23 April 2011

ada apa dengan EXAM !

rasa macam ni sekarang ni tapi aku takkan gentar dengan kau wahai EXAM !


aku takmau jadi macam ni bila tengah exam. so, aku perlu study walaupun banyak SYAITAN mengganggu !


atau jadi macam ni. habis exam nangis2. malu weyyy
aku nak keluar dewan dengan senyuman walaupun ada soalan tak boleh jawab T___T


bila tengah jawab tu harap2 semua yang aku baca keluar.
harap2 semua formula aku ingat. amin :)


JADI, AKU PERLU DAN MESTI STUDY !
STUDY SALWA
STUDY SALWA
STUDY SALWA


TAPI, TAKMAU LA CMNI :

stress2 bila study
nanti boleh jadi gila. hehehe :)

cool ja bila study. ni yang kita mau !


DI SINI, AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN AKHIR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA !


P/S : doakan aku kawan-kawan. takut weyyyyy !

19 April 2011

durian ja pun.

teringat masa pergi pasar dengan mama ada orang cina tu suruh mak dia duduk tempat duduk belakang sebab mak dia beli durian. pastu, siap suruh mak dia letak tangan luar tingkap sambil pegang durian tu. lenguh la woiii tangan mak hang. taktau la sebab dia xmau bagi kereta BMW dia bau durian ataupun dia memang tak tahan bau durian.

masa aku kecik2 dulu, mama selalu marah kalau aku dok letak tangan luar tingkap kereta. sebab takut ada motosikal mai langgar tangan aku. dan aku pasti, ramai lagi mak2 yang berfikiran sebegitu. macam mana la orang cina tadi tu sanggup suruh mak dia yang dah tua tu letak tangan luar tingkap sambil pegang plastik berisi durian ?

harap-harap nanti kalau aku dah berjaya, aku takkan buat macam tu kat mama aku. mama, kalau nanti mama teringin nak makan durian, akak akan beli durian penuh pungkoq kereta untuk bagi mama makan. akak tak kisah langsung kereta akak nak bau macam mana. sebab akak sayang mama !

11 April 2011

study week di rumah ?

mcm mana pun aku akan pastikan hari khamis ni aku berada dalam bas untuk balik kedah. lama gila kot aku tak balik. tapi, aku balik sat ja la. gila pa study week kat rumah. memang hancuss la. aku balik dalam 2 or 3 hari ja. balik makan masakan mama. rinduuuuuu !

sebab apa kau x boleh nak study week lama-lama di rumah ? aku rasa semua orang ada masalah yang sama.

1. rumah tempat yang tak kondusif nak belajar. jangan salah faham. maksud aku kalau hampa ada adik-adik yang bising dan melompat 24 jam macam adik aku memang tak kondusif la.

2. mama akan sentiasa ajak aku keluar pi pasar pagi, pasar malam, pasar tani, pasar raya dan macam-macam la. maklumlah, geng dia dah balik !

3. balik rumah konfem-konfem keja aku menelan ja. bila perut kenyang, mata berat.

4. tv tv dan tv ! ni la syaitan yang utama. perghhh time-time aku balik la cita best2 ada. so, apa lagi kan. hehe :)

5. abah mula la nak bawak pi jalan-jalan. balik rumah tokwan la, pi rumah makngah la, mandi air terjun la dan macam-macam la. heeesh, takkan aku x mau ikut ? aku ni kaki jalan. tahi lalat penuh kaki tu menandakan suka jalan.

sebab-sebab di atas la aku rasa aku ni tak sesuai nak study kat rumah. so, balik la kejap hilangkan rindu pastu datang balik utem untuk study. sepadia sepadia yang boleh study dekat rumah tu memang aku tabik la weyyy !

debaran final semakin terasa wooo :)

07 April 2011

sila belajar salwa !

disebabkan malam ni aku sangat malas nak ulangkaji, ayat ulangkaji beb hehehe jadi aku terpanggil untuk buat entry ni. esok tepat pukul 4.30 petang, aku akan menghadapi test thermodynamics. aku ada lebih kurang 16 jam lagi untuk study ! nak tau subjek tu mcm mana sila klik SINI. nasib baik subjek tu banyak calculation. di sini aku nak berkongsi tips untuk belajar di saat -saat akhir or we call last minute study walaupun aku bukan pelajar cemerlang pun. rejoice ya semua !

1. senaraikan subtopik atau soalan-soalan yang lecturer kita bagi.

