07 August 2014

Raya 2014

Assalamualaikum.

Syawal kali ini disambut secara sederhana aku rasa sebab baju raya dua pasang ja haha. Selalu tiga atau empat baru aku rasa cukup tapi kali ni ntahlah mungkin dah tua. Tapi yang paling bestnya kali ni my #Girls0408 datang beraya kat rumah. Dah lama kot depa tak mai rumah. Dulu-dulu depa rajin mai tidoq bila asrama cuti. Mama pun asyik dok tanya ja bila depa nak mai lagi.



Abang hilang. 


Kumpulan nasyid Kampung Alor Penyengat.


Adik buat golf batang selfie aku grrrrr


Dengan Ila, 1 Syawal.
*Mama yang snap ni. Cool dak mama kami? 


2 Syawal, Huda dan Tqah mai beraya.


Konvoi raya dengan #Girls0408


Akhirnya, sampai jugak rumah Myra *kawan UTeM* di Sungai Kob.


6 Syawal, #Girls0408 mai beraya sebelum ke kenduri Faidzy.


Bersama Faidzy dan pasangan. 
Carta ketiga dalam batch sapa hat kawin awal.


Yat, Nat dan Em.


Semua dok teruja nak tangkap gambaq depan bendang aku pun sama naik jugak padahal selama ni tak kuar rumah pun haha ! Terima kasih semua yang mai beraya. 

17 July 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur tahun ni dapat berpuasa dengan family walaupun sibuk dengan praktikal. Sibuk ka? Dengar cita takda kerja. Kerja potostet ja HAHA ! Macam-macam gelagat ada dalam rumah aku. Seriously, rasa beruntung sangat dapat buat praktikal dekat dengan rumah. Bukan senang tau. Dari kecik duduk asrama aku jarang puasa penuh dengan family. Tu pun jangan nak buat praktikal jauh-jauh. Nasib baik mama halang.

" Takyah dok cari hat jauh. Satgi nak posa la dok teriak telefon mama ".

Dia tau kita macam mana. Mak kan :)


Bangun sahur
Macam-macam gelagat ada. Yang paling tua pun susah nak kejut (abah). Yang muda pulak cepat bangun. Kadang-kadang abah minum air ja pastu sambung tidur. Lepas tu bila bangun Subuh dia akan buat-buat tanya dengan muka seposen 

" Mama tak kejut abah ka? "

Aku macam biasa bila mama panggil akan cakap " Ya mama " tapi tak bangun-bangun jugak haha. Mama pulak mesti dok berletiaq kata " Hurm baguslah, ya takdak titik ". Abang bangun awal siap tolong masak lagi sebab dia balik rumah dah pukul 4 pagi memang laaaaa.

Lepas sahur sambil tunggu Subuh
Mama, aku, abang, adik dan Aiman akan sembang apa-apa saja isu. Mostly pasal perangai masing-masing. Kadang-kadang kami try baju raya haha. Semua akan pakai dari baju sampai la ke kasut dan tudung pastu buat-buat macam fashion show jalan dalam rumah. Pastu kritik apa yang pelik. Seronok sangat bila dapat kenakan sapa-sapa.

Pi kerja
Kalau siap awal dapat sembang dengan abah mama dulu tapi selalunya aku siap abah dah sampai tempat kerja hahaha. Sampai office buat-buat busy kalau takdak kerja. Kalau ada kerja memang best sebab tak rasa sangat masa berlalu.

Balik kerja
Masuk dalam rumah ja terus buka tudung saji tengok apa mama masak untuk berbuka. Tengok abah beli kuih apa. Pastu tugas aku buat air asam dengan bancuh air. Belah buah tembikai hahaha simple gila. Boleh kata setiap hari kena ada tembikai. 

Berbuka
Abah orang paling awal yang tunggu depan lauk hahaha. Siap bubuh nasi dan lauk siap-siap dalam pinggan. Nampak dak macam mana? Satu family jenis akan buat-buat berlakon dah terminum konon-konon la. Tunggu la aku takleh puasa nanti aku nak buat-buat termakan terus. Tercengang adik-adik aku haha !

