31 March 2011

merapu seorang diri.

pukul 12.15 pagi aku terbagun dari tidur. sebab petang td x dpt tidur jadi pada pukul 9.45 malam aku telah tumbang di katil orang. bukan katil aku. aku rasa dah berjuta kali kot orang kejut aku tapi penyakit tidur mati aku dah sampai tahap kronik kot. letak bom pon belum tentu bangun selagi aku tak cukup tidur. lastly, terbangun juga dengan keadaan bermalas-malasan. orang semua dah nak tidur, aku pulak sambung buat kerja. nasib baik ada kak yuni yang baik hati ingin menggorengkan keropok ikan untuk aku. (^ - ^)

30 March 2011

aku kecik-kecik macam mana ?



rasa mcm nak picit kan ? gerammmmmm !
Ni la aku time kecik-kecik dulu
aku dilahirkan di Londonnn.
tu la muka time kecik-kecik macam mix sikit.
rambut pon boleh tahan perang.
kulit pun putih gebu.
ambil gambar pun dah pandai posing.

bapak menipu nak mampuih kan. hahaha !


KEBENARAN


ini la aku time kecil-kecil.
ada contengan sebab ada part-part yang perlu ditutup. teheee *__*
waktu kecil pun aku dah debab.
comel jauh sekali.
mulut ternganga setiap kali ambil gambar.
*menci.
gambar waktu darjah 1 pula mata aku terbeliak sebab terkejut tengok flash.
rambut x perang sebab aku orang asli Melayu mix Siam. bukan LONDON.
kulit mcm gelap sikit sebab kecil-kecil aku suka main panas.
suka main dengan budak lelaki sebab dulu aku perasan tomboy.
tak reti panjat pokok sebab rasa x mampu nak angkat badan.
lambat pikap bila belajaq nek beskat (gerek or basikal)
suka menangis bila dibuli.


bila mai besaq sikit, dlm umur 6 tahun
aku dok perasan jadi budak perempuan paling comel dalam kampung.
bhahaha :D
SILA GELAK KALAU PERLU.
taktik aku perasan comel ialah :
bila ajak kawan-kawan datang umah untuk main aci ligan (kejar-kejar)
pastu semua dah berpeluh-peluh masam,
aku masuk rumah untuk mandi dan pakai baju kembang (ala-ala gaun)
ceyyy. aku la paling comel time tu sebab depa semua peluh-peluh.
taktik budak-budak zaman 90 an.
bila aku keluar pi shopping dengan mama, aku akan BERSOLEK !
gila kan ? kecik-kecik dah expert.
sebab tu bila mai besaq aku malas nak berbedak bersolek bagai. dah jemu !
aku syok bila ada orang yang jaga kedai dok tnya aku make-up sendiri ka ?
dengan malu-malu kuceng aku angguk.
*padahal aku rasa orang tu dok gelakkan aku sbb macam opera cina. huhu


sejak kecik, aku minat Siti Nurhaliza dan sampai sekarang pun.
aku sampai rasa muka aku macam muka Siti. hehehe.
*dulu-dulu la. sekarang aku tau la muka aku cmna.
bila aku dok tengok cerita Mexico yang Rosalinda tu,
aku dok perasan muka aku macam Rosalinda tu pulak.
bila tengok cermin ja mesti perasan.


kecik-kecik dulu aku rajin.
buat latihan matematik sampai habis satu buku hanya mengambil masa sehari.
tapi sekarang, satu soalan Mechanics of Material mengambil masa lebih sejam.
kat kelas pun dapat nombor yang depan-depan.
mai sekolah menengah muka aku la dok kutip nombor belakang-belakang.
dulu, sekolah payah nak ponteng.
sebab dulu aku rasa rugi kalau x pi sekolah. dulu laaa. sekarang ?


aku suka berdoa time kecik-kecik dulu la
(sekarang pun sebenarnya) bagi mama dah x dapat adik baru.
sebab aku takut mama dapat adik perempuan.
nanti aku takut mama dengan abah dengan adik-adik aku sayang dia lebih.
lagi satu, takut dia comel dari aku. mana buleyyyyy.


