21 June 2010

persamaan aku dengan abah

setelah aku buat kajian, inilah hasilnya

1. kami sama2 minat bab2 engineering
2. kami sama2 tembam, tembun n montel :)
3. muka kami pon nak seakan-akan
4. kami dua suka makan ulam
5. kami dua suka tengok bola
6. kami dua sokong brazil
7. kami dua jenis senyap kalo orang x start tegur
8. ni mama yang cakap " kakak dengan abah jenis degil dalam diam "

p/s : bapa borek anak rintik

20 June 2010

happy tapi sedih


kawan2 aku yang dok matriks semua akan masuk u dah
aku happy sangat2 coz semua dapat masuk u yg baguih2
n dpt kos yang depa nak
tapi dlm hati rasa sayu + sedih plak
taktau la pasai pa
dekat wall semua owank aku dok pesan jga diri, jgn ckp keyel n mcm2 la
sbnrnya aku takot depa lupa aku
huhu kenangan lima tahun ngan depa mmg bermakna buat aku
kawan2! selamat mengejar cita2
2 or 3 tahun lg kita wat reunion no :)

yuna vs yubon



5 perkara menarik tentang YUNA

1. pernah menyertai OIAM
2. yuna tak pandai memasak
3. pernah menyertai pertandingan nyanyian di sekolah dgn lagu Ning Baizura "Curiga"
4. suka mengumpul kasut dan kaki yuna saiz 9
5. memiliki butik sendiri yang terletak di subang jaya




5 perkara menarik tentang YUBON

1. pernah mencipta lagu sendiri bertajuk " Aku Tak Heran Denganmu "
2. yubon pandai makan + pandai masak la sikit2
3. pernah menyetai pertandingan koir sekolah mewakili Persatuan Bahasa Melayu dgn
lagu " Budi Bahasa Budaya Kita " yg dipopularkan oleh Siti Nurhaliza
4. suka mengumpul kasut, beg, brooch, selendang, dan pembalut hadiah yang comel
5. mempunyai impian membuka butik sendiri DAN memiliki jenama pakaian sendiri
iaitu "Bon XL" khas untuk wanita bertubuh gempal, montel, comel dan bulat!

SO, sapa lebih hebat ??????

17 June 2010

sahabatku!



Pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kutetap pergi jua
Kan ku utus kan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini

just happy!


muka terlampau suka :)

08 June 2010

kenapa nama abon?

abon. nama yang amat bermakna buat aku. bukan beerti aku x suka nama yang abah aku bagi. tapi nama abon ni ada valuenya yang tersendiri. sampai sekarang ada yang masih tertanya-tanya kenapa orang panggil aku abon? kekedang tu aku sengih ja sebab malas nak jawab. tapi ni aku nak cita cmna timbulnya nama abon. hurm.. mcm2 sebab sebenarnya. asalnya nama aku dipanggil salbon oleh Siti Maryam Dicky iaitu budak dorm aku waktu form 2. kami dua ni xda la rapat sangat tapi aku selalu tidur dengan dia. selalunya kami akan bawak turun tilam ke lantai dan tido bawah kipas. dorm c12 tu yang pling besar kat aspuri. sebab tu dorm tu ada kipas atas. aku pulak sejak dr form 1 lagi suka ckp cmni bila owank kenakan aku " HAMPA NI JEBON LA.." huhu dengar macam kasar kan tapi aku sebut dengan lembut ja. pastu Maryam pon datanglah dengan idea nak menyebut nama aku Salbon. sebab tu la tertimbulnya nama Salbon pastu jadi la macam2 sebutan yang lain seperti Bon, Abon, Bonny dan Mat Abon. mula2 tu tak ramai pon yang panggil aku cmtu. pastu semakin hari semakin bertambah. sampai ada cikgu jugak yang panggil aku abon. Kalau kau utem tu, akak yang serumah dengan aku sampai lupa nama sebenar aku yang abah aku berikan Salwa Binti Ismail. cukup ringkas. tapi ramai yang panggil aku abon. mungkin itu lebih mesra. tapi ada lagi yang masih panggil aku salwa. contohnya kawan2 sk alor mengkudu. tapi tu pon depa panggil aku Kak Wa. mana2 nama pon aku okay ja. kalo orang yang selalu panggil aku abon tetiba panggil aku salwa, aku rasa semacam plak. mcm pelik dan geli sikit2. huhu. ini kenyataan. abah dan mama tak marah bila tau kawan2 panggil aku abon. mama kata tu la kenangan akak bila tua nanti. lagipun aku dah check maksud nama abon ni. maknanya aku tak ingat tapi ianya bukan sesuatu yang buruk la. yang paling lawaknya, parents kawan2 aku pon aku abon. haha. mungkin terikut dengan kawan2 aku. bagi aku nama abon tu ada kekuatan yang tersendiri dan aku rasa apa yang mama cakap tu betul. nama abon ni memang ada kenangannya yang tersendiri. entah2 sampai aku tua pon owank still panggil aku abon.

abon is a part of my life :)

06 June 2010

tempat mengaji

sepanjang 19 tahun aku hidup ni, ada 4 tempat pengajian yang aku dah mengaji. aku nak bgtau sedikit sebanyak kehidupan aku kat semua tempat tu.

