27 February 2012

MyTumblr

Assalamualaikum.

Saja nak bagitau yang aku ada satu Tumblr. Dah lama dah aku buat. Dalam Tumblr tu aku letak gambar-gambar dengan quotes yang aku rasa menarik. Actually, aku buat Tumblr ni sebab nak berlatih tulis dalam English dan aku rasa aku berjaya.

So, you are welcomed to visit it at http://namasayasalwa.tumblr.com/
*mana tau kot-kot muka hampa ada dalam tu*

Baru terperasan post ni ada.

Assalamualaikum.

******SEBENARNYA POST NI DAH LAMA NAK UPDATE TAPI TERLUPA******

Selamat Tahun Baru. Selamat datang 2012. Bye-bye to 2011. Ok, aku baru ja balik dari bercuti yang tak berapa panjang dan akan memulakan sem terakhir di UTeM. Hampa nampak dak perkataan ‘terakhir’ ? Ya, tak lama lagi aku akan menamatkan zaman bujang aku diploma aku Insyaallah.

Ok, entry kali ni aku just nak kongsi dengan hampa semua apa aktiviti aku sepanjang 2 minggu bercuti.

1. Beriadah/Berseronok bersama keluarga.

Destinasi kami yang pertama ialah Perlis. Wuhuuu. Abah tak ikut almaklumlah sibuk dengan kerjaya untuk mencari seguni beras untuk anak dan isteri. Antara tempat yang kami pergi ialah Tasik Melawati dan Kuala Perlis. Tak sempat nak pergi tempat lain sebab bertolak pun dah petang. Tapi seriously, memang enjoy habisss ! Dalam kereta kami adik beradik membuat konsert dengan menyanyi lagu Jong-Jong Inai versi rock.


Sotong celup tepung. Sat ja habis !


Mama tak sabar tunggu straw sampai. HAHA terlalu dahaga !


Adik-adik aku memang suka buat muka pelik.


2. Aktiviti dalam rumah.

- Menonton tv. Drama yang paling aku suka ialah Vanilla Coklat.

- Cari pasal dengan adik-adik. Tapi aktiviti ini akan tamat dengan sendirinya bila depa amik anak kucing dan letak dekat aku. Menjerit satu rumah. Kucing kekadang ibarat harimau !

- Baca novel/majalah.

- Tengok movie beramai-ramai tapi bukan di panggung hanya di depan netbook aku yang comel itu. Bayangkan mama aku menangis tengok cerita “Aku Bukan Tomboy” ???

3. Shopping dengan mama.

Ya, ini aktiviti paling best. Mengepau duit mama. Tapi, jalan punya jalan aku hanya beli sepasang selipar untuk kegunaan harian memandangkan aku hanya bawa balik sneakers ke rumah. Dah shopping tu, mama belanja makan Pizza Hut. Kalau pergi pasar pagi dekat Simpang Kuala, mesti makan Burger Oblong. Sedap ! Burger Obolat pun ada.

Dia tak suka pizza tapi dia tau aku suka ;)


Terung wajib beli kalau pergi Tesco.


4. Menghadiri majlis kenduri.

Perkara normal bagi aku kalau ada kenduri mesti ikut mama pergi makan dan tengok pengantin sambil berangan-angan nak kahwin. Kenduri yang paling meninggalkan kesan tentulah kenduri sepupu aku Kak Ja dan kenduri abang kepada Tqah iaitu Abang Lan yang aku admire.


Huda ikut tema pakai baju oren.


Abang Lan dan isterinya.


Aku mintak cikelat unik tu dekat budak-budak.


5. Belajar main gitar

Sebenarnya aku tak da la minat sangat pun nak main gitar tapi mungkin disebabkan perasaan cemburu/tercabar kepada adik aku yang paling kecik tu, Adik Ein sebab dia dah pandai main gitar padahal main lagu Happy Birthday ja pun so aku pun ambil peluang untuk belajar main. Ok, komen yang aku terima daripada ahli keluarga memang pedas! Mungkin aku bukan ditakdirkan untuk jadi Yubon.