dulu, aku suka gaduh dengan adik aku tambah-tambah Bang Kiff.
hahaha, aku suka bila dia reyau (menangis) !
terasa satu kemenangan di situ.
kami dua dulu suka main permainan :
tarik-tarik rambut, katok-katok bantal, cubit-cubit, tendang+tumbuk, guling-guling geli dan macam-macam la.
aku pernah tuang minyak angin panas dalam mata dia. jahat kan aku ?
seram dak ?
sebab dia kata aku gemuk pastu duk jelir lidah plak. memang cari nahas la.
aku pernah jatuh basikal dengan Bang Kiff hingga menyebabkan tulang pipi dia patah.
walaupun hampa mungkin kesian kat Bang Kiff, cuba tengok apa plak dia buat kat aku :
1) ligan aku dengan batang mop keliling bendang
2) dok jolok pisau bawah pintu bilik sebab aku makan ayam dia.
3) masa main masak-masak, rambut belah depan aku terbakaq sebab dia.
haaa. sapa lagi kejam ?


dulu-dulu aku suka race beskat !
bila boleh lepas dua-dua belah tangan time kayuh beskat tu rasa bangga gila kot.
waktu kecik, abah pun layan aku macam aku ni budak laki.
maklumlah perempuan tunggal dalam keluarga.
beli gerek yang macam laki. maksud aku bukan basikal mini la.
beli selipar x da bunga-bunga. memang sah-sah selipar laki.
beli baju pun sama macam baju Bang Kiff.
aku pun kecik-kecik minat men wau, men bayblade, gasing, kereta control.
pernah kena tibai dengan hanger (penyangkut baju) dengan abah sampai hanger patah.
SEBAB AKU NAK MAKAN AYAM.
malam tu mama masak ikan, so aku yang bajet ratu dalam rumah mengamuk.
mula-mula abah pujuk, tapi aku memang gila ketegaq kot.
last sekali, abah letak aku kat luar rumah. padan muka ! yeye.

macam mana pun, dari aku kecik sampai besaq adik-adik aku memang banyak mengalah dengan aku kot.
contoh :
1) bila naik keta, aku mesti nak duduk seat tengah. terasa dilindungi.
2) bila mama masak ayam, kepak ayam adalah HAK MILIK AKU. kekadang tu, saja ja depa test aku. depa buat-buat ambik kepak ayam masuk pinggan depa. aku mula la buat muka masam sampai la depa bagi balik KEPAK AYAM AKU.
3) bila aku balik rumah, siaran TV adalah berdasarkan cerita kesukaan aku.
kesian depa nak tengok kartun.


time aku kecik dengan besaq aku rasa tak banyak berubah sangat pon. hanya family aku yang kenal aku macam mana. banyak lagi perangai aku time kecik-kecik. tapi, yang ni ja la yang aku ingat.





25 March 2011

i miss my smarties

pernah x aku mention sebelum ni pasal budak kelas 4T1 time aku kat mad jiwa dulu ?

rasa mcm x pernah. meh sini nak cerita apa yang hebatnya kitaorang ni. cehhhh.

tahun 2007 merupakan honeymoon year bg kami pelajar tingatan empat seluruh Malaysia.

x caya sudah. ko masuk form 4 ko tau la naseb ko. hihi

aku pulak ditempatkan dalam kelas 4T1 bersama :

1. Nur Amira bt Abd Rahim ( nama glamour : yaya, otai, mira)

2. Syafinah bt Yusoff ( nama glamour :pnat, nanat, nat, bolt and nut)

3. Nur ‘Amalina bt Sahrom ( nama glamour : alinn, malin, linn xcomel,debab, demok, mok2)

untuk alinn, ada sedikit unsur tidak puas hati. muahahaha.

4. Ummi Afifah bt Abdullah (nama glamour : pipah, pah, pip ? ) hentam ja la.

5. Nurfatin Amalina bt Rosli ( nama glamour : aterg, terg, tegek, )

nama-nama di atas merupakan classmates yang paling cool aku pernah ada.

sepintas lalu tentang smarties......

· kami mmg ngam nak mampuih. walaupun sebelum ni mcm x la rapat sangat, tapi bila dah kelas sekali mau pecah kepala.

· suka sembang nak kahwin dengan sapa nnti.

· time prep malam, dok kumpul syiling nak beli vending.

> suka dok tiru homework add math yaya.

· sangat support kawan-kawan.

· hari-hari ada ja gadoh2 manja. kannnnnn ?

· bila ada presentation, kami ingin lakukan yang terbaik !

· lepak dlm bilik spbt bila malas masuk kelas. ngehngehngeh.

· time rehat, suka makan kat dm. pastu x kenyang pi kantin. kat kantin beli nasi lemak.

pastu x kenyang lagi pi koop plak.

· konklusi pernyataan di atas : kami kuat makan.

