15 December 2011

bukan rindu aku pun ;(

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya excited nak balik Kedah lagi 2 hariiiiii. Tetiba tadi dapat mesej dari adik aku dalam Facebook dan ayatnya membuatkan aku lagi bertambah excited. Cuba dengar ayat ni....


"Samkom..., ni bla nk blik ni ???? "


First, sila abaikan samkom tu. Aku taktau macam mana dia karang ayat dalam SPM. Bila dengar ayat tu rasa macam WOW !!! adik aku tanya bila nak balik. Adik aku rindukan aku. Yeay !!!


Tapi ayat yang selepas itu buat aku SEDAR dari lamunan yang aku tak berada di bumi yang nyata.


"bla nk blik bli bju kt aqu cma xdk bju dh ni "


Cisssdel sungguh. Ada taugeh di sebalik mi rupanya. Bukan rindu kat aku pun ;(




bukti !


P/S : Tegur aku pandai no. Jangan dengar lagu Lady Gaga la. Jangan gedik minat Awal Ashari la (dah tak minat dah). Jangan ni la. Jangan tu la. Hang tu, tulis Assalamualaikum biaq betul ejaan :)

12 December 2011

Peristiwa hari Sabtu.

Assalamualaikum.

Sabtu 11 Disember 2011 aku ada kelas. Ulang suara ada kelas. So, faham-faham ja la bila mind set aku Sabtu cuti tapi tiba-tiba ada kelas aku macam @#$!%&&*.

Balik ja dari kelas terus ajak Kak Jiah keluar jalan-jalan untuk hilangkan stres. Emy pulak dipaksa untuk ikut sekali. Stres digunakan sebagai alasan. So, jom check it out aku pi mana untuk hilangkan stres.

1. SHOPPING di Jusco.

Ok, sekarang kan tengah YES. Do you know what is YES ? Girls, you should know this awesome word. Dapat gak la sehelai baju kat aku. It's 50% discount :)

2. MAKAN di Little Taiwan.

Boleh tahan sedap jugak makan kat tempat ni. Ala-ala Taiwan camtu. Nama pun Little Taiwan so what do you expect for ? Deco dia macam ok-ok ja. Tak sehebat mana sangat. Ceh, hang ingat hang Eric Leong duta tilam ka nak komen-komen ?


Little Taiwan's Tissue.
ok dak description aku ? HAHA.


Halal.
Aku nyaris-nyaris nak telefon Jakim before masuk kedai ni.
*tipu*


Cool blog.
Benda wajib beli untuk Emy.
Cool blog aku boleh terima tapi kalau Each A Cup tu...aku rasa aku patut jumpa bos dia.


Muka teruja makanan dah sampai.


Spicy Hot Ramen Kak Jiah yang indah menu dari rupa.
Tapi rasa dia not bad.
Bebola tu sedapppp.


Beef Shank Rice Set.
Memang terbaik !


Aku terasa terer bila makan pakai chopstick. Sungguh habaq mai !


Emy teruja dapat ambil lauk guna chopstick. HAHA !


3. BERSIAR-SIAR di Kampung Morten.

Sapa hat mai Melaka tapi hampa tak mai kat sini memang rugi. Kampung Morten ni salah satu kampung yang paling cantik dan bersih di Melaka. Dengar kata la, Kerajaan Melaka bagi duit kat penduduk kampung untuk mengekalkan kecantikan kampung ni. Taktau la betoi ka dak.


Cantik kan ?
Bukan Kak Jiah yang aku maksudkan tapi permandangan di sini.
Ada sungai depan rumah penduduk Kampung yang menjadi laluan untuk river cruise.


Salah satu rumah yang ada di Kampung Morten.
Awat muka Kak Jiah nampak stres ? Abaikan. LOL !


Aku suka gambar ni.
Profile picture di Facebook aku.
Terima kasih handphone canggihhhh Kak Jiah.


Ok, sampai di sini.


06 December 2011

Bayi Disember : Titie

Assalamualaikum

Titie, actually idea aku blank. Tak pasti nak tulis apa. Tapi nak tulis jugak. Sebab aku takut kalau-kalau aku tangguh, memang jadi pekasam la entry ni. Hang dah 20 tahun weyyy. Syiok sebab aku orang first wish kat hang. Malangnya, aku tak se'sweet' hang. Hang call dari India time birthday aku. Aku hanya mampu berbalas beberapa mesej yang harganya cuma RM 0.20/mesej. Sobsobsob....

