23 May 2013

Final dah dekat, mari insaf beramai-ramai.

Assalamualaikum.

Tolak tambah, lagi dua minggu aku akan menghadapi peperiksaan akhir untuk sem ini dan ramai aku rasa yang seangkatan dengan aku.

Sapa yang mengalami gangguan di bawah sila angkat tangan tinggi-tinggi mencapai awan.

1. Malas untuk buka buku tapi rajin online mukabuku.

2. Layan cerita Korea/Runningman

3. Tidur yang berpanjangan

4. Duduk di meja study tapi tak study

5. Study 5 minit, main game berjam-jam

Ya, itulah gangguan yang aku cipta sendiri. Stress dengan diri sendiri. Awat malas sangat taktau?


" Mama, cik nak kuiz esok. Mama doa tau bagi cik boleh jawab. Malas la lani ".

" Hang deret lagutu."


Kena sebijik.

13 May 2013

Demok aku, Alin.

Assalamualaikum.

Aku baru habis tengok Running Man tadi sambil makan nasi bungkus. Bergelak santai dan tetiba aku terperasan tarikh hari ini ialah 13 Mei. Omaigoshhhh, semalam birthday Alin. LUPA SUNGGUH! Kata kawan macam mana boleh lupaaaa. Alin, aku hanyalah manusia biasa. Dan hang tau kan aku macam mana. Lalai dalam banyak perkara *alasan dicipta*

Alin, aku nak berletiaq dulu kat hang...

1. Kawan yang jenis straight to the point. Takda nak cover-cover. Kalau aku nampak buruk, hang akan kata aku buruk tapi kalau aku nampak cantik, hang tak puji jugak.

2. Hang selalu tau apa yang hang mau. Ada satu kuasa dalam diri hang yang membuatkan hang nampak kuat dari segi luaran walaupun dalaman hang zzzzzz.

3. Jenis malas bergerak. Ha yang ni kita ada persamaan. Bila kita duduk sekali, kita akan saling arah mengarah sebab MALAS. Hang suruh aku, aku suruh hang.

4. Hang tau kan hang tak matang walaupun dah umur 22 tahun? Yang ni tak payah kot aku nak kupas panjang-panjang.

5. Jenis tamak haloba bila makan. Ingat dak kita makan Domino's sampai RM80 untuk dua orang? Ada 3 large pizza dan kita berjaya habiskan semua tu hanya satu malam. Nafsu makan membuak-buak bila kita duduk sekali.

6. Hang tak pernah kedekut. Ok, ni aku serius. Hang tak pernah nak berkira sangat. Selalu ja belanja aku. Hehe.

7. Dengan perwatakan dan penampilan hang, mungkin orang tak sangka hang minat KPop. Siap hafal lagu lagi.


Terima kasih kerana menjadi kawan yang :

Selalu bagi aku semangat.
Selalu Skype dengan aku. Actually, aku suka bila status Skype hang cakap pasal aku. HAHAHAHA
Selalu jujur dengan aku.
Selalu layan cerita-cerita bodoh aku.
Selalu sembang bab kahwin dengan aku.
Selalu cerita pasal group KPop lain selain Suju.
Selalu bagi tips kecantikan.
Selalu sabar dengan tahap kemalasan aku.
Selalu tolong aku yang noob programming.

Aku hargai semua tu.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-22 TAHUN. 


Alin yang pertama dari kiri. 
Yang ada tahi lalat di pipi.


12 May 2013

Kerinduan yang mendalam



Dua insan yang paling berharga dalam hidup aku.

11 May 2013

Cermin

Assalamualaikum.

Cermin...

Sayangnya hanya mampu memperlihatkan kecantikan dan keburukan luaran kita. 

Kalaulah cermin dapat memperlihatkan kecantikan dan keburukan dalaman kita.

Mungkin waktu itu kita akan berhenti dari bercakap tentang keburukan orang?

Sebab malu apabila terlihatnya keburukan dalaman kita.

dan satu yang kita perlu tahu

Cermin tak pernah menipu :)



08 May 2013

Kenapa aku benci sukan?

Assalamualaikum.

Aku baru balik dari latihan futsal untuk subjek kokurikulum. Menyesal pun ada ambil futsal ni. Bukan sebab futsal tu terlalu susah untuk orang yang berbadan gempal seperti aku. Aku tak pernah fikir macam tu. Tapi sebab ramai manusia yang suka mengkritik. Aku mengaku aku ambil futsal sebab aku daftar subjek lambat. Yang tu ja yang tinggal. Kalau ikutkan hati memang nak ambil koir. Bukan sebab suara aku sedap tapi senang nak skor A. 

