23 December 2013

Harapan untuk Final Exam

Assalamualaikum.

Sekarang dah start study week tapi aku tak balik rumah pun amik restu mama abah sebab bulan November tu dah tiga kali aku balik. Balik midsem, balik ambil laptop, balik sebab kena chicken pox. Alhamdulillah sekarang dah sihat sepenuhnya cuma parut ja penuh badan hmmm.

Sem ni aku tak letak harapan yang tinggi sangat. Cuma harap boleh improve dari sem lepas. Sem ni ada Control System kottt. Gila arghhh! Markah test pun teruk kot. Walaubagaimanapun, jangan putus asa selagi belum berusaha. Aku pegang kata-kata ni. 

Kepada semua yang akan menghadapi final, selamat maju jaya aku ucapkan. Jangan bawak toyol pulak





Pernah rasa nak give up belajaq konon teruk sangat Engineering tu. Bersyukurlah sebab dapat belajaq dengan selesa. Bandingkan diri dengan orang yang ada kat negara bergolak. Paling dekat, orang Pahang Terengganu yang kena banjir. 


14 December 2013

Aku dan Ayam.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni Zayani post kat wall Facebook aku pasal SBP Gags yang cakap pasal budak asrama suka makan ayam. Hahaha aku suatu masa dulu memang peminat setia ayam. Kalau tak makan ayam dalam sehari tu rasa macam hidup tak lengkap. Ada beberapa peristiwa aku dengan ayam yang aku masih ingat sampai sekarang.


Peristiwa 1

Masa ni aku Darjah 2. Malam tu mama tak masak ayam, yang ada cuma ikan. Aku dok merajuk takmau makan sebab aku nak makan ayam. Abah pujuk aku cakap esok la makan ayam tapi aku degil jugak takmau makan nasi. Siap nangis teresak-esak sebab nak makan ayam. Lama-lama abah tak tahan.

" Kakak ni awat ketegaq sangat ha? Esok la makan ayam "

" Takmau !"

Abah heret aku letak depan pintu luar rumah. Aku takut gila masa tu. Tapi sebab ketegaq dan nak tunjuk kat abah, aku behenti nangis.

" Apa abah ni letak anak kat luaq. Jadi apa-apa satgi " - Mama

Abah buka pintu. Dia suruh aku masuk. Aku tak berganjak seinci pun.

" Ish budak ni. Masuk lekaih "

" Tadi suruh orang duduk kat luaq sangat "      *Nampak dak aku macam mana?*

Abah masuk dalam rumah balik. Tiba-tiba dia keluar bawa penyangkut baju. Abah tibai aku sampai patah penyangkut baju tu. Menangis teruk gila aku sebab inilah kali pertama dan terakhir abah pukul aku. Hanya disebabkan ayam.


Peristiwa 2

Masa ni aku kat Mat Jiwa. Form 5 kalau tak salah. Walaupun aku ni gemuk tapi sebenaqnya aku malas nak turun makan petang. Sebab makan petang ni selalu tak menepati citarasa aku sangat (sebab takda ayam). 

" Abon, jom la turun makan. Mana tau kot-kot harini makan ayam "

" Malas ahhh. Kami rasa harini tak makan ayam kot "

Bila kawan-kawan aku dah naik makan, aku akan tanya makan apa sebab nak pastikan.

" Makan apa wey tadi? "

" Udang "

Hmmm dah agak dah. Nasib baik tak turun tadi. Tiba-tiba Neng lalu depan dorm.

" Neng, makan tak best kan tadi? "

" Ha, makan sotong "

Hah? Jeng3x. Aku kena tipu dengan budak dorm aku rupanya. Depa berkomplot cakap benda lain sebab takmau bagi aku sedih. Siap bagitau budak-budak lain lagi tapi Neng yang bagi kantoi. Rupanya petang tu makan ayam. Aku terus menangis sebab rasa rugi tak turun makan hahaha teruk gilaaa.


Peristiwa 3

Yang ni memang paling memalukan bila aku ingat balik hahahaha. Waktu ni aku Form 5 jugak. Benda ni jadi masa Hari Sukan. Budak rumah Bendahara dapat dua ketul ayam goreng dan ada beberapa makanan ringan yang lain. Aku pilih bahagian kepak sebab ni favourite aku dan satu lagi bahagian tu aku lupa. 

