15 December 2011

bukan rindu aku pun ;(

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya excited nak balik Kedah lagi 2 hariiiiii. Tetiba tadi dapat mesej dari adik aku dalam Facebook dan ayatnya membuatkan aku lagi bertambah excited. Cuba dengar ayat ni....


"Samkom..., ni bla nk blik ni ???? "


First, sila abaikan samkom tu. Aku taktau macam mana dia karang ayat dalam SPM. Bila dengar ayat tu rasa macam WOW !!! adik aku tanya bila nak balik. Adik aku rindukan aku. Yeay !!!


Tapi ayat yang selepas itu buat aku SEDAR dari lamunan yang aku tak berada di bumi yang nyata.


"bla nk blik bli bju kt aqu cma xdk bju dh ni "


Cisssdel sungguh. Ada taugeh di sebalik mi rupanya. Bukan rindu kat aku pun ;(




bukti !


P/S : Tegur aku pandai no. Jangan dengar lagu Lady Gaga la. Jangan gedik minat Awal Ashari la (dah tak minat dah). Jangan ni la. Jangan tu la. Hang tu, tulis Assalamualaikum biaq betul ejaan :)

12 December 2011

Peristiwa hari Sabtu.

Assalamualaikum.

Sabtu 11 Disember 2011 aku ada kelas. Ulang suara ada kelas. So, faham-faham ja la bila mind set aku Sabtu cuti tapi tiba-tiba ada kelas aku macam @#$!%&&*.

Balik ja dari kelas terus ajak Kak Jiah keluar jalan-jalan untuk hilangkan stres. Emy pulak dipaksa untuk ikut sekali. Stres digunakan sebagai alasan. So, jom check it out aku pi mana untuk hilangkan stres.

1. SHOPPING di Jusco.

Ok, sekarang kan tengah YES. Do you know what is YES ? Girls, you should know this awesome word. Dapat gak la sehelai baju kat aku. It's 50% discount :)

2. MAKAN di Little Taiwan.

Boleh tahan sedap jugak makan kat tempat ni. Ala-ala Taiwan camtu. Nama pun Little Taiwan so what do you expect for ? Deco dia macam ok-ok ja. Tak sehebat mana sangat. Ceh, hang ingat hang Eric Leong duta tilam ka nak komen-komen ?


Little Taiwan's Tissue.
ok dak description aku ? HAHA.


Halal.
Aku nyaris-nyaris nak telefon Jakim before masuk kedai ni.
*tipu*


Cool blog.
Benda wajib beli untuk Emy.
Cool blog aku boleh terima tapi kalau Each A Cup tu...aku rasa aku patut jumpa bos dia.


Muka teruja makanan dah sampai.


Spicy Hot Ramen Kak Jiah yang indah menu dari rupa.
Tapi rasa dia not bad.
Bebola tu sedapppp.


Beef Shank Rice Set.
Memang terbaik !


Aku terasa terer bila makan pakai chopstick. Sungguh habaq mai !


Emy teruja dapat ambil lauk guna chopstick. HAHA !


3. BERSIAR-SIAR di Kampung Morten.

Sapa hat mai Melaka tapi hampa tak mai kat sini memang rugi. Kampung Morten ni salah satu kampung yang paling cantik dan bersih di Melaka. Dengar kata la, Kerajaan Melaka bagi duit kat penduduk kampung untuk mengekalkan kecantikan kampung ni. Taktau la betoi ka dak.


Cantik kan ?
Bukan Kak Jiah yang aku maksudkan tapi permandangan di sini.
Ada sungai depan rumah penduduk Kampung yang menjadi laluan untuk river cruise.


Salah satu rumah yang ada di Kampung Morten.
Awat muka Kak Jiah nampak stres ? Abaikan. LOL !


Aku suka gambar ni.
Profile picture di Facebook aku.
Terima kasih handphone canggihhhh Kak Jiah.


Ok, sampai di sini.


06 December 2011

Bayi Disember : Titie

Assalamualaikum

Titie, actually idea aku blank. Tak pasti nak tulis apa. Tapi nak tulis jugak. Sebab aku takut kalau-kalau aku tangguh, memang jadi pekasam la entry ni. Hang dah 20 tahun weyyy. Syiok sebab aku orang first wish kat hang. Malangnya, aku tak se'sweet' hang. Hang call dari India time birthday aku. Aku hanya mampu berbalas beberapa mesej yang harganya cuma RM 0.20/mesej. Sobsobsob....