Maaf kalau selama kita berkawan ni aku ada sakitkan hati hang dan aku tau mesti ada punya.

Maaf kalau selama kita berkawan ni aku tak bawa pengaruh yang baik untuk hang.

Maaf kalau selama kita berkawan ni aku tak ada bila hang susah/sedih.

Maaf sebab selama kita sedorm hang bersusah payah untuk kejut aku bangun. Semua orang tau kebenarannya. Hahaha !

Maaf sebab selalu tidur atas katil hang dengan nyenyaknya dan buat macam katil sendiri terbongkang sampai takda ruang untuk hang tidur.

Maaf dari hati.


Pengunjung Blog Aku.

Yang warna kuning tu tulis INDIA. Aku rasa hang.
Yang warna kelabu tu tulis GERMANY. Aku rasa Yaya
Yang warna hijau tu tulis EGYPT. Aku rasa Tehah.

#so, I know that you are reading my blog !




pendengar setia, pemberi nasihat dan pembekal semangat aku.


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-20 TAHUN.
Semoga persahabatan kita berkekalan. Amin.


This is for you, White Chocolate Macademia from Secret Recipe.
Dulu, hang pernah belanja aku kek ni.
Once again, aku tak se'sweet' hang sebab kek aku hanya boleh dilihat dan diambil percuma dari Google Image. So sad !



Serius, aku rindu hang. Balik cepat-cepat.
*Kenangan kita terlalu banyak untuk dijilidkan.

03 December 2011

Second Siblings.

Assalamualaikum.

Still remember my older post titled geng? Why I didn't put them in my list ? Because we are not gang, but we are siblings ! Alhamdulillah, it's already 8 years we share happiness, sadness, craziness and our friendship is still strong. Thank you Allah for sending them to my life.

26 November 2011, aku, Azreen, Wani dan Tie berjanji untuk berjumpa di Masjid Jamek. Aku sebelum itu menetap di Kolej 2 UM iaitu kolej Azreen busam masam. Bergerak ke sana sini menaiki kenderaan awam seperti lrt, ktm, monorel dan teksi. Aku sebenarnya tak pasti teksi tu kenderaan awam ka dak ? Biarkan persoalan itu di situ.

Hanya kami berempat sahaja sebab Mira di Jerman, Hanim cute di Terengganu, Hasni ada kem, Huda pulak sibuk nak kahwin. Eh, sibuk tolong orang kahwin. Hanya berbekalkan empat orang kami masih mampu membuat pengunjung Masjid Jamek terkesima melihat kami atau lebih tepat lagi melihat kami dengan pelik hasil jeritan terkejut Tie.


ya, itu Menara KL.


Azreen dan Wani.
Monghormati pendirian Azreen yang mana dia tidak mahu menampakkan wajahnya.
I'm proud of you friend :)


Tie.
Ada ka patut dia cakap dia pakai baju putih time kami nak cari dia ?
Nasib baik jumpa. Alih-alih dia yang menjerit terkejut nampak kami.


Aku.
Muka senyum tapi sebenarnya letih, melekit, masam semua ada.


Ruski.
Mi segera perisa tomyam yang paling sedap time asrama dulu.
Azreen, thanks sebab kembalikan nostalgia.


I love you guys. There's no word to explain it.
Azreen, I still love you although I'm a bit K.A make your face become BLACK.


Hampa semua kena tahu yang sekarang ni aku berubah :

1. Aku dah tak menangis bila tak dapat makan ayam.
2. Aku dah tak merajuk bila orang rasmi makanan aku before aku makan.
3. Aku dah start makan ikan selain ayam.


Ingat dulu-dulu, orang semua tak suka kita sebab kita terlalu rapat. Orang semua anti kita. Orang semua cakap kita suka tunjuk baik. Orang semua cakap kita tak reti bergaul dengan orang lain. Dan macam-macam lagi. Tapi, benda tu la yang merapatkan kita :)


p/s : Aku harap orang yang anti dengan kita dulu jealous dengan hubungan kita supaya mereka tahu yang tak salah untuk menjadi rapat.

20 November 2011

cerita stoking.

Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama sangat blog ini tidak diupdate. Padahal baru beberapa hari. Hari ini simple story nak cerita pasal adik aku Akiff. Yang aku selalu panggil abang tu.