Petang tadi, aku jadi penjaga gol untuk kumpulan aku. Aku tak pasti nak main posisi apa sebenarnya sebab aku terlalu takut. Takut dikritik kalau aku buat salah. Bedal ja la jadi penjaga gol pun. Mungkin senang sikit tak payah kejar-kejar bola. Akhirnya kami kalah 2-0. Dan semestinya kekalahan tu akan disalahkan ke atas aku.

" Sorry tau. Saya tak reti sangat jaga gol. "

" Eh, takpa."

Aku pun berjalan ke luar padang untuk duduk melihat kumpulan lain pula masuk beraksi. Tiba-tiba kedengaran seorang manusia bercakap dengan kawannya yang lain...

" Bukan salah korang pun, goalkeeper tu yang lembik sangat. "

Lepas terdengar ayat tu, aku terus tak dengar apa lagi yang mereka bincangkan. Aku melihat kumpulan seterusnya bermain walaupun hanya mata aku di situ sebab fikiran aku dah jauh melayang. Begini rupanya perasaan Lee Chong Wei bila dia kalah. Malah lagi teruk daripada apa yang aku rasa mungkin. Aku baru sekumpulan manusia. Bayangkan Lee Chong Wei yang kena kritik dengan satu Malaysia. 

Selain aku, ramai lagi yang dikritik. Bola sepak tak kuat la, pertahanan tidak kuat la, tak pandai kawal bola la dan macam-macam lagi mereka cakap. Yang hairannya, si pengkritik tu pun bukannya sehebat mana. Tak pernah menyumbangkan sebiji gol pun. Tapi mungkin DIA SEDAR DIA LAGI HEBAT DARI AKU YANG LEMBIK NI. Sebab itu dia rasa dia ada hak untuk mengkritik orang lain. Terima kasih atas kritikan yang membina itu :)

Aku masuk kali kedua untuk bermain. Masih kekal sebagai posisi penjaga gol. Kali ini, aku berazam untuk lakukan yang terbaik. Nak menangkis kritikan yang diberi. Alhamdulillah, tiada sebiji gol yang bolos. Aku berjaya ! Namun, setelah aku keluar dari padang, si pengkritik itu masih berbunyi tapi kali ini aku tak pasti kata-katanya berbentuk apa samada kritikan, pujian, atau mungkin perli?

" Yang jaga gol tu goalkeeper korang yang tadi ek? "

" Ok pulak dia main. "

" Mungkin dia dah belajar dari kesilapan. "


Kenapa aku benci sukan? 
Sebab manusia-manusia yang ada di dalamnya.

06 May 2013

PRU 13.

Assalamualaikum.

Keputusan PRU 13 kali ini seperti yang aku dah jangka. Mama marah sebenarnya bila aku lebih-lebih cakap pasal politik. Dia kata dah la tak daftar undi pastu ilmu kurang. Jangan nak cakap banyak. Hehe but this is my belog right? Aku tulis apa yang aku rasa nak tulis. Sejujurnya, dari kaca mata aku banyak permainan politik yang cuba diketengahkan oleh kedua-dua belah pihak. Isu Bangla dengan IC, isu dakwat, isu sumpah laknat, isu flashmob. Sapa yang betul, sapa yang salah? Sapa yang cuba main kotor? Wallahualam. 

Kepada penyokong kuat mana-mana parti :

1. Sila dengar kedua-dua belah pihak.  

2. Sila kaji kedua-dua belah pihak. 

3. Sila teliti kedua-dua belah pihak. 

Jangan menyokong sesuatu parti kerana :

1. Ibu bapa anda 

2. Boyfriend/Girlfriend anda

3. Kawan-kawan anda

4. Tokwan anda penyokong kuat.

Kalau boleh dapatkan dan kaji maklumat dari setiap sumber. Ada yang kata sumber dari internet tidak tepat. Persoalannya di sini, sumber dari berita kat tv, radio dan surat khabar tu tepatkah? Ada kawan aku yang nak tunjuk kat tokwan dia mengenai sumber dari internet sebab tokwan dia hanya tau buka tv. Zaman sekarang zaman teknologi. Maklumat hanya di hujung jari. Tapi bagaimanapun, sila tapis maklumat yang anda dapat dan bukannya percaya bulat-bulat.

