05 March 2012

Kolam Air Panas Bemban

Assalamualaikum.

Sabtu hari tu, kitaorang satu rumah keluar pergi Air Panas Bemban, Melaka. Wanie ja tak ikut sebab ada hal. Ok, ni first time aku pergi mandi kolam air panas. Sedih kan? Orang dah lama pergi aku baru nak jejak kaki. Agak teruja jugak la sebab dengar cerita macam best. Kami bertolak selepas Isyak dan sampai sana dalam 10 malam.

Bayaran : RM6 untuk dewasa.
RM4 untuk kanak-kanak.


Tapi, masuk-masuk ja apa yang aku bayangkan tidak mencapai tahap. Kecewa sikit la. Macam indah khabar dari rupa. Kolam dia banyak yang air suam-suam ja. Yang panas pun tak boleh masuk berendam, kena mandi guna cebok/gayung yang disediakan. Dia ada banyak kolam-kolam kecil mengikut darjah celcius air. Ada papan gelungsur yang curam nak mampos. Aku sampai takut nak naik. Tapi aku tengok adik-adik tu selamba ja. Heh!






Yang paling cool, ada TEMPAT MANDI UNTUK MUSLIMAH. Tertutup! Boleh mandi free-hair. Hampa nak kuak lentang, kuak rama-rama semua boleh sebab memang takkan ada lelaki yang nampak. So, kami pun ambil peluang untuk mandi free-hair. Sebelum keluar dari situ, pastikan hampa pakai tudung balik. Dok buat lupa pulak satgi, habis la.

Aku bagi 3 bintang la untuk tempat ni cuma yang best aku rasa sebab dapat luangkan masa yang berharga dengan kawan-kawan.


sumber gambar : Google image. Aku lupa bawak kamera ;(

No comments:

Post a Comment