18 February 2012

Random (1)

Pantai Merdeka with CikNab's Family.
Mereka tekun mencari remis.
Abah and Mama tertinggal di Tanjung Dawai. #mabuk laut


BBQ time !


Rest n Go.
Siryes kerusi ni urut punggung sekali. GELI wey!


Fixie Aiman warna pink. Tak tahan gantung angry bird bawah seat.
Fixie Adik Ein warna oren.


Fusili Campak Ja Apa Yang Ada Dalam Peti Ais.


The Unplanned Holiday

Assalamualaikum.

Rasa macam blog ni sedikit berhabuk sebab lama tak update. Cuti midsem kali ni memang tak banyak jalan sangat. Kalau keluar pun mesti dengan mama pergi pasar/bank, bayar bil, kenduri and etc. Suddenly, Nadia cakap dia nak balik Selesa tu sebab takda kelas. Aku memang excited habis sebab dah lama tak jumpa. Siap ugut Anis lagi, kalau tak jadi keluar aku memang aku merajuk habis-habisan *habis gangster*

So, petang tu just pergi makan dekat Stadium Darul Aman and drive-thru KFC pastu jalan-jalan pusing Hospital Sultanah Bahiyah. Kami merasakan masa yang dihabiskan bersama amatlah tidak berkualiti then Nadia came out with the idea untuk bermalam di Merbok (rumah sewa dia). Permission dari abah yang paling penting. Nasib baik lepas walaupun ada jugak bunyi-bunyi berleter @#$%!#$*. Mama senang sikit sebab kalau dengar nama Anis ngan Nadia konfem dia memang bagi. Rancang nak pi mandi dekat-dekat Merbok ja tapi last2 sampai ke Sedim kami pi. TERLUPA habaq kat abah pi sampai Kulim. Hehehe :)


Nadia sorry, aku letak gambaq ni sebab aku rasa muka aku dengan Anis segak time ni. HAHA !


Kami.

Dah sampai di Sedim.

Air kat Sedim memang terbaik. Sejukkkkkk !
*Tapi AWAS, air deras bila hujan !

Singgah Politeknik kat Kulim ambik kawan Anis.
Poli tu aku rasa 2 kali ganda UTeM.
Nama dia Sarah.
Sporting habis budak ni. Tapi aku asyik ingat nama dia Rokiah. Awat ha ?

Macam dah takda gambaq len nak bubuh ? #gatai tangan.

Kaki-kaki kurap.

Siryes, gambaq ni lawa.
*Nadia, lepas ni beli dslr yang canggeh tau. Lens mau kira-kira panjang sedepa.

Bila aku dipaksa buat gaya macam Anis dan Nadia. #mission failed

Gaya ala-ala ni la yang depa paksa aku buat.

Model Tasik Mengkuang.

Yang ni tak payah description kot.



Seriously, memang enjoy habis. Release tension betoi. Thanks wey bawak aku jalan-jalan, tapi aku sekarang ni dah rindu balik dekat hampa dua. Teringat semalam kita berpisah depan rumah Anis. Aku malas nak balik UTeM. Nadia malas nak balik UiTM. Anis, hang sedaq dak kita dah 15 tahun kawan ? Nadia dalam 13 tahun ja sebab dia kan KITE AWAK.

Next destination : Langkawi perhaps !

01 February 2012

Jejak Kasih

Assalamualaikum.

Malam ni tiba-tiba teringat kawan sekolah rendah yang pindah masa darjah 4. Musmim Farhana. Dah lama cari dia. Lost cantact macam tu ja. Dia tak cakap yang dia nak pindah. Kami semua tahu bila cikgu cakap dan lepas tu aku baru terjumpa surat yang dia bagi kat aku dalam beg sekolah.

Aku taktau mana nak cari dia...
Dengar kata pindah Wang Tepus so setiap kali nampak signboard Wang Tepus mesti aku ingat dia. Sampai pernah terfikir nak iklan kat surat khabar yang ruangan cari sahabat lama tu.

Seriously, kami rindu dekat hampa...
Ingat dak, time rehat kelas kafa kita suka main aci ligan keliling bangunan ?
Rindunya time tu...


|Kalaulah Mark Zuckerberg dah cipta Facebook time tu, semua ni takkan terjadi|