29 December 2010

nak jadi doktor !

gilla ka aku ?
hurm...separuh gilla
ttiba terasa nak jadi DOKTOR !
wow, cecita zaman aku kanak2
kalaula aku amik bio kat skol dulu
kalaula aku tak takut darah
kalaula aku suka makan ubat
kalaula kan.....

15 November 2010

suprise birthday party !

tgah aku n semua dak dlm rumah aku study, tetiba
myra ckp "ada lipas la !"
aku yg tgah berbungkus dengan selimut sejiwa depan meja rileks ja.
ala. lipas aku tak geli, jgn ular dah.
kak jiah ngan emy dah jerit2 sambil berlari dlm umah.
kak yuni plak terus gi dapur amik penyapu ( berlakon sbgai hero !)
aku dok gelak2 smpai keras perut dlm selimut smbil mendengar lagu "senyum"
tetiba pndangan aku beralih ke meja emy.
Ya Allah ! lipas tu ada kat situ rupanya.
dengan sepantas kilatnya aku berlari untuk keluar dr rumah.
bapak takot. dia terbang nk kejar aku.
wuwuwuwuwu. sangat ketaq !
earphone jatuh bergelimpangan.
aku cuba bukak pintu malangnya emy tarik dr luar.
"wey, bukak la pintu. aku nk keluar. huhu. takot ! "
last skali aku bertinggung sebelah rak kasut.
kak jiah siap tergelincir agi. lari merata tempat sgt ! hahaha :D
kak yuni plak tutup lampu kononnya senang nk tangkap lipas. pelik gak. tapi ok la kot.
bila emy dah bukak pintu, aku pon tnya
"myra mana ? takkan takot sampai lari tingkat bawah ? hahaha "
"dia dlm bilik kot"
"owh, ok !"
aku pon pi la bukak pintu bilik tapi xda org"
lastly....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
lagu pon dinyanyikan.
huhu. diorang dah rancang upanya. cuba lipas tu ja sbgai pelakon tmbahan.
thanks korang. ingtkan semua busy nk study,..hehe...hargai sgt !

ADA : kek coklat, burger special, air teh, chicken wings pizza punya. huhu. cedap amat. bedal sampai sakit perut ni ha.

14 October 2010

spirit


where have you been ?
come to me please !
without you, i am nothing.
OH MY SPIRIT !
my final is just around the corner
i'm very worried ok !
i hope u will arrive soon :)


11 October 2010

tegur

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

ayat di atas tu hanya boley diguna pkai kalo teguran yg dibuat adalah dengan cara yg betul dan berhemah. tapi bg manusia biasa selalunya BOLEH MENEGUR tapi TAK BOLET TERIMA TEGURAN. me too :)

08 October 2010

kenapa ?

sampai macam tu sekali ?
ingat wey, hidup ni kita x semestinya akan sentiasa berada di atas.
setiap apa yg kita ckp tu x boley ditarik balik.
pedih hati org kita xkan pernah tau.

AKU ?
::: sedang belajar menerima kelemahan orang lain :::

01 October 2010

baca doa

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…

25 August 2010

jgn tengok fizikal ja !

pg td aku baca paper berita harian. ada satu berita tu pasai ayah sembelih anak dia. wah ! seram gillla tengok. cmna la dia boley sampai hati nak sembelih anak dia seniri ??? ayah budak tu pon still muda lagi. baru 33 tahun. muka boley tahan hensem gak la. tapi buat apa muka hensem kalo ada masalah mental ! mulai detik tu aku pon menanam tekad dalam diri nk cari suami yang xda masalah mental. haish ! silap2 aku plak yg kena sembelih.

p/s : kalo nak cari suami

1. msti semua nak yg beriman, bertanggungjawab, hormat owank tua n macam2 la kan.
2. KENA PASTIKAN KEADAAN MENTAL DIA OK !!!
3. barulah nak tgok fizikal.

aku suka yg hitam, tinggi and gemuk dari aku. hahaha !

21 August 2010

aku = malas

pasai pa x tau.
malas. malas. malas. malas dan semakin malas.
apa la nk jd ngan aku ni.
cuti keja nganga ja. bukan nak study. dah la bnyk test.
waaaaaaa! cepat la salwa oi. bila ank nk rajin ni.
jgn ulangi perangai sem 1 yang huduh tu.
lekas !!!! dah x bnyk masa lg dah.

