17 August 2011

Abah aku pun nak yang terbaik untuk aku !

Assalamualaikum.

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dari segala segi aku rasa. Dari kecil, kita ditatang bagai minyak yang penuh. Nyamuk gigit aku sikit pun, abah aku dah bom nyamuk tu *saja nak hioerbola taknak metafora*. Tak kira kita berada dalam golongan mana. Golongan raja, golongan datuk datin, golongon tan sri atau golongan orang biasa.

Mana ada abah yang nak tengok anak dia susah. Mana ada abah yang nak tengok anak dia teraniaya. Mana ada abah yang nak tengok anak dia dibuat sesuka hati. Mana ada.

Aku suka dengan sikap abah aku. Cara dia mendidik kami adik beradik. Walaupun mampu untuk membeli itu ini, tapi abah selalu cakap yang dia tak mampu. Sebab abah tak nak kami adik beradik sentiasa senang dan tak pernah merasa susah sebagaimana dia dulu.

Setiap 7hb, abah akan dapat gaji dia. So, aku sebagai anak yang suka shopping pun akan merengek-rengek manja untuk pau duit abah. Tau tak apa dia cakap ?

" Kakak ni, abah mana ada duit "

Now you can see what I mean. Padahal baru ja aku nampak dia bagi duit dekat mama. Dah la kira gaji depan mata aku. Aku pun selalu balas balik apa abah cakap. Hehe.

" Abah cakap la macam tu nanti abah takdak duit betul-betul baru tau "

Saja ja psiko sikit. Tapi ayat aku kira ok kot. Kalau abang lagi pedas. Abang cakap sambil senyum tapi makna serius mendalam.

" Duit tak boleh bawa mati abah "

Tapi, tanpa disedari kami sebenarnya dapat apa yang kami nak.
  • Abang nak gitar, abah belikan walaupun aku rasa membazir ja sebab dia hanya tahu main lagu Happy Birthday + Cinta Tiga Segi.
  • Abang tak minta pun moto tapi abah belikan. Aku jealous dengan abang sebenarnya sebab abah selalu belikan dia barang walaupun dia pergi sekolah BAWA BEG SEMATA-MATA. Beg tu hanya untuk bergaya. Gila kan budak zaman sekarang ?
  • Abang masuk lawan bola antara kawan-kawan ja pun abah tetap belikan dia kasut bola. Padahal aku tengok, dia dok cangak ja tengah padang. Bukan nak kejar bola.
  • Aku ? Banyak sangat !
Abang, ingat la segala jasa abah jangan nak melawan ja. Ehem ! *Pesanan ikhlas seorang kakak.

Ingat time aku darjah 2 dulu malam tu aku kena buat homework Bahasa Inggeris. Aku punya la tension sebab aku taktau satu maksud perkataan tu. Aku pun tanya la dekat mama dan abah tapi depa taktau apa maksud benda tu. So, malam tu aku nangis *hobi time kecik* sampai tersedu sedan sebab geram mama dan abah taktau maksud benda tu.

The next day, abah balik dari kerja dan panggil aku. Dia bagi aku sebuah KAMUS. Aku rasa sangat terharu masa tu sebab tak sangka abah akan belikan kamus untuk aku. Aku rasa menyesal sebab marah-marah semalam. Dari hari tu, aku bertekad nak belajar rajin-rajin. Biasalah sekolah rendah semua subjek nak dapat A. Bila sekolah menengah tambah-tambah form4 and form5 ??? *honeymoon year*

Abah juga penghalang utama cinta abang dengan ...... sebab mungkin naluri abah mengatakan yang depa dua tak sesuai. Sebab-sebab lain tidak boleh dipublish di sini. Abang merajuk teruk juga la sebab benda tu. Lastly, sekarang ni abang dah sedar mana satu intan mana satu permata. Bukan sahaja naluri seorang ibu saja yang betul. Naluri seorang bapa juga sama.

Abah aku ego. Contoh ringkas. Bila aku nak pergi lawatan mana-mana, dia tak pernah nak tanya banyak atau menunjukkan kebimbangan dia. Sampai satu masa tu aku harap abah akan kongkong hidup aku. PELIK ? Memang pelik. Tapi, yang sebenarnya mama yang akan menjadi mangsa abah untuk berletar.

" Kakak tu abah risau dia balik naik bas "
" Kakak tu abah risau dia balik naik kereta. Suruh kawan dia bawa slow-slow sikit kat highway "
" Kakak tu asyik pi rumah kawan dia ja. Kulim la, Penang la, Sungai Petani la bla bla bla.... "

Tapi depan aku tak pernah langsung dia tunjuk muka bimbang. Muka cilek ja.

Walaupun abah tak pernah nak control hidup aku, aku tak pernah musnahkan kepercayaan abah. Aku tak pernah berlakon depan abah. Contohnya depan abah buat benda-benda baik, belakang abah ? Itu bukan aku. Abah tak bagi aku tengok wayang dan sampai sekarang umur aku 20 tahun *lagi 3 bulan* aku tak pernah tau macam mana rupanya panggung wayang. Mungkin bagi sesetengah orang, ala benda kecik ja tak perlu nak ikut sangat tapi bagi aku tak.

Abah juga peka bila anak-anak dia bercakap bohong. Kan abang kan ?

" Pasai pa lampu moto belakang pecah ? " sambil membelek stiker yang ditampal abang konon-kononnya nak cover.
" Terkena tiang kat rumah kawan "
" Hang jangan nak muhung aku. Hang angkat tayar *up moto* kan ? "
Abang pun terkebil-kebil ketakutan. Haaa amik kau!


Setiap orang ada cara masing-masing dalam mendidik anak. Tapi jangan terlalu mempercayai anak anda sehingga anda menjadi buta sampaikan tak nampak keburukan mereka walau sekelumit pun. Buka mata luas-luas supaya nampak yang tersirat dan tersurat :)

Dan kita, jadilah anak-anak yang jujur terhadap ibu bapa ! Hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada *much much love*

p/s : ABAH AKU PUN NAK YANG TERBAIK UNTUK AKU !

15 August 2011

Info : Petua mencuci hati.

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak kongsi tentang petua mencuci hati dari Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Dah lama sangat rasanya tak menulis sesuatu yang bagi input pada diri sendiri dan orang sekeliling.

Checkitout !


Dirikan solat dan banyakkan berdoa.
- Ni aku rasa perkara rutin yang kita selalu buat cuma time subuh tu memang sedikit masalah la bagi aku sebab kekadang TERsubuh gajah. TERsubuh dinasour pun aku pernah.

Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.
- Nampak macam senang, tetapi kekadang kita asyik lupa. Mana taknya, online sampai lewat-lewat malam pastu tertidur. Doa tidur pun dah tak sempat nak baca dah kalau dah ngantuk sangat.

Solat taubat.
- Kalau dulu time2 sekolah selalu ja buat ramai-ramai ajak satu dorm. Sekarang ni ? *Malu pada Allah dan malu pada diri sendiri.

Membaca Al-Quran
- Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. Time-time puasa ni alhamdulillah aku rasa ramai yang rajin.

Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
- Lepas ja solat jemaah tu, time salam menyalam just sebut ja perkataan "MAAF'. Tak pun time panjat katil. As simple as that :)

Program minda/cuci minda
– Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

Bisikan kepada diri perkara yang positif
- Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
- TAPI, jangan la pulak cakap kuat-kuat depan orang ramai. Nanti orang cakap riak dan nak menunjuk. Cuba baca betul-betul : BISIKAN

Berpuasa
- Elok sangat la sekarang ni kan bulan puasa.

Mengingati mati

Kekalkan wuduk
- Kalau rasa macam malas nak amik banyak-banyak kali atau kau ada penyakit kentut setiap 5 minit *gurau* kita boleh ambil wuduk sebelum tidur. Tu macam simple sikit. Lepas tu boleh la advance-advance.

Bersedekah
- Keikhlasan tu penting :)

Belanja orang makan
- Bermurah hati la dengan kawan-kawan sekeliling. Walaupun hanya belanja cikelat seposen, asalkan kita ikhlas, insyaallah !
- Tapi kalau dah lebih dari mampu, hari -hari belanja makan KFC pun ok. LOL !

Jaga makanan
- Sumber mestilah halal dan tidak meragukan !

Berkawan dengan ulama

Berkawan dengan orang miskin
- Ni supaya kita menjadi insaf dan bukan untuk kita merendahkan orang miskin sebab kita semua sama saja di sisi Allah. Kaya bukan beerti dapat masuk syurga. Kaya atau miskin itu merupakan ujian dari Allah.

Pesan pada orang, jadi baik
- Kalau telefon mama tu, cakap la dengan adik-adik sekali. Pesan la apa yang patut. Kalau nak advance lagi nasihat la kawan-kawan hampa. Sebelum nasihat tu pastikan diri sendiri dah betulkan apa yang patut tau :)

Menjaga pacaindera
Jaga apa yang patut. Maklum la sekarang ni banyak sangat benda-benda positif yang pada masa yang sama mendatangkan kesan negatif. Contoh paling mudah nak mampuih ialah teknologi. Keburukan teknologi ? Faham-faham sendiri la.


So, tu sajalah yang aku nak share. Kalau rasa semua tu susah, kita try yang simple-simple dulu.

14 August 2011

makan : secret recipe

Assalamualaikum.