Bila dah habis penyampaian hadiah, kami balik khemah masing-masing untuk berkemas. Tiba-tiba aku tak jumpa plastik yang berisi ayam aku. Keliling khemah aku cari. Aku nak ayam tu jugak. Ayam kepak. Waktu tu Hasni teman aku cari. Last sekali tak jumpa jugak. Dan yang paling memalukan ialah aku pi menangis kat tengah-tengah padang hahahahaha. 

" Kami bukan nak sangat ayam tu, tapi kami rasa rugi sebab bayaq duit tapi ayam kami hilang " 

Ayat tak boleh blah. Sabar ja Hasni dok pujuk aku. Akhirnya, Hasni bagi ayam dia seketul kat aku. Dan aku lupa ada seorang lagi yang bagi ayam dia kat aku.


Hanya keluarga aku dengan kawan-kawan Mat Jiwa ja yang tau betapa aku gilakan ayam sebab sekarang ni aku dah tak macam dulu. Sejak masuk UTeM, aku dah tak menjadikan ayam sebagai makanan utama. Boleh ja kalau dalam seminggu tak makan ayam :P

29 September 2013

Kaktus

Assalamualaikum.

Say hi to my new friend ! Belum memikirkan nama yang sesuai tapi dah ada beberapa cadangan. Doakan kaktus ni tak mati cepat hahahaha ;P


22 August 2013

Raya 2013

Assalamualaikum.

Malas nak update panjang-panjang. Tengok gambar ja la na.



Aku dengan tangan peace tak boleh lari.


Dengan Nadia. 


Kami bertiga wajib jumpa kalau raya-raya ni.


Aku, Aiman dengan Adik Ein.


Kepala nak senget ja.



Tokwan seksi tak pakai baju.


Dengan Tqah.


Beraya rumah Syerod. 


Dengan Pari-Pari Lalat *Emy*



12 July 2013

Ramadhan 2013

Assalamualaikum.

Lama tak update belog.Tak busy pun tapi tak banyak benda sangat aku nak share. Alhamdulillah, sekarang berada dalam bulan yang penuh berkat di mana semua umat Islam berlumba-lumba untuk cari pahala. Mungkin ada juga yang menjadikan Ramadhan kali ini sebagai permulaan baru dalam hidup mereka. Kali ni sekali lagi sambut Ramdhan kat UTeM. 

Aku pun ada azam yang baru jugak untuk Ramadhan kali ni. Antaranya:

1. Meminta maaf dan maafkan orang lain *berlapang dada*
2. Kurangkan bercakap pasal hal orang lain *dalam bahasa kasarnya mengumpat/mengata*
3. Takmau tinggal terawih kecuali ada hal yang tak dapat dielakkan.
4. Baca al-Quran setiap hari.
5. Bangun sahur.
6. Tiada subuh gajah.


Simple ja kan azam aku hahahaha. Harap-harap aku dapat istiqamah kali ni :)


#Asyik call mama petang-petang *baru 2 hari puasa* tanya masak apa walaupun aku tau jawapan mama akan membuatkan cemburu aku berganda-ganda. Sapa-sapa yang puasa kat rumah tu hargailah detik-detik berbuka dan sahur bersama keluarga. Seriously, itulah waktu paling berharga.

07 June 2013

Final

Assalamualaikum. (Taip laju-laju kononnya nak jimatkan masa)

Gatai kan nak update belog jugak walaupun takda apa nak share. Just nak ucapkan selamat maju jaya buat semua kawan-kawan yang akan menghadapi final exam. Semangat untuk study sedikit merudum sem ni dan aku pun taktau kenapa. Cuba sehabis baik untuk rajin. Cuba.


" Kin, apa rahsia hang selalu dapat dekan? Share la ngan aku sikit ".
" Rahsia aku online. Baru ada semangat. "


INILAH TIPS YANG TERBAIK PERNAH AKU DENGAR.


* Kepentingan online time nak dekat final ialah kita akan mendapat tips dan segala hint berguna dari kawan-kawan. Pastikan hampa online HAHA !