Pernah waktu aku sekolah menengah tapi tak ingat form berapa. Aku kena buat satu karangan bahasa Inggeris bertajuk kalau aku jadi Perdana Menteri. Masa tu guru bahasa Inggeris aku datang dari luar negara. Tak ingat negara mana. Muka dia mak salleh habis. Pastu, aku pun buatlah karangan tu. Dan antara ayat yang aku ingat ialah :

Saya ingin memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang Melayu dan bukannya Cina atau India.

Aku pun taktau kenapa aku boleh tulis macam tu. Mungkin sebab masa tu aku dapat maklumat dari sebelah pihak sahaja. Dan tau dak apa yang cikgu bahasa Inggeris aku dari luar negara tu tulis kat kertas aku?

RACISM

Masa tu aku rasa marah sangat. Kenapa dia tulis macam tu? Salahkah niat aku tu? Tapi bila aku semakin matang menilai, aku faham kenapa. Dan bila PRU 13 ni, aku teringat cerita ni. Aku dulu sangat suka Tun Mahathir. Bagi aku Tun Mahathir adalah seorang yang bijak dalam menguruskan hal ehwal negara. Tapi setelah banyak aku membaca tentang Tun Mahathir dari sumber internet dan buku aku mulai sedar yang dia pun manusia biasa. Tak lari dari buat kesilapan dan bukannya sempurna seperti yang aku ingat sebelum ni. Nampak dak? Walaupun aku suka dia tapi aku masih boleh nampak keburukan dalam diri dia. 

Tak salah kita nak sokong mana-mana, tapi pastikan sokongan kita itu berasas. Setiap pemimipin mesti ada kelemahannya dan jangan kita butakan mata kita. Buka mata kita luas-luas. Buka hati kita luas-luas. Buka telinga luas-luas. Negeri Kedah tanah air tercinta jatuh ke tangan biru. Ramai jugak aku tengok sedih. Aku takmau komen banyak sebab aku pun tak daftar undi kan. Apapun, diharapkan lepas ni Kedah bukannya maju dari segi pembangunan yang pesat sahaja. Dan pasal UiTM dan 10,000 peluang untuk masuk ke universti tu sedikit mengganggu aku. Ramai tapi tak berkualiti? 

Aku tau ramai yang nak perubahan untuk PRU 13 kali ini. Biasa la hari-hari kalau makan nasi lemak ikan bilis, nak jugak rasa chicken chop. Tapi mungkin nasi lemak kali ni dah upgrade letak ayam panggang. PEACE NO WAR !

Siapa pun memerintah, kita kena terima keputusan tersebut. Itu perancangan dari Allah :)
Aku harapkan yang terbaik untuk Malaysia ! NO BANGLA

PESANAN IKHLAS : Buat remaja yang belum cukup umur 21 tahun dan belum faham sepenuhnya pasal politik, dinasihatkan agar menahan rasa berkobar-kobar dalam diri itu supaya tidak terlalu lantang meluahkan pendapat, share sana sini info yang belum tahu sahihnya. 

02 May 2013

Pesanan dari mama.

Assalamualaikum.

Hari ini hari yang amat stress bagi aku. Sepatutnya malam ni aku ada atas bas untuk balik ke Kedah. Tapi disebabkan timbunan kerja, aku terpaksa tangguh untuk balik Kedah esok malam. Mama mesej tanya aku balik atau tak malam ni. Takdak nafsu nak reply. Pulak tu no Maxis aku takdak kredit. Tadi mama telefon.

" Kak, hang jadi balik dak malam ni? "

" Dak ma, esok malam kot. Banyak kerja tak siap lagi ".

" Cuti berapa lama yang hang nak balik ni? "

" Awat? Mama takmau chek balik ka? " *Nada merajuk*

" Dak la. Mama dengan abah takut hang la letih naik bas. Nak balik, baliklah. Dok merajuk pulak. "

" Hmmm.."

" Kak, mama ada berita buruk sikit ni. !@#$%%^&^*&%^^& "

" La, yaka. Ish, awat jadi macam tu mama ? "

" Kita jangan kata kat orang, kena beringat sama. Mama tak berani nak cakap banyak. Mama pun ada anak  perempuan jugak. Mama dok risau kat hang tu. "

" Hmmm.."

" Ni mama nak pesan, hang tu jaga diri elok-elok. Hang tu seorang ja anak perempuan mama. "

" Ha la. "


Dunia sekarang memang menakutkan aku. Terkejut jugak tadi bila dapat tau berita tu. Apapun jangan mudah menghakimi seseorang. Yang penting kita jaga diri kita. Memang takut dengan pergaulan bebas sekarang ni. Aku risau untuk diri sendiri, adik-adik aku dan kawan-kawan aku. Semoga Allah melindungi kita dari semua tu.