28 February 2011

just a quote for me

they -----> the only reason why i'm always happy in UTEM


minggu ni aku akan menghadapi tiga test tetapi aku masih mengadap laptop cikai ini untuk berblogging dan berfacebooking. bila talipon mama, mmg aku ada kesedaran untuk belajar bersungguh2 tapi sejam selepas itu aku tewas. hahaha.

kekadang aku rasa menyesal masuk diploma. menyesal ku akui. tak terima cintamu.
*menyanyi pulak aku

always asking myself this type of question :
why don't you take the opportunity to enter the KMP ?

but i know that i'm in the right track

THE MINUTE YOU THINK OF GIVING UP, THINK THE REASON WHY YOU HELD SO LONG



27 February 2011

and finally


finally, i had finished all my reports and assignments.
feel free to take a bath.
i'm glad that i'm not going crazy.

do not disturb me. already disturbed.

i wish i could finish all my assignment and lab report to start my revision for THREE tests next week. pray for me :)

selamat 20 tahun hazimah hamka

abon tau zimah suka abon angkat muka mcm tu. mcm muka .........



kurus tapi kuat. bukan kuat fizikal. kuat makan.



kita berdua




ada gaya2 makcik bas x ? hahaha jahat aku !




cun x ? cuba korang fokus kat mulut. ahakssss!




punya la abon godeh2 kan zimah, pastu terjumpa pic zaman 60 an dulu.




saja nak buat special sikit ucapan disebabkan suprise party yg x jd. Salah siapa ek ?

---->abon ke?

ehem2.


mangsa : nurhazimah bt mohd hamka

asal : ulu tiram, johor

umur : dah masuk 20 pon.

mata : comel macam tweety. ala yg kartun warna kuneng tu. sila ingat !

badan : kurus kering.

kulit : putih menepung

tinggi : 0.5cm tinggi dr myra. ada ‘orang’ kata sebab leher dia pnjang. hahaha. jahat la aku !


perangai dia :

1. sangat caring.

2. rajin kemas rumah. rajin dari abon. SEMESTINYA.

3. suka gesel kaki kat karpet.

4. x suka makan sayur.

5. suka kejut salwa ismail bgun pagi. suka or x suka zimah ? maklumlah salwa tu kan liat orgnya kalau nak bangun tido. teruk kan dia ?

6. berhati lembut.

7. mementingkan keselesaan kasut.

8. menggunakan rangkaian produk safi balqis.

9. lagu2 dalam laptop dia sangat best.

10. POYO amat2.

11. tp kalau time dia period, muka masam mencuka tambah asid. hehe, jangan marah ;)

12. nafsu shopping dia masih dalam keadaan terkawal.

13. kita makan benda yang sama di waktu yang sama. tapi, kenapa saiz badan x sama ? cuba korang semua renungkan.....

BTW

selamat hari lahir yang ke- 20 tahun abon ucapkan. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk belanja abon. semoga jadi manusia yang berguna untuk agama bangsa dan Negara. Ayat mcm skema ! bukan macam tapi MEMANG.

pakai baju yang abon bagi tu hari2 untuk menimbulkan rasa bangga di hati abon. hahaha. GILA PUNYA KAWAN.

Apa lagi ek ? harap cepat2 dpt baby ! eh2 saja2 buat silap tulis. Hahahaha :D


abon sayang zimah amat2 dan peluk ketat2 sampai x boley nak nafas sehingga melekat bau ketiak.




26 February 2011

I LOVE MY FAMILY

rindu. rindu. rindu. rindu.

rasa mcm waktu sekolah dulu la.
call my mama, suruh dia datang sini waktu cuti sekolah bulan March tu.
mama cakap banyak kenduri, abah x dapat cuti n macam2 la.
mula la drama air mata aku. rinduuuuuuuu sgt.
mama cakap, ala x lama kejap lagi ja nak balik rumah.
dia suruh aku

AMIK KELENDER, PASTU HARI-HARI PANGKAH SAMPAI LA AWAL BULAN MEI.

waaaaa. lama kot. that's my mama. always layan aku macam aku budak2 lagi. huuuu.

I'M HOMESICK.