23 May 2013

Final dah dekat, mari insaf beramai-ramai.

Assalamualaikum.

Tolak tambah, lagi dua minggu aku akan menghadapi peperiksaan akhir untuk sem ini dan ramai aku rasa yang seangkatan dengan aku.

Sapa yang mengalami gangguan di bawah sila angkat tangan tinggi-tinggi mencapai awan.

1. Malas untuk buka buku tapi rajin online mukabuku.

2. Layan cerita Korea/Runningman

3. Tidur yang berpanjangan

4. Duduk di meja study tapi tak study

5. Study 5 minit, main game berjam-jam

Ya, itulah gangguan yang aku cipta sendiri. Stress dengan diri sendiri. Awat malas sangat taktau?


" Mama, cik nak kuiz esok. Mama doa tau bagi cik boleh jawab. Malas la lani ".

" Hang deret lagutu."


Kena sebijik.

13 May 2013

Demok aku, Alin.

Assalamualaikum.

Aku baru habis tengok Running Man tadi sambil makan nasi bungkus. Bergelak santai dan tetiba aku terperasan tarikh hari ini ialah 13 Mei. Omaigoshhhh, semalam birthday Alin. LUPA SUNGGUH! Kata kawan macam mana boleh lupaaaa. Alin, aku hanyalah manusia biasa. Dan hang tau kan aku macam mana. Lalai dalam banyak perkara *alasan dicipta*

Alin, aku nak berletiaq dulu kat hang...

1. Kawan yang jenis straight to the point. Takda nak cover-cover. Kalau aku nampak buruk, hang akan kata aku buruk tapi kalau aku nampak cantik, hang tak puji jugak.

2. Hang selalu tau apa yang hang mau. Ada satu kuasa dalam diri hang yang membuatkan hang nampak kuat dari segi luaran walaupun dalaman hang zzzzzz.

3. Jenis malas bergerak. Ha yang ni kita ada persamaan. Bila kita duduk sekali, kita akan saling arah mengarah sebab MALAS. Hang suruh aku, aku suruh hang.

4. Hang tau kan hang tak matang walaupun dah umur 22 tahun? Yang ni tak payah kot aku nak kupas panjang-panjang.

5. Jenis tamak haloba bila makan. Ingat dak kita makan Domino's sampai RM80 untuk dua orang? Ada 3 large pizza dan kita berjaya habiskan semua tu hanya satu malam. Nafsu makan membuak-buak bila kita duduk sekali.

6. Hang tak pernah kedekut. Ok, ni aku serius. Hang tak pernah nak berkira sangat. Selalu ja belanja aku. Hehe.

7. Dengan perwatakan dan penampilan hang, mungkin orang tak sangka hang minat KPop. Siap hafal lagu lagi.


Terima kasih kerana menjadi kawan yang :

Selalu bagi aku semangat.
Selalu Skype dengan aku. Actually, aku suka bila status Skype hang cakap pasal aku. HAHAHAHA
Selalu jujur dengan aku.
Selalu layan cerita-cerita bodoh aku.
Selalu sembang bab kahwin dengan aku.
Selalu cerita pasal group KPop lain selain Suju.
Selalu bagi tips kecantikan.
Selalu sabar dengan tahap kemalasan aku.
Selalu tolong aku yang noob programming.

Aku hargai semua tu.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-22 TAHUN. 


Alin yang pertama dari kiri. 
Yang ada tahi lalat di pipi.


12 May 2013

Kerinduan yang mendalam



Dua insan yang paling berharga dalam hidup aku.

11 May 2013

Cermin

Assalamualaikum.

Cermin...

Sayangnya hanya mampu memperlihatkan kecantikan dan keburukan luaran kita. 

Kalaulah cermin dapat memperlihatkan kecantikan dan keburukan dalaman kita.

Mungkin waktu itu kita akan berhenti dari bercakap tentang keburukan orang?

Sebab malu apabila terlihatnya keburukan dalaman kita.

dan satu yang kita perlu tahu

Cermin tak pernah menipu :)



08 May 2013

Kenapa aku benci sukan?

Assalamualaikum.

