21 October 2011

kawan-kawan adik aku.

Assalamualaikum.

Berbekalkan perut yang sangat lapar, aku gagahkan jugak untuk menulis entry ini sambil menunggu air masak untuk aku buat maggi. Minggu yang agak sengkek. Bil elektrik, bil air, bil streamyx dan macam-macam lagi perlu dibayar. Biasiswa PaMa pulak masuk esok tapi nasib baik perniagaan printer masih berjalan.

Hentikan bebelan di atas, aku nak fokus kepada tajuk entry kali ini. Kawan-kawan adik aku. Hampa rapat dak dengan kawan-kawan adik hampa ? Aku ni seperti ramai orang tau aku kurang suka kepada budak -budak. Bukan semua aku tak suka cuma sesetengah. Aku paling tak suka budak nakal, suka jelir lidah, suka teriak, suka tunjuk pandai pastu suka cakap besar. Jangan hairan kalau ada budak-budak cakap besar sebab aku memang pernah jumpa budak macam ni.

Kawan-kawan adik aku memang rapat dengan family aku sebab mama aku memang baik hati sangat. Setiap kali makan, kalau depa ada mama mesti pelawa makan. Tak kira time. Biasa la budak-budak pagi-pagi buta pun dah mai rumah nak bermain. Jangan risau kalau adik-adik hampa mai rumah aku mesti kenyang. Hahaha. Makan pagi, tengahari, petang dan malam di sediakan. Dan aku rasa semua kawan-kawan adik aku dah biasa sangat dengan family kami.

Sampaikan ada yang bermalam di rumah kami sebab teruja dengan kelambu bentuk khemah yang abah beli untuk Aiman dan Adik Ein. Aku dulu darjah2 mana ada bermalam rumah kawan. Abah pun kalau ada kerja kat mana-mana mesti bawak budak-budak tu sebab meraka asyik buat MUKA NAK IKUT. Kalau pergi picnic lagi la buat muka nak ikut. Dulu naik Kancil pun sumbat la penuh-penuh.

Sekarang semua dah ada handphone siap minta nombor aku lagi. Kelas kau Jah ! Pastu mula la Aiman dengan Adik Ein merengek-rengek tempeyek nak handphone. Aku membantah keras ! Mana boleh, aku ni masuk universiti baru abah belikan. Sampai pergi main tangkap ikan dekat bendang pun gantung handphone di leher. Kelakar ! Pastu malam-malam buta dok miskol aku.

Bila aku balik rumah, semua budak-budak tu tak gembira sebab KAK SALWA YANG SUKA BERLETER DAN SUARA MACAM HARIMAU DAH BALIK.

" Aiman, kakak hang dah balik ka ? " tanya Iman. Tak sempat adik aku nak jawab lagi, aku terus sembur. " Awatnya kalau aku dah balik ? " .

Aku tau sebab apa dia tanya. Bila aku balik :

1. Tak boleh tengok cerita kartun kecuali totally spies, spongebob, conan dan dora sebab kartun tu aku minat.

2. Tak boleh masak maggi, sosej dan nugget sesuka hati di dapur sebab nanti yang nak kemasnya aku.

3. Tak boleh main sembunyi-sembunyi dalam rumah.

4. Tak boleh bersuara bila aku tengah tengok Drama Melayu. Sebab aku kena fokus bila tengok cerita.

5. Tak boleh main badminton sebab nanti aku akan konker raket.


Tapi actually aku seronok jugak kalau depa mai rumah aku. Tak la boring sangat sebab malam-malam lepas habis mengaji Quran depa mesti mai lepak dulu. Pastu, aku akan suruh depa baca buku. Dan yang paling tak tahan aku akan bacakan syair yang dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 dan depa semua akan terpegun. HAHA. Padahal aku main hentam ja. Pastu kami akan main teka-teki pantun. Main lawan-lawan warna. Main 5 10. Pastu aku mesti bawak depa pergi jalan-jalan atau makan KFC. Pastu kutip seorang RM1 untuk duit minyak. Jahat kan ?

Bila aku balik ja, mula la nak tengok movie macam-macam dekat laptop. Yang paling aku tak suka bila depa dok tiru aksi dan ayat-ayat filem yang ganas-ganas macam KL Gangster. Bila tengok cerita English pastu ada perepuan pakai seksi mula la gelak terkekek-kekek. Rimas aku tengok movie dengan depa. Tu belum kira yang suka main game Jojo Fashion kat laptop aku. Dari aku tidur pastu bangun tidur pun tak habis-habis lagi main. Ish ish.

Seriously, bila aku rindu adik-adik aku, aku mesti rindu kawan-kawan depa jugak. Cuma kawan Abang Akiff ja aku tak rindu sebab depa asyik cakap BADAN AKU MACAM HELLO KITTY. Meluat !

Hampa semua dok buat apa la kat rumah ? Tak mesej Kak Salwa pun. Huhu.


Bestfriends for ever :)
Aiman, Azril dan Iman.


pergi raya pun angkut Ikhwan sekali.


Iman, yang menjadi kesayangan aku sebab poyo nak mampuih. Suka lawan bahas.




P/S :
  • Jangan gaduh-gaduh ok.
  • Kalau main bola tu main betul2. Jangan main kecoh. Bola tak masuk gol pon cakap masuk.
  • Pastu jangan buli Ikhwan cakap dia pondan walaupun dia memang suka menangis ngadu dekat mak dia.
  • Belajar rajin-rajin tau. Jangan malas ! #aku yang nasihat ni pun malas.
  • Jangan ponteng solat Jumaat pastu lepak bawah pokok dekat taman.
  • Please jangan merokok adik-adikku sayang. Siap la kalau Kak Salwa tau.

No comments:

Post a Comment