14 August 2010

ramadhan

teringat zaman2 aku berpuasa ngan kawan2 kat skol dulu.
geng kami la selalu lmbat kuar dewan makan. haha !
aku la tu dok perabih segala makanan.
pastu perut mcm nk pecah sbb kenyang sangat.
ditambah dgn kawan2 aku punya parents bawak lg n mcm2 la.
kalo soq kat skol, aku malas bangun skit coz malas nk bersiap pi dewan makan.
tapi yang sebenarnya aku sayangkan tdo. huhu.
solat terawih 20, tadarus n mcm2 la. haish ! aku rindu gila time tu :((((
kat utem pon ada, tapi still x sama mcm skol dulu.

tapi kat cni (utem) best sbb housemates aku semuanya ok2 n sporting.
best sgt2 dok ngan depa semua. enjoy ja :)
bukak posa ramai2. pi terawih sama2. masak sama2 n sahur sama2.
hehe, ni kot hikmah aku dok rumah tingkat 5.

tepon mama asyik ckp pasai baju raya ja. posa pon baru bapa hari.hehehe.
hari2 tepon mama. msti mama pon bosan dgr sora aku. haha
rindu abah gak. wuaaaa. walopon abah kuat berleter. ttap sayang abah !
kawan2 aku yang dok kedah ramai balik smbut posa. jelessss sbnrnya. huhu. nk balik gak.
adik2 aku ntah cmna la depa. ada ak yg tinggai posa ? haha. dik ein msti dah start posa.

diri aku ?
alhamdulillah.

09 August 2010

sikap

esok lusa dah nak start puasa. bulan yang paling ditunggu2 oleh semua umat Islam. rasa x sabar nk bertarawih, bangun sahur, pergi bazar n macam2 la. rasa cm nk wat suatu perubahan ke atas diri aku yang malas ni. bila la nk berubah. kalo aku still mcm ni, alamatnya jeng..jeng..jeng..

BOLEHKAH AKU MENGEJAR IMPIAN AKU JIKA SIFAT AKU TAK BERUBAH ?
no way ! usaha kena ada kalo nk berjaya.

insyaallah, aku try untuk ubah sikap aku mulai mlm nj. study rajin2.

masih belom terlmbt untuk aku berubah :) hehe

chaiyok2 !

04 July 2010

padan muka !

rindu kamu RONALDO. pemain terbaik fifa 1998. 8 gol dijaringkan semasa fifa 1998. kamu terbaik !
pemain kesukaan aku kini, dulu dan selamanya.


tersenyum baca komen, wall post, status kwn2 aku kat fb.
pdn muka hampa. jahat x aku? biar la kan. smlm teruk2 ampa kutuk brazil.
bila pasukan kesukaan ampa kalah, baru tau cmna rasa. rasakan!
aku sedih seharian brazil kalah. biar hampa plak rasa cmna. sedap x?
mula la nk salahkan pihak lawan men kasaq la, ref bongok la, keeper lembab la..
kalah menang tu adat la beb!
yg penting jgn bersorak kegembiraan dengan bangganya bila pasukan lain kalah.
sbb nnti kena batang hidung sendiri.
padan muka!

aku x tgok pon mn2 game pas brazil kalah. abah yang gtau. bukan apa, dah malas !
aku tunggu world cup 2014 !
BRAZIL WILL BE BACK OK !
just shut up if u don't like them !

03 July 2010

asyik kena marah ja

balik cuti ni asyik kena marah ja. wuaaaa. nak reyau aku. sabaq ja la.

INI MAMA NGAN ABAH YANG MARAH

1. kena marah pasai selalu menghabiskan duit untuk shopping. dlm sminggu 4 or 5 kali gak la aku keluar.

2. kena marah sebab pergi jalan2 rumah kawan. pergi kulim, pergi penang, pergi pendang.

3. kena marah sebab selalu bergaduh dengan adik aku. bukan salah aku, depa yang mula dulu. nak lawan sangat. kena smackdown sikit dah reyau. buekkkk!

4. kena marah sebab aku disyaki oleh mama yang aku ni telah meningkatkan bil elektrik rumah. maklumla on9 pagi petang siang malam.

5. kena marah sebab bagi jatuh laptop. terus ja laptop ni bengong2.

6. kena marah sebab tido lambat. no9, tgok cerita korea n mcm2 la aku buat.

7. kena marah sebab bila majuk ngan abah aku selalu ajak adik aku merendek pergi stadium. dia minta beli t-shirt. melayang duit aku. haish! seb bek adik aku.

