24 March 2013

Si bulat bersama tiga budak kecik.

Assalamualaikum.

Ok, tajuk yang kononnya aku rasa menarik padahal tak pun. Sabtu bersamaan 23 Mac 2013, Aini dengan Piyin mai ke Melaka untuk bersuka-ria. Aku memang teruja sebab lama tak jumpa. Walaupun aku dengan Kin banyak assignment tapi kami tetap lapangkan jadual kami semata-mata untuk depa. Wah, terharu dak Aini dengan Piyin ? *padahal sampai ke sekarang kerja aku tak siap-siap*

Taktau nak bawak depa pi mana sebab depa dah pernah mai dulu. Segala bangunan bersejarah dah pernah depa pusing. So, aku dengan nafsu kuat makan aku ajak depa pi Seoul Garden. Kononnya boleh luangkan masa berborak (dimana lebih kepada bergosip) sambil makan-makan. Dan alhamdulillah kami have fun sangat.

Seperti biasa, kami abaikan pandangan orang sekeliling yang pandang serong bila kami bercerita sambil gelak yang dahsyat. Kami menjadi diri kami. Walaupun pada mulanya aku mengaku aku lebih fokus kepada daging kambing yang gila sedap dari bersembang dengan depa akhirnya aku dapat kawal nafsu aku. Hahaha. Ramai jugak yang kami contact untuk ajak lepak sekali malangnya masing-masing ada hal yang tersendiri. Macam-macam cerita di sebalik tu ;p

Lepas makan, kami sambung jalan-jalan window shopping. Tetap happy walaupun takdak benda yang aku beli. Masuk macam-macam jenis kedai, pastu try-try macam nak beli, muka berminat nak mampuih, last sekali keluar dengan selambanya. Aktiviti akhir kami agak keliru sama ada nak karaoke atau bowling. Memandangkan suara yang tak berapa nak sedap dan kononnya karaoke di Mahkota Parade tutup, kami memilih bowling. 

Semua asyik mengaku tak terer. Bila main, memang tak terer pun. HAHAHAHA. Kalau strike pun sebab nasib, kalau jatuh pin sebiji pun sebab lane bergegar. Yang masuk longkang pun banyak. Kan kan kan ? Kesimpulannya, setelah panjang aku membebel ni, aku sebagai si bulat nak cakap terima kasih kepada tiga orang budak kecik yang menceriakan hujung minggu aku. Siryes, semua stress dah terbang kemarin walaupun sekarang aku tengah stress nak siapan assignment tapi masih tulis belog untuk hampa. Nampak dak sayang dia macam mana tu ?


Meja yang meriah penuh makanan. Suka !


Aini bawak kamera tapi tak caj bateri. Tangkap satu dua gambar ja. Meluat aku HAHAHA !


Daging kambing yang aku makan berkeping-keping. Piyin makan dua keping pun pening sampai ke malam.


Meleleh. Nak makan lagi daging yang berjus ni.


............. hahaha saja takmau letak caption ;p


Piyin sorry aku upload gambaq ni. Kuasa di tangan aku :)
Walaupun muka hang besaq tapi kalau dah cantik tu cantik jugak *saja puji takmau bagi hang marah*


Finally dapat jugak bergambar berempat :)


Masing-masing membuat gaya yang tersendiri.


Kata Aini : "Hang pakai kasut tinggi pun, aku lagi tinggi dari hang". 
Kin jangan marah, kami sayang hang.


Kegemaran Bobo.


Kita sembang pasal ...........dari pagi sampai tengahari. 
Aini, ingat pesan aku pasal..........
Kita kena cuba sebaik mungkin :)


Sorry jika anda rasa annoyed dengan kami. Ini kami.


Gambaq pegang garfu. HAHAHA *Idea Aini*


Sepuluh kali tanya " Piyin aku nak tengok kat mana ni? Cermin ka kamera? "
Lastly dapat jugak snap walaupun aku masih tengok kat tempat len.


Nanti hampa mai kita duduk lama-lama sikit atas padang ni.


Muka sebelum dingorat oleh sekumpulan budak-budak lelaki hingusan. 
Lepas kena kacau, terus aku dengan Aini bangun dan jalan dengan lajunya tanpa menoleh ke belakang.
Rupanya Kin berjalan dengan kaki ayam sebab tak sempat nak pakai kasut HAHAHA.


Orang yang paling suka gelakkan Aini. Last sekali, Aini juara. HAHAHA


Aku berkongsi kejayaan dengan Aini. Kami hebat !


Pemenang tempat pertama bersama pemenang tempat terakhir. Jahat kan aku ?


Kami ingat Aini baik. Dia tidak bising gelakkan orang bila bola masuk longkang.
Tapi Aini terkantoi apabila aku menoleh ke belakang dia menari-nari dengan tangan bila kami gagal untuk strike.


Gua suka makan, so what? Muka tidak pedulikan orang sekeliling.


Dalam fikiran, "Nak ambil apa pulak lepas ni?"


Aku fail bab-bab wink ni.


Nampak macam candid, padahal depa paksa aku ambil gambaq ni.


KALAH. 


Nama semua nak Running Man ja.


Aini bahagia dengan kemenangannya.


Gelak ini yang aku maksudnya. Sangat dahsyat gegarannya.


Berkain tidak menghalang.


Gaya skor 100 +++


Kin terima kasih bagi aku tumpang bilik hang. Terima kasih sebab bagi aku tidur seorang ja atas tilam. Sebab kalau hang tidur dengan aku pun, pasti hang akan jatuh bawah. 



BANYAK SANGAT NAK CAKAP TAPI TERLUPA. THANKS WEY. SAYANG SEMUA KETAT-KETAT :)

6 comments:

  1. waaaaa...terharu laaaaaa abon..
    btw,aku bukan budak kecik..aku pling tinggi kot antara hampa semua...hehehe
    nnti kita jumpa lagi tau..makan sampai perot buncit,men boling sampai bergegaq...hehehe

    ReplyDelete
  2. tinggi tapi kuruih. ok, nanti kita lawan len. kali ni betoi2 sapa kalah dia kena belanja. hahaha nampak dak tahap keyakinan aku tu.

    ReplyDelete