Aku baru balik dari latihan futsal untuk subjek kokurikulum. Menyesal pun ada ambil futsal ni. Bukan sebab futsal tu terlalu susah untuk orang yang berbadan gempal seperti aku. Aku tak pernah fikir macam tu. Tapi sebab ramai manusia yang suka mengkritik. Aku mengaku aku ambil futsal sebab aku daftar subjek lambat. Yang tu ja yang tinggal. Kalau ikutkan hati memang nak ambil koir. Bukan sebab suara aku sedap tapi senang nak skor A. 

Petang tadi, aku jadi penjaga gol untuk kumpulan aku. Aku tak pasti nak main posisi apa sebenarnya sebab aku terlalu takut. Takut dikritik kalau aku buat salah. Bedal ja la jadi penjaga gol pun. Mungkin senang sikit tak payah kejar-kejar bola. Akhirnya kami kalah 2-0. Dan semestinya kekalahan tu akan disalahkan ke atas aku.

" Sorry tau. Saya tak reti sangat jaga gol. "

" Eh, takpa."

Aku pun berjalan ke luar padang untuk duduk melihat kumpulan lain pula masuk beraksi. Tiba-tiba kedengaran seorang manusia bercakap dengan kawannya yang lain...

" Bukan salah korang pun, goalkeeper tu yang lembik sangat. "

Lepas terdengar ayat tu, aku terus tak dengar apa lagi yang mereka bincangkan. Aku melihat kumpulan seterusnya bermain walaupun hanya mata aku di situ sebab fikiran aku dah jauh melayang. Begini rupanya perasaan Lee Chong Wei bila dia kalah. Malah lagi teruk daripada apa yang aku rasa mungkin. Aku baru sekumpulan manusia. Bayangkan Lee Chong Wei yang kena kritik dengan satu Malaysia. 

Selain aku, ramai lagi yang dikritik. Bola sepak tak kuat la, pertahanan tidak kuat la, tak pandai kawal bola la dan macam-macam lagi mereka cakap. Yang hairannya, si pengkritik tu pun bukannya sehebat mana. Tak pernah menyumbangkan sebiji gol pun. Tapi mungkin DIA SEDAR DIA LAGI HEBAT DARI AKU YANG LEMBIK NI. Sebab itu dia rasa dia ada hak untuk mengkritik orang lain. Terima kasih atas kritikan yang membina itu :)

Aku masuk kali kedua untuk bermain. Masih kekal sebagai posisi penjaga gol. Kali ini, aku berazam untuk lakukan yang terbaik. Nak menangkis kritikan yang diberi. Alhamdulillah, tiada sebiji gol yang bolos. Aku berjaya ! Namun, setelah aku keluar dari padang, si pengkritik itu masih berbunyi tapi kali ini aku tak pasti kata-katanya berbentuk apa samada kritikan, pujian, atau mungkin perli?

" Yang jaga gol tu goalkeeper korang yang tadi ek? "

" Ok pulak dia main. "

" Mungkin dia dah belajar dari kesilapan. "


Kenapa aku benci sukan? 
Sebab manusia-manusia yang ada di dalamnya.

06 May 2013

PRU 13.

Assalamualaikum.

Keputusan PRU 13 kali ini seperti yang aku dah jangka. Mama marah sebenarnya bila aku lebih-lebih cakap pasal politik. Dia kata dah la tak daftar undi pastu ilmu kurang. Jangan nak cakap banyak. Hehe but this is my belog right? Aku tulis apa yang aku rasa nak tulis. Sejujurnya, dari kaca mata aku banyak permainan politik yang cuba diketengahkan oleh kedua-dua belah pihak. Isu Bangla dengan IC, isu dakwat, isu sumpah laknat, isu flashmob. Sapa yang betul, sapa yang salah? Sapa yang cuba main kotor? Wallahualam. 

