28 October 2011

steamboat

Assalamualaikum.

Ok, hari ini aku nak cakap pasal steamboat ! Tengah hari tadi aku pergi Mydin sebab nak keluarkan duit plus aku teringin nak makan Nasi Kandar. So, tengah-tengah hari rembang tu aku, Emy dan Myra pun memecut lagi dengan motosikal ke Mydin. Dah makan, masuk dalam Mydin dan tiba-tiba terasa nak masak steamboat. So, apa lagi kami pun beli la bahan-bahan nak buat steamboat. Jom check it out !



untuk tiga orang makan memang agak keterlaluan.



aku masak guna rice cooker tau sebab tong gas KOSONG.
bila dah teringin, semua alternatif ada !



kelas kau Jah ! satu senduk, satu sudip. CHEF !



konon-konon pakai chopstick lebih terasa KeKorean. HAHA !



INOTEC, rice cooker hadiah dari mama sebab dapat 4A1 SPM. *tipu*
sekarang aku dah minum yogurt :)



dihidangkan bersama bihun. memang layan !


P/S : Steamboat buatan sendiri sangat menjimatkan. kongsi la duit beramai-ramai bersama kawan-kawan hampa dan nikmatilah sambil bergosip pasal zaman kanak-kanak hampa. Memang the best. Kuah steamboat tu hampa main campak ja apa yang patut. HIDUP INI PERLU DINIKMATI :)

21 October 2011

kawan-kawan adik aku.

Assalamualaikum.

Berbekalkan perut yang sangat lapar, aku gagahkan jugak untuk menulis entry ini sambil menunggu air masak untuk aku buat maggi. Minggu yang agak sengkek. Bil elektrik, bil air, bil streamyx dan macam-macam lagi perlu dibayar. Biasiswa PaMa pulak masuk esok tapi nasib baik perniagaan printer masih berjalan.

Hentikan bebelan di atas, aku nak fokus kepada tajuk entry kali ini. Kawan-kawan adik aku. Hampa rapat dak dengan kawan-kawan adik hampa ? Aku ni seperti ramai orang tau aku kurang suka kepada budak -budak. Bukan semua aku tak suka cuma sesetengah. Aku paling tak suka budak nakal, suka jelir lidah, suka teriak, suka tunjuk pandai pastu suka cakap besar. Jangan hairan kalau ada budak-budak cakap besar sebab aku memang pernah jumpa budak macam ni.

Kawan-kawan adik aku memang rapat dengan family aku sebab mama aku memang baik hati sangat. Setiap kali makan, kalau depa ada mama mesti pelawa makan. Tak kira time. Biasa la budak-budak pagi-pagi buta pun dah mai rumah nak bermain. Jangan risau kalau adik-adik hampa mai rumah aku mesti kenyang. Hahaha. Makan pagi, tengahari, petang dan malam di sediakan. Dan aku rasa semua kawan-kawan adik aku dah biasa sangat dengan family kami.

Sampaikan ada yang bermalam di rumah kami sebab teruja dengan kelambu bentuk khemah yang abah beli untuk Aiman dan Adik Ein. Aku dulu darjah2 mana ada bermalam rumah kawan. Abah pun kalau ada kerja kat mana-mana mesti bawak budak-budak tu sebab meraka asyik buat MUKA NAK IKUT. Kalau pergi picnic lagi la buat muka nak ikut. Dulu naik Kancil pun sumbat la penuh-penuh.

Sekarang semua dah ada handphone siap minta nombor aku lagi. Kelas kau Jah ! Pastu mula la Aiman dengan Adik Ein merengek-rengek tempeyek nak handphone. Aku membantah keras ! Mana boleh, aku ni masuk universiti baru abah belikan. Sampai pergi main tangkap ikan dekat bendang pun gantung handphone di leher. Kelakar ! Pastu malam-malam buta dok miskol aku.

Bila aku balik rumah, semua budak-budak tu tak gembira sebab KAK SALWA YANG SUKA BERLETER DAN SUARA MACAM HARIMAU DAH BALIK.

" Aiman, kakak hang dah balik ka ? " tanya Iman. Tak sempat adik aku nak jawab lagi, aku terus sembur. " Awatnya kalau aku dah balik ? " .