PERTAMA : tadika pasti tok keling
nama mcm pelik skit. huhu. aku pon tak tau kenapa. tempat ni disyorkan oleh seorang jiran kami kepada ayah aku. jd aku pon dihantar ke sana. dah la jauh dr rumah. apapon aku ikut ja. hari first tu aku mula la kenal kawan2. semua ok. aku rapat ngan sowank budak nm dia Siti Hajar. sampai skank still contact. kalo raya pon dia selalu datang rumah. tp kalo kwn2 yang lain tu sorry la ek. aku dh tak kenal. hampa pon msti dah x kenal aku. apapon thanks sbb pernah jd kawan aku.

KEDUA : sk alor mengkudu
aku syg sekolah ni. banyak sangat kenangan manis, masam, pahit dan pedas kat sini. dulu, bila mama aku dtg sekolah untuk tandatangan buku rekod ja, msti guru kelas aku akan cakap "SALWA NI PENDIAM ORANGNYA". bila aku ingt balik, nk tergelak pon ada. ada ka pulak cakap aku ni pendiam.mulut aku la paling banyak cakap. kalo aku tak kenal seseorang tu xpa, tp kalo aku dah kenal, siaplah dia nk dgr celoteh aku. di sinilah aku mula membina azam untuk berjaya. abah dan mama la orang yang paling berusaha untuk melihat kejayaan aku. aku berusaha bersungguh2 dlm upsr. alhamdulillah aku berjaya. kepada Cikgu Noormaziah, Puan Lee Song Seng, Cikgu Alpikri Murid dan cikgu2 yang lain terima kasih kerana membimbing saya.Tak lupa kepada kawan2 aku yang happening nk mampos bila mai umah aku iaitu Nurul Nadia, Anis Suriani, Norashikin, Diana dan Mimie terima kasih atas persahabatan kita selama ni.

KETIGA : sm sains sultan mohamad jiwa
syukur ya Allah aku ditempatkan di sekolah ni. di sini aku belajar segalanya. kalau aku tak masuk sekolah ni mungkin aku bukan aku yang sekarang. di sini aku mula mendalami ilmu agama. mula mengetahui aurat seorang perempuan. terima kasih sekali lagi ya Allah. tempat ni xkan pernah aku lupakan. memori 5 tahun tinggal di sini akan sentiasa segar dalam diri aku. 5 tahun bersama kawan2 bukan satu jangka masa yang pendek. di sini aku belajar erti kasih sayang, pengorbanan, kesetiaan, kepercayaan dan macam2 lagi. kawan2 aku di sini dah menjadi sebahagian dari hidup aku. mereka amat penting bagi aku. kelas yang paling enjoy aku pernah duduk ialah kelas 4 Teknologi 1. Mira,Pnat,Alinn, Pah dan Aterg hampa semua mmg best sgt. Aku sedih bila form 5 kami semua dah x satu kelas. Ambil masa juga aku nak terima kami dah tak satu kelas. Selalu menangis kat Pnat. Rindu sangat2 4T1. Kalau boleh nk ulang balik time2 dulu. Dorm yang paling best ialah setiap dorm yang penah aku duduk. c14, c12, c7 n c4. semua ada cerita tersendiri. yang paling aku ingat ialah c4 coz cikgu rosnedah kata dorm tu dorm puaka coz suka bising. hehe. aku la tu yang suka bising malam2. sembang riuh rendah. tp aku tau semua tu dah jd kenangan ja. tp semua tu tersemat dlm hati aku. kawan2, hampa tak tau betapa bermaknanya hampa semua kat hati aku ni. sayang hampa sangat n xda sapa boleh ganti hampa semua dalam hati aku.

KEEMPAT : universiti teknikal malaysia melaka (utem)
aku paling tension bila org tnya "NI U KERAJAAN KA SWASTA???". mstila kerajaan sbb ada dlm pilihan upu. mentang2 la utem ni baru. huhu. sedih bila org x ramai yg tau pasal utem. bak kata kawan aku, Aman " SAYA RASA UTEM NI AKAN PUPUS ". tp xpa. glamour tu x pnting. yg pnting ialah ilmu aku yang dpt. menangis teruk gila bila mama dan abah nak balik tinggal aku. tetiba rasa sayu. Jauh kot melaka ngan kedah. kutub utara kutub selatan. tapi lepas dua minggu kat sana aku dah ok. xda la nangis bila telefon mama. masih baru lagi kat sana. freshy kot owank ckp. tp bulan depan dah jd senior. huhu. kat sini macam2 owank ada. serius kena pandai pilih kawan. mama selalu pesan jaga diri sbb kat sini dah xda orang nak kesah pasal kita. kat sni perkara yang aku selalu wat selain belajar ialah shopping, cucuk duit, sewa kereta, mkn otak2, jalan2, berkaroke, main boling n macam2 la. paling best bila time nak balik kedah. aku suka nek bas sbb boley tido lama2. air-con plak tu. kat sini aku join koir. wah!!! aku berbangga dpt menyumbangkan suara aku yang x bapa sedap ni. posisi aku Alto sbb aku tak boley capai suara Soprano. apa2 ja la. aku harap sem depan kehidupan aku di utem lebih baik n harap aku dapat belajar bersungguh2 kat sana.

KELIMA : belum dikenal pasti lagi.

please stop it

behenti. sudah la tu.dah bosan la. banyak perkara lagi yang boleh dilakukan selain daripada menyakitkan hati orang. kalau kita tidak tahu nak menjaga hati seseorang, janganlah bagi orang sakit hati (dipetik dari status naimah)