Kepada penyokong kuat mana-mana parti :

1. Sila dengar kedua-dua belah pihak.  

2. Sila kaji kedua-dua belah pihak. 

3. Sila teliti kedua-dua belah pihak. 

Jangan menyokong sesuatu parti kerana :

1. Ibu bapa anda 

2. Boyfriend/Girlfriend anda

3. Kawan-kawan anda

4. Tokwan anda penyokong kuat.

Kalau boleh dapatkan dan kaji maklumat dari setiap sumber. Ada yang kata sumber dari internet tidak tepat. Persoalannya di sini, sumber dari berita kat tv, radio dan surat khabar tu tepatkah? Ada kawan aku yang nak tunjuk kat tokwan dia mengenai sumber dari internet sebab tokwan dia hanya tau buka tv. Zaman sekarang zaman teknologi. Maklumat hanya di hujung jari. Tapi bagaimanapun, sila tapis maklumat yang anda dapat dan bukannya percaya bulat-bulat.

Pernah waktu aku sekolah menengah tapi tak ingat form berapa. Aku kena buat satu karangan bahasa Inggeris bertajuk kalau aku jadi Perdana Menteri. Masa tu guru bahasa Inggeris aku datang dari luar negara. Tak ingat negara mana. Muka dia mak salleh habis. Pastu, aku pun buatlah karangan tu. Dan antara ayat yang aku ingat ialah :

Saya ingin memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang Melayu dan bukannya Cina atau India.

Aku pun taktau kenapa aku boleh tulis macam tu. Mungkin sebab masa tu aku dapat maklumat dari sebelah pihak sahaja. Dan tau dak apa yang cikgu bahasa Inggeris aku dari luar negara tu tulis kat kertas aku?

RACISM

Masa tu aku rasa marah sangat. Kenapa dia tulis macam tu? Salahkah niat aku tu? Tapi bila aku semakin matang menilai, aku faham kenapa. Dan bila PRU 13 ni, aku teringat cerita ni. Aku dulu sangat suka Tun Mahathir. Bagi aku Tun Mahathir adalah seorang yang bijak dalam menguruskan hal ehwal negara. Tapi setelah banyak aku membaca tentang Tun Mahathir dari sumber internet dan buku aku mulai sedar yang dia pun manusia biasa. Tak lari dari buat kesilapan dan bukannya sempurna seperti yang aku ingat sebelum ni. Nampak dak? Walaupun aku suka dia tapi aku masih boleh nampak keburukan dalam diri dia. 

Tak salah kita nak sokong mana-mana, tapi pastikan sokongan kita itu berasas. Setiap pemimipin mesti ada kelemahannya dan jangan kita butakan mata kita. Buka mata kita luas-luas. Buka hati kita luas-luas. Buka telinga luas-luas. Negeri Kedah tanah air tercinta jatuh ke tangan biru. Ramai jugak aku tengok sedih. Aku takmau komen banyak sebab aku pun tak daftar undi kan. Apapun, diharapkan lepas ni Kedah bukannya maju dari segi pembangunan yang pesat sahaja. Dan pasal UiTM dan 10,000 peluang untuk masuk ke universti tu sedikit mengganggu aku. Ramai tapi tak berkualiti? 

Aku tau ramai yang nak perubahan untuk PRU 13 kali ini. Biasa la hari-hari kalau makan nasi lemak ikan bilis, nak jugak rasa chicken chop. Tapi mungkin nasi lemak kali ni dah upgrade letak ayam panggang. PEACE NO WAR !

Siapa pun memerintah, kita kena terima keputusan tersebut. Itu perancangan dari Allah :)
Aku harapkan yang terbaik untuk Malaysia ! NO BANGLA

PESANAN IKHLAS : Buat remaja yang belum cukup umur 21 tahun dan belum faham sepenuhnya pasal politik, dinasihatkan agar menahan rasa berkobar-kobar dalam diri itu supaya tidak terlalu lantang meluahkan pendapat, share sana sini info yang belum tahu sahihnya. 

02 May 2013

Pesanan dari mama.

Assalamualaikum.

Hari ini hari yang amat stress bagi aku. Sepatutnya malam ni aku ada atas bas untuk balik ke Kedah. Tapi disebabkan timbunan kerja, aku terpaksa tangguh untuk balik Kedah esok malam. Mama mesej tanya aku balik atau tak malam ni. Takdak nafsu nak reply. Pulak tu no Maxis aku takdak kredit. Tadi mama telefon.

" Kak, hang jadi balik dak malam ni? "

" Dak ma, esok malam kot. Banyak kerja tak siap lagi ".