Memang menjadi kebiasaan bila time hujung minggu ja, aku jadi automatik malas nak masak segala bagai. So, aku pun ajak la Emy pergi makan dekat Secret Recipe. Tujuan utama nak belanja dia makan kek sebab birthday dia hari tu tak sempat nak sambut. Tapi, bila aku dah google pasal Secret Recipe, terus tujuan utama aku ialah nak makan Irish Lamb Stew sebab kat sebelah gambar dia tulis Award Winning. Alih-alih bila dah sampai, aku pilih Lamb Chop Biasa ja sebab murahhhhh dari si Irish.


Irish Lamb Stew yang aku tak jadi nak pesan.



nah amik kau !
ni dia Lamb Chop aku. Actually, lupa nama panjang dia apa.



dapat air sirap percuma !



nampak macam pembunuh bersiri tak ?






emy pilih Chocolate Banana :)


13 August 2011

nafsu membeli.

Assalamualaikum.

Kali ini aku akan bercakap mengenai shopping. Aku memang suka membeli. Tapi takda la sampai tahap shoppaholic. Ala, macam filem orang putih tu. Sesiapa yang tak tau tengok sini. Membeli ni memang penyakit keturunan. Mama puncanya. Dekat rumah tu, setiap bilik anak2 mama, ada ja baju mama dalam tu. Sampai tak muat almari. So, ini bukan salah aku seratus peratus.

Aku suka membeli dan belah sebab aku sentiasa rasa yang barang aku kurang mencukupi. Bila aku beli, bukan setakat baju, kasut, beg, shawl ja baju tidur, seluar tidur, majalah remaja, novel dan even kertas pembalut hadiah pun aku suka beli.

Tak mengira tempat, aku tetap akan shopping. Kat Mydin pun boleh habis duit aku. Masa sale dekat Padini, aku sanggup beratur panjang gila macam keretapi semata-mata nak beli baju kotak-kotak. Gila hang sale sampai 70%. Mana boleh tahan.


ramai kan ?


Sebenarnya aku rasa benda macam ni memang terjadi kepada kebanyakan kaum hawa. Nafsu pun sembilan. Lelaki selalu cakap yang kita ni kuat shopping. Memang dah itu yang ada dalam otak perempuan. Meh sini tengok fakta. Klik sini.
Sekarang faham kan kenapa kaum hawa suka membeli. Cuba tengok pulak otak lelaki ada apa. Klik sini.

Ada yang nak membeli sampai terpaksa mengikat perut.

Ada yang setiap minggu call minta BIASISWA BAHMA = ABAH + MAMA *aku*
Betul cakap Ustaz Ismail dulu :
| Kamu ni Salwa, setiap minggu ayah kamu mai hantaq duit. Saya rasa kalau kamu masuk universiti, mau RM1000 sebulan ayah kamu kena hantaq |

Masin mulut ustaz aku.

Tapi, aku kekadang tu aku rasa sedih bila tengok ada dua tiga beg besar terisi baju-baju yang tak pakai. Nak buat jualan murah, kawan-kawan semua saiz S. Kalau kasut, shawl dan beg memang aku lega sebab ramai yang beli barang-barang aku. Aku tau depa dah lama aim. Hahaha. Bila aku kata nak jual ja, berebut satu rumah. Mau tak berebut, kasut dan beg hanya RM10. Masih cantik-cantik lagi. Lawak sungguh. BTW, thanks hampa semua sebab beli barang aku. At least benda tu tak la jadi buruk macam tu saja.


So, sesiapa yang ada baNyak barang yang tak pakai tu, jual la murah-murah dekat kawan-kawan hampa. Walaupun kita beli barang tu mahal, tapi kalau tak pakai pastu dok buruk pun nak buat apa kan. Jual at least boleh dapat duit untuk beli barang baru. LOL !

09 August 2011

rumah baru !




permandangan sebahagian daripada bilik. tunggu full edition ek !




masak kurma ayam dengan ubi kentang hasil buatan tangan debab aku !

nak resepi cakap tau. hahaha :D


dinding bilik *love*




moto adalah kenderaan rasmi aku.




cucoq ikan bilis sedap gilerrrr. *tipu*



Assalamualaikum.


Sekarang kan aku dah tak tinggal lagi dekat Kolej Kediaman Utem Bunga Raya yang dekat Bukit Beruang tu. Aku dah tinggal dekat rumah sewa di Durian Tunggal. Very old school. Pekan dia kecik, bazaar dia pendek, kedai makan tak bayak, jauh dari shopping mall, ada lembu2 melintas *tak pernah jumpa lagi sebenarnya* dan macam - macam la yang kurang.


Tapi, Durian Tunggal ada pasar malam yang hebat dan gempak !


Solat tarawikh kat sana pulak 10 rakaat. Benda baru ! Selalu kan orang buat 8 or 20.



nanti update lagi....