+____________+

22 February 2011

di mana lokasi praktikal saya ?

dari dulu lagi orang dah pesan supaya cari awal2 tempat L.I (latihan industri) tapi seperti biasa hobi aku ialah melengah2kan, melambat2kan serta yang seangkatan dengannya.

jom lihat lokasi2 itu serta permasalahannya :

1) johor
- saya telah direject kerana syarikat itu tidak mengambil budak praktikal.

2) kuala lumpooooooq
- tempat kerja cik mie tu bos dia nak budak praktikal tapi dengan syarat lepas praktikal tu kena kerja dengan kilang tu. owhhhh, saya masih mahu belajar.

3) selangor
- jauh dari rumah cikpah. mama dah mula risau pasal transport. abah lagi la. abah xnak belikan aku motosikal sedangkan abang dengan mudahnya dapat motosikal walaupun pergi ke sekolah dengan hanya membawa beg kosong. okeyyyy, point di sini abah sayang abang lebeih dari kakak. *padahal nak cita pasal L.I

3) kedah
- aku kalau boleh tak nak buat kat kedah sebab this sentence has been removed by the blog author. tapi mama cakap abah nak suruh aku buat kat kedah. paling tak boleh blah sekali mama nak suruh aku praktikal kat kilang mak njang noranini kerja. sebab kilang tu nak pakai orang. tapi, tahukah kamu kilang apa ???

kilang membuat baju dalam.

tolong jangan cakap
eii, geli + teruknya abon ckp cmtu + tak malunya abon ckp pasal baju dalam or apa2 ja la.
barangsiapa yang cakap camtu, dia x matang. walaupun dalam hati. ahakksss !

balik kepada main point,
mama, takkan nnti bila kakak interview kerja then org tu tnya sebelum ni awak praktikal di mana dan kakak pulak menjawab " saya pernah praktikal di kilang buat baju dalam ".

ohh, sangat tidak cool blog chocolate tambah pearl bila kena jawab macam tu.
*nak cakap x cool ja sbenarnya

saya dengan cool blog di tangan
*gambar tiada kaitan dengan post


PLEASE HELP ME.


21 February 2011

siapa suruh hampa kata kat kami. kami kata balik la.

Pernah ada orang pesan, dalam blog jangan kutuk2 org tapi aku kan owner blog ni so aku rasa berkuasa untuk menulis. Yang penting no carut2 words !

Bila kita ni duduk dengan budak-budak yang kurang matang, (i mean persekitaran la) maka kita pun turut menjadi tidak matang dan betambah teruk lagi menjadi kekanak-kanakkan silap2 kebudak-budakkan.

Aku selalu cakap nak lariiiiii dr utem sbb kawan2 tak matang. Gilllla. Kau ingat kau matang. Tapi x lari2 gak. Masih di utem. Hahaha. Aku kalo bab2 lari ni mmg fail. Teringat kata2 hanim dulu, kalau ada hanjeng ligan dia (kejar) dia biar ja anjing tu gigit dia sebab dia x larat lari.

Hahaha poyo ja dia tu kan.

Sambung balik. Life kat u ni mmg best. But, kena pandai pilih kawan dan kena pandai jaga hati kawan. Org mcm aku x bley hidup tanpa kawan. Seyes aku ckp. Dah la malas bgun awal. Kena org kejut. Kena org suruh mandi. Kena macam2 la org suruh baru nk buat. Malas kan ? sebab tu aku kena ada kawan. Tapi bila aku dah ada kawan2 or lebih tepat lagi geng, time tu aku dah malas nk peduli org lain atau lebih tepat lagi budak2 kelas yang lain terutamanya yang jantan. buat- buat tak nampak tulisan yang digariskan itu.

Sebab apa ?

SEBAB DIORANG KURANG MATANG DAN MEMBUATKAN AKU YANG BARU NAK MATANG NI JADI LAGI TAK MATANG.


matang x semestinya tua. matang tu adalah pemikiran kita. sgt stress bila pergi kelas. ada shaja yang x kena pada mata diorang. itu ini nak cakap. komen sana komen sini. aku nak hangin gak la kalau hari2 ada ja benda. salah orang sebesar hama kita akan nampak, but salah kita ? aku pon tergolong sekali. semua salah orang, mana ada salah aku. hahaha !


