27 February 2012

Baru terperasan post ni ada.

Assalamualaikum.

******SEBENARNYA POST NI DAH LAMA NAK UPDATE TAPI TERLUPA******

Selamat Tahun Baru. Selamat datang 2012. Bye-bye to 2011. Ok, aku baru ja balik dari bercuti yang tak berapa panjang dan akan memulakan sem terakhir di UTeM. Hampa nampak dak perkataan ‘terakhir’ ? Ya, tak lama lagi aku akan menamatkan zaman bujang aku diploma aku Insyaallah.

Ok, entry kali ni aku just nak kongsi dengan hampa semua apa aktiviti aku sepanjang 2 minggu bercuti.

1. Beriadah/Berseronok bersama keluarga.

Destinasi kami yang pertama ialah Perlis. Wuhuuu. Abah tak ikut almaklumlah sibuk dengan kerjaya untuk mencari seguni beras untuk anak dan isteri. Antara tempat yang kami pergi ialah Tasik Melawati dan Kuala Perlis. Tak sempat nak pergi tempat lain sebab bertolak pun dah petang. Tapi seriously, memang enjoy habisss ! Dalam kereta kami adik beradik membuat konsert dengan menyanyi lagu Jong-Jong Inai versi rock.


Sotong celup tepung. Sat ja habis !


Mama tak sabar tunggu straw sampai. HAHA terlalu dahaga !


Adik-adik aku memang suka buat muka pelik.


2. Aktiviti dalam rumah.

- Menonton tv. Drama yang paling aku suka ialah Vanilla Coklat.

- Cari pasal dengan adik-adik. Tapi aktiviti ini akan tamat dengan sendirinya bila depa amik anak kucing dan letak dekat aku. Menjerit satu rumah. Kucing kekadang ibarat harimau !

- Baca novel/majalah.

- Tengok movie beramai-ramai tapi bukan di panggung hanya di depan netbook aku yang comel itu. Bayangkan mama aku menangis tengok cerita “Aku Bukan Tomboy” ???

3. Shopping dengan mama.

Ya, ini aktiviti paling best. Mengepau duit mama. Tapi, jalan punya jalan aku hanya beli sepasang selipar untuk kegunaan harian memandangkan aku hanya bawa balik sneakers ke rumah. Dah shopping tu, mama belanja makan Pizza Hut. Kalau pergi pasar pagi dekat Simpang Kuala, mesti makan Burger Oblong. Sedap ! Burger Obolat pun ada.

Dia tak suka pizza tapi dia tau aku suka ;)


Terung wajib beli kalau pergi Tesco.


4. Menghadiri majlis kenduri.

Perkara normal bagi aku kalau ada kenduri mesti ikut mama pergi makan dan tengok pengantin sambil berangan-angan nak kahwin. Kenduri yang paling meninggalkan kesan tentulah kenduri sepupu aku Kak Ja dan kenduri abang kepada Tqah iaitu Abang Lan yang aku admire.


Huda ikut tema pakai baju oren.


Abang Lan dan isterinya.


Aku mintak cikelat unik tu dekat budak-budak.


5. Belajar main gitar

Sebenarnya aku tak da la minat sangat pun nak main gitar tapi mungkin disebabkan perasaan cemburu/tercabar kepada adik aku yang paling kecik tu, Adik Ein sebab dia dah pandai main gitar padahal main lagu Happy Birthday ja pun so aku pun ambil peluang untuk belajar main. Ok, komen yang aku terima daripada ahli keluarga memang pedas! Mungkin aku bukan ditakdirkan untuk jadi Yubon.

No comments:

Post a Comment