14 May 2012

Bukit Broga.

Assalamualaikum.

13hb Mei 2012, aktiviti terakhir DMF (Diploma in Manufacturing Enginnering *macam gempak*) ialah mendaki Bukit Broga di Semenyih. Masa dapat tau pasal benda ni macam biasa la aku over excited. Kalau bab-bab jalan ni memang no 1. Kalau boleh semua aktiviti kelas aku nak join. Terus telefon mama cakap nak pi dengan kawan-kawan. Minta permission elok-elok sebab ramai lelaki yang pi. 

"Mama, kakak nak pi naik Bukit Broga dengan kawan kakak boleh dak?"

"Nak naik bukit tang mana pulak dah. Hang larat ka tu ?"

Waktu tu aku rasa pertanyaan mama sedikit mencabar kekuatan aku. Ceh, ingat kakak ni apa. Waktu tu belum tau lagi keadaan Bukit Broga tu macam mana. Tau nak seronok ja. Nak tengok matahari terbit, nak hirup udara segar pastu nak tangkap gambaq cantik-cantik. Kami sampai sana dalam lebih kurang dalam pukul 6 pagi kalau tak silap aku. Terus solat Subuh siap-siap takut tak sempat nanti. 

Cerita keperitan aku mendaki Bukit Broga bermula.....

Tak sampai 10 minit jalan, aku dah mengah. Tercungap-cungap. Soalan yang mama tanya bermain-main dalam fikiran aku. Mula timbul penyesalan sebab apa aku mai sini. Last sekali aku pancit di tepi pokok. Letih teramat-amat dan amat. Dengan keadaan yang gelap, aku rasa tak mampu nak teruskan perjalanan. Rasa nak pitam nak muntah semua ada. Nasib baik la ada Akhma dengan Wak yang dok bagi semangat kat aku. Haish, kalau tak sebab depa memang tak sampai pucak Bukit Broga aku rasa, sampai kaki bukit ja.

Tak terkira berapa R&R yang kami berhenti. Jalan punya jalan, tak sampai-sampai jugak. Akhma dengan Wak asyik ulang " Sikit ja lagi abon, dah nak sampai dah "  tapi kenyataannya tak sampai-sampai jugak. Aku rasa depa dua dah cukup sabar dengan aku. Hahahaha. Maaf banyak-banyak. Dah la ramai orang. Aku rasa lagi letih bila tengok ramai-ramai orang hang ingat bukit ni hang punya?

Akhirnya, setelah 2 jam barulah kami sampai di puncak walaupun ada satu lagi puncak yang tinggi tapi memadai la aku kat puncak ni ja. Alhamdulillah. Aku respect kanak-kanak yang ada stamina yang kuat. Haish, nak naik Bukit Broga ni bukan boleh main-main. Kalau tidak jadi macam aku la. Ada jugak Gunung Tok Wan yang berdekatan dengan Bukit Broga tapi aku tak berminat la nak naik. 



Orang yang ramai ni yang membuatkan aku rasa lagi LETIH.


Kalau aku ni kurang rasa malu dah lama aku jadi macam dia ni. Entah anak sapa la ni.


Aku dan Akhma. Waktu ni dah boleh tersenyum sikit. Haha !


Model.


Macam loving couple ja aku tengok. Hahahaha !


Jumpa benda ni. Taktau la ada jampi ka dak. Main ambik ja.


Alolo, sweet sungguh aih !


Untung la still ada tenaga nak lompat macam ni. 


Kalau tak sebab sweet couple ni, aku masih di kaki Bukit Broga. 


...................(sila isi tempat kosong)


Hadi dok cungkil tahi kucing tanah melekat.


Nasib baik la ada orang baik hati nak bagi bihun goreng. Makan jangan tak makan.


Yang ni tak habis-habis dok tangkap gambaq serangga. 


Kami semua :)


Broga, aku takmau mai dah. Babai !



Apakah perasaan naik Bukit Broga ?
Speechless




Waktu tulis entry ni pun, semua urat-urat badan aku sakit. Urat paha la, urat betis la, boleh kata segala jenis urat la. Padah tak stretching dulu sebelum naik :(

Pictures : Credit to Akhma and Hadi.

2 comments:

  1. hahaha,,, sikit je lagi ^^/

    ReplyDelete
  2. Dari awal asyik dok sikit ja lagi. haha

    ReplyDelete