Apa mama masak tak pernah tak habis. Licin kami makan. Family aku kurang bazaar-bazaar ni. Nak makan apa yang macam yong tau fu ka, murtabak ka habaq ja kat abah. Dia akan pi beli. Takdaknya dia nak bawak kami pi sekali. Botak kepala jenis semua benda nak makan haha.

Lepas berbuka
Nak solat Maghrib tu jenuh bagi perut stabil dulu haha. Pastu tengok berita sat sembang kencang dengan abah pasal isu apa-apa. Kalau rajin sikit baca Quran. Nampak dak perkataaan kalau? Masih dalam usaha membaiki diri 

Terawih
Aku selalu pi terawih dengan adik-adik aku dan kawan-kawan depa. Penuh sumbat satu kereta kancil tu. Macam nak pecah. MAT, aku sayang hang. Hang banyak berbakti. Muahhh.

" Kak Wa, hampa nak pi terawih dak harini? "

Hari-hari soalan ni yang akan depa tanya bila aku balik kerja. Walaupun adik-adik aku dengan kawan-kawan depa banyak main dekat surau sat sembahyang, sat cucuh mercun takpa la. Asalkan depa mau pi. 

TV/Korea
Disebabkan bila time study aku selalu tidur lambat so bila balik rumah aku susah nak tidur awal. Kena tengok apa-apa bagi ralit dulu baru boleh lena. Selalu tengok TV3 yang Ramadhan Jangan Pergi tu takpun tengok Running Man hehe. 


Sedikit sebanyak diari ramadhan aku dengan family. Ramadhan hampa macam mana? Okey ka?

13 June 2014

Part 1: My #Girls0408

Assamualaikum.

Amboi tajuk nak gempak ajewww. Macam banyak-banyak part kengkononnya. Sambil tunggu bola (Brazil lawan Crotia yang tentunya Brazil akan menang) tulis belog sikit. Lama dah nak update tapi tak sampai mood tu. Ada lagi beberapa entry yang masih tersadai dan taktau bila akan siap. Takmau mukadimah panjang jom nak terus cerita hehe.

Kadang-kadang kan aku terfikir kenapa hubungan aku dengan schoolmates aku *SM Sains Sultan Mohamad Jiwa* rapat gila nak mati. Macam even kalau lama tak jumpa tiba-tiba jumpa takda la awkward gila. Semua macam okey ja. Rapat yang aku rasa aku susah dah nak jumpa kat mana-mana. Entah la aku rasa budak yang duduk asrama ja faham benda ni. Lima tahun duduk sekali dia punya ukhwah tu bukan senang-senang aku rasa boleh putus.

Kenapa rapat sampai rasa macam adik beradik?
Kenapa rapat sampai bila gaduh pun tak boleh lama-lama, sikit-sikit ja 
Kenapa rapat sampai boleh share benda yang tak boleh sebut kat sini haha 
Kenapa rasa rapat sampai boleh cakap jujur sejujurnya *takda nak jaga hati sangat main tibai ja*
Kenapa rapat sampai orang lain boleh jeles ewah 
Kenapa rapat sampai sekarang?
Kenapa?

Sebab 5 tahun kami buat benda secara berjemaah.

Yang paling penting ialah solat berjemaah. 

Yang tak berapa penting:
1) Makan maggi share berjemaah
2) Sembang/gosip berjemaah
3) Mandi berjemaah
4) Ponteng riadah berjemaah
5) Kena denda berjemaah
6) Pi outing berjemaah
7) Study+makan kerepek berjemaah yang akhirnya tidur berjemaah.
8) Pi toilet berjemaah lepas dengar cita hantu haha.

Aku rindu nak ulang balik zaman sekolah. Kalaulah ada peluang untuk ulang aku akan hargai setiap detik dengan kawan-kawan aku. Detik bangun pagi yang depa susah nak kejut aku, detik solat subuh, detik baca al-mathurat tersengguk-sengguk *belum cakap ada yang sujud tak bangun-bangun hahahaha*, detik makan dalam DM (Dewan Makan), detik dalam kelas, detik mandi dalam dark room, detik lepak atas katil, detik melawat dorm orang bila lalu nampak ada makanan haha, detik menari poco-poco, detik cakap pasal crush dan macam-macam lagi detik indah. 

Satu benda best pasal kawan-kawan aku, even dulu masa Form 4 dengan Form 5 ada dua kos iaitu Biologi dengan Teknologi Kejuruteraan tapi tak pernah ada yang cakap 

" Bio lagi susah la "
" TK lagi susah wey "
" Bio banyak nak kena hafal "
" TK ingat tak kena hafal ka? "

TAK PERNAH. 

Dan sekarang pun, kawan-kawan aku masih sama. Ada yang ambil medic, ada yang ambil engineering, ada yang ambil cikgu, ada yang ambil nursing, ada yang ambil account, ada yang ambil psikologi dan macam-macam. Tapi bila sembang kami tak pernah nak cakap mana-mana kos lagi susah. Budak medic pun bila sembang cool ja. Kalau cakap pasal kos pun lebih kepada bercerita dan berkongsi bukannya men'downgrade' mana-mana pihak.

Aku: " Medic mesti susah kan wey? "
Budak medic : Hmmm sambil sengih-sengih haha

Tak pernah lagi yang kata

" Gila tak susah? "
 ATAU
" Susah la daripada kos-kos lain "


Aku rindu hampa.
Pelisss guna #Girls0408 kalau bubuh gambaq kat instagram hahaha.
                                    

22 April 2014

Pulau Perhentian #AbonEniTravel

Assalamualaikum.

Bagi yang malas baca panjang-panjang dan nak tau bajet pergi Pulau Perhentian boleh terus scroll bawah sekali. Aku cuba bagi maklumat sedetail mungkin untuk kawan-kawan yang mungkin nak pi sana nanti. 

Pasal pi Perhentian ni plan tak plan sangat sebenarnya. Lepas balik Sarawak tu perasaan nak travel tu makin membuak-buak. Memang dah lama sembang kencang pasal nak pi Perhentian. Tapi tak sampai jugak. Macam-macam halangan sampai awalnya tu macam dah tak jadi. Tapi alhamdulillah Allah bagi peluang untuk aku dan Aini (Eni bukan nama sebenar) lihat keindahan Perhentian. Aku bagitau mama pun last minute jugak haha. Malam tu nak bertolak baru telefon habaq.

" Mama, kakak nak pi pulau ni. "
" Pulau mana pulak dah? "
" Perhentian kat Terengganu. Malam ni naik bas pi sana. "
" Asyik berjalan ja hang ni. Ha, takpalah pi la jalan sementara masih muda ni. "
" Kan kan nanti dah kahwin payah dah. "
" Jangan dok seronok sangat. Jaga diri. "


18hb April 2014

Kuala Lumpur ke Kuala Besut
Bertolak ke sana dengan menaiki bas dari KL.  Bas okey tapi penumpang tak berapa nak okey. Terdapat 5 orang pondan menaiki bas yang sama. Dah la suka menyanyi kuat-kuat. Kalau sedap takpa gak. Pastu paling aku tak puas hati, bila bas berhenti depa serbu toilet perempuan. Arghhh stress. Ingatkan depa nak pi tempat len rupanya nak pi Perhentian jugak. 


19hb April 2014

Jeti Kuala Besut
Sampai lebih kurang dalam jam 6 pagi. Perjalanan ambil masa 8 jam jugak. Turun ja dari bas, kami diserbu dengan pertanyaan
" Dah beli tiket bot belum? "

Beli apanya, semua last minute dah la pakai redah tak amik pakej. Dengan chalet pun tak book. Kami pun ikut pakcik tu beli tiket bot dulu pastu baru bergerak ke surau berdekatan untuk tunaikan solat Subuh. Harga bot memang standard aku rasa mana-mana pun RM70 pergi dan balik. Kalau hampa dapat murah dari harga ni mungkin bot tu hat takda bumbung haha melawak ja.


Sarapan dulu. Nasi dagang the best ever pernah masuk mulut. 

Bot
Masuk dalam bot ja aku dengan Aini terus capai life jacket. Gila tak pakai. Disebabkan tengok air lautan hindi dalam video membuatkan aku ketaq. Tu pun jangan nak pi pulau. Orang lain slumber ja tak pakai siap buat muka menikmati angin laut pulak. Awal tu ombak biasa-biasa ja. Aku masih rileks sambil tangan kejap pegang besi tepi bot. Bila dah sampai tengah di mana hang nampak air laut ja jantung aku pam laju gila. Nak pegang Aini aku malu pulak tengok foreigners yang satu bot muka rileks ja. Tapi aku terjerit gak sekali. Sekali ja. Haha tu adalah rekod jeritan paling sikit pernah aku capai. Kena control macho depan foreigners. 