Time dia start masuk sekolah menengah, dia mula nak pakai barang-barang yang kononnya up to date. Kalau sekolah dulu, aku perasan style yang famous macam :

  • Baju sekolah jenama Canggih.
  • Beg Body Glove.
  • Kasut sukan/ bola jenama Adidas, Nike, Puma and whatsoever.
  • Stoking jenama Nike, Adidas.
  • Kasut sekolah Pallas or apa ntah jenama tu. LUPA.
  • Kasut sekolah Bata.
Nak dijadikan cerita, abang teringin nak pakai stoking Nike, pastu cakap kat abah. Abah macam biasa la ayat dia.

'Stoking mahal-mahal buat apa ? Nak letak kat kaki jugak. '

*padahal bukan mahal sangat pun. abah memang*

Jadi abang tak dapat la stoking Nike yang diidamkan tu. Suatu hari, aku balik dari asrama. Aku masuk bilik dia nak cari barang dan aku terjumpa stoking Naik di rak pakaian abang.

HAHAHAHAHA. Memang aku gelak sampai keras perut la. Mau taknya, abang lukis sendiri Naik dan logo tu kat stoking dia dengan pen warna biru/merah aku lupa pulak. Nike la abang oi. Bukan NAIK. Bunyi lebih kurang sama tapi ejaan lain. Sampai sekarang kalau ingat benda tu mesti aku senyum sorang-sorang.

15 November 2011

aku dah besaq GEDABAK !

Assalamualaikum.

Ya, aku tau mesti ada yang kata ' hang memang dari dulu besaq kan?'. Guys, bukan badan besaq yang aku maksudkan. Nak habaq mai ni, aku dah besaq sebab aku dah masuk umur 20 tahun. Ok, terasa dewasa di situ.

|Mama time umur macam ni dah kahwin dengan abah|

Kadang-kadang rasa letih belajar. Rasa nak kahwin dan duduk rumah jaga makan pakai suami. Ewah, tergatal. Sorry guys. Tiba-tiba teringat ada seorang kawan yang ambil MEDIC mesej aku cakap dia rasa macam dia kahwin ja. You know who you are and if you read this, i know that you are laughing/smiling right now. Aku faham stress budak medic macam mana sebab aku sebagai budak engineering la yang akan calculate stress.

Birthday kali ini tak banyak benda yang menarik memandangkan aku tengah final exam. Takda birthday party pun. Masing-masing busy. Siapa-siapa yang wish dekat Facebook, Twitter dan mesej hampa memang sweet. Tapi yang paling sweet, Titie call aku dari India sampai habis kredit dia. *thanks sayang*

Mama, thanks for the present. Tak sabar nak pakai. I love you ^ _ *


Mr X, thanks sebab TAK WISH.

10 November 2011

final/birthday aku.

Assalamualaikum.

Ok, tarikh final kali ni memang tak umphhhh sebab sama dengan birthday.

Apa yang aku pasti, tepat pukul 12.00 tengah malam aku akan tertunggu-tunggu wish semua orang di facebook dan aku konfem yang fokus aku untuk study akan hilang.

Macam mana nak buat ???

Aku masih tekun menyiapkan report yang entah bila akan siap. Buku belum dibuka untuk ulangkaji. TAHNIAH diucapkan. Sem ni, aku harap agar result maintain/lebih baik. Takmau menurun. Tak sanggup ! * study pun belum ada hati nak result elok ? *


14.11.11 - Tarikh mula final/tarikh yang tak ada apa-apa.

14.11.14 - Tarikh yang akan ada apa-apa. HEHE.


hey, Good Luck for the Final :)




28 October 2011

steamboat

Assalamualaikum.

Ok, hari ini aku nak cakap pasal steamboat ! Tengah hari tadi aku pergi Mydin sebab nak keluarkan duit plus aku teringin nak makan Nasi Kandar. So, tengah-tengah hari rembang tu aku, Emy dan Myra pun memecut lagi dengan motosikal ke Mydin. Dah makan, masuk dalam Mydin dan tiba-tiba terasa nak masak steamboat. So, apa lagi kami pun beli la bahan-bahan nak buat steamboat. Jom check it out !



untuk tiga orang makan memang agak keterlaluan.



aku masak guna rice cooker tau sebab tong gas KOSONG.
bila dah teringin, semua alternatif ada !



kelas kau Jah ! satu senduk, satu sudip. CHEF !



konon-konon pakai chopstick lebih terasa KeKorean. HAHA !



INOTEC, rice cooker hadiah dari mama sebab dapat 4A1 SPM. *tipu*
sekarang aku dah minum yogurt :)



dihidangkan bersama bihun. memang layan !


