12 December 2011

Peristiwa hari Sabtu.

Assalamualaikum.

Sabtu 11 Disember 2011 aku ada kelas. Ulang suara ada kelas. So, faham-faham ja la bila mind set aku Sabtu cuti tapi tiba-tiba ada kelas aku macam @#$!%&&*.

Balik ja dari kelas terus ajak Kak Jiah keluar jalan-jalan untuk hilangkan stres. Emy pulak dipaksa untuk ikut sekali. Stres digunakan sebagai alasan. So, jom check it out aku pi mana untuk hilangkan stres.

1. SHOPPING di Jusco.

Ok, sekarang kan tengah YES. Do you know what is YES ? Girls, you should know this awesome word. Dapat gak la sehelai baju kat aku. It's 50% discount :)

2. MAKAN di Little Taiwan.

Boleh tahan sedap jugak makan kat tempat ni. Ala-ala Taiwan camtu. Nama pun Little Taiwan so what do you expect for ? Deco dia macam ok-ok ja. Tak sehebat mana sangat. Ceh, hang ingat hang Eric Leong duta tilam ka nak komen-komen ?


Little Taiwan's Tissue.
ok dak description aku ? HAHA.


Halal.
Aku nyaris-nyaris nak telefon Jakim before masuk kedai ni.
*tipu*


Cool blog.
Benda wajib beli untuk Emy.
Cool blog aku boleh terima tapi kalau Each A Cup tu...aku rasa aku patut jumpa bos dia.


Muka teruja makanan dah sampai.


Spicy Hot Ramen Kak Jiah yang indah menu dari rupa.
Tapi rasa dia not bad.
Bebola tu sedapppp.


Beef Shank Rice Set.
Memang terbaik !


Aku terasa terer bila makan pakai chopstick. Sungguh habaq mai !


Emy teruja dapat ambil lauk guna chopstick. HAHA !


3. BERSIAR-SIAR di Kampung Morten.

Sapa hat mai Melaka tapi hampa tak mai kat sini memang rugi. Kampung Morten ni salah satu kampung yang paling cantik dan bersih di Melaka. Dengar kata la, Kerajaan Melaka bagi duit kat penduduk kampung untuk mengekalkan kecantikan kampung ni. Taktau la betoi ka dak.


Cantik kan ?
Bukan Kak Jiah yang aku maksudkan tapi permandangan di sini.
Ada sungai depan rumah penduduk Kampung yang menjadi laluan untuk river cruise.


Salah satu rumah yang ada di Kampung Morten.
Awat muka Kak Jiah nampak stres ? Abaikan. LOL !


Aku suka gambar ni.
Profile picture di Facebook aku.
Terima kasih handphone canggihhhh Kak Jiah.


Ok, sampai di sini.


2 comments:

  1. amboi...sterss no muka cheq!(k.jiah)

    ReplyDelete
  2. hahaha. saja xmau boh gambar kak jiah yang cun2. abon_91

    ReplyDelete