bak kata lecturer seni aku,

nafsu kedua ialah nafsu lawwamah; iaitu kritik diri sendiri dulu sebelum kritik orang lain dan jiwa yang sudah sadar dan mampu melihat kekurangan-kekurangan diri sendiri.

tapi kita zaman sekarang ni memiliki nafsu pertama iaitu nafsu amarah. penuh dengan nafsu syaitan, degil, ego, sombong, riak dan macam2 la lagi.


so, yang suka2 sangat dok kalut hal orang tu,

mind your own business please :)




20 February 2011

istiqamah

tajuk untuk post entry kali ni keluar dr buah fikiran aku masa kami semua dok buat senaman yang konon konon dan kononnya buleh kempiskan perut. wanie yang jadi kami punya coach. kami pon ikut la dia. dia tungging, kami tungging, dia senget badan, kami pon senget badan dan macam2 la. maklum la, excited nak kempiskan perut.

tetiba terfikir, senaman ni kalau kita tinggal, benda tu xkan menjadi dan berkesan. kena terus buat tiap2 hari dan berterusan. kalau kejap kau senaman, kejap kau rileks mmg tak kempis2 la perut korang semua mcm aku ni ha. konsepnya sama macam istiqamah. sbb tu Islam menyuruh umatnya istiqamah dalam melakukan ibadah atau pekerjaan. baru aku sedar betapa pentingnya istiqamah tu.

jadi kita dapat lihat di sini bahawa konsep istiqamah ni sebenarnya wujud dalam kehidupan seharian kita dan harus diguna pakai. benda tu sama ada kita sedar atau tak ja. contoh kalau kita study, mestilah kena istiqamah baru boleh berjaya. kalau korang study macam aku, alamatnya mmg hanucssss.

tapi bak kata lecturer seni lukis aku,

" kalau suatu hari nnti kamu berjaya, jgn sesekali dengan bangganya ckp bahawa semua itu adalah hasil usaha kamu ynag bertungkus-lumus selama ni sedangkan apa yang kamu dapat itu adalah rezeki dripada Allah. kalau kamu study 24 jam pun kalau Allah taknak bagi kejayaan, kita takkan pernah merasa semua tu. "



tapi usaha tu kena ada. jangan sebab korang baca apa yg lecturer aku ckp membuatkan korang xmau study plak kan. study tu kan satu hijad. teruskan perjuangan kecil kita itu !
ok sekian. rasa2 mcm post kali ni ada share ilmu sikit la. heeeeeeee.

17 February 2011

gambar aku tidur

kelas hari ni batal. dalam hati ni berkobar2 ingin study. malangnya langit tak selalunya cerah sebab akhirnya aku terkena sihir internet. apakan daya. laju sahaja jariku membalas komen2 di fb. sambil2 aku melihat gambar2 muda2 dulu. hehe. macam la tua sangat sekarang ni pun. masih 19 tahun yuoollls. terjumpa la satu gambar ni.



mulut mesti buka. pasaipa ek ?


time ni tengah orientasi. mmdgkan aku time tu ABC, jd kakak2 badar pun buat la satu usrah. tapi aku hanya fokus jam pertama. jam kedua, aku shahid tak ingat dunia.
picture taken by ainun naziroh.
mentang2 aku nyenyak lena kan. ank penaya aku cukup2 aih.

75 sen ?

muka ketat. gerammmm aih


ehem2.
punya la semangat aku masuk nuffnagg.
tgok hanis zalikha guna duit nuffnagg ja untuk study.
bajet la konon nak ringankan beban abah aku.
tiba2 td aku check 0.75 sen aja duit aku.
dah tau dah.
dah tau dah.
banyak perubahan kena buat ni.
nampak sangat xda org baca blog aku.
bhahahahhaa.



