18 October 2011

Produk : Shower Cream 1 Malaysia.

Assalamualaikum.

Hello dan Salam 1 Malaysia guys !
Petang tadi, aku dan teman-teman serumah telah pergi ke Mydin untuk mencari barang-barang keperluan seperti sabun mandi, pencuci muka, losyen, mi segera dan macam-macam lagi. Memandangkan aku tengah berjimat-cermat, aku pun mencari sabun mandi yang save budget.

Nampak sabun buku, tapi macam sedih sangat pulak. Lagi satu yang paling utama, tangan aku ni memang cuai sikit sebab kalau pakai sabun buku mesti jatuh dalam lubang jamban. Oleh itu, sabun mandi botol diperlukan. Tiba-tiba aku terpandang Shower Cream 1 Malaysia yang bakal menyelamatkan keadaan ekonomi aku. Yeahhh !



see, terpampang logo 1 Malaysia.


MURAH
BERBALOI
WANGI
PELBAGAI JENIS PERISA
MAMPU DIMILIKI

hanya RM 4.90.


P/S : Sokonglah barangan buatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment