21 October 2014

Cameron Highland: Sweat & Sweet Escape

Assalamalaikum.

Setelah lama tak update pasal travel dalam belog ni, yeahhhh I'm back! Abon the Explorer is back! Tak kemana-mana sangat pun kali ni. Dalam Malaysia ja. Seriously, bagi aku Cameron Highland memang agak cliche la sebab orang mesti expect strawberi, ladang teh, bunga, kobis, cendawan goreng, strawberi celup coklat *nak makanan ja* tapi kali ni pengalaman aku berbeza. Sebab tu tajuk ada SWEAT & SWEET. Travel kali ini ditemani Mad Eni *nama yang tidak asing lagi*, Ila dan peserta baru Asma'.

Kami sewa kereta untuk ke Cameron Highland dan semestinya driver adalah Ila sebab dia adalah orang gunung *actually dia dah selalu naik turun Cameron so lebih tau selekoh mana nak drift bagai*. Kami naik ikut Simpang Pulai sebab jalan sana lagi okey dan kurang berbahaya berbanding ikut Tapah. Sampai Cameron dalam pukul 5.30 pagi hari Sabtu. Tidur sekejap dalam kereta sebelum solat Subuh pastu tukaq pakaian untuk naik Irau.

Dalam pukul 8.00 pagi kami cari hotel bajet untuk disewa. Masuk yang first tu tanya-tanya harga RM150. Mahaiiiii oiiii. Sebab weekend sama. Aku kalau boleh nak hat RM50 ja. Aku dengan Asma' keluar dari situ dengan perasaan tak puas hati.

Aku: Kita tidur dalam kereta ja la. Jimat sikit.

Asma': Tu la. Kita beli bantal strawberi. Kami okey ja.

Tapi last-last amik hotel tu jugak sebab Ila cakap mesti penat lepas naik Irau pastu mesti nak rehat. Dan betul kata Ila. Malam tu aku terbongkang awal gila dari yang lain. Nyenyak. 


Sebelum naik Irau.
#Selfie


Sweat Escape: Gunung Irau

Plan nak naik Irau ni diutarakan oleh Ila sebab seperti aku bagitau tadi dia ni orang gunung fit gilaaaa. Pastu banyak kali dia tanya " Sanggup ka dak nak naik Irau? ", " Larat ka dak? " dan semestinya aku akan jawab NAKKKK SANGGUPPP.

Kami sampai di kaki Irau dalam pukul 9.15 pagi. Udara sana rasa segar sangat dengan sejuk-sejuk *sapa cakap Cameron dah tak sejuk?* Aku tidur pakai 3 lapis baju tau dakkk


Untuk ke Irau, mula-mula tu disediakan laluan bertangga.
Agak mengah hahaha tapi masih steady.


Sini cuaca sejuk so bila mendaki tu takkan rasa panas langsung. 
Sejuk sampai menggeletaq wey sebab kaki dah kena lumpur so sejuk dia berganda.


Ni la sebab kenapa tempat ni dipanggil Mossy Forest. 
Boleh kata kebanyakan batang kayu atau batu sini berlumut lawaaa


Mossy Forest.
*Masih boleh senyum-senyum. Tunggu sat!


Halangan macam ni baru Level 0.01 wey. 
Ada yang lagi tinggi Level dia.


Periuk kera.
Dah lama daki baru nampak tu pun Asma' yang nampak.
Aku semakin penat dengan diri sendiri dan dah takda masa nak menikmati alam hahaha.


Sampai di Mini Irau. Baru mini????
Telan roti dengan tuna. Ada akak tu dia masak Maggi weyyyyy. Menusuk hidung.


Ila ajak stop kat sini ja sebab dia tengok semua macam dah penat tambah-tambah aku yang dah macam luntur semangat tapi sebenarnya aku teringin nak naik sampai puncak Irau walaupun rasa penat nak mati. Nasib baik ada budak-budak dari Penang yang kami jumpa time tengah naik tu dan depa ajak naik puncak sama-sama. Bukan apa takut tak sempat keluar sebelum malam sebab kami tak bawa headlamp. Rehat dalam 5 minit, kami teruskan perjalanan ke puncak Irau. 



Sebelum perasan gambar diambil oleh Ila.


Selepas perasan Ila tengah nak tangkap gambar.


