20 September 2011

busam aku dah tua !

Assalamualaikum.

Heheiiii, aku sebenaqnya dah lama nak post pasal birthday kawan busam-busam busuk aku yang seorang ni tapi laptop yang rosak menghalang. Kini, AKU DAH ADA LAPTOP BARU *thanks abah, ingatkan masuk degree pulak la baru dapat*. Stop bab laptop, masuk bab entry.


gambar dari laman sosial Flixster aku.

Nama kawan aku ni Nurazni Azreen Binti Aziz. Wey hang tau dak azreen sekarang ni kita dua dah BERBEZA GENERASI kot. Hang dah 20 tahun. Tapi aku masih muda sebab aku baru 19 tahun walaupun muka aku dah dimamah usia T__T

Malam ini, aku berjaga semata-mata nak tulis pasal hang. Aku sanggup belakangkan pakwe aku yang nak bergayut dengan aku semata-mata untuk tulis entry ni. SILA TERHARU SAMPAI TERGARU-GARU OKEH.

Dari mana nak mula ek ? Dari Form 1 la. Lama tak imbau sejarah kita. Form 1 kita takda la rapat sangat sebab hang ada orang lain. Chewah ayat aku !
Aku rasa start form 2 kita jadi rapat sikit-sikit pastu rapat banyak-banyak. Kita dua tiap-tiap kali outing mesti keluar. Sanggup redah hujan sambil nanyi lagu *Aku Sedang Ingin Bercinta*. Pernah sekali tu, kita balik outing lambat. Dari tesco sampai ke pintu pagar kita dok berdoa supaya tak kena dengan warden alih-alih Cikgu Mat Azam dah tunggu depan pondok guard. Kita kena nyanyi lagu Negaraku sama-sama tapi hang asyik dok gelak ja sampai aku stress sebab Cikgu Mat Azam dok suruh ulang balik. Aku ni dengan penuh siryes menyanyi sebab dah malu tapi hang asyik dok gelak. Sapa yang tak kenai hang betul-betul takkan tau hang macam mana. LOL !

Kalau hang perasan la, kita dua ni banyak minat yang sama. Paling ketara, dua-dua suka warna pink. Dua-dua suka seni. Dua-dua minat barang comel gila nak mati. Kononnya, nak beli rumah sebelah menyebelah bila dah kahwin nanti. Kita dua suka nyanyi lagu Siti sama-sama walaupun aku tau pitching kita memang out habis la. Tapi, aku sampai sekarang rasa suara aku lagi sedap dari hang. Sebab tu aku jadi mentor and hang jadi protoge. HAHAHAHA. Just joking !

Aku selalu dok pinjam seluar track hang walaupun aku tau seluar tu muat-muat ja sebab saiz aku besaq. Aku selalu pinjam tudung hang sampai Ustaz Ismail perasan. Huhu. Selalu habiskan makanan hang sebab tu la aku jadi debab. Kita dua selalu tak bercakap tanpa sebab. Tiba-tiba ja tak cakap. Memang pelik ! Pastu kalau ada apa-apa yang terasa hati, hang mesti tulis surat kat aku. LOL ! Baru hari tu dok baca surat-surat hang. Ada 3 0r 4 helai surat jugak la rasanya. Memang lawak bila ingat balik.

Pastu, yang aku paling geram dengan hang bila aku tengah semangat cerita pasal 'orang yang aku suka' hang mesti tidoq. Ingatkan nak share dengan hang saat-saat aku syok sendiri tapi...Aku sampai habis air liur cakap. Tu yang aku malas nak cerita. Bila aku tak cerita hang dok buat-buat merajuk.

Dalam banyak-banyak kawan, family hang la yang paling banyak aku kenal. Hahaha dari tok hang, maksu hang sampai la ke jiran hang yang nama aida orkid ek ? Setiap tahun dari kita form 4 sampai la dah masuk u (2007-2011) aku mesti pi rumah hang dan mama hang mesti bawak pi Pesta Penang. Tapi hang dah 3 TAHUN DAH TAK MAI RUMAH AKU. Aku duduk Melaka sampai dah nak habis diploma pun takda sapa nak mai melawat. So sad !

Kekadang aku terfikir ' bila hang dah kahwin nanti, aku mesti dah tak boleh nak bermalam kat rumah family hang sebab takkan nak halau suami hang keluar bilik semata-mata kita nak bersembang tentang kenangan lama-lama' .

Wey, aku ada satu anugerah yang aku nak bagi untuk hang.

Hang la KAWAN PALING CARING sampai mama aku cakap aku kalau mesej dengan hang macam mesej dengan pakwe. Kalau aku rasa down aku mesti mesej hang sebab aku rasa hang akan bagi aku semangat. Walaupun hang cuma tulis " chaiyok anak pakcik ismail " tapi tetap berharga buat aku tau. Waktu aku ada masalah, hang sentiasa ada untuk aku. Bila aku bergayut dengan hang, mesti pi tepi tangga macam gayut dengan pakwe. Privasi la konon.

Thanks untuk semua yang terjadi sepanjang persahabatan kita selama 8 tahun ni. Ni dah masuk 20 tahun ni sila bersikap sesuai dengan umur. Semoga hidup hang diberkati Allah. Sayang hang ! Muahhhh.

2 comments:

  1. msti cikkabus trharu :)

    ReplyDelete
  2. tu pon kalau dia baca. dia kan x layan internet sangat. haha !

    ReplyDelete