. Tengok time dia bercakap tu dia tergagap-gagap ka dak pastu pandang tepat mata dia. Kalau nak bagitau harga pun dia macam gelisah ja dan amik masa untuk fikir memang penipu la tu. 

Sampai sana, kami check in di Cathay Guesthouse. Kami cari yang murah-murah ja sebab fokus utama mai Hatyai bukannya nak honeymoon ka apa tapi nak makannnn so bilik tu asal boleh ja. Murah jugak la sebab bilik untuk triple baru RM33. Lepas dah letak beg dan siap apa yang patut kami turun bawah untuk memulakan misi menjelajah Hatyai. Awalnya ingat nak sewa scooter tapi tak jadi memandangkan kami tak berapa tau jalan kat sana dengan signboard tulisan Siam lagi memang tak boleh buat apa la. Akhirnya kami memutuskan untuk naik tuk-tuk dengan abang Ibrahim (Thailand Muslim). Tawar punya tawar sampai abang Ibrahim pening dengan kami bertiga hahaha tapi alhamdulillah dia turunkan sikit harga untuk bawa kami pusing-pusing sekitar Hatyai. 

Pengalaman naik tuk-tuk sangatlah best sebab berangin ja kat belakang. Tapi sebab abang Ibrahim jugak kot bawak tuk-tuk dengan berhemah hihihi. Tempat pertama yang kami tuju ialah Samila Beach yang terletak di wilayah Songkhla. Kat situ yang popular ialah patung buatan manusia yang menyerupai beberapa jenis haiwan sampaikan nak ambil gambaq pun berebut. Makanan kat tepi-tepi pantai tu boleh tahan menarik, sedap dan semestinya murah. Kat sana kami cuba aiskrim kelapa yang diletakkan bermacam-macam jenis rencah dalam tempurung. Unik dan menarik. Lepas dah puas ambil gambaq rakam video bagai kami meneruskan perjalanan ke Klong Hae Floating Market. Kat sana rasa macam nak gila tengok orang jual makanan. Rasa macam semua nak try. Pastu murah pulak tu. Best dan memang best. Sesuai dengan hashtag trip kami iaitu #TripTambahBeratBadan. 

Malam tu, kami keluar berjalan-jalan di sekitar bandar Hatyai. Malam kat sana hidup mungkin dengan adanya ramai pelancong. Pastu Ketam dengan Kajol depa teringin nak mengurut kami pun survey-survey dapat la harga RM20 untuk urutan satu badan. Aku tak join sebab aku jenis geli kalau orang sentuh-sentuh badan aku silap-silap boleh penendang orang hahaha. Terkejut aku tengok depa kena urut rasa macam kakak-kakak Thailand tu tengah halau hantu dalam badan depa hahaha. Biasalah kami gelak memanjang sebab rasa lawak tapi selalunya tak lawak pun kami gelak. Dah selesai tu, kami keluar dari tirai yang menghadang kami dari customer lain. Tiba-tiba ada abang-abang Kelantan dengan slang mereka dok perli-perli cakap kami ni tak tau malu dok gelak kuat. Hello, kami perempuan diurut oleh perempuan yang hampa lelaki diurut oleh perempuan tu apa cerrr??? Geram tapi tak berani nak balas balik kikikiki. 

Keesokannya, kami check out, shopping ole-ole sikit dan terus bertolak balik ke sempadan. Sempat singgah Danok sebab aku teringin nak makan daging bakaq dengan pulut ayam dengan teh ais dia. Ya ampun sedap dia tu tak tau nak kata. Dah habis makan semua tu, kami pun bertolak balik ke Alor Setar. 


Semangat tau. Pukul 4 pagi dan bertolak dari rumah.


Bilik kami just nice bagi orang yang tak cerewet dan yang penting murahhhh.


Hotcup is a must when travel.


Bila lagi nak acah-acah pakai spek hitam :P


Nasib baik Huda pinjam monopod kawan adik dia (yang semestinya takdak kaitan dengan kami haha)


Samila Beach.


Bila travel tempat tu tak penting yang penting travelmates yang sempoi dan menggembirakan.


Aiskrim kelapa. Kami beli untuk abang Ibrahim sekali sebab kami nak tackle dia ehhh


Klong Hae Floating Market. 30 baht only !


Muka tengah bagi komen pasal makanan.


Teh dia sangat sedap pastu pasu tanah liat tu boleh cuci dan simpan buat kenangan.


Spicy seafood salad. Beli sebab adik yang jual tu cantik gilaaa. Aku dah la suka tengok perempuan cantik huhu tak tahan godaaan.


#TripTambahBeratBadan


Comey dak tukang urut depa? 


Ole-ole 


Dalam van otw balik ke sempadan.


Ni dia pulut ayam. Perghhh perghhh perghhhh


Sedap ya ampun daging bakaq Danok ni *menangis nak lagi*



Apa yang aku nak cakap untuk kesimpulan trip kali ni ialah:

1. Serach dan survey harga sebelum kita pi mana-mana untuk mengelakkan kita ditipu.
2. Makan ja apa kita nak makan kat sana tapi pastikan makanan yang dijual tu halal sebab balik Malaysia takkan jumpa dah huhu.
3. Pi dengan orang yang tak banyak kerenah dan sentiasa cool dalam apa jua keadaan untuk memastikan sepanjang trip tu kita akan enjoy semua moment :)
4. Selagi kita masih muda, bertenaga, ada waktu dan wang ringgit pi la travel ke mana kita suka sebab peluang takkan mai banyak kali.
5. Sampah jangan buang merata.

P/S: I miss my 2K a lot :(