Long Beach, Perhentian Kecil
Bila dah sampai tu aku hanya mampu sebut Subhanallah cantiknyaaaa. Air dia memang jernih. Kami pilih untuk stay dekat Long Beach sebab air dia lebih cantik dan jernih berbanding kawasan lain dengar kata. Kalau Perhentian Besar bajet tinggi sikit sebab chalet sana mahal. Perhentian Kecil ni lebih sesuai untuk backpackers. Dari bot yang kami naik tadi, kami kena naik pulak bot kecil yang dipanggil Taxi untuk sampai ke pantai. Bayar pulak RM2. 

Sampai-sampai ja terus rasa jatuh cinta.


Lagi la rasa jatuh cinta. 




Aini bergambar dengan sunglasses baru.


Walk in cari chalet

Sebenarnya kami ni cari nahas. Dah la pi time weekend pastu tak booking chalet memang nahas. Bayangkan kami di 'reject' oleh 6 buah chalet dengan pelbagai alasan. Macam nak menangis. Sampai aku terfikir nak sewa khemah ja haha. Janji kami boleh bermalam. Berjalan sambil galas beg dan usung plastik penuh hotcup sepanjang pantai adalah memenatkan. Orang yang naik bot sekali dengan kami dah siap tukaq baju pastu siap berjalan-jalan tepi pantai. Kami? Masih mencari chalet yang kosong. Akhirnya, kami lalu depan sebuah chalet yang nampak agak biasa berbanding yang lain. Ada dua lelaki muda dalam umur 15 tahun dengan seorang lelaki tua dalam lingkungan 50 an. Aini buat isyarat tanya depa ada bilik kosong ka dak. Depa panggil kami.
" Mari sini dulu. Duduk dulu. "

Kami pun berjalan ke arah depa. Dengan muka yang berpeluh-peluh dan nafas yang tercungap-cungap.

" Bilik kosong ada? "
" Duduk dulu. Makan kepok dulu. "
" Takmau. Saya takda selera dah ni. "
" Makan dulu baru ada bilik. "

Aku dengan Aini pun ambil kepok tu makan.

" Ha, jom tengok bilik. Tu pakcik kata makan dulu baru ada bilik. "

Pandai pakcik tu melawak. Takpa janji ada bilik. Bilik RM70 ada satu katil queen dan satu katil single. Bilik air pun ada sekali. Tapi takda tuala cuma diberi kain sejadah. Kat pulau ni pagi sampai petang takda eletrik so memang panas. Memang dia takmau bagi kita stay kat bilik rasanya haha. Eletrik akan ada dalam pukul 6.30 petang sampai ke 7.30 pagi macam tu bergantung kepada chalet yang kita duduk. So, sebagai langkah keselamatan, bawak la powerbank.

Snorkeling
Aktiviti wajib kalau dah mai pulau. Aku dengan Aini sebagai orang yang tak reti berenang pun terpanggil untuk buat aktiviti ni. Kami jalan sekitar pantai untuk cari pakej yang berbaloi. Rata-rata harga adalah standard. Short trip RM40, long trip RM50 dan special trip RM70 seingat aku la. 

" Abon, kita ambil hat short trip la na. "
" Tapi long trip lagi berbaloi. Banyak tempat pi. Beza RM10 ja wey. "    *sembang takmau kalah*

Lastly kami amik yang short trip sebab yang long trip dah gerak pukul 11 tadi. Kami terlewat beberapa minit. Pengalaman snorkeling ni macam-macam. Bila ingat balik memang nak gelak ja. Kami kena naik bot dengan tiga orang foreigners lelaki. Depa nampak bersemangat gila. 