INI ADIK AKU YANG MARAH

1. kena marah sebab aku bawa keta slow nk mampus. nk wat cmna adik oi, mama x bg bawa laju. had yang dibenarkan 60 km/j.

2. kena marah sebab aku lambat ambil depa balik sekolah. hello! aku bukan driver ok.

3. kena marah sebab aku selalu konker tv. lantak la! aku bukan selalu ada umah.

4. kena marah sebab aku mkn durian yang abah beli sampai habis. tinggal sebiji ja untuk depa. biar la. hampa semua kurus keding. bukan mkn bnyk pon. sebijik cukup la.

hmmm...waktu tulis post ni pon dok kena marah gak coz aku belom pack barang nk balik melaka. wuaaa. satnya cuti. nk lg2x..huhu..

brazil

MASA KINI..

dah lama gak aku tak post. tapi arini sbb aku kecewa sgt tgok brazil main. kecian depa.
jantung aku bagai nak pecah bila tgok depa kalah. penat berjaga walopon aku mmg tdo lmbat.
pedih hati tgok status kwn2 aku yg boikot brazil. wah! ini bikin aku lg panas.
kenapa org suka kutuk brazil kat status. sayoq kangkung la, sayoq bayam la.
aku x penah pon kutuk negara yg depa minat. apa barang kutuk2 wey. masuk pdg la lawan.
mcm tu gak la ngn brazil. depa slalu terkena.

1. kaka kena buang pdg walopon bukan salah dia.
2. lawan brazil selalu tarik baju depa tp ref buat bodo ja.
3. kalo brazil baru men kasaq sikit dah kena kat kuning.

aku mmg x fhm la. maybe aku skong brazil so aku nmpk depa ja betul.
tapi ini adalah FAKTA ok!

SUATU MASA DULU....

aku sokong BRAZIL sejak mula aku kenal apa itu bola sepak. ingt lagi time tu aku darjah 5. waktu tu fifa 2002. aku mula minat bola lepas tgok brazil main.waktu tu masih bengong2 lagi. aku tnya abah " pasukan yang pakai baju kuning tu nm pa abah?" abah jawab " tu la brazil "
sejak detik tu aku minat depa. adik2 aku pon tak sefanatik macam aku. bila gol, akulah orang pertama yang akan jerit. abah rileks ja smbil ckp " abah dah agak dah". aku minat dan sokong brazil bukan sebab ada orang HANDSOME, bukan sebab depa ni GLAMOUR, tapi sebab semangat yang depa ada, dan kemahiran depa buat aku kagum. dlm mata depa penuh harapan untuk mengharumkan nama negara.

aku rindu RONALDO (jersi 9)
aku rindu RIVALDO (jersi 10)
aku rindu RONALDINHO (jersi 11)
aku rindu CAFU (jersi 2)

sangat2 rindu /div>

semu yang kat atas tu pemain brazil suatu ketika dulu. rindu corak permainan depa. waktu tu depa menang WORLD CUP 2002. aku syok sampai tak terkata. depa pernah hebat suatu masa dahulu dan depa masih hebat cuma tuah belum ada. aku sokong Brazil sampai bila2.

21 June 2010

persamaan aku dengan abah

setelah aku buat kajian, inilah hasilnya

1. kami sama2 minat bab2 engineering
2. kami sama2 tembam, tembun n montel :)
3. muka kami pon nak seakan-akan
4. kami dua suka makan ulam
5. kami dua suka tengok bola
6. kami dua sokong brazil
7. kami dua jenis senyap kalo orang x start tegur
8. ni mama yang cakap " kakak dengan abah jenis degil dalam diam "

p/s : bapa borek anak rintik

20 June 2010

happy tapi sedih


kawan2 aku yang dok matriks semua akan masuk u dah
aku happy sangat2 coz semua dapat masuk u yg baguih2
n dpt kos yang depa nak
tapi dlm hati rasa sayu + sedih plak
taktau la pasai pa
dekat wall semua owank aku dok pesan jga diri, jgn ckp keyel n mcm2 la
sbnrnya aku takot depa lupa aku
huhu kenangan lima tahun ngan depa mmg bermakna buat aku
kawan2! selamat mengejar cita2
2 or 3 tahun lg kita wat reunion no :)

yuna vs yubon



5 perkara menarik tentang YUNA

1. pernah menyertai OIAM
2. yuna tak pandai memasak
3. pernah menyertai pertandingan nyanyian di sekolah dgn lagu Ning Baizura "Curiga"
4. suka mengumpul kasut dan kaki yuna saiz 9
5. memiliki butik sendiri yang terletak di subang jaya




