28 March 2012

Perkara yang Menarik untuk Dilakukan bersama BFF.

Assalamualaikum.

BFF - Best Friend Forever.

NOT

BFF - Boyfriend Forever.

Ok, kawan-kawan aku nak share sikit beberapa perkara menarik untuk kita buat dengan teman yang tersayang. Especially for girls. Boys mana la aku tau aktiviti depa. Maybe memancing ? Aku tulis secara random ok. Bukan ikut ranking.

1. Pillow talk.
Bukan bantal bercakap atau cakap dengan bantal. Cakap sebelum tidur. Cara ni memang berkesan untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Macam-macam cerita akan keluar. Tapi, AWAS diingatkan "Jangan Tertidur Semasa Kawan Anda Tengah Bercerita!". Kalau dah mengantuk tu bagitau la BFF hampa. Kesian dia dok sembang seorang diri.

2. Tengok DVD.
Pilih cerita yang sesuai dan mendapat persetujuan bersama. Jangan pilih cerita yang bosan satgi dua-dua terbongkang.

3. Sesi karaoke.
Tak perlu nak pi karaoke mana2. Dalam bilik/dorm pun boleh. Teringat dulu-dulu aku dok menyanyi lagu Siti Nurhaliza dengan Azreen. Ahhh, merdunya suara kami.

4. Bercuti/Shopping.
Ni memang best kalau ada fulus. Ala, takyah nak jauh2 sangat. Pergi ja mana-mana pantai atau shopping complex yang berdekatan. Yang penting kualiti masa yang dihabiskan bersama. Bukan kuantiti barang yang dibeli.

5. Sleepover.
Kalau sapa yang tak pernah sleepover rumah kawan dia, dia memang rugi besar. Ataupun mungkin belum ada BFF yang betul-betul BFF. Macam-macam boleh buat. Tak tidur sampai ke pagi la kalau bersembang. Time ni jugak la nak kenal family BFF kita.

6. Ambil gambar.
Nampak macam simple tapi sebenarnya setiap gambar tu ada value dia yang tersendiri. Jangan ambil gambar yang nampak cute-cute ja. Cuba try macam-macam mimik muka. Nanti benda tu la yang akan jadi kenangan untuk kita ;)

7. Saling bertukar hadiah.
Dalam dunia ni mesti ada BFF yang tak pernah bagi hadiah sesama sendiri. Mungkin sebab malu nak bagi? Atau tak sure dia anggap hampa BFF dia or tak? Atau kedekut nak mampuih? Hahaha. Hargailah orang sentiasa ada bila kita senang atau susah. Mungkin sekeping kad ucapan dah cukup untuk menghiburkan hati mereka. Tapi, kalau dapat teddy bear lagi ok LOL *just joking* Tak pun, tulis satu post pasal dia dalam blog hampa pun mesti dia dah terharu. Trust me!

8. Beribadah bersama.
Solat jemaah sekali, puasa sunat sekali, puasa ganti sekali, bangun qiammulail sekali dan macam-macam lagi. Dengan ni, kita juga dapat mendekatkan diri pada Allah. Seriously, aku rindu gila zaman asrama dulu.


Sekian daripada aku.

Good friends are hard to find,
Harder to leave,
Impossible to forget.
Appreciate them :)

No comments:

Post a Comment