20 March 2014

Kasih sayang

Assalamualaikum.

Rata-rata yang kenal aku mesti tau kan aku ada seorang adik bernama Aiman. Baru-baru ni aku dikejutkan oleh berita yang kurang menyenangkan. Aiman kena jangkitan kuman pada buah pinggang dia. Terkejut aku bila abang cakap macam tu.

" Mama mana? Awat mama tak angkat call aku? "

" Mama pi hospital. "

" La tengok sapa sakit? "

" Aiman "

" Sakit apa wey ? "

" Jangkitan kuman kat buah pinggang dia. Dua hari dah masuk hospital. "

Dah dua hari??? Kenapa takda sapa pun bagitau aku. Kenapa mama tak cakap. Persoalan yang bermain di fikiran aku. Aku rasa ketinggalan. Aku cuba untuk bertenang dan tidak terlalu risau. Ah, aku tau perangai Aiman. Mengada lebih ni kadang-kadang. Detik dalam hati.

Lepas Maghrib aku cuba lagi telefon mama. Tak berangkat. Akhirnya aku telefon abah. Sayu ja suara abah. Tak ceria mengusik aku seperti selalu.

" Siryes tak abah? "

" Hurm taktau nak kata. "

" Keadaan dia macam mana sekarang ni? "

" Doktor dah ambil 8 botol darah buat ujian. Nanti depa bagitau keputusan. Tadi darah keluar kot hidung dia. Panas sama kot. Badan dia membengkak sikit. "

Tak lama lepas tu aku menamatkan perbualan dengan abah. Air mata yang ditahan tadi gugur jua. Tak mampu dibendung lagi. Sebak dalam hati hanya Allah yang tau. Sapa yang tak sayang adik kan? Malam tu bengkak jugak mata aku. Nasib baik aku banyak refer kawan-kawan aku yang bakal jadi doktor dan tanya pendapat depa. At least, aku tau Aiman masih ada harapan. Mungkin benda tu tak begitu serius seperti yang aku gambarkan.

Tengah berWhatsApp dengan geng aku mengenai Aiman, tetiba Hasni telefon. Aku tau bila aku jawab ja telefon tu air mata aku akan gugur lagi. Dan itu yang terjadi. Sebak bertandang. Rasa kalau Hasni depan aku memang aku dah rebah dalam pelukan dia. Tambah-tambah dia memang kenal Aiman. 

" Hello, assalamualaikum. "

" Waalaikummussalam. Jangan la call kami. "

Senyap. Sunyi. Aku sebak. Tak boleh nak bercakap sepatah pun.

Lepas Isyak, aku baca surah Yaasin dengan doa agar Aiman cepat sembuh. Ya Allah, aku tak sanggup untuk kehilangan adik aku. Waktu tu aku fikir, kalau Allah nak ambil nyawa aku sebagai ganti pun aku sanggup. Malam tu, memang aku tidur bertemankan air mata. Keesokannya, aku ke kelas seperti biasa namun kurang ceria berbanding selalu. Aku masih tidak puas hati sebab aku tak dapat cakap dengan mama. Balik kelas, aku cuba lagi untuk telefon mama.

" Hello, assamualaikum. "

" Waalaikummussalam. "

" Mama, Aiman macam mana? "

" Alhamdulillah, takda apa aih. Aiman tu kuat. "

" Hurm...... tsk tsk mama tau dak kakak tak boleh lena semalam pikiaq pasal Aiman ."

" La takyah dok risau la. Sapa habaq kat kakak pasal Aiman ni? Mama memang takmau bagitau kakak pun. Mama takmau kakak risau. "

*********************************************************************************
Aku menangis teresak-esak. Mama selalu fikir pasal aku. Teringat waktu Tokwan Hashim (sebelah abah) meninggal. Waktu tu aku tengah menghadapi ujian pertengahan semester Tingkatan 1. Mama tak bagitau aku pasal tokwan dah meninggal. Balik cuti di rumah, aku ajak mama melawat tokwan sebab aku tau tokwan tengah sakit.

Sambil menyarung telekung untuk menunaikan solat Maghrib aku bersembang dengan mama.

" Mama, jom esok kita pi tengok tokwan. "

" Kakak, mama nak bagitau ni. Tokwan dah takdak. Mama takmau bagitau haritu sebab kakak tengah periksa. "

Menitik air mata aku membasahi telekung. Terduduk aku di atas tikar sejadah. Waktu tu aku memang rasa terkilan. Tapi bila aku fikirkan balik mungkin mama buat semua ni untuk kebaikan aku. Sebab tu aku takut bila Aiman masuk hospital. Aku takut mama cuba sembunyikan sesuatu dari aku.
*********************************************************************************

" Aiman tu budak aktif. Tadi dia ajak mama pi jalan-jalan kat taman. Dia mana boleh duduk diam. Kakak jangan risau na. "

" Mama, kakak nak cakap dengan Aiman sat. "

-------------------------------------------------

" Hello. "

" Hello. "

Lama aku diam. Tahan sebak.

" Hang sihat ka?, " suara aku sedikit bergetar menahan sebak.

Aiman diam. Dia tak boleh nak cakap dengan aku. Aku pun sama. 


Petang itu, doktor sahkan Aiman mengidap radang buah pinggang akibat dari jangkitan kuman tersebut. Darah Aiman juga naik tinggi. Tapi kesihatannya bertambah baik. Bengkak di badannya mulai surut. Keesokkannya, Aiman dah dibenarkan pulang oleh doktor tapi still dia kena buat check up dalam waktu tertentu di hospital. Syukur, alhamdulillah :)



Nilai kasih sayang tu terlalu tinggi. Tiada sempadan. Hargailah.

No comments:

Post a Comment