5 perkara menarik tentang YUBON

1. pernah mencipta lagu sendiri bertajuk " Aku Tak Heran Denganmu "
2. yubon pandai makan + pandai masak la sikit2
3. pernah menyetai pertandingan koir sekolah mewakili Persatuan Bahasa Melayu dgn
lagu " Budi Bahasa Budaya Kita " yg dipopularkan oleh Siti Nurhaliza
4. suka mengumpul kasut, beg, brooch, selendang, dan pembalut hadiah yang comel
5. mempunyai impian membuka butik sendiri DAN memiliki jenama pakaian sendiri
iaitu "Bon XL" khas untuk wanita bertubuh gempal, montel, comel dan bulat!

SO, sapa lebih hebat ??????

17 June 2010

sahabatku!



Pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kutetap pergi jua
Kan ku utus kan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini

just happy!


muka terlampau suka :)

08 June 2010

kenapa nama abon?

abon. nama yang amat bermakna buat aku. bukan beerti aku x suka nama yang abah aku bagi. tapi nama abon ni ada valuenya yang tersendiri. sampai sekarang ada yang masih tertanya-tanya kenapa orang panggil aku abon? kekedang tu aku sengih ja sebab malas nak jawab. tapi ni aku nak cita cmna timbulnya nama abon. hurm.. mcm2 sebab sebenarnya. asalnya nama aku dipanggil salbon oleh Siti Maryam Dicky iaitu budak dorm aku waktu form 2. kami dua ni xda la rapat sangat tapi aku selalu tidur dengan dia. selalunya kami akan bawak turun tilam ke lantai dan tido bawah kipas. dorm c12 tu yang pling besar kat aspuri. sebab tu dorm tu ada kipas atas. aku pulak sejak dr form 1 lagi suka ckp cmni bila owank kenakan aku " HAMPA NI JEBON LA.." huhu dengar macam kasar kan tapi aku sebut dengan lembut ja. pastu Maryam pon datanglah dengan idea nak menyebut nama aku Salbon. sebab tu la tertimbulnya nama Salbon pastu jadi la macam2 sebutan yang lain seperti Bon, Abon, Bonny dan Mat Abon. mula2 tu tak ramai pon yang panggil aku cmtu. pastu semakin hari semakin bertambah. sampai ada cikgu jugak yang panggil aku abon. Kalau kau utem tu, akak yang serumah dengan aku sampai lupa nama sebenar aku yang abah aku berikan Salwa Binti Ismail. cukup ringkas. tapi ramai yang panggil aku abon. mungkin itu lebih mesra. tapi ada lagi yang masih panggil aku salwa. contohnya kawan2 sk alor mengkudu. tapi tu pon depa panggil aku Kak Wa. mana2 nama pon aku okay ja. kalo orang yang selalu panggil aku abon tetiba panggil aku salwa, aku rasa semacam plak. mcm pelik dan geli sikit2. huhu. ini kenyataan. abah dan mama tak marah bila tau kawan2 panggil aku abon. mama kata tu la kenangan akak bila tua nanti. lagipun aku dah check maksud nama abon ni. maknanya aku tak ingat tapi ianya bukan sesuatu yang buruk la. yang paling lawaknya, parents kawan2 aku pon aku abon. haha. mungkin terikut dengan kawan2 aku. bagi aku nama abon tu ada kekuatan yang tersendiri dan aku rasa apa yang mama cakap tu betul. nama abon ni memang ada kenangannya yang tersendiri. entah2 sampai aku tua pon owank still panggil aku abon.

abon is a part of my life :)

06 June 2010

tempat mengaji

sepanjang 19 tahun aku hidup ni, ada 4 tempat pengajian yang aku dah mengaji. aku nak bgtau sedikit sebanyak kehidupan aku kat semua tempat tu.

PERTAMA : tadika pasti tok keling
nama mcm pelik skit. huhu. aku pon tak tau kenapa. tempat ni disyorkan oleh seorang jiran kami kepada ayah aku. jd aku pon dihantar ke sana. dah la jauh dr rumah. apapon aku ikut ja. hari first tu aku mula la kenal kawan2. semua ok. aku rapat ngan sowank budak nm dia Siti Hajar. sampai skank still contact. kalo raya pon dia selalu datang rumah. tp kalo kwn2 yang lain tu sorry la ek. aku dh tak kenal. hampa pon msti dah x kenal aku. apapon thanks sbb pernah jd kawan aku.