Alhamdulillah, akhirnya.
Kejayaan yang manis.


Aku taktau semangat apa yang bawak aku naik Irau. Sebab fizikal dan mental aku agak lemah. Fizikal tu faham-faham la kan. Dengan tak exercise, melantak selagi tak kenyang, lembik sana sini tapi akhirnya I DID IT !

Antara kata-kata yang men'down'kan mental aku:

" Awak naik ni, nanti awak kena fikir macam mana nak turun. " *kata-kata dari tour guide yang tak dikenali*


" Rasanya awak ni tak sesuai buat aktiviti macam ni. " *sambil sengih-sengih, kata-kata dari akak yang masak Maggi atas Irau*


" Kuatnya semangat dia. " *sambil tunggu aku yang tengah terhegeh-hegeh panjat bersama lumpur di seluruh badan*

Tapi aku memang sangat berterima kasih kepada Asma', Ila dan Aini sebab bersabar dengan karenah aku, dengan muka stress aku, dengan muka mengah aku, dengan segala-galanya. Setiap kali rasa penat aku mesti akan sebut ayat ni konon-konon nak bagi semangat! Ayat takmau kalah.

" Who am I? "

Dianggarkan dalam 200 orang yang naik Irau haritu dan aku antara orang terakhir yang keluar hahahaha peduli apa janji selamat sampai. Asma' Aini dengan Ila total perjalanan ialah 9 jam tapi aku sejam lambat iaitu 10 jam. Nampak tak perbezaan masa di situ? Dan satu lagi fakta ialah aku orang yang paling berlumpur sekali sebab aku tersembam jatuh. Kalau time tu gambaq aku diambil, aku rasa mama abah pun dah tak kenal anak sendiri.


Benda penting bagi yang tak pernah naik gunung:

1. Air
2. Makanan. Roti ka nasi ka yang penting berat sebab kita perlukan tenaga yang banyak. 
3. Gula-gula. Aku makan ni rasa kurang penat sikit. Tapi last-last nak amik dari poket pun penat haha.
4. Headlamp. Sebab kita tak pasti perjalanan tu jauh mana. Setiap orang tak sama fit dia maybe ada yang lambat sikit, ada yang cepat sikit. Takut gelap tapi kita belum sampai.
5. Beg. Kalau boleh bawak sorang satu dan jangan kongsi hahaha! *pesanan kepada aku dan Aini terutamanya*
6. Kasut yang sesuai. Aini bawak kasut Phua Chu Kang kot HAHAHA! Irau ni berlumpur so pakai ja kasut getah tapi yang sesuai la. Kasut getah senang nak cuci. 
7. Jangan pakai jam, gelang, cincin atau apa-apa lagi perhiasan takut tersangkut.
8. Naik bersama orang yang boleh bagi kita semangat.


Sweet Escape: Cliche Part of Cameron Highland

Untuk ronda-ronda Cameron Highland, aku dah cakap kat Ila aku nak makan semua yang best-best sebagai tanda penghargaan kepada badan yang dah sengal-sengal, lebam dan macam warga tua jalan pun terhegeh-hegeh. Antara makanan yang sempat dibedal: Strawberi celup coklat, kimcan goreng, jagung bakaq, cendawan goreng, ais krim strawberi homemade punya, waffle strawberi, dan banyak lagi la. Terkilan sikit sebab tak dapat try nasi lemak sambal strawberi :( Maybe next time.



Takda strawberi, tak Cameron laaaa


Ais krim strawberi dengan waffle strawberi.
Sedap la dengan harga dia yang 'sedap' jugak.


Ganas-ganas pun nampak bunga cayaqqqq


Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa paling chantekkk?
Please cakap yang tengah tu


Tea time !


Kalau pasal travel ini dia orangnya.
Sebab dia faham aku, aku faham dia dan kami sama-sama faham kami.


Candid mungkin?


Bukan senang nak selfie dengan Asma'.


Kami digelar warga tua sebab terhegeh-hegeh turun tangga.
Irau, thanks sangat tau.





Ada orang tidur sambil pegang jagung bakaq hahahaha !
Nama dia Asma' 


We don't walk,
We don't run,
We travel.



Pesanan yang sangat ikhlas: 

JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA. 

No comments:

Post a Comment