24 January 2011

bulan

menunggu bulan jatuh ke riba :(


CHAIYOK2.
I BELIEVE I CAN FLY :)

23 January 2011

mulakan petang dengan assignment !

yeah !

tajuk post yang merangsang minda aku untuk berfikir.

jom siapkan assignment microprosessor dan report quality control !

setelah perut terisi ngan cucur ikan bilis adabi, aku mula yakin untuk menjalankan tugas :)

gambar x bapa jelas

p/s : ada 6 hari lagi nak balik kedah. wewittttttt ! chek sabaq sat :)

11 January 2011

aku sebuah peti ais

cakap pasal peti ais ni mengingatkan aku pasal peti ais rumah aku. hanya Allah ja yang tau betapa nazaknya keadaan dia. sekarang ni aku nk try wat karangan UPSR mcm dulu2. terimalah.


aku sebuah peti ais. aku dilahirkan di kilang SINGER yang pernah popular suatu masa dahulu dengan kata2 hikmat mereka iaitu
singer, menawan keluarga bahagia !
gambar sekadar hiasan :P
pada tahun 1996, aku dibeli oleh keluarga Encik Ismail. mereka baru sahaja berpindah rumah pada masa itu. sepanjang bulan pertama, mereka menjaga aku dengan baik sekali. aku rasa teruja untuk memberi perkhidamatan terbaik kepada mereka. namun, hari berganti hari mereka semakin bertindak kasar ke atasku. mereka menutup tubuhku dengan menghempas kuat sehingga menggigil badanku. oh, SAKIT sekali. sekarang, tahun 2011 sudah genap 15 tahun aku berkhidmat.
berikut adalah perkara yang berlaku ke atas aku :
1. badanku disumbat dengan segala macam makanan kering dan basah sehingga menyebabkan bau kurang enak.
2. aku dianaktirikan sebab tuanku sudah mempunyai peti ais baru yang diletakkan di kedai runcit mereka.
3. kalo dahulu, aku diletakkan di dalam rumah yang selesa, namun sekarang tidak lagi. mereka menempatkan aku di luar dan sama sekali tidak risau jika aku diculik penjahat.
4. disebabkan anak2 mereka, pintu aku rosak.
5. anak2 tuan aku sangat pemalas untuk membersihkan diriku. hanya tuanku dan isterinya sahaja yang selalu membersihkan diriku sewaktu mereka cuti.
muka budak2 pemalas tu

p/s : teringat cita emy pasal kata2 opah dia bila tgok gambar dia ngan kawan2 waktu tadika.
" kawan kakak badan dia besar mcm peti ais "
(^ .^)

07 January 2011

just nak share :)

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikkan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allahlah yang lebih mengetahui.


impian seorang budak gemuk !



1. dia harap bila dia masuk kedai pakaian dan nampak satu baju yang dia berkenan, hopefully ada saiz yang muat untuk badan dia. hopefully, baju tu sesuai dengan bentuk badan dia.

REALITI : masuk kedai msti cari yg saiz X...... dulu, baru tgok design. sbb kalo tgok design dulu nnti x da saiz mmg amat menyedihkan. sbb tu kebanyakan baju dia x cntik mcm kawan2 dia yang kurus.




2. bila dia jalan2 pergi shopping, dia dpt cari seluar jeans yang muat dengannya. x payah nk tarik2 tgok seluar tu stretch ka tak. bila semua budak perempuan kurus2 yang yang pakai seluar yang warnanya lusuh2, dia pon nak jugak cuba pakai.

REALITI : kalo cari seluar, mau berbulan gak la baru jumpa yang ada saiz. tu pon bukan yang berkenan sgt la. beli sbb saiz dia muat. x boley nk up to date mcm budak2 perempuan kurus yang lain.




3. dia harap bila dia kahwin nnti, ada la baju yang cantik dan muat untuk dia pakai. dia pon nk kelihatan cantik gak untuk sekali dalam seumur hidup dia. maklumlah, pereka2 zaman sekarang ni semuanya buat baju untuk org yg kurus2 ja. org gemuk ? siapa nk bela nasib budak2 gemuk kat luar sana ?


takdalah ensem sgt rasanya kot :P
SCHA PLEASE JGAN MARAH AKU !

