31 March 2012

A Day with Akak Mija

Assalamualaikum.

Jumaat kelmarin, aku diajak ke Tangkak Johor oleh akak Mija. Dengan pantas aku bersetuju. Dengar cerita sana banyak jual kain murah-murah. Kami bertolak dalam tengahari dan sampai sana dalam pukul 2. Ada kawan akak Mija nak jumpa adik dia dekat Kolej Matrikulasi Johor so kami singgah la sana sat. Siryes, tengok kawasan matriks tu teringat sekolah aku sebab suasana dia macam sekolah asrama.

Lepas tu, kami pun jalan2 pusing pekan Tangkak tengok apa yang menarik. Dapat la tudung sehelai. Dah tu kami pi Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan pulak untuk shopping. Tak larat berulang alik MP ke DP, DP ke MP.


Hostel senyap sepi. Biasa la petang Jumaat. Krohhhhhh...


Nama ja jualan murah tapi harga sama ja macam tempat lain cuma boleh tawar-menawar.


Ni la akak Mija kesayangan aku. Muda kan akak aku ?


Dalam toilet. Itu sahaja.


Dish ni nama dia Mee Racun.
Serius macam RACUN. Pedas gila bangang. Sampai keluar ayaq mata aku makan.


Lupa nama air ni.


Akak Mija, thanks sebab bawak Abon jalan-jalan. Friendship forever and ever. Love you. Muah!

28 March 2012

Perkara yang Menarik untuk Dilakukan bersama BFF.

Assalamualaikum.

BFF - Best Friend Forever.

NOT

BFF - Boyfriend Forever.

Ok, kawan-kawan aku nak share sikit beberapa perkara menarik untuk kita buat dengan teman yang tersayang. Especially for girls. Boys mana la aku tau aktiviti depa. Maybe memancing ? Aku tulis secara random ok. Bukan ikut ranking.

1. Pillow talk.
Bukan bantal bercakap atau cakap dengan bantal. Cakap sebelum tidur. Cara ni memang berkesan untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Macam-macam cerita akan keluar. Tapi, AWAS diingatkan "Jangan Tertidur Semasa Kawan Anda Tengah Bercerita!". Kalau dah mengantuk tu bagitau la BFF hampa. Kesian dia dok sembang seorang diri.

2. Tengok DVD.
Pilih cerita yang sesuai dan mendapat persetujuan bersama. Jangan pilih cerita yang bosan satgi dua-dua terbongkang.

3. Sesi karaoke.
Tak perlu nak pi karaoke mana2. Dalam bilik/dorm pun boleh. Teringat dulu-dulu aku dok menyanyi lagu Siti Nurhaliza dengan Azreen. Ahhh, merdunya suara kami.

4. Bercuti/Shopping.
Ni memang best kalau ada fulus. Ala, takyah nak jauh2 sangat. Pergi ja mana-mana pantai atau shopping complex yang berdekatan. Yang penting kualiti masa yang dihabiskan bersama. Bukan kuantiti barang yang dibeli.

5. Sleepover.
Kalau sapa yang tak pernah sleepover rumah kawan dia, dia memang rugi besar. Ataupun mungkin belum ada BFF yang betul-betul BFF. Macam-macam boleh buat. Tak tidur sampai ke pagi la kalau bersembang. Time ni jugak la nak kenal family BFF kita.

6. Ambil gambar.
Nampak macam simple tapi sebenarnya setiap gambar tu ada value dia yang tersendiri. Jangan ambil gambar yang nampak cute-cute ja. Cuba try macam-macam mimik muka. Nanti benda tu la yang akan jadi kenangan untuk kita ;)

7. Saling bertukar hadiah.
Dalam dunia ni mesti ada BFF yang tak pernah bagi hadiah sesama sendiri. Mungkin sebab malu nak bagi? Atau tak sure dia anggap hampa BFF dia or tak? Atau kedekut nak mampuih? Hahaha. Hargailah orang sentiasa ada bila kita senang atau susah. Mungkin sekeping kad ucapan dah cukup untuk menghiburkan hati mereka. Tapi, kalau dapat teddy bear lagi ok LOL *just joking* Tak pun, tulis satu post pasal dia dalam blog hampa pun mesti dia dah terharu. Trust me!

