11 April 2011

study week di rumah ?

mcm mana pun aku akan pastikan hari khamis ni aku berada dalam bas untuk balik kedah. lama gila kot aku tak balik. tapi, aku balik sat ja la. gila pa study week kat rumah. memang hancuss la. aku balik dalam 2 or 3 hari ja. balik makan masakan mama. rinduuuuuu !

sebab apa kau x boleh nak study week lama-lama di rumah ? aku rasa semua orang ada masalah yang sama.

1. rumah tempat yang tak kondusif nak belajar. jangan salah faham. maksud aku kalau hampa ada adik-adik yang bising dan melompat 24 jam macam adik aku memang tak kondusif la.

2. mama akan sentiasa ajak aku keluar pi pasar pagi, pasar malam, pasar tani, pasar raya dan macam-macam la. maklumlah, geng dia dah balik !

3. balik rumah konfem-konfem keja aku menelan ja. bila perut kenyang, mata berat.

4. tv tv dan tv ! ni la syaitan yang utama. perghhh time-time aku balik la cita best2 ada. so, apa lagi kan. hehe :)

5. abah mula la nak bawak pi jalan-jalan. balik rumah tokwan la, pi rumah makngah la, mandi air terjun la dan macam-macam la. heeesh, takkan aku x mau ikut ? aku ni kaki jalan. tahi lalat penuh kaki tu menandakan suka jalan.

sebab-sebab di atas la aku rasa aku ni tak sesuai nak study kat rumah. so, balik la kejap hilangkan rindu pastu datang balik utem untuk study. sepadia sepadia yang boleh study dekat rumah tu memang aku tabik la weyyy !

debaran final semakin terasa wooo :)

No comments:

Post a Comment