2. lepas tu, fokus kepada soalan-soalan tu ja. sebab kau dah takda masa weyyy. takkan kau nak bukak buku tebal pastu study plak kan ? seminggu pun x cukup mcm tu.

3. fahamkan soalan dan jalan kira. jangan sesekali kau hafal. sebab kalau hafal kau akan cepat blank ok !

4. ulang wat latihan tu banyak kali bagi yang pelupa macam aku ni haaa. beratus kali pun xpa. kalau takut rugi dakwat pen, sila pakai pensel !

5. jangan gatal-gatal nak minum nescafe untuk berjaga. sebabnya nnti kita akan mengalami mengantuk hati. apa itu mengantuk hati ? badan kau letih rasa nak tidur, tapi mata kita xnak tutup sebab nescafe yang kita minum tu la.

6. kalau x reti buat, jangan nak malu-malu tanya kawan. jangan esok lima minit lagi nak exam, kau pulak sibuk2 nak tnya. buat dia stress adalah. lagi teruk kalau kau tanya time tengah-tengah exam. memang cari nahas la tu.

7. bila rasa malas, call la mama kau ka, abah kau ka, kakak kau ka supaya kau dapat semangat sikit !

8. of9 semua benda. cehhh, padahal aku tengah online untuk tulis entry ni. kihkihkih !


setelah penat berusaha, berdoalah agar Allah bagi yang terbaik untuk diri kita :)

bak kata kawan aku titiey ;
kerja kita manusia = berusaha
kerja ALLAH S.W.T = tentukan
p/s : chaiyok2 salwa anak pakcik ismail. you can do it bebeh !
I MISS U AZREEN, sebab bila aku nak exam ja aku mesti call hang sebab hang suka bagi semangat kat aku. tapi, sekarang aku xda kredit nak call. sedayyyyyyy kan ?

05 April 2011

kita semua ada sifat tolak ansur la.

ramai yang tak sedar sebenarnya dia ialah seorang manusia yang bertolak ansur. YA ! kita semua mempunyai sifat tolak ansur aku rasa. serius aku tak muhung weyyy. walaupun kau rasa diri kau jahat gila, tapi sebenarnya kau masih mempunyai sifat tolak ansur la.

NI CONTOH TOLAK ANSUR YANG AKU RASA WUJUD DALAM KAMUS HIDUP AKU.

1. bila kau beratur nak beli makanan dekat kantin or lebih canggih CAFE sekolah dan pastu ada pulak kepala masam ni datang potong turn. apa kau buat ? habis kuat kau cuma menjeling pada si kepala masam tu. ada kau pergi tampaq muka dia ? tak kan. kau biarkan dia dapat nasi lemak dulu. kira tolak ansur la tu.

2. kalau kau duduk hostel, konfem berebut toilet. padahal toilet tu tempat syaitan lepak. hahaha poyo ja kalau ada orang gaduh pasal toilet. mungkin ada kawan kau yang rasa toilet no 2 tu dia punya. so, xda siapa-siapa yang boleh masuk bila dia nak mandi. kau pun bertolak ansur masuk toilet lain yang showernya rosakkk. sebab kalau kau masuk jugak toilet no 2 kau akan merasa jelingan manja kawan kau tu. hehehe.

3. bila ada assignment, tetiba kawan kau x dapat siapkan ikut masa yang ditetapkan. kau pun masih bermanis muka dengan dia. padahal dalam hati terbakar kot ! itu pun dikira bertolak ansur sedangkan kau boleh saja cakap dekat lecturer yang kawan kau tu dah banyak kali x buat kerja. tapi, kita sayang kawan kita kannnnn...

4. di kenduri kahwin, kau datang dulu dan dah aim senduk nasi, tetiba datangnya golongan ibu-ibu merampas senduk tersebut dan pasing-pasing dekat golongan ibu-ibu. kau sebagai remaja berhemah hanya mampu tersenyum. grrrrrr... aku lapar :(

5. macam aku, mama aku busy gila uruskan kedai dia. dan aku akan menjadi mangsa untuk pergi ke sekolah adik-adik untuk sain buku rekod. walaupun aku sampai awal, ada jugak makcik-makcik yang bagi alasan potong turn aku.

" dik, makcik ada urusan lepas ni. boleh bagi makcik sain dulu x ? " so....apakan daya.

