17 August 2011

Abah aku pun nak yang terbaik untuk aku !

Assalamualaikum.

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dari segala segi aku rasa. Dari kecil, kita ditatang bagai minyak yang penuh. Nyamuk gigit aku sikit pun, abah aku dah bom nyamuk tu *saja nak hioerbola taknak metafora*. Tak kira kita berada dalam golongan mana. Golongan raja, golongan datuk datin, golongon tan sri atau golongan orang biasa.

Mana ada abah yang nak tengok anak dia susah. Mana ada abah yang nak tengok anak dia teraniaya. Mana ada abah yang nak tengok anak dia dibuat sesuka hati. Mana ada.

Aku suka dengan sikap abah aku. Cara dia mendidik kami adik beradik. Walaupun mampu untuk membeli itu ini, tapi abah selalu cakap yang dia tak mampu. Sebab abah tak nak kami adik beradik sentiasa senang dan tak pernah merasa susah sebagaimana dia dulu.

Setiap 7hb, abah akan dapat gaji dia. So, aku sebagai anak yang suka shopping pun akan merengek-rengek manja untuk pau duit abah. Tau tak apa dia cakap ?

" Kakak ni, abah mana ada duit "

Now you can see what I mean. Padahal baru ja aku nampak dia bagi duit dekat mama. Dah la kira gaji depan mata aku. Aku pun selalu balas balik apa abah cakap. Hehe.

" Abah cakap la macam tu nanti abah takdak duit betul-betul baru tau "

Saja ja psiko sikit. Tapi ayat aku kira ok kot. Kalau abang lagi pedas. Abang cakap sambil senyum tapi makna serius mendalam.

" Duit tak boleh bawa mati abah "

Tapi, tanpa disedari kami sebenarnya dapat apa yang kami nak.
  • Abang nak gitar, abah belikan walaupun aku rasa membazir ja sebab dia hanya tahu main lagu Happy Birthday + Cinta Tiga Segi.
  • Abang tak minta pun moto tapi abah belikan. Aku jealous dengan abang sebenarnya sebab abah selalu belikan dia barang walaupun dia pergi sekolah BAWA BEG SEMATA-MATA. Beg tu hanya untuk bergaya. Gila kan budak zaman sekarang ?
  • Abang masuk lawan bola antara kawan-kawan ja pun abah tetap belikan dia kasut bola. Padahal aku tengok, dia dok cangak ja tengah padang. Bukan nak kejar bola.
  • Aku ? Banyak sangat !
Abang, ingat la segala jasa abah jangan nak melawan ja. Ehem ! *Pesanan ikhlas seorang kakak.

Ingat time aku darjah 2 dulu malam tu aku kena buat homework Bahasa Inggeris. Aku punya la tension sebab aku taktau satu maksud perkataan tu. Aku pun tanya la dekat mama dan abah tapi depa taktau apa maksud benda tu. So, malam tu aku nangis *hobi time kecik* sampai tersedu sedan sebab geram mama dan abah taktau maksud benda tu.

The next day, abah balik dari kerja dan panggil aku. Dia bagi aku sebuah KAMUS. Aku rasa sangat terharu masa tu sebab tak sangka abah akan belikan kamus untuk aku. Aku rasa menyesal sebab marah-marah semalam. Dari hari tu, aku bertekad nak belajar rajin-rajin. Biasalah sekolah rendah semua subjek nak dapat A. Bila sekolah menengah tambah-tambah form4 and form5 ??? *honeymoon year*

Abah juga penghalang utama cinta abang dengan ...... sebab mungkin naluri abah mengatakan yang depa dua tak sesuai. Sebab-sebab lain tidak boleh dipublish di sini. Abang merajuk teruk juga la sebab benda tu. Lastly, sekarang ni abang dah sedar mana satu intan mana satu permata. Bukan sahaja naluri seorang ibu saja yang betul. Naluri seorang bapa juga sama.

Abah aku ego. Contoh ringkas. Bila aku nak pergi lawatan mana-mana, dia tak pernah nak tanya banyak atau menunjukkan kebimbangan dia. Sampai satu masa tu aku harap abah akan kongkong hidup aku. PELIK ? Memang pelik. Tapi, yang sebenarnya mama yang akan menjadi mangsa abah untuk berletar.

" Kakak tu abah risau dia balik naik bas "
" Kakak tu abah risau dia balik naik kereta. Suruh kawan dia bawa slow-slow sikit kat highway "
" Kakak tu asyik pi rumah kawan dia ja. Kulim la, Penang la, Sungai Petani la bla bla bla.... "

Tapi depan aku tak pernah langsung dia tunjuk muka bimbang. Muka cilek ja.

Walaupun abah tak pernah nak control hidup aku, aku tak pernah musnahkan kepercayaan abah. Aku tak pernah berlakon depan abah. Contohnya depan abah buat benda-benda baik, belakang abah ? Itu bukan aku. Abah tak bagi aku tengok wayang dan sampai sekarang umur aku 20 tahun *lagi 3 bulan* aku tak pernah tau macam mana rupanya panggung wayang. Mungkin bagi sesetengah orang, ala benda kecik ja tak perlu nak ikut sangat tapi bagi aku tak.

Abah juga peka bila anak-anak dia bercakap bohong. Kan abang kan ?

" Pasai pa lampu moto belakang pecah ? " sambil membelek stiker yang ditampal abang konon-kononnya nak cover.
" Terkena tiang kat rumah kawan "
" Hang jangan nak muhung aku. Hang angkat tayar *up moto* kan ? "
Abang pun terkebil-kebil ketakutan. Haaa amik kau!


Setiap orang ada cara masing-masing dalam mendidik anak. Tapi jangan terlalu mempercayai anak anda sehingga anda menjadi buta sampaikan tak nampak keburukan mereka walau sekelumit pun. Buka mata luas-luas supaya nampak yang tersirat dan tersurat :)

Dan kita, jadilah anak-anak yang jujur terhadap ibu bapa ! Hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada *much much love*

p/s : ABAH AKU PUN NAK YANG TERBAIK UNTUK AKU !

No comments:

Post a Comment