24 November 2015

#SmartiesVacay to Escape Park, Penang

Assalamualaikum.

*Untuk yang nak tau bajet dan tips pi Escape, sila scroll bawah sekali*

Ok, harini nak bercerita pasal #SmartiesVacay ke Escape di Penang. Seriously, dah lama aku dengan Aterg teringin nak pi Escape. Dari tahun lepas lagi kami rancang tapi macam-macam halangan mai. Tapi dengan izin Allah, alhamdulillah plan kali ini berjaya. Aku biasa la kalau cuti mana boleh tak buat apa-apa. Aku akan perah otak fikir nak buat aktiviti apa nak pi mana dan macam-macam la. Nak dijadikan cerita hari Khamis tu (5hb November) aku terfikir idea untuk ke Escape. Terus WhatsApp beberapa orang tanya. Pastu, Aterg, Pipah dengan Pnat memang free pulak time tu so aku decide kali ni nak buat #SmartiesVacay. 

Dok Smarties dari tadi, apa jadahnya Smarties ni? HAHAHA! Smarties ni adalah nama kumpulan kami masa Form 4 kelas 4T1. Time tu kan, kami rasa macam kumpulan kami ni hebat la siap letak nama Smarties acah-acah genius HAHAHAHA sungguh kanak-kanak zaman tu. Ahli Smarties ni terdiri daripada 6 orang iaitu Abon, Yaya, Alin, Pipah, Pnat dan Aterg. Geng kami ni jenis makan banyak. Kalau time buka puasa kat dewan makan, kamilah geng perempuan yang paling last keluar. Kami takkan membazir seketul makanan pun siap habiskan makanan budak kelas 4T2 yang duduk sebelah kami (sistem asrama yang buka puasa ikut kelas masing-masing, harap maklum)

Ok, berbalik kepada Escape tadi, kami plan untuk pi hari Sabtu bersamaan 8hb November. Bayangkan, aku 6hb tu baru ja balik rumah dari USM. Pastu 7hb malam, aku naik bas dari Alor Setar ke Sungai Nibong sebab malas dah nak drive. Aku tumpang tidur dekat rumah sewa Pipah sekali dengan Pnat. Aterg lagi la. 7hb tu dia baru ja balik dari KL. Tapi sebab semangat nak pi Escape tu, letih kami tolak tepi.

Kami mulakan aktiviti dengan breakfast di Taman Tun Sardon. Perghhhh breakfast situ memang best sebab banyak gila pilihan makanan yang penting murah (tak mahal sangat) dan sedap. Aku suka konsep dekat sana. Actually, asal makanan ja semua aku suka. Dah breakfast, kami bertolak ke Escape yang terletak dekat dengan Batu Ferringhi dan Teluk Bahang, Tak sampai sejam, kami sampai sebab Aterg dia drifter so dia memang tak suka lembab-lembab ni.

Mencabar gila wey mai time weekend. Orang ramai yang tersangat lama so letih tu lebih kepada letih menungggu. Bayangkanlah Aterg yang pendiam boleh bertukaq menjadi monster bila ada seorang budak lelaki Cina depan kami dok menangis takmau jalan. Bila dia tak jalan buat halangan dia, kami semua stuck dekat platform atas pokok. Aku ingatkan aku yang penakut tapi rupanya ada lagi yang penakut. Lama gila wey tunggu budak tu nak habiskan dia punya halangan. 


Ni aku amik dari Google nak habaq kata bertapa banyaknya benda hampa boleh explore dekat sini.



We are ready !



Maafkan diriku yang terlebih nganga.



Rehat sebentar seteleh penat menghabiskan Level 1. 
Ada banyak level yang hampa boleh pilih tapi kami kan beginner kecuali Pnat sebab dia dah biasa 



I love this picture *bukan sebab aku yang ambil tapi sebab gelak ikhlas Pipah*



Lama gila kami tunggu nak naik flying fox sampai tak larat dah nak selfie.



Sebelum berlepas



Flying fox kat sini memang best. Puas wey naik !



Pelampung ni la game yang paling meletihkan sekali. Dah la kita kena usung pelampung besar dan berat naik atas pastu bila dah turun menjerit sampai nak pecah anak tekak. Seram dengan kelajuan dia. Boleh naik sorang-sorang tapi lagi best kalau naik berempat rasa macam selamat sikit untuk orang yang penakut macam aku.



Keletihan yang bukannya dibuat-buat.



Sekali lagi mai, aku nak buat Level 3 teruih :P



Last but not least :)
Smarties yang tak cukup ahli







BAJET ESCAPE
Walk in: RM72
Booking online: RM68

TIPS
1. Pakai pakaian yang sesuai (macam pakaian sukan)
2. Makan dahulu sebelum masuk. Satu sebab semua games menggunakan banyak tenaga satu sebab makan dalam Escapae tersangatlah mahal)
3. Tak boleh bawak masuk makanan tapi kalau pandai seludup ok la. Sebab dia akan check dalam beg sekali.
4. Jangan jangan dan jangan pi masa weekend. Jangan sesekali. Sebab manusia dia bapakkkkk ramai
5. Try sebanyak mungkin games
 6. Kepada yang malas drive, ada Rapid Penang ke sana. Don't worry


Escape Park ni memang betul-betul best wey aku tak tipu. Bagi orang yang darah gemuruh, takut kelajuan dan takut tinggi macam aku, tempat ni sesuai untuk kita buang segala rasa negatif tu. Rugi wey kalau hampa tak try. So, kalau ada masa ada duit dan kesihatan yang baik pi la try. Bergema satu Escape wey time aku buat flying fox. Tapi setelah dua tiga kali aku dah konfiden siap senyum lagi tapi sampai last checkpoint tu terus lemah lutut minta bantuan Pipah HAHA :D