" Kak, tempat snorkelling tu dalam dak? "
" Dalam. Takpa jangan risau kita akan ajar. Lagipun life jacket ada. "      *telan air liur aku*

Aku dah tak senang duduk bila kakak tu cakap camtu. Naik ja bot dia terus bawak pergi Shark Point. Kiranya kita boleh nampak shark la kat sini. Sampai sana mat-mat saleh tu terus terjun dengan gaya yang pelbagai. Aku dengan Aini masih terkial-kial nak pakai peralatan. Macam mana nak turun ni. Tak sampai kaki kot. Kalau aku lemas macam mana. Bermacam-macam benda bermain kat fikiran aku.

" Kak, turun la kak. Kena cepat nanti shark tu lari. "
" Jap ek. "

Ish macam mana ni. Tak turun-turun jugak. Aini dah mulakan langkah untuk turun. Tabik sebab dia berani. Memang la orang kata dah pakai life jacket buat apa nak takut tapi aku tak yakin dengan benda ciptaan manusia ni haha. Akhirnya, aku turun jugak tapi tangan sebelah masih pegang bot hahaha. Aku tak mampu nak lepaskan tangan aku.

" Kak, lepas la tangan kak. "
" Takut. "     *muka pucat takut lemas hahaha*
" Lepas ja. Kena rileks. "

Sampai ke sudah aku tak lepas. Aku nampak Aini dah kodek-kodek sampai tempat lain walaupun aku rasa direction dia macam salah hahahaha. Takpa janji dia berani. Pastu adik tu bagi tangga suruh kami naik ikut situ. Aku tengok Aini naik macam senang ja. Bila sampai turn aku, tak ternaik-naik. Ya Allah berat gila. Macam mana nak panjat ni.
" Kak, naik kak. "
" Tak boleh, berat. "    *sambil tergelak-gelak*
" La macam naik tangga ja. Tau tak naik tangga macam mana ? "
" Tau la. "    
*Berat la gila. Faham tak?*

Aku berusaha jugak untuk naik dan akhirnya aku berjaya tetapi jatuh terjelopok dalam bot.

"Abon, hang pijak Rayban mat saleh tu. "

Aini nampaknya tak risaukan aku yang jatuh terjelopok tapi lebih kepada Rayban mat saleh tu haha. Tempat kedua kami akan pergi ke Turtle Point untuk tengok penyu. Kali ni aku yakin aku boleh. Tadi tu mungkin cubaan pertama kali. Lagipun air dia macam cetek sikit tapi still tak cecah kaki la. Sampai ja destinasi aku terus ready untuk turun. Kali ni aku turun dulu dari Aini. Chewah nampak dak semangat dia.

" Aini, aku rasa tempat kedua ni kita akan okay kot. Tadi kan first time. "
" Ok, ok.

Aku cuba lepaskan tangan dari bot. Cuba untuk terapung dan dengok dasar. Tiba-tiba air masuk dalam mulut bergelen-gelen. Terus jadi gabra dan tak bertenang. Cepat-cepat aku capai bot hahahaha. Tu ja yang mampu aku buat. Tiba-tiba aku dengar orang cakap 

" Tu pasal apa tu?"
" Baru kot. "

Biar la nak kata apa pun janji aku dah try haha. Bila dah naik atas bot aku nampak Aini pegang tepi bot. Aku tengok dia macam lemah haha. Muka nak menyerah ja. 

"Aini, hang okey dak ni? "
 takdak jawapan.

Aku tengok dia macam nak pengsan ja terus aku tarik tangan dia tapi tak boleh sebab berat. Terus adik tu angkat Aini naik atas bot. Muka dia macam lemah. Rupanya-rupanya dia silap pi bot orang lain tadi. Tenaga dia dah habis berenang hahahaha. Air pulak masuk hidung so dia susah nak bernafas. 

Dua checkpoint lepas tu kami dah tak turun. Biaq la tak nampak ikan pun janji kami selamat haha. Mat salleh tu dok tanya

" Why don't you go down? "
" I'm scared. "
" It this your first time? "
" Why don't you try? "

Tapi Allah tu Maha Penyanyang. Walaupun duduk atas bot kami tetap nampak penyu dengan shark sebab air jernih pastu penyu tu timbul kat permukaan air. Cuma ikan ja la yang tak nampak. Takpa next time kalau ada rezeki untuk pi Perhentian lagi aku akan lebih ready haha.