" Cuti berapa lama yang hang nak balik ni? "

" Awat? Mama takmau chek balik ka? " *Nada merajuk*

" Dak la. Mama dengan abah takut hang la letih naik bas. Nak balik, baliklah. Dok merajuk pulak. "

" Hmmm.."

" Kak, mama ada berita buruk sikit ni. !@#$%%^&^*&%^^& "

" La, yaka. Ish, awat jadi macam tu mama ? "

" Kita jangan kata kat orang, kena beringat sama. Mama tak berani nak cakap banyak. Mama pun ada anak  perempuan jugak. Mama dok risau kat hang tu. "

" Hmmm.."

" Ni mama nak pesan, hang tu jaga diri elok-elok. Hang tu seorang ja anak perempuan mama. "

" Ha la. "


Dunia sekarang memang menakutkan aku. Terkejut jugak tadi bila dapat tau berita tu. Apapun jangan mudah menghakimi seseorang. Yang penting kita jaga diri kita. Memang takut dengan pergaulan bebas sekarang ni. Aku risau untuk diri sendiri, adik-adik aku dan kawan-kawan aku. Semoga Allah melindungi kita dari semua tu. 

30 April 2013

Aku dan Sukan.

Assalamualaikum.

Aku dan sukan? Dari kecil aku benci sukan. Bila nak dekat Hari Sukan, aku akan rasa berdebar-debar. Macam nak pi berperang. Sebab pada aku sukan melibatkan kemenangan. Bila masuk sukan apa-apa, semua orang nak menang. Walaupun hanya latihan ja, tetap ada menang kalah. Walaupun perlawanan persahabatan, tetap ada menang kalah. Sebab tu aku tak suka sukan. Satu lagi sebab aku asyik kalah :D

Aku nak kongsi pengalaman aku dalam bersukan ni. Walaupun aku ni nampak macam lembik-lembik (lemak banyak) tapi banyak jugak sukan yang aku pernah join secara sukarela mahupun paksa.

1. Merentas desa
Sukan yang memerlukan stamina yang tinggi. Aku TERPAKSA masuk untuk mencukupkan orang. Makan la glukos ka, pisang ka, 100Plus ka, sama ja. Awal-awal lagi dah pancit. Padahal aku tak lari pecut pun. Masa sekolah rendah, cikgu PJ aku sampai naik moto cari aku keliling kampung sebab aku tak sampai-sampai kat sekolah. Macam mana nak sampai, orang berlari aku berjalan.

2. Lari 100m
Acara ni wajib dalam sukantara sekolah dan melibatkan markah untuk rumah sukan. Taktau nak describe bertapa nak luruh jantung waktu wisel ditiup. Aku cuba lari sekuat/selaju mungkin. Aku cuba bayangkan ada anjing kejar aku dari belakang. Aku cuba bayangkan depan tu ada cinta hati aku *gatai*. Tetap tak berjaya. Aku tak pernah kutip satu markah pun untuk acara ni. Pastu asyik kena perli dengan senior. 

"Tiap-tiap tahun, muka yang sama jugak tak dapat mata"

3. Lari 400m
Ini lagi gila. Hahahaha. Lorong mana pun aku ambil, sama ja kesudahannya. Orang lain dah nak start pun aku tak sampai-sampai lagi.  Awal-awal tu langkah aku besar, koi lama koi kecik. Last sekali, macam berjalan pun ada. Rekod yang aku pegang ialah aku tak pernah habiskan larian 400m. Siap kena boo dengan abang-abang senior. 

" Sudahlah adik, takyah lari dah. Masa dah tamat. Tak dapat mata pun. "  

" Ni boleh dapat 4 mata ni ."  

4. Lompat kijang
Jangan terkejut aku pernah masuk acara ni. Bukan sebab aku terer tapi sebab tak cukup orang atau mungkin senior nak kenakan aku. Takpa, aku redha ja. Seriously, sampai sekarang aku taktau macam mana nak lompat kijang. Lompat jauh pun tak lepas. Yang sedihnya depa tak ukur pun berapa jauh aku lompat :(

Paling memalukan bila ada announcement : 

" Nama-nama berikut sila ke acara lompat kijang sekarang. Siti Binti Ali, Ana Binti Abu, Salwa Binti Ismail.......