KEDUA : sk alor mengkudu
aku syg sekolah ni. banyak sangat kenangan manis, masam, pahit dan pedas kat sini. dulu, bila mama aku dtg sekolah untuk tandatangan buku rekod ja, msti guru kelas aku akan cakap "SALWA NI PENDIAM ORANGNYA". bila aku ingt balik, nk tergelak pon ada. ada ka pulak cakap aku ni pendiam.mulut aku la paling banyak cakap. kalo aku tak kenal seseorang tu xpa, tp kalo aku dah kenal, siaplah dia nk dgr celoteh aku. di sinilah aku mula membina azam untuk berjaya. abah dan mama la orang yang paling berusaha untuk melihat kejayaan aku. aku berusaha bersungguh2 dlm upsr. alhamdulillah aku berjaya. kepada Cikgu Noormaziah, Puan Lee Song Seng, Cikgu Alpikri Murid dan cikgu2 yang lain terima kasih kerana membimbing saya.Tak lupa kepada kawan2 aku yang happening nk mampos bila mai umah aku iaitu Nurul Nadia, Anis Suriani, Norashikin, Diana dan Mimie terima kasih atas persahabatan kita selama ni.

KETIGA : sm sains sultan mohamad jiwa
syukur ya Allah aku ditempatkan di sekolah ni. di sini aku belajar segalanya. kalau aku tak masuk sekolah ni mungkin aku bukan aku yang sekarang. di sini aku mula mendalami ilmu agama. mula mengetahui aurat seorang perempuan. terima kasih sekali lagi ya Allah. tempat ni xkan pernah aku lupakan. memori 5 tahun tinggal di sini akan sentiasa segar dalam diri aku. 5 tahun bersama kawan2 bukan satu jangka masa yang pendek. di sini aku belajar erti kasih sayang, pengorbanan, kesetiaan, kepercayaan dan macam2 lagi. kawan2 aku di sini dah menjadi sebahagian dari hidup aku. mereka amat penting bagi aku. kelas yang paling enjoy aku pernah duduk ialah kelas 4 Teknologi 1. Mira,Pnat,Alinn, Pah dan Aterg hampa semua mmg best sgt. Aku sedih bila form 5 kami semua dah x satu kelas. Ambil masa juga aku nak terima kami dah tak satu kelas. Selalu menangis kat Pnat. Rindu sangat2 4T1. Kalau boleh nk ulang balik time2 dulu. Dorm yang paling best ialah setiap dorm yang penah aku duduk. c14, c12, c7 n c4. semua ada cerita tersendiri. yang paling aku ingat ialah c4 coz cikgu rosnedah kata dorm tu dorm puaka coz suka bising. hehe. aku la tu yang suka bising malam2. sembang riuh rendah. tp aku tau semua tu dah jd kenangan ja. tp semua tu tersemat dlm hati aku. kawan2, hampa tak tau betapa bermaknanya hampa semua kat hati aku ni. sayang hampa sangat n xda sapa boleh ganti hampa semua dalam hati aku.

KEEMPAT : universiti teknikal malaysia melaka (utem)
aku paling tension bila org tnya "NI U KERAJAAN KA SWASTA???". mstila kerajaan sbb ada dlm pilihan upu. mentang2 la utem ni baru. huhu. sedih bila org x ramai yg tau pasal utem. bak kata kawan aku, Aman " SAYA RASA UTEM NI AKAN PUPUS ". tp xpa. glamour tu x pnting. yg pnting ialah ilmu aku yang dpt. menangis teruk gila bila mama dan abah nak balik tinggal aku. tetiba rasa sayu. Jauh kot melaka ngan kedah. kutub utara kutub selatan. tapi lepas dua minggu kat sana aku dah ok. xda la nangis bila telefon mama. masih baru lagi kat sana. freshy kot owank ckp. tp bulan depan dah jd senior. huhu. kat sini macam2 owank ada. serius kena pandai pilih kawan. mama selalu pesan jaga diri sbb kat sini dah xda orang nak kesah pasal kita. kat sni perkara yang aku selalu wat selain belajar ialah shopping, cucuk duit, sewa kereta, mkn otak2, jalan2, berkaroke, main boling n macam2 la. paling best bila time nak balik kedah. aku suka nek bas sbb boley tido lama2. air-con plak tu. kat sini aku join koir. wah!!! aku berbangga dpt menyumbangkan suara aku yang x bapa sedap ni. posisi aku Alto sbb aku tak boley capai suara Soprano. apa2 ja la. aku harap sem depan kehidupan aku di utem lebih baik n harap aku dapat belajar bersungguh2 kat sana.