Nampak lemah gila. Muka tak bersedia nak pi snorkeling.


Macam tu la aku bergayut kat bot. Sambil pakai life jacket, muka masuk dalam air tapi tangan padu pegang bot hahaha. Snorkelling kejadah apa macam tu?


Gambar yang mendapat banyak kritikan hebat di Facebook.


Aini selepas tersilap bot lain. Alhamdulillah berjaya diselamatkan hahaha.


Ceria sebab tunggu atas bot ja. Takamu turun dah.


Better dari gambar sebelum ni walaupun air tak henti-henti keluar dari hidung hahaha.


Balik ja dari snorkeling terus bedal hotcup. Travel kalau tak bawak hotcup macam tak umphhh haha !


Jungle Trekking ke Kincir Angin
Nak pi kincir angin ni kena ikut jalan yang hutan-hutan dan bukit-bukit sikit. Kami pi sendiri ja tapi ada yang bawak tour guide. Aku rasa okey ja tak bawak tour guide pun tapi bagi perempuan please jangan pi seorang diri. Make sure ada teman. Kami start jalan pukul 6 petang macam tu. Dalam pukul 6.30 petang dah sampai atas. Bila nak balik tu tinggal kami ja kat sana. Suasana makin gelap dengan bunyi binatang yang macam-macam. Semak dok bergerak-gerak. Siryes menakutkan tapi aku cuba buat berani. Patutnya balik before Maghrib tapi sebab terpukau dengan keindahan kat situ kami balik lambat sikit. So, girls please balik before hari nak malam untuk elakkan perkara tak elok berlaku. Tengah dalam perjalanan balik tu Aini tiba-tiba cakap

" Abon, sapa nak selamatkan kita? "
" Haish, takda apa aih. Kita ikut ja jalan tadi. "    *padahal aku pun cuak cuma takmau bagi Aini takut*

On the way ke kincir angin.


Best la sangat kan padahal mengah sepanjang jalan. 


Ni la kincir angin yang dimaksudkan. 


Waktu turun tu rasa best ja bila naik balik tu terketaq-ketaq lutut aku. 


View dari atas.


Bam !


Super duper cantik. Rasa tenang gila. 
Gambar ni belum cukup untuk ceritakan keindahan kat sana. 





Ilusi kurus, kata Aini.


Dia tak mengada-ngada. Tu ja kunci kalau nak travel dengan aku.
  *satu lagi kunci kena ada duit haha*


Makan 
Bila makan dengan minum kat sini jangan la terkejut sebab mahal dia standard pulau. Jangan pulak dok target harga standard kafe universiti kita. Tapi still mampu la cuma bila telur dadar pun RM5 aku rasa mau fikir seratus kali gak kan. Tapi dah mai pulau buat apa nak makan telur haha makan seafood la. Kami order tomyam seafood, udang goreng butter dengan nasi kosong. Air kami bawak mineral untuk lebih jimat. Harga dalam RM30 ++. Boleh tahan la harga dengan makanan.


Beach Talk

Belakang yang ada api-api bagai tu la Long Beach Party. Mat dan minah saleh layan la benda cenggitu. 
Tapi kami sekadar buat Beach Talk. Sembang pasal masa depan. 
Sembang muhung nak travel mana pulak lepas ni. 

Pillow Talk dalam Kelambu
Pukul 11 lebih camtu kami pun balik bilik. Nasib baik malam ada elektrik kalau tak aku tidur tepi pantai la jawabnya. Bilik tu ada kelambu bagai fefeeling honeymoon haha. Before tidur kami dok throwback pasal snorkeling. Gelak berdekah-dekah. Aini perli aku dok pegang bot, aku perli Aini silap bot pastu nak pitam bagai. Pengalaman tu sangat berharga kot. 

20hb April 2014

Bangun pagi terus terjah pantai. Mandi dalam air yang jernih tu memang best. Rasa dia lain. Rasa masin tu sama la tapi cantik air dia lain chewah. Sudah mandi, balik bilik untuk siap-siap sebab kena check out pukul 11 pagi.  Dalam pukul 12 tengahari, kami pun menaiki bot ke Jeti Kuala Besut. Berat hati nak tinggalkan pulau ni. Berat hati nak tinggalkan Symphony Chalet sebab perkerja dia baik-baik dan lawak haha.