4. dia harap kan2, bila ada mamat handsome yang ckp ngan dia, dia xkan sesekali berasa rendah diri ! dia xkan rasa mcm nk lari dr tmpat tu. sbb bg dia mamat handsome ni bukan setakat x suka budak pompuan gemuk malahan BENCI ! sbb tu dia harap SUAMINYA nnti x payah handsome, asal sedap mata mmndang pon ok supaya dia rasa selesa. hehe :)



View Image

5. dia harap dia x terlalu taksub dengan ubat2 dan loseyen2 untuk mengempiskan perut yang rasanya xkan pernah kempis. dia akan beli ja produk yang dia dgr dpat mmbantu dia jd kurus !

REALITI : senaman pon malas nk buat, ada hati nk kempis !


6. dia harap jugak la, dia xyah buat lagi perkara bodoh yang dia selalu buat iaitu bila tengah jalan2 dan tetiba ada angin kuat yang datang dr depan, dia akan tarik nafas untuk menyembunyikan perut buncit dia padahal semua org tau ynag budak gemuk ni mmg buncit !

REALITI : dia masih buat benda tu sampai sekarang ni :)



View Image

7. dia harap dia x lagi dijadikan bahan gurauan sbb saiz badannya. biar dia sendiri yang kata dia gemuk dari org lain yang menyebutnya. dia harap, org akan berhenti ckp

" eh, hang ni gemuk la ! "

sbb dia mmg tau pon kebenaran tu. xyah nk ulang berkali2. mentang2 la dia kurus kan !

REALITI : org tetap akan ckp mcm tu sampai la budak perempuan gemuk tu menemui ajalnya aku rasa. hidup dia plak akan sentiasa rasa tak yakin walopon dah mcm2 cara dia buat untuk enjoy dengan saiz badannya.


8. dia harap suatu hari nnti dia akan berjaya bukak butik pakaian sendiri dan mempunyai jenama sendiri. waktu tu dia nak semua pereka2 baju yang suka buat saiz kecik2 ni terlopong dan terlolong dgn kejayaannya. hey, baju saiz XXXXL pon ada org beli pa.

REALITI : nak design baju pon x reti, ada hati nk bukak butik seniri. euwww !


harapan dan impian budak perempuan gemuk ni xkan ada sapa pon pernah faham. walopon semua benda2 kat atas tu nmpak merapu, tapi tulah benda yang sentiasa ada dalam kepala hotak dia. harap2 budak perempuan gemuk akan teruskan hidup dia untuk menjadi seorang manusia yang yakin akan diri sendiri.




01 January 2011

bengkak gusi

tahun ni saja, i mean 2010 la aku dah dekat 3 4 kali gak la menderita sakit dalam mulut. ulser la, geraham baru nk tumbuh la, gusi bengkak la, daging terlekat celah gigi la n MCM2 la. sangat sakit oke ! mama pon dah x tahan dengar omelan aku. terus masuk bilik amik torchlite abah yg bapak besaq kot.

" jom esok kita pi check "

dengan pantas aku menjawab " TAK MAW "

tergelek2 kepala mama. dia pon dah tau perangai anak dara dia satu2nya ni. no pain, no doctor, no medicine ! pastu bila mama suruh potong sayoq ngangkung, buat muka sakit padahal malas. jari-jemari aku pon gatal tahap cipan nk jolok masuk mulut. kononnya nk menghilangkan rasa sakit la. MENAMBAHKAN lagi ada la. sampai aiman pon ckp

" ank ni awat kak ? dok buat mulut macam2 gaya " (smbil men'replaykan' gaya aku)

" sakit la bengong..(opps, dgn adik2 mmg kasaq skit. skit kah ? hahaha :D)


sedikit selingan : jam menunjukkan pukul 1.48pg dan beg aku masih kosong. xda isi. serius, xmau balik melaka. rindu kawan2 MYRA, EMY, ZIMAH, WANI N KEMA tapi malas nk balik.
please be strong !