Aku tau sebab apa dia tanya. Bila aku balik :

1. Tak boleh tengok cerita kartun kecuali totally spies, spongebob, conan dan dora sebab kartun tu aku minat.

2. Tak boleh masak maggi, sosej dan nugget sesuka hati di dapur sebab nanti yang nak kemasnya aku.

3. Tak boleh main sembunyi-sembunyi dalam rumah.

4. Tak boleh bersuara bila aku tengah tengok Drama Melayu. Sebab aku kena fokus bila tengok cerita.

5. Tak boleh main badminton sebab nanti aku akan konker raket.


Tapi actually aku seronok jugak kalau depa mai rumah aku. Tak la boring sangat sebab malam-malam lepas habis mengaji Quran depa mesti mai lepak dulu. Pastu, aku akan suruh depa baca buku. Dan yang paling tak tahan aku akan bacakan syair yang dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 dan depa semua akan terpegun. HAHA. Padahal aku main hentam ja. Pastu kami akan main teka-teki pantun. Main lawan-lawan warna. Main 5 10. Pastu aku mesti bawak depa pergi jalan-jalan atau makan KFC. Pastu kutip seorang RM1 untuk duit minyak. Jahat kan ?

Bila aku balik ja, mula la nak tengok movie macam-macam dekat laptop. Yang paling aku tak suka bila depa dok tiru aksi dan ayat-ayat filem yang ganas-ganas macam KL Gangster. Bila tengok cerita English pastu ada perepuan pakai seksi mula la gelak terkekek-kekek. Rimas aku tengok movie dengan depa. Tu belum kira yang suka main game Jojo Fashion kat laptop aku. Dari aku tidur pastu bangun tidur pun tak habis-habis lagi main. Ish ish.

Seriously, bila aku rindu adik-adik aku, aku mesti rindu kawan-kawan depa jugak. Cuma kawan Abang Akiff ja aku tak rindu sebab depa asyik cakap BADAN AKU MACAM HELLO KITTY. Meluat !

Hampa semua dok buat apa la kat rumah ? Tak mesej Kak Salwa pun. Huhu.


Bestfriends for ever :)
Aiman, Azril dan Iman.


pergi raya pun angkut Ikhwan sekali.


Iman, yang menjadi kesayangan aku sebab poyo nak mampuih. Suka lawan bahas.




P/S :
  • Jangan gaduh-gaduh ok.
  • Kalau main bola tu main betul2. Jangan main kecoh. Bola tak masuk gol pon cakap masuk.
  • Pastu jangan buli Ikhwan cakap dia pondan walaupun dia memang suka menangis ngadu dekat mak dia.
  • Belajar rajin-rajin tau. Jangan malas ! #aku yang nasihat ni pun malas.
  • Jangan ponteng solat Jumaat pastu lepak bawah pokok dekat taman.
  • Please jangan merokok adik-adikku sayang. Siap la kalau Kak Salwa tau.

18 October 2011

Produk : Shower Cream 1 Malaysia.

Assalamualaikum.

Hello dan Salam 1 Malaysia guys !
Petang tadi, aku dan teman-teman serumah telah pergi ke Mydin untuk mencari barang-barang keperluan seperti sabun mandi, pencuci muka, losyen, mi segera dan macam-macam lagi. Memandangkan aku tengah berjimat-cermat, aku pun mencari sabun mandi yang save budget.

Nampak sabun buku, tapi macam sedih sangat pulak. Lagi satu yang paling utama, tangan aku ni memang cuai sikit sebab kalau pakai sabun buku mesti jatuh dalam lubang jamban. Oleh itu, sabun mandi botol diperlukan. Tiba-tiba aku terpandang Shower Cream 1 Malaysia yang bakal menyelamatkan keadaan ekonomi aku. Yeahhh !



see, terpampang logo 1 Malaysia.


MURAH
BERBALOI
WANGI
PELBAGAI JENIS PERISA
MAMPU DIMILIKI

hanya RM 4.90.


P/S : Sokonglah barangan buatan Malaysia.

17 October 2011

Hujung minggu di Selangor + Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Selamat hari isnin kawan-kawan. Hujung minggu lepas, aku telah menghabiskan cuti aku di Kuala Lupur dan Selangor bersama rakan-rakan tercinta. Sangat enjoy. Aku pergi dengan Kak Jiah dan Kak Yuni pastu sampai sana masing-masing berpecah mengikut rancangan masing-masing. Aku telah menginap di hostel Uniten milik Alin. Ohhhh, Alin sangat baik okey. Layanan first class tau. Untung la siapa dapat jadi suami dia. Alin, jangan marah tau ni aku promosi hang siap-siap. Dia belanja aku makan, bawak jalan-jalan The Mines pastu siap beli aku berus gigi lagi tau. So sweet !

