30 March 2011

aku kecik-kecik macam mana ?



rasa mcm nak picit kan ? gerammmmmm !
Ni la aku time kecik-kecik dulu
aku dilahirkan di Londonnn.
tu la muka time kecik-kecik macam mix sikit.
rambut pon boleh tahan perang.
kulit pun putih gebu.
ambil gambar pun dah pandai posing.

bapak menipu nak mampuih kan. hahaha !


KEBENARAN


ini la aku time kecil-kecil.
ada contengan sebab ada part-part yang perlu ditutup. teheee *__*
waktu kecil pun aku dah debab.
comel jauh sekali.
mulut ternganga setiap kali ambil gambar.
*menci.
gambar waktu darjah 1 pula mata aku terbeliak sebab terkejut tengok flash.
rambut x perang sebab aku orang asli Melayu mix Siam. bukan LONDON.
kulit mcm gelap sikit sebab kecil-kecil aku suka main panas.
suka main dengan budak lelaki sebab dulu aku perasan tomboy.
tak reti panjat pokok sebab rasa x mampu nak angkat badan.
lambat pikap bila belajaq nek beskat (gerek or basikal)
suka menangis bila dibuli.


bila mai besaq sikit, dlm umur 6 tahun
aku dok perasan jadi budak perempuan paling comel dalam kampung.
bhahaha :D
SILA GELAK KALAU PERLU.
taktik aku perasan comel ialah :
bila ajak kawan-kawan datang umah untuk main aci ligan (kejar-kejar)
pastu semua dah berpeluh-peluh masam,
aku masuk rumah untuk mandi dan pakai baju kembang (ala-ala gaun)
ceyyy. aku la paling comel time tu sebab depa semua peluh-peluh.
taktik budak-budak zaman 90 an.
bila aku keluar pi shopping dengan mama, aku akan BERSOLEK !
gila kan ? kecik-kecik dah expert.
sebab tu bila mai besaq aku malas nak berbedak bersolek bagai. dah jemu !
aku syok bila ada orang yang jaga kedai dok tnya aku make-up sendiri ka ?
dengan malu-malu kuceng aku angguk.
*padahal aku rasa orang tu dok gelakkan aku sbb macam opera cina. huhu


sejak kecik, aku minat Siti Nurhaliza dan sampai sekarang pun.
aku sampai rasa muka aku macam muka Siti. hehehe.
*dulu-dulu la. sekarang aku tau la muka aku cmna.
bila aku dok tengok cerita Mexico yang Rosalinda tu,
aku dok perasan muka aku macam Rosalinda tu pulak.
bila tengok cermin ja mesti perasan.


kecik-kecik dulu aku rajin.
buat latihan matematik sampai habis satu buku hanya mengambil masa sehari.
tapi sekarang, satu soalan Mechanics of Material mengambil masa lebih sejam.
kat kelas pun dapat nombor yang depan-depan.
mai sekolah menengah muka aku la dok kutip nombor belakang-belakang.
dulu, sekolah payah nak ponteng.
sebab dulu aku rasa rugi kalau x pi sekolah. dulu laaa. sekarang ?


aku suka berdoa time kecik-kecik dulu la
(sekarang pun sebenarnya) bagi mama dah x dapat adik baru.
sebab aku takut mama dapat adik perempuan.
nanti aku takut mama dengan abah dengan adik-adik aku sayang dia lebih.
lagi satu, takut dia comel dari aku. mana buleyyyyy.


dulu, aku suka gaduh dengan adik aku tambah-tambah Bang Kiff.
hahaha, aku suka bila dia reyau (menangis) !
terasa satu kemenangan di situ.
kami dua dulu suka main permainan :
tarik-tarik rambut, katok-katok bantal, cubit-cubit, tendang+tumbuk, guling-guling geli dan macam-macam la.
aku pernah tuang minyak angin panas dalam mata dia. jahat kan aku ?
seram dak ?
sebab dia kata aku gemuk pastu duk jelir lidah plak. memang cari nahas la.
aku pernah jatuh basikal dengan Bang Kiff hingga menyebabkan tulang pipi dia patah.
walaupun hampa mungkin kesian kat Bang Kiff, cuba tengok apa plak dia buat kat aku :
1) ligan aku dengan batang mop keliling bendang
2) dok jolok pisau bawah pintu bilik sebab aku makan ayam dia.
3) masa main masak-masak, rambut belah depan aku terbakaq sebab dia.
haaa. sapa lagi kejam ?


dulu-dulu aku suka race beskat !
bila boleh lepas dua-dua belah tangan time kayuh beskat tu rasa bangga gila kot.
waktu kecik, abah pun layan aku macam aku ni budak laki.
maklumlah perempuan tunggal dalam keluarga.
beli gerek yang macam laki. maksud aku bukan basikal mini la.
beli selipar x da bunga-bunga. memang sah-sah selipar laki.
beli baju pun sama macam baju Bang Kiff.
aku pun kecik-kecik minat men wau, men bayblade, gasing, kereta control.
pernah kena tibai dengan hanger (penyangkut baju) dengan abah sampai hanger patah.
SEBAB AKU NAK MAKAN AYAM.
malam tu mama masak ikan, so aku yang bajet ratu dalam rumah mengamuk.
mula-mula abah pujuk, tapi aku memang gila ketegaq kot.
last sekali, abah letak aku kat luar rumah. padan muka ! yeye.

macam mana pun, dari aku kecik sampai besaq adik-adik aku memang banyak mengalah dengan aku kot.
contoh :
1) bila naik keta, aku mesti nak duduk seat tengah. terasa dilindungi.
2) bila mama masak ayam, kepak ayam adalah HAK MILIK AKU. kekadang tu, saja ja depa test aku. depa buat-buat ambik kepak ayam masuk pinggan depa. aku mula la buat muka masam sampai la depa bagi balik KEPAK AYAM AKU.
3) bila aku balik rumah, siaran TV adalah berdasarkan cerita kesukaan aku.
kesian depa nak tengok kartun.


time aku kecik dengan besaq aku rasa tak banyak berubah sangat pon. hanya family aku yang kenal aku macam mana. banyak lagi perangai aku time kecik-kecik. tapi, yang ni ja la yang aku ingat.





2 comments: