17 April 2015

#BMFRshortvacay in Pulau Kapas

Assalamualaikum.

Aku rasa sapa yang follow aku dekat Instagram mesti tau yang aku baru saja pi Pulau Kapas. It is a class trip actually. Mula-mula aku ingat benda ni macam tak best sangat sebab pi ramai-ramai tapi aku salah. Totally wrong. We were having so much fun! Sampai rasa tak boleh move on. Asyik dok scroll gambar pastu sengih sorang-sorang. Kronik tak kronik penyakit tak boleh move on ni haha.

Dengan berbajetkan RM200 setiap orang, kami ke Pulau Kapas selama 3 hari 2 malam. Tidur chalet ber'aircond' dengan attached bathroom pastu makanan yang sedap (terima kasih family Wan) pastu siap dapat tshirt yang cantik seorang sehelai pastu lagi BBQ sebanyak dua kali (first dekat Pulau Kapas and the second one dekat rumah kakak Wanie) dan macam-macam lagi la. Sebelum terlupa terima kasih kepada semua yang menjayakan program ni. Aku dah la suka pi Terengganu. Memang tak melepaskan peluang yang ada la. Macam-macam sangat momen indah yang terjadi. Tak semua boleh share tapi selamanya akan terpahat dalam hati ewahhh. 



Bersama makcik yang baru ja kenal depan masjid Unisza.



Selfie yang membuatkan aku rasa aku dah makan Qu Puteh hahaha!



BMFR girls



Art Street dekat dengan Pasar Payang



Masjid Kristal



Dah sampai Pulau Kapas



With le roommates 
*Baju semua nak boria hahaha*



Posing feeling-feeling vacation.



Kejayaan paling terbesar ialah berani snorkeling tanpa pegang bot lagi



Thanks semua sebab semua bagi semangat la boleh terjun kat tengah-tengah laut :P



On the way ke jungle treking. 



My signature pose.



Last selfie before balik.



Good bye Pulau Kapas.



#StillTakBolehMoveOn


01 April 2015

#GataiSikitSikit

Assalamualaikum

It's been a long time. Hai how are you my belog T_T. Lama rasa tak menulis. Banyak benda nak kongsi tapi macam takda masa. Masa pi mana pun aku taktau. Macam busy sangat ja padahallll

Sekarang kan bila isi borang apa-apa masa nak tulis umur tu rasa macam berat hati sangat haha. 24 tahun. So-so. Nak kata tua dak nak kata muda pun dak. Especially bila mama dah makin kerap tanya soalan yang aku sendiri tak suka. Now I know yang drama dalam tv tu kadang-kadang berdasarkan kisah benar.

 " Kakak, takkan takdak sapa-sapa kot? "

 " Hmmm, mana ada mama "
 *dengan muka stress nak marah makin bertambah dosa*


Kadang-kadang benda ni tak stress pun bila sembang dengan kawan-kawan tapi bila bab mama tanya teruih rasa satu tekanan besaq. Lani malas nak balik sebab takut kena tanya haha. Dengan jiran-jiran lagi. OMG ! Pernah mama ugut aku cakap nak terima ja sapa masuk meminang. Memang dak la. Nak paksa aku balik bertunang teruih katanya. Risau sangat. Maybe sebab aku seorang ja anak perempuan kot.

Kadang-kadang tipu la kalau tak rasa jealous tengok orang kahwin tambah-tambah aku yang kaki kenduri ni haha. Tapi kan aku banyak impian yang nak dilaksanakan sebelum aku kahwin. Nampak macam gatai nak kahwin hahaha tapi sebenarnya tak ready lagi pun selalu acah-acah ja dengan kawan-kawan. Tapi kan, tapi lagi haha kalau jodoh tu mai awal aku terima ja ngeee

Impian before kahwin:

1. Mendaki 5 gunung di Malaysia. Tinggal 3 ja lagi alhamdulillah :)
2. Pergi travel dengan adik-adik lelaki aku. Benda yang aku memang teringin nak buat dari dulu.
3. Solo travel. Pi la mana-mana pun asal seorang diri. Tapi takdak rezeki lagi. Penakut sama haha
4. Nak berbakti dengan mama abah. Banyak dah dok perabih duit depa ni 
5. And of course la nak perbaiki diri sebaik mungkin. Banyak cacat cela lagi ni huhu




Kalau suka kitew, kena selalu bawak kitew makan sedap-sedap tau
#GATAI

06 January 2015

Happy Anniversary ! #Girls0408

Assalamualaikum.