Antara orang yang aku jumpa :
  1. Alin
  2. Azreen
  3. Zayani
  4. Aterg
  5. Sue
  6. Em



Kak Jiah , me and Kak Yuni


Alin, macam nak berkawad ja.


aku di The Mines ;)


Nando's for dinner.


the smallest one, Sue.


ikan pari dan lala masak portugis. yummy !
dekat oasis foodcourt, Midvalley.


aterg, my boboy !


azreen, my busam !


muka aku macam gangster.


dah lama tak jumpa minah seekor ni.


kami.


spicy fried noodle at Ice Room.


hidangan belut.
#bukan aku makan.


kiwi snow ice memang superlicious ok.
hampa kena try !



Kali ni memang aku banyak JALAN-JALAN CARI MAKAN. Tak shopping sangat cuma terbeli novel satu. Thanks kepada semua kawan-kawan yang sudi keluar dengan aku. Semoga persahabatan kita berkekalan selamanya. Amin.

09 October 2011

kawan aku mai melaka wey !

Assalamualaikum.

Hari ini aku happy sangat sebab kawan-kawan aku Aini dengan Piyin mai melaka. Hari jumaat tu aku stress entah apa-apa. Padahal tak period pun. Aku kalau nak stress tak kira masa. Biasa la, kekadang bila rasa orang tak hargai kita, kita aku mula rindukan orang-orang yang kita rasa sentiasa sokong dan terima kita seadanya. And of course aku betul-betul rindu kawan sekolah aku. Malam tu, sampai nangis depan laptop sebab tetiba dalam mood sedih, Huda dan Piyin berbalas komen di Facebook. Piyin cakap nak datang Melaka, tapi macam tak konfem la bila.

Keesokan paginya, Shikin call dan cakap Aini dengan Piyin betul-betul nak datang. Seriously, aku rasa happy sangat sebab di saat ni i really need my friends. Rasa macam nak melompat-lompat pun ada. Sepatutnya, semalam aku tidur dekat rumah Shikin dengan Aini dan Piyin tapi ada masalah teknikal sikit so tak dapat la nak join. Tapi, hari ni merupakan hari yang paling gembira, penuh gelak ketawa, penuh aksi dan macam-macam la.


sarapan McD beli satu percuma XPERIA.


'
pemandu pelancong bertauliah.


do I look like a monster beside Aini ?
*apa pun pandangan anda terhadap gambar ini sila simpan di dalam hati. TQ!


Piyin the gorgeous one.
Me the round/bulat one.


tanpa segan silu, kami mendominasi singki dan cermin McD.


ini hanyalah satu lakonan.


selamat datang ke Kota A Famosa Melaka.


tangkap gambar kaki menjadi satu kewajipan.


piyin, nanti yang lupa apply jadi cover girl majalah AN-NUR/DARA.
#jangan apply majalah MANGGA.


aini dengan topi koboinya.


kedai -kedai cenderamata.


Venice, Malacca.


cendol yang memang umphhh !


tangan aku lagi besaq dari mangkuk cendol. fine !


i really love this picture.
*dah aku yang tangkap.


seronok dapat bawak Aini dengan Piyin jalan - jalan Melaka.


empat dara solo. LOL !


gambar takdak motif tapi saja nak letak.


shikin mendarat awal sesaat.


mana nak pilih ni ?


ya ! kami memang suka ambil gambar depan cermin.


Johnny's for lunch.


Aini, Piyin dan Shikin terima kasih sangat-sangat sebab hampa semua telah menceriakan hujung minggu aku. Aku memang betul-betul enjoy dengan hampa. Friends for ever tau. Much much love from me. Jangan serik nak mai lagi. Nanti aku dengan Shikin bawak pi tempat lain pulak.


P/S to Aini : Kalau ada orang nak promote apa-apa jangan ikut cakap depa. Larikan diri sejauh mungkin. Anyway, cerita hang tu sampai la aku gelak. HAHAHA !

07 October 2011

geng

Assalamualaikum.

Hello ! Hari ini aku nak memperkenalkan geng-geng aku sebab aku rasa aku ada ramai sangat geng. Siryes !


geng pengakap puteri (asli + celup)



geng dorm puaka !



geng rumah sewa merangkap geng kelas aku di utem. *much love*



geng wajib pi gathering/reunion.



geng rumah bendahara :)



geng budak tekno.
ganazzz !



geng ayu. LOL !
*hasni ja yang kurang sikit



geng konvoi raya.



geng jalan-jalan penang.



geng koir utem.



geng sekolah rendah.



geng smarties. #ilovethem



geng prs *pembimbing rakan sebaya*



geng amali haji.



geng baru raya sama colour.



geng cikgu rosnedah (^ -^)



geng muka sakit.



geng yang sentiasa ada dalam hati.



geng pencinta kpop.



geng ahli sukan acara pecut 100m.
*padahal sebaliknya : geng paling slow acara larian.



geng 0408 aku !


THINGS END, BUT MEMORIES LAST FOREVER :)