Sumpah aku rindu. Dan aku tau Aini pun rindu. 


Selamat tinggal. Ada jodoh kita jumpa lagi Perhentian. 


Sepanjang travel kali ni memang banyak pengalaman yang aku dapat. Aku memang orang yang kurang keyakinan diri. Selalu mengharapkan orang lain tapi bila dah travel cenggini memang aku terpaksa untuk jadi berani. Nak tanya pasal bilik kosong pun malu haha. Pelik kan. Jalan pun tunduk bawah sampai muka nak masuk dalam pasir. Alhamdulillah dah makin berani naik bot tak macam dulu asyik terjerit menangis bagai buat orang menyampah ja. Pasal snorkeling tu mesti ramai yang cakap dah tau takut buat apa pi. Membazir duit ja. Tak kisah pun. Aku nak try cuma maybe keberanian tu tak berapa nak sampai haha. Next time, aku nak pastikan yang aku akan enjoy buat aktiviti snorkeling. Scuba ka. Why not kan haha. Cakap takmau kalah. Lastly, terima kasih Aini sebab selalu bersabar dengan karenah aku. Terima kasih sebab sepanjang travel tak mengada-ngada macam princess haha.


Bajet
Bot                      RM 70 (seorang pergi dan balik)
Taxi boat             RM 4
Chalet                 RM 70 (untuk semalam. Boleh dapat lagi murah kalau booking awal)
Snorkeling           RM 40 (short trip)
Makan                RM 20 (sebab kami bawak hotcup dan jajan)
Ole-ole               RMXX (ni ikut kemampuan haha)

Yang ni bajet kalau pi sendiri main redah sebab 2 hari 1 malam ja. Nak puas sikit pi la 3 or 4 hari. Nak lebih senang boleh ambil pakej. Cuma aku lebih prefer redah terus sebab rasa macam berdikari sikit dan aku tak suka terikat dengan jadual.

Aktiviti 
Kayak
Jungle trekking
Banana boat
Scuba
Snorkeling
Volleyball
Duduk bawah payung bayar RM10 macam minah saleh.
Island hoping
Candat sotong
Jalan-jalan pantai
Mandi pantai
BBQ

Kot-kot hampa blur taktau apa nak buat. Jangan risau banyak aktiviti menarik boleh dicuba. Harap info ni membantu !

The world is a book and those who do not travel read only one page.

PERINGATAN: Hampa kalau pi pulau atau mana-mana pun minta tolong jangan buang sampah merata-rata. Aku kadang-kadang tak faham dengan manusia yang konon-konon cintakan alam tapi buang sampah merata. Aku tau sapa buang aku ketuk tangan dia. 

20 March 2014

Kasih sayang

Assalamualaikum.

Rata-rata yang kenal aku mesti tau kan aku ada seorang adik bernama Aiman. Baru-baru ni aku dikejutkan oleh berita yang kurang menyenangkan. Aiman kena jangkitan kuman pada buah pinggang dia. Terkejut aku bila abang cakap macam tu.

" Mama mana? Awat mama tak angkat call aku? "

" Mama pi hospital. "

" La tengok sapa sakit? "

" Aiman "

" Sakit apa wey ? "

" Jangkitan kuman kat buah pinggang dia. Dua hari dah masuk hospital. "

Dah dua hari??? Kenapa takda sapa pun bagitau aku. Kenapa mama tak cakap. Persoalan yang bermain di fikiran aku. Aku rasa ketinggalan. Aku cuba untuk bertenang dan tidak terlalu risau. Ah, aku tau perangai Aiman. Mengada lebih ni kadang-kadang. Detik dalam hati.

Lepas Maghrib aku cuba lagi telefon mama. Tak berangkat. Akhirnya aku telefon abah. Sayu ja suara abah. Tak ceria mengusik aku seperti selalu.

