15 December 2011

bukan rindu aku pun ;(

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya excited nak balik Kedah lagi 2 hariiiiii. Tetiba tadi dapat mesej dari adik aku dalam Facebook dan ayatnya membuatkan aku lagi bertambah excited. Cuba dengar ayat ni....


"Samkom..., ni bla nk blik ni ???? "


First, sila abaikan samkom tu. Aku taktau macam mana dia karang ayat dalam SPM. Bila dengar ayat tu rasa macam WOW !!! adik aku tanya bila nak balik. Adik aku rindukan aku. Yeay !!!


Tapi ayat yang selepas itu buat aku SEDAR dari lamunan yang aku tak berada di bumi yang nyata.


"bla nk blik bli bju kt aqu cma xdk bju dh ni "


Cisssdel sungguh. Ada taugeh di sebalik mi rupanya. Bukan rindu kat aku pun ;(




bukti !


P/S : Tegur aku pandai no. Jangan dengar lagu Lady Gaga la. Jangan gedik minat Awal Ashari la (dah tak minat dah). Jangan ni la. Jangan tu la. Hang tu, tulis Assalamualaikum biaq betul ejaan :)

No comments:

Post a Comment