Pastu pengadil pulak cakap:

 "Kamu lompat ja macam mana pun sebanyak 3 kali, lepas ni boleh pi sokong kawan-kawan yang lain." 

5. Lompat jauh
Mungkin better dari lompat kijang. Orang selalunya lari sikit pastu sampai papan pijak pastu lonjak badan.  Tapi aku jenis lari terus, tak lompat langsung. Kadang-kadang, aku selalu ingat aku dah lompat sejauh mungkin tapi sebenarnya depan sikit ja dari papan.

6. Lontar peluru
Dengan saiz badan aku, mungkin hampa rasa aku mampu untuk sukan yang ni. Ya, yang ni aku sedikit yakin. Tapi takdak la jauh sangat aku lontar. 

7. Merejam lembing
Yang ni lagi memalukan. Aku tak rejam, tapi aku luncur lembing tu. Nah, lembing jatuh jauh sikit ja dari kaki aku.

Ada ka patut pembantu padang tu kata " Yang ni takyah ukur la cikgu. Dekat sangat. "

8. Futsal
Aku jadi penjaga gol. Awal-awal tu banyak jugak bola yang aku berjaya halang dari masuk gol. Kami berjaya ke final. Tapi time final tu, aku yang sepak bola masuk gol sendiri. TOBAT MALU WEY. Kalah teruk pulak tu. Walaupun aku tak sengaja, tapi semua orang takkan faham. Yang depa tau, BODOH GILA PENJAGA GOL TU. Kalau aku jadi depa pun aku cakap benda yang sama. Penonton memang, tau bagi komen ja.

9. Paintball
Aku masuk sebab kawan aku tolong bayar yuran. Dia nak cukupkan orang jugak. Sepanjang aku main benda ni, aku lansung tak kena tembak dengan pihak lawan. Kawan aku yang lain ada yang sampai lebam-lebam. Pasai pa aku tak kena tembak ? Sebab aku tak berganjak langsung dari tempat persembunyian. Lepas tu aku keliru antara pihak lawan dengan pengadil. Last sekali aku tembak ke arah pengadil secara bertubi-tubi sampai nak habis bullet aku.

Lepas tamat permainan, pengadil tu cakap " Sapa yang tembak saya tadi ? "



Kejayaan yang paling manis : Berjaya mendaki puncak Broga :)
Abaikan kebulatan badan aku masa ni. Sekarang pun bulat jugak !



16 April 2013

Filem terbaru 2013 : Ismail Terbang.

Assalamualaikum.

Pernah dengar nama filem tu? Apadia? Tak pernah. Hurm aku pun sama. Mama aku yang cipta nama filem ni. Cuti midsem tu, aku dengan mama makan tengahari sambil tengok Melodi dekat TV3. Dan, seperti kita sedia maklum pengacara rancangan tersebut ialah Zizan dengan Awal Ashaari. Dengan ini bermulalah perbualan aku dengan mama.....


Mama : Kakak, mama minat la dengan Zizan tu. Dia berlakon syok. Lawak pun lawak.

Aku : Cik minat dia jugak mama. Tak larat gelak kalau dia buat lawak.

Mama : Kakak, hang tengok dak filem Ismail Terbang

Aku : Hah? Yang mana ni mama. Tak pernah dengar pun. *Aku hairan macam mana mama boleh tau filem yang aku sendiri tak pernah dengar namanya sambil buat muka kerut seribu*

Mama : Hang tak tengok ka? La, dia la berlakon.

Aku : Hurm.....

selepas lebih kurang 5 saat....

Aku : Mael Lambong kot mama!

Kami : HAHAHAHA! *gelak tak ingat dunia sampai tangan terasa lemah untuk teruskan suapan nasi*

Mama : Ala, terbang dengan lambung nak dekat dah la tu. 


Sampai sekarang aku masih tersenyum-senyum bila ingat benda ni. Mama aku memang macam ni. Sentiasa yakin walaupun salah. Rindu kat mama aih!

15 April 2013

Biarkan gambar berbicara : 2 hari 1 malam di Pangkor.

Assalamualaikum.