" Siryes tak abah? "

" Hurm taktau nak kata. "

" Keadaan dia macam mana sekarang ni? "

" Doktor dah ambil 8 botol darah buat ujian. Nanti depa bagitau keputusan. Tadi darah keluar kot hidung dia. Panas sama kot. Badan dia membengkak sikit. "

Tak lama lepas tu aku menamatkan perbualan dengan abah. Air mata yang ditahan tadi gugur jua. Tak mampu dibendung lagi. Sebak dalam hati hanya Allah yang tau. Sapa yang tak sayang adik kan? Malam tu bengkak jugak mata aku. Nasib baik aku banyak refer kawan-kawan aku yang bakal jadi doktor dan tanya pendapat depa. At least, aku tau Aiman masih ada harapan. Mungkin benda tu tak begitu serius seperti yang aku gambarkan.

Tengah berWhatsApp dengan geng aku mengenai Aiman, tetiba Hasni telefon. Aku tau bila aku jawab ja telefon tu air mata aku akan gugur lagi. Dan itu yang terjadi. Sebak bertandang. Rasa kalau Hasni depan aku memang aku dah rebah dalam pelukan dia. Tambah-tambah dia memang kenal Aiman. 

" Hello, assalamualaikum. "

" Waalaikummussalam. Jangan la call kami. "

Senyap. Sunyi. Aku sebak. Tak boleh nak bercakap sepatah pun.

Lepas Isyak, aku baca surah Yaasin dengan doa agar Aiman cepat sembuh. Ya Allah, aku tak sanggup untuk kehilangan adik aku. Waktu tu aku fikir, kalau Allah nak ambil nyawa aku sebagai ganti pun aku sanggup. Malam tu, memang aku tidur bertemankan air mata. Keesokannya, aku ke kelas seperti biasa namun kurang ceria berbanding selalu. Aku masih tidak puas hati sebab aku tak dapat cakap dengan mama. Balik kelas, aku cuba lagi untuk telefon mama.

" Hello, assamualaikum. "

" Waalaikummussalam. "

" Mama, Aiman macam mana? "

" Alhamdulillah, takda apa aih. Aiman tu kuat. "

" Hurm...... tsk tsk mama tau dak kakak tak boleh lena semalam pikiaq pasal Aiman ."

" La takyah dok risau la. Sapa habaq kat kakak pasal Aiman ni? Mama memang takmau bagitau kakak pun. Mama takmau kakak risau. "

*********************************************************************************
Aku menangis teresak-esak. Mama selalu fikir pasal aku. Teringat waktu Tokwan Hashim (sebelah abah) meninggal. Waktu tu aku tengah menghadapi ujian pertengahan semester Tingkatan 1. Mama tak bagitau aku pasal tokwan dah meninggal. Balik cuti di rumah, aku ajak mama melawat tokwan sebab aku tau tokwan tengah sakit.

Sambil menyarung telekung untuk menunaikan solat Maghrib aku bersembang dengan mama.

" Mama, jom esok kita pi tengok tokwan. "

" Kakak, mama nak bagitau ni. Tokwan dah takdak. Mama takmau bagitau haritu sebab kakak tengah periksa. "

Menitik air mata aku membasahi telekung. Terduduk aku di atas tikar sejadah. Waktu tu aku memang rasa terkilan. Tapi bila aku fikirkan balik mungkin mama buat semua ni untuk kebaikan aku. Sebab tu aku takut bila Aiman masuk hospital. Aku takut mama cuba sembunyikan sesuatu dari aku.
*********************************************************************************

" Aiman tu budak aktif. Tadi dia ajak mama pi jalan-jalan kat taman. Dia mana boleh duduk diam. Kakak jangan risau na. "

" Mama, kakak nak cakap dengan Aiman sat. "

-------------------------------------------------

" Hello. "

" Hello. "

Lama aku diam. Tahan sebak.

" Hang sihat ka?, " suara aku sedikit bergetar menahan sebak.

Aiman diam. Dia tak boleh nak cakap dengan aku. Aku pun sama. 


Petang itu, doktor sahkan Aiman mengidap radang buah pinggang akibat dari jangkitan kuman tersebut. Darah Aiman juga naik tinggi. Tapi kesihatannya bertambah baik. Bengkak di badannya mulai surut. Keesokkannya, Aiman dah dibenarkan pulang oleh doktor tapi still dia kena buat check up dalam waktu tertentu di hospital. Syukur, alhamdulillah :)



Nilai kasih sayang tu terlalu tinggi. Tiada sempadan. Hargailah.