8. Beribadah bersama.
Solat jemaah sekali, puasa sunat sekali, puasa ganti sekali, bangun qiammulail sekali dan macam-macam lagi. Dengan ni, kita juga dapat mendekatkan diri pada Allah. Seriously, aku rindu gila zaman asrama dulu.


Sekian daripada aku.

Good friends are hard to find,
Harder to leave,
Impossible to forget.
Appreciate them :)

Burger In The House








Jemput makan !

27 March 2012


| Jaga diri, jaga maruah, jaga iman, jaga hati |

25 March 2012

Tenangkan Fikiran di Pantai Puteri, Melaka

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak ni, segelintir daripada housemates aku menjadi Jiwa Kacau. Aku pun sebenarnya tak pasti siapa yang kacau jiwa mereka. Oleh itu, depa telah membuat keputusan untuk menenangkan fikiran di pantai. Alah, macam drama-drama Melayu tu.


Akhma, menjadi driver ganti bagi Zimah.

Selamat sampai di Pantai Puteri.

Subhanallah, cantik !

Pengerusi Kelab Jiwa Kacau.

Setiausaha Kelab Jiwa Kacau.

Ni pulak ahli Kelab Kacau Orang.
Pengerusi : Emy

I love this moment.

For me, sometimes I just hate DMF. LOL !
*But, I really love you all.

Dah nak Maghrib, jom balik !

Ni time aku pulak nak tenangkan fikiran. Makan !

Terserempak Pidot di kedai makan. Ehhh, bukan2. Emy call dia suruh mai.

Alhamdulillah :)

23 March 2012

Orang tu yang mulut pedas dan tajam ?

OR

Aku yang terasa lebih ? *sebab aku buat*






#AkuBenciBilaOrangRetweetAyatDia.

18 March 2012

Pnat mai Melaka.

Assalamualaikum.

Straight to the point, hujung minggu ni Pnat mai Melaka untuk berjalan-jalan menghabiskan duit dan kononnya untuk kurangkan stress. Kurang dak wey ? Lol ~

So, let's check it out the pictures.



Dinner time. Masak steamboat untuk tetamu dari jauh.
Ainun yang nak diet pun tak jadi diet malam tu. HAHA !


Padang Dataran Pahlawan.


Lapaq sampai tak tengok orang dah Pnat. Amboi !


Ayu sungguh. Anak sapa taktau ?


Candid sungguh.


Habis shopping, lepak tengok laut. Syiokkkk oooo~~~


Model bebola ikan.


| Semoga persahabatan kita diberkati Allah S.W.T |

15 March 2012

Ketika Allah Mencipta Wanita

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"



Source : Facebook kawan.

11 March 2012

UTeM lagi ?

Assalamualaikum.

Diploma akan berakhir tak lama lagi. Aku masih keliru sebenarnya. Aku ingat takmau sambung UTeM dah. Muak, cemuih, bosan dan beberapa sebab lain. Tapi abah suruh sambung sini pastu dekan pulak dok buat ketaq kata kalau tak pilih UTeM nanti tak dapat U jangan menyesal. Ok, fine!

Aku pulak adalah manusia yang takut nak berubah. Takut sangat nak letak pilihan lain kat UPU tu. Cakap bunyi pom pang pom pang tapi buatnya tidak.So, nampaknya 3 tahun lagi la kat UTeM pasni. Tu pun kalau boleh masuk direct entry. Result pun suam-suam air suam ja. Tua kat UTeM la aku.


Aku budak engineering yang TAK MINAT engineering :(

09 March 2012

Resepi : Mee Senang Buat

Assalamualaikum.

Suka makan mee ? Meh, aku nak bagitau cara mudah untuk masak mee tapi gerenti sedap *bergantung kepada air tangan*. Kawan-kawan aku pun suka kalau aku masak mee ni. Resepi dari mama terchinta.


Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Mestilah mee. Kuantiti bergantung kepada saiz perut ahli dalam rumah.
2. Sayur sawi/kailan.
3. Tomato
4. Daging ayam/lembu/kerbau
5. Beberapa ulas bawang putih
6. Kicap dan sos
7. Telur



Cara memasaknya :

---Mee---

Dicelur terlebih dahulu. Jangan rebus pulak !


---Kuah---

1. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak untuk menumis.
2. Masak bawang putih yang telah dikisar/ditumbuk/dipotong.
3. Masukkan sos dan kicap secukupnya.
4. Masukkan daging dan kacau sampai empuk.
5. Tambah air. Jangan sampai kuah terlalu cair.
6. Masukkan sayur dan tomato.
7. Pecahkan telur dalam kuah dan kacau.
8. Letakkan garam secukup rasa sesedap mulut. Masukkan sedikit gula.
9. Boleh angkat dan hidangkan.






Inilah dia Mee Senang Buat :)


***SELAMAT MENCUBA***


08 March 2012

Abah Merajuk

Assalamualaikum.

Aku rindu mama. Serius minggu ni rasa nak balik sangat sangat sangat. Semenjak telefon bimbit aku bateri dia kembong (senang cerita tak boleh nak pakai), aku dah jarang bergayut dengan mama. Kalau tak boleh kata hari-hari aku telefon. Disebabkan aku sekarang pakai telefon rumah sewa, jadi beberapa nombor ja la yang aku ingat. Benda yang paling aku menyedihkan ialah aku tak ingat nombor telefon mama T___T

Jadi kena la telefon abah untuk cakap dengan mama. Bila telefon abah, aku terus mintak nak cakap dengan mama pastu abah akan buat ayat touching dia.

"Hello, assalamualaikum abah. Kakak nak cakap dengan mama sat."

"Awat kalau telefon tu tak cakap dengan mama tak boleh ka? "

"La, kakak nak cakap something dengan mama."

"Kat abah tak boleh nak cakap ka ?"

"Ermmm....ermmm....ermmm....abah panggil la mama sat."


Hahaha, kadang-kadang aku rasa abah merajuk tapi serius aku memang tak reti nak cakap sangat dalam telefon dengan abah. Aku minta nombor telefon mama dekat abah, tapi sampai sekarang dia tak bagi-bagi.

07 March 2012

05 March 2012

Kolam Air Panas Bemban

Assalamualaikum.

Sabtu hari tu, kitaorang satu rumah keluar pergi Air Panas Bemban, Melaka. Wanie ja tak ikut sebab ada hal. Ok, ni first time aku pergi mandi kolam air panas. Sedih kan? Orang dah lama pergi aku baru nak jejak kaki. Agak teruja jugak la sebab dengar cerita macam best. Kami bertolak selepas Isyak dan sampai sana dalam 10 malam.

Bayaran : RM6 untuk dewasa.
RM4 untuk kanak-kanak.


Tapi, masuk-masuk ja apa yang aku bayangkan tidak mencapai tahap. Kecewa sikit la. Macam indah khabar dari rupa. Kolam dia banyak yang air suam-suam ja. Yang panas pun tak boleh masuk berendam, kena mandi guna cebok/gayung yang disediakan. Dia ada banyak kolam-kolam kecil mengikut darjah celcius air. Ada papan gelungsur yang curam nak mampos. Aku sampai takut nak naik. Tapi aku tengok adik-adik tu selamba ja. Heh!






Yang paling cool, ada TEMPAT MANDI UNTUK MUSLIMAH. Tertutup! Boleh mandi free-hair. Hampa nak kuak lentang, kuak rama-rama semua boleh sebab memang takkan ada lelaki yang nampak. So, kami pun ambil peluang untuk mandi free-hair. Sebelum keluar dari situ, pastikan hampa pakai tudung balik. Dok buat lupa pulak satgi, habis la.

Aku bagi 3 bintang la untuk tempat ni cuma yang best aku rasa sebab dapat luangkan masa yang berharga dengan kawan-kawan.


sumber gambar : Google image. Aku lupa bawak kamera ;(

01 March 2012

Kalau la ada pemadam dalam otak dan hati aku, dah lama aku padam.