28 September 2011

i miss him so much.

Assalamualaikum.

Tajuk hari ni macam gedik tak ? Hahaha saja nak buat pembaca tertanya-tanya siapakah orangnya. Eceh, padahal adik sendiri. Actually, aku rindu sangat dekat adik aku yang aku panggil dia ABANG sebab dia bajet macam dia anak sulung. Memang kena berleter la kalau tak panggil dia abang. Huh !

Aku selalu call dia bila rindu kat dia tapi yang hampehnya dia selalu bajet artis tak mau angkat phone. Dia ni dari kecil, asyik ada masalah dengan aku ja. Nasib baik dah besar kita orang jadi kamceng dan menjadi 'raja buli kanak-kanak bawah umur' iaitu Aiman dan Dik Ein. Bab - bab nak menghabiskan duit raya adik-adik, kamilah orangnya.

abang hang ingat dak masa kita kecil-kecil dulu ? *walaupun aku time kecil tetap berbadan besaq*

masa aku tuang minyak angin panas dalam mata hang sebab hang kata aku gemuk banyak banyak banyak kali ?
aku geram sangat dengan mulut hang kata aku gemuk sebab aku tau aku gemuk so hang takyah ulang banyak-banyak kali. abah marah aku gila-gila time tu. tak pernah abah marah aku teruk macam tu. nasib baik hang tak buta. kalau tak aku akan menyesal seumur hidup.

masa aku bawak hang balik mengaji pastu kita jatuh dalam bendang ?
sebab aku malu kat orang aku cepat-cepat bangun dan angkat basikal pastu marah-marah hang sebab hang lembab bangun. Pastu hang menangis teruk-teruk yang membuatkan aku lagi marah. Padahal aku tak tau yang sebenarnya hang sakit sangat time tu sebab tulang pipi hang patah.

masa hang nak 'bunuh' aku dengan pisau sebab aku tak goreng ayam untuk hang ?
hanya sebab nak makan ayam hang marah gila dekat aku. aku malas nak renyah-renyah so aku goreng la telur untuk hang sebab tengahari tu mama takda umah sebab mama dok hospital jaga arwah tok. hang pulak dengan emonya dok jolok pisau bawah pintu bilik aku. aku jerit minta tolong Cik Nab. Syukur aku tak mati hari tu.

masa aku tak cakap dengan hang sebulan lebih sebab hang kojaq dengan aku ?
hang mengadu kat mama kata aku takmau cakap dengan hang. Pastu mama marah hang balik sebab mama kata hang tak jaga hati aku. Hang selalu dok buat-buat nak cakap tapi aku tak pernah layan sebab aku geram dengan mulut hang. Hang tau kan aku tak suka orang cakap kasaq dengan aku ?

masa rambut aku terbakaq time kita main masak-masak ?
aku tengah elok-elok kacau air dalam tempurung pastu hang pi bubuh minyak dari pemetik api dalam bara tu terus sambar rambut aku. rambut depan aku terbakar teruk jugak la. nasib baik muka aku takda kecacatan.

So, sama-sama la kita kan. Aku ni takda la jahat sangat dan hang pun takda la baik sangat !



kalau hang tau aku tulis pasal hang, mesti hang gelak guling-guling.


PESANAN IKHLAS :

1. SPM nanti hang buat elok-elok. aku tau hang lagi malas dari aku, tapi please la skor bagi dapat A1 untuk subjek Seni Visual. Aku bangga sebenarnya sebab hang ambik Seni Visual !

2. Hang jangan lawan cakap abah dah. Walaupun abah tak satu kepala masam dengan kita, tapi abah tetap cool kot. Hang ja yang tak nampak. Jangan sebab abah tak pernah nak bawak hang pi memancing, hang dah cop abah tak cool. We love our abah ok !

3. Aku sebenarnya tak suka hang couple. Bukan sebab langkah bendul ok. Aku kalau nak ramai ja. HAHAHA. Tapi sebab aku rasa stress kalau hang sayang perempuan lain lebih dari hang sayang aku. Macam geli kan ayat aku ? Tapi tu la apa yang aku rasa.


23 September 2011

bilik kami comel okeh !

Assalamualaikum.

Entry hari ini aku nak show off *menunjuk-nunjuk* LOL bilik aku dengan roomate aku, Emy yang kita orang rasa comel-comel princess.

Actually, masa dapat bilik ni aku sedih sangat sebab bilik ni cuma ada katil single dengan kipas ja. Bilik orang lain siap ada katil queen dengan almari dan meja solek. Tapi, setelah berhabis ratusan ringgit bilik kami menjadi bilik paling selesa, ceria, wangi dan comel.


dinding tu yang mahal tu.
bunga kat dinding tu made in MERU, Klang.


comel kan patung katak hijau pekat emy ?
hand made tau.


tempat sidai tuala dan telekung.
yang ni kami culik tuan rumah punya.


rak pink ni dibeli sebab aku rasa warna dia comel.
kehendak bukan keperluan. ngehngeh !


almari kain RM50 sahaja di Mydin yang terbesar di Asia Tenggara.
sangat berkualiti sebab batang dia besi.
memang tahan lasak !


segala teddy bear yang ada semuanya hadiah dari kawan-kawan tersayang !


pink itu aku :)
turut dimuatkan bersama foto azreen dan baitul yang melekat dihatiku !



lappy baru !
yang sedihnya semua orang SEMUA ORANG tanya kenapa warna biru bukan pink ?
abah pun mesti terkejut kalau dia tau aku beli warna biru T__T


20 September 2011

busam aku dah tua !