Ok, tengah malas nak karang ayat panjang-panjang. Esok aku ada test tapi gatai tangan jugak nak tulis belog. GATAI !


Bukan beg roda sekali aku angkut. Beg roda tinggai dalam kereta Ila. 


Aku terjumpa budak ini di Puduraya. Ada makcik penipu datang minta duit kononnya kad ATM ditelan mesin. Budak ini terus ingin mengeluarkan duit untuk menolong makcik itu. Nasib baik aku ada. Makcik itu terus blah apabila terlihat pengawal keselamatan. Aini oh Aini !


Tiket naik feri/bot hanya RM10 seorang untuk perjalanan pergi balik. Jimat kan?


Cerita di atas menggambarkan Aini seorang yang bermurah hati. Namun lihatlah kekejaman yang dia lakukan di pipi aku. 


Awekssss. Yang tengah dah BERPUNYA. Hahaha!


Alhamdulillah, kami selamat sampai.


Kecomelan yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Kami bertiga sibuk bertanyakan tips kecantikan dari Ija *padahal dia memang semulajadi cantik* Bagaimanapun banyak juga tips yang dapat kami korek. 


Check in. Nipah Bay Villa. Hanya RM 140. Ada dua katil queen, satu katil single, tv, syampu sunsilk paket 30 sen(banyak gila) dan sabun May paket kenduri(gila banyak).


....................................................................................


Lepas check in, terus keluar berjalan di tepi pantai. Sampai Pangkor pun dah lewat petang.


Pantai di Teluk Nipah, Pangkor.


Gaya, mutu keunggulan.


 Dia nampak comel dalam gambar ini. Sebab aku yang tangkap.


Untunglaaaaa depa dapat snap gambar cenggini....


Kerang bakar. Satu hidangan RM5. Kerana kami perut tong, kami telan memesan double, RM10.


Tak pasti nak letak caption apa. I love Pangkor maybe?


Dia sentiasa kelihatan BAIK. Padahal......
Aini jangan marah nanti cepat tua

Ila sibuk memilih ole-ole. Beli ka dak wey? 


 
Keeseokan paginya. Aktiviti yang dinanti-nantikan.


Maafkan saya atas keterujaan yang melampau. Maaf. Lama tak naik ndoi/buaian.


Gambar kegemaran.


Masa untuk mandi pantai !


Gambar ini hasil karya seseorang. Mohon terasa !


Aku letak jugak gambar ni walaupun muka aku besaq bola. View di belakang tu yang penting.


Island hopping. Nampak tak tangan aku kemas memegang jaket keselamatan Aini? 


Coral Island. Pulau kecil di tengah laut. Cantik sangat.


Time ni muka habis terbakar. Hanya muka Ija yang bertahan sebab dia dah pakai something untuk menjaga kulit mukanya. Kami bertiga? Haish, penat Ija bagi tips.


Sambil menunggu nasi ayam sampai. Sempat lagiiiii. Buat makluman semua, harga makanan di Pangkor sedikit mahal. Mungkin pada aku. Nasi ayam RM6 weyyyyy. Ayam dia kuruih kedekiang dengan nasi sikit plak tu. Cissss !


Macam model kau Jah Ila.


Sila berjaga-jaga ketika makan di tepi pantai. Angin bertiup bukan lagi sepoi-sepoi bahasa tapi KENCANG. Pinggan Aini terbang.


Comel kan cover phone dia ?


Kayuh jangan tak kayuh. Sampai melecur lidah. Hahaha !


Rupanya lepas SPM depa tak pernah jumpa. Ini first time. Kisah di sebalik gambar.


Berangkat pulang. 


Singgah UTP untuk hantar Ija. Bangunan di sini semua cantik-cantik. 


Belakang tu adalah perpustakaan UTP. Dari luar nampak canggih. Dengar kata monyet di sini pun educated. Ok, melampau.


Aku dengan Aini tumpang tidur di rumah sewa Ila sebelum berangkat pulang. Ila sorry sebab aku guna air banyak kat rumah sewa hang hehe.


Dan dengan ini berakhirlah kisah kami di Pangkor. Empat orang pun dah meriah. Lepas ni, jom pi pulau lain pulak. Melancong selagi masih muda :)