06 May 2013

PRU 13.

Assalamualaikum.

Keputusan PRU 13 kali ini seperti yang aku dah jangka. Mama marah sebenarnya bila aku lebih-lebih cakap pasal politik. Dia kata dah la tak daftar undi pastu ilmu kurang. Jangan nak cakap banyak. Hehe but this is my belog right? Aku tulis apa yang aku rasa nak tulis. Sejujurnya, dari kaca mata aku banyak permainan politik yang cuba diketengahkan oleh kedua-dua belah pihak. Isu Bangla dengan IC, isu dakwat, isu sumpah laknat, isu flashmob. Sapa yang betul, sapa yang salah? Sapa yang cuba main kotor? Wallahualam. 

Kepada penyokong kuat mana-mana parti :

1. Sila dengar kedua-dua belah pihak.  

2. Sila kaji kedua-dua belah pihak. 

3. Sila teliti kedua-dua belah pihak. 

Jangan menyokong sesuatu parti kerana :

1. Ibu bapa anda 

2. Boyfriend/Girlfriend anda

3. Kawan-kawan anda

4. Tokwan anda penyokong kuat.

Kalau boleh dapatkan dan kaji maklumat dari setiap sumber. Ada yang kata sumber dari internet tidak tepat. Persoalannya di sini, sumber dari berita kat tv, radio dan surat khabar tu tepatkah? Ada kawan aku yang nak tunjuk kat tokwan dia mengenai sumber dari internet sebab tokwan dia hanya tau buka tv. Zaman sekarang zaman teknologi. Maklumat hanya di hujung jari. Tapi bagaimanapun, sila tapis maklumat yang anda dapat dan bukannya percaya bulat-bulat.

Pernah waktu aku sekolah menengah tapi tak ingat form berapa. Aku kena buat satu karangan bahasa Inggeris bertajuk kalau aku jadi Perdana Menteri. Masa tu guru bahasa Inggeris aku datang dari luar negara. Tak ingat negara mana. Muka dia mak salleh habis. Pastu, aku pun buatlah karangan tu. Dan antara ayat yang aku ingat ialah :

Saya ingin memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang Melayu dan bukannya Cina atau India.

Aku pun taktau kenapa aku boleh tulis macam tu. Mungkin sebab masa tu aku dapat maklumat dari sebelah pihak sahaja. Dan tau dak apa yang cikgu bahasa Inggeris aku dari luar negara tu tulis kat kertas aku?

RACISM

Masa tu aku rasa marah sangat. Kenapa dia tulis macam tu? Salahkah niat aku tu? Tapi bila aku semakin matang menilai, aku faham kenapa. Dan bila PRU 13 ni, aku teringat cerita ni. Aku dulu sangat suka Tun Mahathir. Bagi aku Tun Mahathir adalah seorang yang bijak dalam menguruskan hal ehwal negara. Tapi setelah banyak aku membaca tentang Tun Mahathir dari sumber internet dan buku aku mulai sedar yang dia pun manusia biasa. Tak lari dari buat kesilapan dan bukannya sempurna seperti yang aku ingat sebelum ni. Nampak dak? Walaupun aku suka dia tapi aku masih boleh nampak keburukan dalam diri dia. 

Tak salah kita nak sokong mana-mana, tapi pastikan sokongan kita itu berasas. Setiap pemimipin mesti ada kelemahannya dan jangan kita butakan mata kita. Buka mata kita luas-luas. Buka hati kita luas-luas. Buka telinga luas-luas. Negeri Kedah tanah air tercinta jatuh ke tangan biru. Ramai jugak aku tengok sedih. Aku takmau komen banyak sebab aku pun tak daftar undi kan. Apapun, diharapkan lepas ni Kedah bukannya maju dari segi pembangunan yang pesat sahaja. Dan pasal UiTM dan 10,000 peluang untuk masuk ke universti tu sedikit mengganggu aku. Ramai tapi tak berkualiti? 

Aku tau ramai yang nak perubahan untuk PRU 13 kali ini. Biasa la hari-hari kalau makan nasi lemak ikan bilis, nak jugak rasa chicken chop. Tapi mungkin nasi lemak kali ni dah upgrade letak ayam panggang. PEACE NO WAR !

Siapa pun memerintah, kita kena terima keputusan tersebut. Itu perancangan dari Allah :)
Aku harapkan yang terbaik untuk Malaysia ! NO BANGLA

PESANAN IKHLAS : Buat remaja yang belum cukup umur 21 tahun dan belum faham sepenuhnya pasal politik, dinasihatkan agar menahan rasa berkobar-kobar dalam diri itu supaya tidak terlalu lantang meluahkan pendapat, share sana sini info yang belum tahu sahihnya. 

No comments:

Post a Comment