24 April 2012

Kem Sentuhan Rohani

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, baru ja balik dari Kuala Linggi, Melaka. Selama 3 hari 2 malam kami ada program di Kembang Sejati Chalet. Memang best sebab dapat pi sana dengan budak-budak kelas. Banyak sangat ilmu yang kami dapat, pengalaman yang kami timba dan ikatan ukhwah makin kuat. 

Seriously, lepas masuk UTeM banyak benda yang dah berubah. Solat jemaah pun time terawih ja. Tapi, bila pi sana dapat solat jemaah sekali dan tengok kawan-kawan semua solat jemaah sekali rasa terharu sangat. Dan dari solat berjemaah tu la hubungan aku dengan seorang kawan dah kembali pulih. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur sangat.

Kadang-kadang dalam persahabatan ni, tak semua kita mampu nak kawal. Seakrab atau sebaik mana pun kita dengan kawan kita mesti pernah terasa hati. Benda tu memang susah nak elak. Yang kita mampu buat adalah kawal perasaan sebaik mungkin. Rendahkan ego. Itulah yang paling penting : )

Sabtu malam Ahad tu ada sesi luahan hati *actually aku tak sure tajuk dia*. Yang aku boleh cakap benda tu bagi impak yang besar terhadap kami semua. Setiap orang ada cerita masing-masing yang nak dikongsikan. Meleleh teruk jugak la aku malam tu. Bayangkan budak lelaki pun keluar air mata. Dari situ, aku dapat rasa ukhwah kami yang sangat kuat.

Malam tu, aku pun beranikan diri, buang ego aku jauh-jauh dan luahkan apa yang aku rasa. Alhamdulillah, hati aku rasa lapang sangat. Allah masih beri aku peluang untuk berubah. Semua orang bermaaf-maafan malam tu. Happy sangat malam tu walaupun kepala aku sakit sebab banyak nangis. Aku harap segala apa yang kami semua dapat di sana tidak akan disia-siakan macam tu ja. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya :)



Teruja dah lama tak naik bas UTeM.

Berjalan kaki ke Kembang Sejati Chalet.
Jumpa tahi lembu ja sepanjang jalan.

Sambil jalan pun sempat posing !

Ni budak group aku - Yao Jia Yao *tak pasti ejaan betul ka dak?*

BBQ time !

Sukaneka.

AJK Sukan dan Riadah. Cik Kema berbaju ungu.

Tok Penghulu tengah bagi arahan.

Seronoknya depa mandi.
Sila fokus kepada lelaki yang tengah berdiri tu bukan selipar.
Ustaz Ali ni baik. Selalu bagi cikelat time ngantuk dengar ceramah.

Perjalanan balik ke UTeM. Habis lentok.

Kami :)
Aku sayang hampa semua kerana Allah.

Aku akan rindu tempat ni.
Things end, but memories last forever.


p/s : Kawan-kawan, lepas habis diploma ni aku harap kita semua akan still keep in touch tau. Good luck untuk semua.

15 April 2012


الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]



|Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah S.W.T|

#pesanan kepada DIRI SENDIRI.

10 April 2012

"Duhai muslimah yang dikasihi Allah S.W.T tidak perlu gusar dan mengeluh andai dirimu masih belum dilamar. Teruslah 'mensolehahkan' dirimu, teruslah bermujahadah menjadi hamba-Nya yang terbaik, yakinilah dengan janji-janji Tuhan, jangan pernah berhenti berdoa dan berharap kepada-Nya. Yakinilah, suatu hari kelak kamu kan memperoleh imam yang terbaik buatmu, sebaik dan seindah akhlakmu jua."


Sumber :ILuvIslam