11 July 2011

lawatan sambil bawa kek ke sekolah

assalamualaikum

darlingssss, semalam kami ada pergi ke sekolah kita untuk berjumpa dengan cikgu-cikgu tersayang. tambahan, syikin mursyid dengan titie kan dah nak fly nanti. so, pi jumpa cikgu-cikgu la ambil berkat. then, kami beli kek untuk cikgu-cikgu. kek cikelet. dappp sangat *cikgu yang kata, bukan aku!

jumlah yang pergi sekolah semalam ada la dalam 8 orang tapi riuh-rendah macam ada 80 orang wey. gelak memanjang!

APA YANG CIKGU-CIKGU CAKAP :
  • Cikgu Afdzan kata batch kita yang paling ok. Lepas kita keluar takda lagi yang baik. Chewah, kembang pungkoq sat.
  • Awat semua sihat-sihat ? *sihat-sihat di sini bermaksud debab-debab.
  • Hampa makan apa ? Awat semua koi besaq ?
Ayat-ayat yang pasal tubuh badan di atas kebanyakannya ditujukan kepada aku sendiri dan seorang lagi sahabat kita yang namanya dirahsiakan atas tujuan menghormati hak asasi manusia. hahaha !

Kesimpulannya, semakin lama kita keluar dari sekolah semakin debab saiz badan*ni untuk aku ja. Jadi, berdietlah dahulu sebelum menjejakkan kaki ke pintu sekolah !

huda, tqah dan abon di dalam bas ke sungai petani.

gaya apakah itu ?

pnat menokak dengan rakusnya sandwich itu. bukan sebab lapar tapi sebab sandwich tu mahallll !

tiba-tiba syikin pun sampai dan terus pose. haha !

taktau la depa dua ni sembang pa. hanya orang2 oversea ja yang faham.

burger tu titie belanja. dappp o !
*saja takmau cakap pasal dua org budak comel tu.

ni la kek cikelat tu!

kin teringin nak bergambar bersama kek. layan ja la budak yang dah nak tinggalkan malaysia ni. hahaha :D

tulis nama di pondok pakguard. pakguard lama dah takda :(

sambil menunggu 'orang jauh' iaitu hasni dan baitul tiba. padahal rumah hasni yang paling dekat. haha !

tataplah muka titie puas-puas. nanti dia nak pi india dah. sobsobsob...

huda sempat mempromosi minyak wangi yang sememangnya wangi...

bergambar bersama ustazah !
ustazah kata : dok sebelah salwa, nampak kuruih sikit.

macam kembaq aih.

bersama cikgu Rosnedah !

saya suka pic ni. menarik !


Nanti, sapa-sapa yang dah lama tak menjenguk sekolah dan mempunyai masa terluang, silalah melawat cikgu-cikgu kita. Rasa gembira sangat bila tengok cikgu-cikgu merasakan diri mereka masih diingati :)

p/s :
titie akan fly dlm bulan 8 hari selasa. sorry, terlupa tarikh ;(
syikin pulak dalam bulan 9.
rabu ni hari kokurikulum. sapa nak pi bolehlah berbuat sedemikian.

2 comments:

  1. kalau dah rindu mai la jumpa kami semua. hehe !

    ReplyDelete