20 February 2011

istiqamah

tajuk untuk post entry kali ni keluar dr buah fikiran aku masa kami semua dok buat senaman yang konon konon dan kononnya buleh kempiskan perut. wanie yang jadi kami punya coach. kami pon ikut la dia. dia tungging, kami tungging, dia senget badan, kami pon senget badan dan macam2 la. maklum la, excited nak kempiskan perut.

tetiba terfikir, senaman ni kalau kita tinggal, benda tu xkan menjadi dan berkesan. kena terus buat tiap2 hari dan berterusan. kalau kejap kau senaman, kejap kau rileks mmg tak kempis2 la perut korang semua mcm aku ni ha. konsepnya sama macam istiqamah. sbb tu Islam menyuruh umatnya istiqamah dalam melakukan ibadah atau pekerjaan. baru aku sedar betapa pentingnya istiqamah tu.

jadi kita dapat lihat di sini bahawa konsep istiqamah ni sebenarnya wujud dalam kehidupan seharian kita dan harus diguna pakai. benda tu sama ada kita sedar atau tak ja. contoh kalau kita study, mestilah kena istiqamah baru boleh berjaya. kalau korang study macam aku, alamatnya mmg hanucssss.

tapi bak kata lecturer seni lukis aku,

" kalau suatu hari nnti kamu berjaya, jgn sesekali dengan bangganya ckp bahawa semua itu adalah hasil usaha kamu ynag bertungkus-lumus selama ni sedangkan apa yang kamu dapat itu adalah rezeki dripada Allah. kalau kamu study 24 jam pun kalau Allah taknak bagi kejayaan, kita takkan pernah merasa semua tu. "



tapi usaha tu kena ada. jangan sebab korang baca apa yg lecturer aku ckp membuatkan korang xmau study plak kan. study tu kan satu hijad. teruskan perjuangan kecil kita itu !
ok sekian. rasa2 mcm post kali ni ada share ilmu sikit la. heeeeeeee.

No comments:

Post a Comment