P/S : Steamboat buatan sendiri sangat menjimatkan. kongsi la duit beramai-ramai bersama kawan-kawan hampa dan nikmatilah sambil bergosip pasal zaman kanak-kanak hampa. Memang the best. Kuah steamboat tu hampa main campak ja apa yang patut. HIDUP INI PERLU DINIKMATI :)

21 October 2011

kawan-kawan adik aku.

Assalamualaikum.

Berbekalkan perut yang sangat lapar, aku gagahkan jugak untuk menulis entry ini sambil menunggu air masak untuk aku buat maggi. Minggu yang agak sengkek. Bil elektrik, bil air, bil streamyx dan macam-macam lagi perlu dibayar. Biasiswa PaMa pulak masuk esok tapi nasib baik perniagaan printer masih berjalan.

Hentikan bebelan di atas, aku nak fokus kepada tajuk entry kali ini. Kawan-kawan adik aku. Hampa rapat dak dengan kawan-kawan adik hampa ? Aku ni seperti ramai orang tau aku kurang suka kepada budak -budak. Bukan semua aku tak suka cuma sesetengah. Aku paling tak suka budak nakal, suka jelir lidah, suka teriak, suka tunjuk pandai pastu suka cakap besar. Jangan hairan kalau ada budak-budak cakap besar sebab aku memang pernah jumpa budak macam ni.

Kawan-kawan adik aku memang rapat dengan family aku sebab mama aku memang baik hati sangat. Setiap kali makan, kalau depa ada mama mesti pelawa makan. Tak kira time. Biasa la budak-budak pagi-pagi buta pun dah mai rumah nak bermain. Jangan risau kalau adik-adik hampa mai rumah aku mesti kenyang. Hahaha. Makan pagi, tengahari, petang dan malam di sediakan. Dan aku rasa semua kawan-kawan adik aku dah biasa sangat dengan family kami.

Sampaikan ada yang bermalam di rumah kami sebab teruja dengan kelambu bentuk khemah yang abah beli untuk Aiman dan Adik Ein. Aku dulu darjah2 mana ada bermalam rumah kawan. Abah pun kalau ada kerja kat mana-mana mesti bawak budak-budak tu sebab meraka asyik buat MUKA NAK IKUT. Kalau pergi picnic lagi la buat muka nak ikut. Dulu naik Kancil pun sumbat la penuh-penuh.

Sekarang semua dah ada handphone siap minta nombor aku lagi. Kelas kau Jah ! Pastu mula la Aiman dengan Adik Ein merengek-rengek tempeyek nak handphone. Aku membantah keras ! Mana boleh, aku ni masuk universiti baru abah belikan. Sampai pergi main tangkap ikan dekat bendang pun gantung handphone di leher. Kelakar ! Pastu malam-malam buta dok miskol aku.

Bila aku balik rumah, semua budak-budak tu tak gembira sebab KAK SALWA YANG SUKA BERLETER DAN SUARA MACAM HARIMAU DAH BALIK.

" Aiman, kakak hang dah balik ka ? " tanya Iman. Tak sempat adik aku nak jawab lagi, aku terus sembur. " Awatnya kalau aku dah balik ? " .

Aku tau sebab apa dia tanya. Bila aku balik :

1. Tak boleh tengok cerita kartun kecuali totally spies, spongebob, conan dan dora sebab kartun tu aku minat.

2. Tak boleh masak maggi, sosej dan nugget sesuka hati di dapur sebab nanti yang nak kemasnya aku.

3. Tak boleh main sembunyi-sembunyi dalam rumah.

4. Tak boleh bersuara bila aku tengah tengok Drama Melayu. Sebab aku kena fokus bila tengok cerita.

5. Tak boleh main badminton sebab nanti aku akan konker raket.


Tapi actually aku seronok jugak kalau depa mai rumah aku. Tak la boring sangat sebab malam-malam lepas habis mengaji Quran depa mesti mai lepak dulu. Pastu, aku akan suruh depa baca buku. Dan yang paling tak tahan aku akan bacakan syair yang dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 dan depa semua akan terpegun. HAHA. Padahal aku main hentam ja. Pastu kami akan main teka-teki pantun. Main lawan-lawan warna. Main 5 10. Pastu aku mesti bawak depa pergi jalan-jalan atau makan KFC. Pastu kutip seorang RM1 untuk duit minyak. Jahat kan ?