Maaf kalau selama kita berkawan ni aku ada sakitkan hati hang dan aku tau mesti ada punya.

Maaf kalau selama kita berkawan ni aku tak bawa pengaruh yang baik untuk hang.

Maaf kalau selama kita berkawan ni aku tak ada bila hang susah/sedih.

Maaf sebab selama kita sedorm hang bersusah payah untuk kejut aku bangun. Semua orang tau kebenarannya. Hahaha !

Maaf sebab selalu tidur atas katil hang dengan nyenyaknya dan buat macam katil sendiri terbongkang sampai takda ruang untuk hang tidur.

Maaf dari hati.


Pengunjung Blog Aku.

Yang warna kuning tu tulis INDIA. Aku rasa hang.
Yang warna kelabu tu tulis GERMANY. Aku rasa Yaya
Yang warna hijau tu tulis EGYPT. Aku rasa Tehah.

#so, I know that you are reading my blog !




pendengar setia, pemberi nasihat dan pembekal semangat aku.


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-20 TAHUN.
Semoga persahabatan kita berkekalan. Amin.


This is for you, White Chocolate Macademia from Secret Recipe.
Dulu, hang pernah belanja aku kek ni.
Once again, aku tak se'sweet' hang sebab kek aku hanya boleh dilihat dan diambil percuma dari Google Image. So sad !



Serius, aku rindu hang. Balik cepat-cepat.
*Kenangan kita terlalu banyak untuk dijilidkan.

03 December 2011

Second Siblings.

Assalamualaikum.

Still remember my older post titled geng? Why I didn't put them in my list ? Because we are not gang, but we are siblings ! Alhamdulillah, it's already 8 years we share happiness, sadness, craziness and our friendship is still strong. Thank you Allah for sending them to my life.

26 November 2011, aku, Azreen, Wani dan Tie berjanji untuk berjumpa di Masjid Jamek. Aku sebelum itu menetap di Kolej 2 UM iaitu kolej Azreen busam masam. Bergerak ke sana sini menaiki kenderaan awam seperti lrt, ktm, monorel dan teksi. Aku sebenarnya tak pasti teksi tu kenderaan awam ka dak ? Biarkan persoalan itu di situ.

Hanya kami berempat sahaja sebab Mira di Jerman, Hanim cute di Terengganu, Hasni ada kem, Huda pulak sibuk nak kahwin. Eh, sibuk tolong orang kahwin. Hanya berbekalkan empat orang kami masih mampu membuat pengunjung Masjid Jamek terkesima melihat kami atau lebih tepat lagi melihat kami dengan pelik hasil jeritan terkejut Tie.


ya, itu Menara KL.


Azreen dan Wani.
Monghormati pendirian Azreen yang mana dia tidak mahu menampakkan wajahnya.
I'm proud of you friend :)


Tie.
Ada ka patut dia cakap dia pakai baju putih time kami nak cari dia ?
Nasib baik jumpa. Alih-alih dia yang menjerit terkejut nampak kami.


Aku.
Muka senyum tapi sebenarnya letih, melekit, masam semua ada.


Ruski.
Mi segera perisa tomyam yang paling sedap time asrama dulu.
Azreen, thanks sebab kembalikan nostalgia.


I love you guys. There's no word to explain it.
Azreen, I still love you although I'm a bit K.A make your face become BLACK.


Hampa semua kena tahu yang sekarang ni aku berubah :

1. Aku dah tak menangis bila tak dapat makan ayam.
2. Aku dah tak merajuk bila orang rasmi makanan aku before aku makan.
3. Aku dah start makan ikan selain ayam.


Ingat dulu-dulu, orang semua tak suka kita sebab kita terlalu rapat. Orang semua anti kita. Orang semua cakap kita suka tunjuk baik. Orang semua cakap kita tak reti bergaul dengan orang lain. Dan macam-macam lagi. Tapi, benda tu la yang merapatkan kita :)


p/s : Aku harap orang yang anti dengan kita dulu jealous dengan hubungan kita supaya mereka tahu yang tak salah untuk menjadi rapat.