05 April 2011

kita semua ada sifat tolak ansur la.

ramai yang tak sedar sebenarnya dia ialah seorang manusia yang bertolak ansur. YA ! kita semua mempunyai sifat tolak ansur aku rasa. serius aku tak muhung weyyy. walaupun kau rasa diri kau jahat gila, tapi sebenarnya kau masih mempunyai sifat tolak ansur la.

NI CONTOH TOLAK ANSUR YANG AKU RASA WUJUD DALAM KAMUS HIDUP AKU.

1. bila kau beratur nak beli makanan dekat kantin or lebih canggih CAFE sekolah dan pastu ada pulak kepala masam ni datang potong turn. apa kau buat ? habis kuat kau cuma menjeling pada si kepala masam tu. ada kau pergi tampaq muka dia ? tak kan. kau biarkan dia dapat nasi lemak dulu. kira tolak ansur la tu.

2. kalau kau duduk hostel, konfem berebut toilet. padahal toilet tu tempat syaitan lepak. hahaha poyo ja kalau ada orang gaduh pasal toilet. mungkin ada kawan kau yang rasa toilet no 2 tu dia punya. so, xda siapa-siapa yang boleh masuk bila dia nak mandi. kau pun bertolak ansur masuk toilet lain yang showernya rosakkk. sebab kalau kau masuk jugak toilet no 2 kau akan merasa jelingan manja kawan kau tu. hehehe.

3. bila ada assignment, tetiba kawan kau x dapat siapkan ikut masa yang ditetapkan. kau pun masih bermanis muka dengan dia. padahal dalam hati terbakar kot ! itu pun dikira bertolak ansur sedangkan kau boleh saja cakap dekat lecturer yang kawan kau tu dah banyak kali x buat kerja. tapi, kita sayang kawan kita kannnnn...

4. di kenduri kahwin, kau datang dulu dan dah aim senduk nasi, tetiba datangnya golongan ibu-ibu merampas senduk tersebut dan pasing-pasing dekat golongan ibu-ibu. kau sebagai remaja berhemah hanya mampu tersenyum. grrrrrr... aku lapar :(

5. macam aku, mama aku busy gila uruskan kedai dia. dan aku akan menjadi mangsa untuk pergi ke sekolah adik-adik untuk sain buku rekod. walaupun aku sampai awal, ada jugak makcik-makcik yang bagi alasan potong turn aku.

" dik, makcik ada urusan lepas ni. boleh bagi makcik sain dulu x ? " so....apakan daya.

6. bila kau pergi shopping dengan kawan-kawan, konfem ada diantara korang yang minat benda yang sama. kasut ka, beg ka, baju ka or shawl ka. kau mengambil langkah untuk bertolak ansur dengan buat-buat tak minat barangan tersebut sebab kau tahu kawan kau gila minat benda tu. tu kira bertolak ansur la tu...

7. kalau kau duduk rumah sewa, mungkin kau ni ada sifat pemalas macam aku ni ha. aku malas kalau bab-bab menyapu dan mengemop tapi aku suka masak. jadi apa yang perlu kau buat, kau boleh merajinkan diri masuk ke dapur memasak untuk kawan-kawan kau. tolak ansur jugak tu. at, least x nampak sangat la yang kau ni malas.

8. bila masuk bilik kuliah, mesti la kau ada tempat kesukaan kau kan untuk duduk. tapi, ada hari tu, tiba-tiba dah ada orang duduk tempat tu. takkan kau nak mengamuk pulak. ingat UTeM tu bapak kau ada share ka dalamnya ? kau pun boleh pilih tempat duduk lain. bukan masalah besar pun.

9. bila abang or kakak kau balik rumah, mesti mama kau akan layan diaorang lebih. semua benda diaorang nak makan, semua mama kau ikut. waktu tu, kau akan rasa sedikit cemburu la. kau pun kalau boleh nak mama kau masak makanan kegemaran kau jugak kan... tapi, kau akan terfikir yang, " biar la. kakak tu bukan selalu ada kat rumah pun. kesian kat dia ntah-ntah duduk melaka tu makan maggi ja pa hari-hari "
di situ, kau dah jadi adik yang bertoleransi.
*bertuah la kalau adik aku berfikir macam tu.

10. bila kau naik kereta nak pergi mana-mana dengan family, mesti bergaduh-gaduh nak pilih tempat duduk kalau kau kurang matang la. hahaha ! macam aku, aku suka duduk tengah-tengah. rasa selamat. tapi, ada kalanya aku akan mengalah dengan adik aku jugak. aku sanggup duduk tepi tingkap. nampak x tolak ansur di situ ?

11. bila kau tengah borak-borak dengan geng kau ja mesti semua nak cerita pengalaman hidup masing-masing kan. kau pun beri peluang untuk kawan kau cerita pasal family dia, pasal pakwe dia dan mungkin pasal kuceng dia. xkan dari awal kau nak konker sampai habis jilid hidup kau baru kau nak stop cakap ?

12. bila kawan kau tiba-tiba terpecahkan barang kau, merosakkan barang kau secara tak sengaja, terpijak kasut kau, kau masih bertolak ansur dengan tidak memarahinya. nak buat macam mana kan. benda nak jadi. tak kan kau nak tengking dia pulak. bukannya dia sengaja. aku sure ramai antara kita yang tak kisah pun sekiranya ada kawan-kawan merosakkan barang kita. sebab apa ? sebab kita pun pernah rosakkan barang diaorang. so, kita kenalah bertolak ansur kan...

banyak lagi sebenarnya contoh-contoh tolak ansur yang kita sebenarnya tak pernah sedar pun. so, teruskanlah bertolak ansur dalam kehidupan. peace no war !

No comments:

Post a Comment