6. bila kau pergi shopping dengan kawan-kawan, konfem ada diantara korang yang minat benda yang sama. kasut ka, beg ka, baju ka or shawl ka. kau mengambil langkah untuk bertolak ansur dengan buat-buat tak minat barangan tersebut sebab kau tahu kawan kau gila minat benda tu. tu kira bertolak ansur la tu...

7. kalau kau duduk rumah sewa, mungkin kau ni ada sifat pemalas macam aku ni ha. aku malas kalau bab-bab menyapu dan mengemop tapi aku suka masak. jadi apa yang perlu kau buat, kau boleh merajinkan diri masuk ke dapur memasak untuk kawan-kawan kau. tolak ansur jugak tu. at, least x nampak sangat la yang kau ni malas.

8. bila masuk bilik kuliah, mesti la kau ada tempat kesukaan kau kan untuk duduk. tapi, ada hari tu, tiba-tiba dah ada orang duduk tempat tu. takkan kau nak mengamuk pulak. ingat UTeM tu bapak kau ada share ka dalamnya ? kau pun boleh pilih tempat duduk lain. bukan masalah besar pun.

9. bila abang or kakak kau balik rumah, mesti mama kau akan layan diaorang lebih. semua benda diaorang nak makan, semua mama kau ikut. waktu tu, kau akan rasa sedikit cemburu la. kau pun kalau boleh nak mama kau masak makanan kegemaran kau jugak kan... tapi, kau akan terfikir yang, " biar la. kakak tu bukan selalu ada kat rumah pun. kesian kat dia ntah-ntah duduk melaka tu makan maggi ja pa hari-hari "
di situ, kau dah jadi adik yang bertoleransi.
*bertuah la kalau adik aku berfikir macam tu.

10. bila kau naik kereta nak pergi mana-mana dengan family, mesti bergaduh-gaduh nak pilih tempat duduk kalau kau kurang matang la. hahaha ! macam aku, aku suka duduk tengah-tengah. rasa selamat. tapi, ada kalanya aku akan mengalah dengan adik aku jugak. aku sanggup duduk tepi tingkap. nampak x tolak ansur di situ ?

11. bila kau tengah borak-borak dengan geng kau ja mesti semua nak cerita pengalaman hidup masing-masing kan. kau pun beri peluang untuk kawan kau cerita pasal family dia, pasal pakwe dia dan mungkin pasal kuceng dia. xkan dari awal kau nak konker sampai habis jilid hidup kau baru kau nak stop cakap ?

12. bila kawan kau tiba-tiba terpecahkan barang kau, merosakkan barang kau secara tak sengaja, terpijak kasut kau, kau masih bertolak ansur dengan tidak memarahinya. nak buat macam mana kan. benda nak jadi. tak kan kau nak tengking dia pulak. bukannya dia sengaja. aku sure ramai antara kita yang tak kisah pun sekiranya ada kawan-kawan merosakkan barang kita. sebab apa ? sebab kita pun pernah rosakkan barang diaorang. so, kita kenalah bertolak ansur kan...

banyak lagi sebenarnya contoh-contoh tolak ansur yang kita sebenarnya tak pernah sedar pun. so, teruskanlah bertolak ansur dalam kehidupan. peace no war !

03 April 2011

bolacat, catbola, paintball ?

caya x aku main paintball ? haaaa, walaupun dah ramai yang pernah main paintball ni tapi ni first time tau aku main ooo. jumaat malam tu, yuchung datang rumah aku dan dia ajak kitaotang join paintball anjuran JAKSIS. aku mula-mula tu malas nak join. ingat sabtu tu nak tengok movie dekat laptop ja pun. haha. pastu, budak-budak rumah pulak semua nak keluar pergi dating. fikir punya fikir aku pun join la. yang penting, yuchung support aku. hehe. dia yang bayar yuran untuk aku. RM40 untuk satu kumpulan. kami menang no 4. boleyyy ? hahaha, first time main kot. ok what no 4 dr 6. hahahaha. tapi, yang paling best kan kan kan aku x pernah kena tembak sebab aku pandai menyorok. kuikuikui. walaupun warna baju aku terang, maklumlah aku pakai warna pink tapi musuh tak nmpak kot.





aku dan kak jiah. sempat pose sebelum masuk berperang. kami gillla gambar !


mickey mouse or what ? x matured la kak jiah. tengok abon, peluk tiang ja !


pakai jacket ala-ala tentera. jangan x pakai. bahaya oooo.
bola cat tu memang sakit kalau kena.


kak jiah, abon dan syiqa ! we are from FORCE !