Assalamualaikum.

Heheiiii, aku sebenaqnya dah lama nak post pasal birthday kawan busam-busam busuk aku yang seorang ni tapi laptop yang rosak menghalang. Kini, AKU DAH ADA LAPTOP BARU *thanks abah, ingatkan masuk degree pulak la baru dapat*. Stop bab laptop, masuk bab entry.


gambar dari laman sosial Flixster aku.

Nama kawan aku ni Nurazni Azreen Binti Aziz. Wey hang tau dak azreen sekarang ni kita dua dah BERBEZA GENERASI kot. Hang dah 20 tahun. Tapi aku masih muda sebab aku baru 19 tahun walaupun muka aku dah dimamah usia T__T

Malam ini, aku berjaga semata-mata nak tulis pasal hang. Aku sanggup belakangkan pakwe aku yang nak bergayut dengan aku semata-mata untuk tulis entry ni. SILA TERHARU SAMPAI TERGARU-GARU OKEH.

Dari mana nak mula ek ? Dari Form 1 la. Lama tak imbau sejarah kita. Form 1 kita takda la rapat sangat sebab hang ada orang lain. Chewah ayat aku !
Aku rasa start form 2 kita jadi rapat sikit-sikit pastu rapat banyak-banyak. Kita dua tiap-tiap kali outing mesti keluar. Sanggup redah hujan sambil nanyi lagu *Aku Sedang Ingin Bercinta*. Pernah sekali tu, kita balik outing lambat. Dari tesco sampai ke pintu pagar kita dok berdoa supaya tak kena dengan warden alih-alih Cikgu Mat Azam dah tunggu depan pondok guard. Kita kena nyanyi lagu Negaraku sama-sama tapi hang asyik dok gelak ja sampai aku stress sebab Cikgu Mat Azam dok suruh ulang balik. Aku ni dengan penuh siryes menyanyi sebab dah malu tapi hang asyik dok gelak. Sapa yang tak kenai hang betul-betul takkan tau hang macam mana. LOL !

Kalau hang perasan la, kita dua ni banyak minat yang sama. Paling ketara, dua-dua suka warna pink. Dua-dua suka seni. Dua-dua minat barang comel gila nak mati. Kononnya, nak beli rumah sebelah menyebelah bila dah kahwin nanti. Kita dua suka nyanyi lagu Siti sama-sama walaupun aku tau pitching kita memang out habis la. Tapi, aku sampai sekarang rasa suara aku lagi sedap dari hang. Sebab tu aku jadi mentor and hang jadi protoge. HAHAHAHA. Just joking !

Aku selalu dok pinjam seluar track hang walaupun aku tau seluar tu muat-muat ja sebab saiz aku besaq. Aku selalu pinjam tudung hang sampai Ustaz Ismail perasan. Huhu. Selalu habiskan makanan hang sebab tu la aku jadi debab. Kita dua selalu tak bercakap tanpa sebab. Tiba-tiba ja tak cakap. Memang pelik ! Pastu kalau ada apa-apa yang terasa hati, hang mesti tulis surat kat aku. LOL ! Baru hari tu dok baca surat-surat hang. Ada 3 0r 4 helai surat jugak la rasanya. Memang lawak bila ingat balik.

Pastu, yang aku paling geram dengan hang bila aku tengah semangat cerita pasal 'orang yang aku suka' hang mesti tidoq. Ingatkan nak share dengan hang saat-saat aku syok sendiri tapi...Aku sampai habis air liur cakap. Tu yang aku malas nak cerita. Bila aku tak cerita hang dok buat-buat merajuk.

Dalam banyak-banyak kawan, family hang la yang paling banyak aku kenal. Hahaha dari tok hang, maksu hang sampai la ke jiran hang yang nama aida orkid ek ? Setiap tahun dari kita form 4 sampai la dah masuk u (2007-2011) aku mesti pi rumah hang dan mama hang mesti bawak pi Pesta Penang. Tapi hang dah 3 TAHUN DAH TAK MAI RUMAH AKU. Aku duduk Melaka sampai dah nak habis diploma pun takda sapa nak mai melawat. So sad !

Kekadang aku terfikir ' bila hang dah kahwin nanti, aku mesti dah tak boleh nak bermalam kat rumah family hang sebab takkan nak halau suami hang keluar bilik semata-mata kita nak bersembang tentang kenangan lama-lama' .

Wey, aku ada satu anugerah yang aku nak bagi untuk hang.

Hang la KAWAN PALING CARING sampai mama aku cakap aku kalau mesej dengan hang macam mesej dengan pakwe. Kalau aku rasa down aku mesti mesej hang sebab aku rasa hang akan bagi aku semangat. Walaupun hang cuma tulis " chaiyok anak pakcik ismail " tapi tetap berharga buat aku tau. Waktu aku ada masalah, hang sentiasa ada untuk aku. Bila aku bergayut dengan hang, mesti pi tepi tangga macam gayut dengan pakwe. Privasi la konon.

Thanks untuk semua yang terjadi sepanjang persahabatan kita selama 8 tahun ni. Ni dah masuk 20 tahun ni sila bersikap sesuai dengan umur. Semoga hidup hang diberkati Allah. Sayang hang ! Muahhhh.