KELIMA : belum dikenal pasti lagi.

please stop it

behenti. sudah la tu.dah bosan la. banyak perkara lagi yang boleh dilakukan selain daripada menyakitkan hati orang. kalau kita tidak tahu nak menjaga hati seseorang, janganlah bagi orang sakit hati (dipetik dari status naimah)

02 April 2010

makan + makan + makan

fuh!!! ari ni catat sejarah..
perbelanjaan aku untuk makan ja mencecah RM 20 lebih..
apa nk jadi ni..huhu..
ntah kenapa la aku mkn bnyk ari ni..
stress kot..padahal mmg kuat mkn pon..
senarai mknan yg aku mkn
> kentang goreng
>milo ais
>cendawan goreng
>ais krim
>nasi+daging goreng+sup cendawan+tauhu cina+sambal belacan+ulaman
>wafer
>100 plus
>keropok lekor
>nasi+tomyam+telur dadar
>jus tembikai
>keropok ikan..

kalo hari2 cmni, mati aku..huhu badan tambah besau la..

12 March 2010

tq abah

kalo tau dr dulu lagi aku cita kat abah..
abah mmg faham aku..
sbb aku anak abah..
tima kasih abah..
sayang abah sgt2..

p/s : salwa boleh!!! anak Pak Cik Ismail boleh!!!

08 March 2010

hilang semangat study

huhu besa la kalo dah tension blajo nnti semua bca pon tak masuk..

call mama = nangis teresak-esak (nk blik umah!!!!!)
nasihat mama : cik kena sabaq la dok sana..mn boley cmni..mama jauh dr cik..x bley nk pi tgok..
dulu dok sekolah asrama okay ja..ada masalah ngn kawan ka???

call kawan = nangis jugak tp boley gelak-gelak
nasihat mira : la..study mana boley tension2..kalo tension bek pi tido..esok pi jawab test dgn yakinnya..
study time tension = tak study..so kalo tension takyah la study nnti tak masuk pon..

06 March 2010

luka..

tersedar dan harus bersabar..
kalau ini ujian yang aku terima, aku redha..

05 March 2010

ada masa..

ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa

ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata

ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tak kesunyian

dan

ada masa kesunyian membuatkan kita tidak pernah lupa betapa bernialinya seorang teman

11 February 2010

tanpa kita sedar..

kekadang kita melukai rakan-rakan kita tanpa kita sedari..
mereka menangis kerana kita tanpa kita sedari..
kita hanya nampak salah mereka di mata kita..
dan kita tidak pernah sedar yang kita salah..
kita sayangkan mereka tetapi dalam masa yang sama kita melukai mereka..
hidup ini ibarat roda dan kita tidak selalunya di atas..

ketika..

tika wajah ini penat memikirkan dunia,
maka berwuduklah
tika tangan ini letih mengagapai cita-cita,
maka berdoalah
tika bahu tak berdaya memikul amanah,
maka bersujudlah
hidup ini tanpa kita sedari kita selalu mengutamakaan yang bukan utama..bnyk perkara yang membuatakan kita lalai dan leka kepada Allah..contohnya,kita study tetapi kita melambatkan solat,kita berdoa kepada Allah hanya bila kita berada dalam kesulitan..
buat renungan bersama..betulkan aku jika aku tersilap wahai rakan-rakanku..

08 February 2010

kata2 ingatan

sahabat BERIMAN ibarat mentari yang menyinar

sahabat yang SETIA ibarat pewangi yang mengahrumkan

sahabat SEJATI menjadi pendorong impian

sahabat BERHATI MULIA membawa kita ke jalan Allah

terima kasih kepada semua sahabatku..
adakah aku tergolong dlm salah satu senarai dia atas????

06 January 2010

r.i.n.d.u

aku rindu mama. aku rindu abah. aku rindu adik2. aku rindu rumah. aku rindu kawan2. aku rindu kedah. aku rindu segalanya. sangat sangat sangat rindu.

{ diri ini amat merindui }