13 August 2011

nafsu membeli.

Assalamualaikum.

Kali ini aku akan bercakap mengenai shopping. Aku memang suka membeli. Tapi takda la sampai tahap shoppaholic. Ala, macam filem orang putih tu. Sesiapa yang tak tau tengok sini. Membeli ni memang penyakit keturunan. Mama puncanya. Dekat rumah tu, setiap bilik anak2 mama, ada ja baju mama dalam tu. Sampai tak muat almari. So, ini bukan salah aku seratus peratus.

Aku suka membeli dan belah sebab aku sentiasa rasa yang barang aku kurang mencukupi. Bila aku beli, bukan setakat baju, kasut, beg, shawl ja baju tidur, seluar tidur, majalah remaja, novel dan even kertas pembalut hadiah pun aku suka beli.

Tak mengira tempat, aku tetap akan shopping. Kat Mydin pun boleh habis duit aku. Masa sale dekat Padini, aku sanggup beratur panjang gila macam keretapi semata-mata nak beli baju kotak-kotak. Gila hang sale sampai 70%. Mana boleh tahan.


ramai kan ?


Sebenarnya aku rasa benda macam ni memang terjadi kepada kebanyakan kaum hawa. Nafsu pun sembilan. Lelaki selalu cakap yang kita ni kuat shopping. Memang dah itu yang ada dalam otak perempuan. Meh sini tengok fakta. Klik sini.
Sekarang faham kan kenapa kaum hawa suka membeli. Cuba tengok pulak otak lelaki ada apa. Klik sini.

Ada yang nak membeli sampai terpaksa mengikat perut.

Ada yang setiap minggu call minta BIASISWA BAHMA = ABAH + MAMA *aku*
Betul cakap Ustaz Ismail dulu :
| Kamu ni Salwa, setiap minggu ayah kamu mai hantaq duit. Saya rasa kalau kamu masuk universiti, mau RM1000 sebulan ayah kamu kena hantaq |

Masin mulut ustaz aku.

Tapi, aku kekadang tu aku rasa sedih bila tengok ada dua tiga beg besar terisi baju-baju yang tak pakai. Nak buat jualan murah, kawan-kawan semua saiz S. Kalau kasut, shawl dan beg memang aku lega sebab ramai yang beli barang-barang aku. Aku tau depa dah lama aim. Hahaha. Bila aku kata nak jual ja, berebut satu rumah. Mau tak berebut, kasut dan beg hanya RM10. Masih cantik-cantik lagi. Lawak sungguh. BTW, thanks hampa semua sebab beli barang aku. At least benda tu tak la jadi buruk macam tu saja.


So, sesiapa yang ada baNyak barang yang tak pakai tu, jual la murah-murah dekat kawan-kawan hampa. Walaupun kita beli barang tu mahal, tapi kalau tak pakai pastu dok buruk pun nak buat apa kan. Jual at least boleh dapat duit untuk beli barang baru. LOL !

No comments:

Post a Comment