> perasan dak kita suka berterus terang dalam memberi pandangan ??? hurm...

· kita pernah makan kfc kat padang aspuri. family bucket !

· separate time form 5. part ni amik masa yg banyak untu diterangkan. disebabkan aku ni terlebih honeymoon, aku dan pnat dicampak ke kelas 5T2. bapak mak datuk sebak gila bangang time tu. mata aku dah berair-air-cair dah time dapat tau kami akan duduk kelas lain-lain. rasa macam x dapat terima kenyataan. siapa suruh hang honeymoon terlebih kan? minggu pertama start kelas tu, banyak kali gak la aku nangis sebab rasa kosong gila. tambah2 cikgu2 yang ajar kami time form4 ajar kelas diaorang. lagi la aku sebak. rindu Sir Phua, Cikgu Saadah, Cikgu Zuraini amat2. aku ngan pnat kalau setiap kali dengar ja suara-suara cikgu2 tu tengah mengajar kelas diaorang, kami dua akan berpandangan. taktau nak cakap cmna tapi bagi aku kelas 4T1 dan pelajar-pelajarnya sangat istimewa. serius !



time ni kalau x silap aku lepas habis final.



ni zaman2 guna komputer cikai. kerja aku kat umah bila rindu hampa. sweet kan aku ?



dinner girls only time form 4. miss this moment !


hampa semua xda galang ganti. mana pun kita berada, aku harap persahabatan kita selamanya.

15 March 2011

rajin

nak berjaya, kena rajin.
nak pandai kena rajin.
mungkin ada orang yang malas tapi dia pandai.
namun kepandaian orang yang malas tu tak mungkin melebihi orang yang rajin.
sebab apa ?
sebab dia malas la.
lagipun, Allah akan beri kejayaan setimpal dengan usaha.
jangan nak merungut !

aku ni pun mmg pemalas.
malas2 aku ada lagi orang yang lagi malas la.
( nak jugak backup diri seniri )
tapi kalau boleh aku nak jadi rajin.
sebab aku bukan budak pandai.
sebab aku bukan lahir2 tu terus boleh baca paper,
aku kena hafal a, b, c dulu.
kejayaan yang pernah aku dapat tu pun rezeki :)


tapi rajin tu tak semestinya 24 jam kau hadap buku.
bagi aku cukup setakat

1) KERJA SIAP ON TIME
2) TUTORIAL BUAT
3) ASSIGNMENT BUAT
4) BILA NAK TEST ATAU FINAL ADA EFFORT UNTUK STUDY



06 March 2011

saya akan kembali !

setelah membelek2 takwim di kalendar,

hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk menghadapi final.

time2 macam ni la aku mula nak deactivate fb ( x pernah berjaya pon )

aku cuba untuk tidak terlalu aktif dalam alam maya,

sebaliknya memberi fokus kepada alam realiti.

aku akan cuba !

tiada lagi post sampai la aku rasa bersedia.


padahal kan, kalau aku post or x post pon bukannya ada org perasan pon.

hahahaha. bajet ja lebey.

biar la kan. this is my blog, once again THIS IS MY BLOG.

bye-bye to :

1) ohbulan
2) gua.com
3) lisa surihani
4) shaheizy sam
5) hanis zalikha
6) mama hanis zalikha
7) kawan2 hanis zalikha
8) siblings hanis zalikha
9) azizhazmi - mamat sweet yg buat video untuk hanis zalikha
10) matluthfi - mamat yg popular kat youtube
11) aizul marcello
12) irine nadia marcello
13) aloy - adikberadik marcello
14) dia
15) dia yang kedua
16) murai. com
17) hana tajima

nampak x betapa aku stalker wanita yang bernama HANIS ZALIKHA ?

hehe. interested nak tau pasal life dia sebenarnya :)

semua yang kat atas tu aku akan try sedaya mungkin untuk kurangkan. insyaallah :)

01 March 2011

bila dewasa perasan budak

aku dan zimah.



nasib baik muat. hehe. dah lama tak naik. teruja !



fokus kat aku. aku dah nak sampai tanah tapi mereka masih di awangan.
ini berkaitan dgn berat badan :D



MASIH SEPERTI DI ATAS.



termasuk 2 pic ni. DAN AKU MALAS NAK DELETE. shhhhhh. jgn ckp apa2.



fokus sebelum terjun




kami.

::: BARU LEPAS HABIS TEST MICROPROSESSOR. MMG HILANG AKAL SEBENTAR :::