Bila aku balik ja, mula la nak tengok movie macam-macam dekat laptop. Yang paling aku tak suka bila depa dok tiru aksi dan ayat-ayat filem yang ganas-ganas macam KL Gangster. Bila tengok cerita English pastu ada perepuan pakai seksi mula la gelak terkekek-kekek. Rimas aku tengok movie dengan depa. Tu belum kira yang suka main game Jojo Fashion kat laptop aku. Dari aku tidur pastu bangun tidur pun tak habis-habis lagi main. Ish ish.

Seriously, bila aku rindu adik-adik aku, aku mesti rindu kawan-kawan depa jugak. Cuma kawan Abang Akiff ja aku tak rindu sebab depa asyik cakap BADAN AKU MACAM HELLO KITTY. Meluat !

Hampa semua dok buat apa la kat rumah ? Tak mesej Kak Salwa pun. Huhu.


Bestfriends for ever :)
Aiman, Azril dan Iman.


pergi raya pun angkut Ikhwan sekali.


Iman, yang menjadi kesayangan aku sebab poyo nak mampuih. Suka lawan bahas.




P/S :
  • Jangan gaduh-gaduh ok.
  • Kalau main bola tu main betul2. Jangan main kecoh. Bola tak masuk gol pon cakap masuk.
  • Pastu jangan buli Ikhwan cakap dia pondan walaupun dia memang suka menangis ngadu dekat mak dia.
  • Belajar rajin-rajin tau. Jangan malas ! #aku yang nasihat ni pun malas.
  • Jangan ponteng solat Jumaat pastu lepak bawah pokok dekat taman.
  • Please jangan merokok adik-adikku sayang. Siap la kalau Kak Salwa tau.

18 October 2011

Produk : Shower Cream 1 Malaysia.

Assalamualaikum.

Hello dan Salam 1 Malaysia guys !
Petang tadi, aku dan teman-teman serumah telah pergi ke Mydin untuk mencari barang-barang keperluan seperti sabun mandi, pencuci muka, losyen, mi segera dan macam-macam lagi. Memandangkan aku tengah berjimat-cermat, aku pun mencari sabun mandi yang save budget.

Nampak sabun buku, tapi macam sedih sangat pulak. Lagi satu yang paling utama, tangan aku ni memang cuai sikit sebab kalau pakai sabun buku mesti jatuh dalam lubang jamban. Oleh itu, sabun mandi botol diperlukan. Tiba-tiba aku terpandang Shower Cream 1 Malaysia yang bakal menyelamatkan keadaan ekonomi aku. Yeahhh !



see, terpampang logo 1 Malaysia.


MURAH
BERBALOI
WANGI
PELBAGAI JENIS PERISA
MAMPU DIMILIKI

hanya RM 4.90.


P/S : Sokonglah barangan buatan Malaysia.

17 October 2011

Hujung minggu di Selangor + Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Selamat hari isnin kawan-kawan. Hujung minggu lepas, aku telah menghabiskan cuti aku di Kuala Lupur dan Selangor bersama rakan-rakan tercinta. Sangat enjoy. Aku pergi dengan Kak Jiah dan Kak Yuni pastu sampai sana masing-masing berpecah mengikut rancangan masing-masing. Aku telah menginap di hostel Uniten milik Alin. Ohhhh, Alin sangat baik okey. Layanan first class tau. Untung la siapa dapat jadi suami dia. Alin, jangan marah tau ni aku promosi hang siap-siap. Dia belanja aku makan, bawak jalan-jalan The Mines pastu siap beli aku berus gigi lagi tau. So sweet !

Antara orang yang aku jumpa :
  1. Alin
  2. Azreen
  3. Zayani
  4. Aterg
  5. Sue
  6. Em



Kak Jiah , me and Kak Yuni


Alin, macam nak berkawad ja.


aku di The Mines ;)


Nando's for dinner.


the smallest one, Sue.


ikan pari dan lala masak portugis. yummy !
dekat oasis foodcourt, Midvalley.


aterg, my boboy !


azreen, my busam !


muka aku macam gangster.


dah lama tak jumpa minah seekor ni.


kami.


spicy fried noodle at Ice Room.


hidangan belut.
#bukan aku makan.


kiwi snow ice memang superlicious ok.
hampa kena try !



Kali ni memang aku banyak JALAN-JALAN CARI MAKAN. Tak shopping sangat cuma terbeli novel satu. Thanks kepada semua kawan-kawan yang sudi keluar dengan aku. Semoga persahabatan kita berkekalan selamanya. Amin.