yuchung isi nama. time ni first game baru...
perhatikan budak baju pink dgn tudung pink.
dia tengah aim tempat nak bersembunyi yang muat untuk saiz badan dia.


ni abang ajk makanan. tengok kat tangan dia ada apa. sah2 ajk makanan.
sakit perut aku gelak dengan dia. lawak gila :D



ajk paintball



muka macam tengah fikir sebab group sebelah sana yang dekat tangga tu tengah bincang strategi weyyyy. depa pernah main kotttt. siryes aku cuak time ni. last-last depa x menang pun. hahahahaha. jahat dak aku ?

aiskrim

kenapa tajuk kali ini aiskrim ??? sebab aku tengah mengidam nak makan aiskrim malaysia. tahukah anda apa itu aiskrim malaysia ? kalau tak tahu, sila cepat-cepat check mykad anda. hehe. meh sini, saya salwa ismail sebagai tour guide aiskrim nak mengajak anda terliur terkeluar air liur basi bersama saya. yimmmmmyh !


1) AISKRIM Malaysia

dah canggih sekarang. ada warna biru beb !

aku suka perisa milo dengan anggur. tapi, kenapa pic ni xda perisa berikut ?


2) AISKRIM Cornetto. jenama or jenis ? jenama i think. biasa la Melayu. we use the word maggi for all types of instant noodles rite ?

sedapppp :0
harga : dalam RM3 ke bawah rasanya.
lama x makan kot. jimattt kot aku sekarang niT__T

ni aiskrim CORNESTO RM 1 dekat kedai mama aku. x caya ?
sila datang dan beli.
tapi kesedapannya x setanding dengan CORNETTO tp sesuai dengan harga la derr.


3) AISKRIM MC. Donald's
ni la kegemaran aku bila keluar dulu-dulu. first time nak beli aiskrim kat mcd gagap aku. hahahahaha. sekarang dah tak layan aiskrim ni. teheeee.

lepas tu, aku layan ni pulak. mcflurry oreo. yipppy la kalau dapat makan.
sekarang dah ada perisa milo. sedaaap gak aku try.

ni pun aku suka (semua suka ! haha)
aku suka sebab rasa strawberry dia seketoi-seketoi woooo.



4) AISKRIM palit a.k.a aiskrim yang dijual menggunakan motosikal pada zaman-zaman dahulu.

sorry guys, aku tak jumpa pic aiskrim palit tapi don't worry aku jumpa pic pakcik tengah palit aiskrim. hehehe. enjoy !


5) AISKRIM cone

aku harap suatu hari nanti aku mampu nak makan aiskrim macam ni. waaaa


6) AISKRIM batang

kalau ada aiskrim cmni, aku beli tapi x makan sebab comeyl amat.
pink pulak tu !

pernah makan ? tipu kalau x pernah.
even tok aku pun suka tau aiskrim moo dgn rainbow ni.



7) AIS pop

ni kalau petang-petang makan dengan twisties perisa tomato memang best !


8)AISKRIM cawan

no comment. tak suka sangat.
ada yg cawan kecik, harga RM 0.30 kat kedai mama aku.
ada cawan besar. nudia ! mcm pic atas ni.


9) AISKRIM goreng


sedapppppppppppp. banyaknya huruf 'p' melambangkan betapa aku suka. !


10 ) AISKRIM buatan tangan sendiri.




pandai-pandai la hampa mix and match. chewah, ingat baju ka ? hahaha


habis dah. tu ja yang mampu aku senaraikan. ngidam nak makan ais krim malaysia. mana nak cari ni ? nak buat sendiri, peti ais pulak xda. kalau dak, dah lama aku buat business kot sebab aku tau budak-budak UTeM ni memang sentiasa laparrrrr.

01 April 2011

FKP sila adakan minggu belajar !


saya minta sangat-sangat kali ni Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UTeM akan mengizinkan pelajarnya menghadapi minggu belajar. please...

hanya itu sahaja yang saya nak sebab saya dah rindu rumah saya sangat-sangat !

saya rindu mama sangat-sangat walaupun boleh dikatakan setiap hari kami bergayut.

saya rindu abah sangat-sangat sebab kami jarang bergayut.

saya rindu Mohd Akiff sangat-sangat sebab dia kedekut kredit dan jarang online.

saya rindu Muhammad Aiman sangat-sangat.

saya rindu Muhammad Azril sangat-sangat.


i miss my family T__T