27 February 2013

Chucuk - Chucuk, Bukit Beruang.

Assalamualaikum.

Waalaikumussalam. Eh, tetiba jawab sendiri. Actually entry ni asyik terbengkalai dari semasa ke semasa. Akhirnya berjaya jugak disiapkan. Pernah tengok Jalan-Jalan Cari Makan dak yang Iqram Dinzly mai Melaka tu. Dia kan pi Chucuk-Chucuk. So, kami pun rasa terpanggil untuk ingin mencuba apa yang best sangat sampai masuk JJCM. Tempat ni memang tak jauh dengan Kolej Kediaman Bunga Raya UTeM. Senang cerita kedai ni terletak bersebelahan Medan Selera Bukit Beruang. 

Makanan kat sini boleh tahan la. Kedai ni menyediakan aneka jenis makanan yang dicucuk-cucuk di lidi *macam pelik ja ayat aku*. Satu cucuk harga RM 0.80. Tapi aku cadangkan better hampa ambil set buffet. Untuk harga student, seorang baru RM 16.90. Pastu hampa boleh makan sampai pecah perut. Harga yang memang berbaloi ! Yang paling penting sekali dijamin HALAL.


Comelnya mulut Tweety.


Apa jenis sate hampa mau? Nemo ada, angry bird ada, teddy bear pun ada. 
*Wanie suka sangat la sampai sayang nak makan*


Bukan nak describe pasal Emy. Nak tunjuk tempat masak sate tu.
Boleh celup, boleh grill atau dalam bahasa Kedahnya bakaq.


Abaikan muka Wanie yang nampak tak nampak tu.
Fokus pada kuah kacang. Siryes sedap, aku tak tipu !


Meriahnya meja kami.


Aku rasa memang sesuai kedai ni nama Chucuk-Chucuk. Sampai brokoli pun dia nak cucuk gak.


Emy kerja memasak ja. Pastu dok kata dia dah makan banyak. 


Depa dua la yang menyebabkan angry bird semakin pupus.


Myra, kesian kita dua. Takdak gambaq hat lawa. 
Muka hang macam nak marah orang. Aku pulak terserlah kuat makan.
*candid*


Apabila handphone sampai ke tangan Wanie, beginilah gambarnya.


Komen aku : Chucuk-Chucuk ni ok la kalau kita nak feeling-feeling Seoul Garden time tengah pokai. Aku bagi 2.5 bintang sebab kuah tomyam dia rasa macam sup. Lain kali aku mai kena bawak sekali perencah tomyam Adabi.

No comments:

Post a Comment