14 February 2011

salam maulidur rasul

salam maulidur rasul buat semua. sambutan di utem aku x pasti sebab x dengar pun ada perarakan or what. tapi, yang pling best time sekolah dulu. asyek2 puji sekolah seniri. yaaaaa ! saya sangat bangga dengan sekolah saya walaupun sekolah saya tu tak famous sgt. kat sana la didikan agama yang lebih kuat. saya mula tahu itu ini. terima kasih guru2 SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA. setiap tahun mesti ada pertandingan perarakan dan banner maulidur rasul. time form 5, aku join benda tu. kenangan yang sangat manis apabila berselawat beramai2 sambil berjalan mengelilingi sekolah. 2 or 3 hari sebelum tu plak sibuk menyiapkan banner. walaupun kitaorg semua x la pandai sangat dalam bab2 melukis, tapi aku dapat rasa semangat nak menang tu.

keputusannya, kami dpt no 1 dalam perarakan dan no 2 untuk banner terchantek. huyyyyo. rasa bangga seketika. heee.

pastu kan, mesti ada ceramah kat surau. ustaz yang best2 bg ceramah mmg tak ngantuk la. banyak sangat pengisian.

but now, kena cari pengisian sendiri. misssssss my school damn much ;(

memperkenalkan awek2 kesayangan hamba

Kawan tu merupakan elemen penting dalam hidup aku.

Selalu sangat aku sebut ayat ni “ takkan pernah ada orang yang dpt ganti kawan2 aku”.

Sebabnya mmg takkan pernah pun.

Kitaorg jalan2 penang time semester break aritu.

Time Chinese New Year plak tu. Bayangkan jambatan penang penuh muka cina.

Aku ni haaa sanggup drive seorang2 dr alor star sebab nak jumpa kawan2.

mula2 pergi rumah pnat dulu, pastu pergi rumah titie, pastu pastu pergi rumah azreen, pastu pastu pastu kan pergi rumah aterg.

suka aku, kitaorg jalan2 makan2 gelak2 not GALAK ok !

sembang2 pastu imbau kenangan dulu. tu la benda WAJIB kalau jumpa.

Azreen, kanak2 istimewa silap pulak, kawan istimewa. Hehe ;)

Cuba teka kaki sapa paling comel ? ahaksss !

Roundabout QB. QB tu apa ? sila search google. Jgn malas.

Kacak tak pelakon korea ni ?

ATERG, a.k.a boy aku. ehehehe. gatai.

me and azreen.

08 February 2011

salwa's theorem untuk mengahabiskan timbunan kerja

stress ni datang drpada pelbagai masalah yang kita hadapi. memandangkan aku ni bila cuti BETOI-BETOI CUTI, jadi banyak kerja yang orang lain dah siap tapi aku belum siap. mula la muka tu jadi kedut 14 (muka nenek yang tengah marah). dalam kelas pun asyik fikir pasal kerja - kerja yang belum disiapkan. macam mana nak fokus ?

oleh itu, aku sudah mengolah satu teori yang hebat. chewah, untuk aku ja sbnrnya.

1. catatkan semua kerja yang aku belom siap.

2. pampangkan kerja-kerja tersebut depan meja study. untuk kita nmpk betapa bnyknya kerja belum siap dan speed juga bertambah.

3. pilih mana yang nak kena hantar dulu dan siapakan.

4. cuba untuk tidak ter'tekan' dengan kawan2 yang dah siap. padahal mmg gila tertekan. padan muka !

5. buat dengan tenang. kalau kalut2 nnti ada plak yang salah.

6. jangan sesekali teruskan kerja kalau dah rasa tak boleh.

7. kalau aku, aku akan pergi ke dapur dan cuba lihat apa yang boleh dimasak. hehe. hasilnya nnti aku dpt makan.
pilihan lain :
a) bermain game dalam keadaan 'sedar' yg kita masih bnyk assignment.
b) menyanyi tanpa mengeluarkan suara, bimbang mengganggu rakan2 lain
c) ambil gambar dengan webcam dengan pelbagai gaya comel ( aku sukaaaaaa )
d) basuh bilik air ataupun kemas rumah. rasa tenang ja lepas tu. siryes aku ckp.
e) ikut suka hati korang.

8. setelah rehat sejam, teruskan kerja sehingga berjaya.

9. siap2 ja kerja tu, terus HITAMKAN ASSIGNMENT YANG KITA DAH TULIS KAT STICKY NOTE DAN DIPELEKAT DEPAN MEJA STUDY TU. sbbnya, kita akan rasa amat puas. suka hati la nak hitamkan sampai berlubang pun. itu menandakan kita dah siap satu kerja. yeah !

stress

stress. itu sahaja yang aku boleh cakap. tolong jangan tanya kenapa.
tapi masalahnya, ada ka orang nak tanya ? hahaha ;D

02 February 2011