First entry 2015.Lamanya tak update belog. Walaupun lani bukan zaman belog aku tak peduli haha. Belog ni la tempat aku luahkan rasa cinta hahaha *sila ignore*

Aku gembira malam ni. Padahai tadi pagi kan aku kan takleh kan jawab kan exam kan rasa kan nak teriak kan. Kan kan kan ? Tau dak pasai pa? Sebab esok anniversary kami yang ke 11. Dah lama rupanya kami berkasih sayang  ehhh malu ioulllssss

Kenai dari zaman jerawat batu, muka berminyak, badan kurus sampai la zaman AuraWhite dan bertambah debab HAHAHAHA *melawak ja jangan gatai nak terasa*

Himpunan 2014......

















Serius aku cakap, aku jenis yang overly attached dengan kawan-kawan. Sapa yang kenai aku tau aku macam mana. Setiap kali nak cuti, otak aku akan merencana. Panjang kaki nak ke mana nak jumpa sapa. Aku cuba keep in touch dengan semua walaupun memang tak terdaya. Ya la bukannya semua kawan rapat nak hari-hari WhatsApp. Sapa yang menyepi aku cuba cari sekadar yang mampu. Sapa yang memang nak bawak diri aku takleh tolong la kan. Kalau boleh, aku nak semua orang rasa kuatnya ukhwah #Girls0408 tu. Jangan kita sia-siakan susah senang kita dekat asrama dulu.

Kadang-kadang aku rasa nak lari dari semua orang. Nak tau ada dak yang akan cari aku yang akan rindu aku yang akan plan semata-mata nak jumpa aku yang sanggup pi Alor Setar untuk cari aku tapi macam biasa aku tak boleh nak sepikan diri sebab hampa semua tau kan aku bising. Selagi kita semua MASIH SINGLE DAN TIDAK MEMPUNYAI KOMITMEN, marilah berjumpa hahaha !


Jangan tanya aku sayang hampa semua ka dak. Aku tampaq satgi !


7 Januari #SavetheDate

09 November 2014

Limau Limau Cafe, Melaka.

Assalamualaikum.

Hai bai bai! Muncul lagi dengan entry pasal kafe best di Jonker Street, Melaka. Limau Limau Cafe ni dekat ja dengan Daily Fix Cafe yang aku cerita dalam entry lepas. Jalan kaki tobat sampai. Limau Limau ni makanan dia boleh tahan sedap la bagi aku. Harga berbaloi dengan rasa. Decoration dia pun cool gitewww. Tuan kedai pun peramah kepada semua pelanggan macam dia tak pilih-pilih pelanggan la semua layanan sama. Aku haritu pi breakfast sini, kalau lunch aku tak berani komen sedap ke idok tapi breakfast sedap mesti lunch pun sedap kannn



Mai-mai ja terus cop sini.


Cool kan deco dia? 
Mari bersama Eric Leong



Banana Pancake, Apple Crumble with Vanilla Ice Cream and Chicken Sandwich
*nama menu sebenaqnya ingat-ingat lupa sebab panjang berjela*

RM 31.70 untuk tiga orang makan. Okey la kan? Takkan nak harga singgit plak 



Licinnnnn



Ada job vacancy weyhhh sapa nak apply cepat !




Berpuas hati dan aku bagi 3.85 bintang dari 5 :)





07 November 2014

Daily Fix Cafe, Melaka.

Assalamualaikum.


Holla guys. Lama gila aku tak muncul dengan entry pasal makanan yang best-best. Tapi kali ni nak cerita lebih kepada decoration kedai yang lawa-lawa hehe. Cita-cita aku kan nak jadi interior design kot mestilah aku tertarik kalau nampak benda-benda yang dihias dengan cantik hehe.

Memang plan dengan Saza (roomate) nak jalan-jalan kafe yang macam cool-cool dekat Jonker Street lepas habis semua test kengkonon nak hilangkan stress and just have fun. Search la beberapa tempat yang best dan semestinya HALAL. Ok, kafe ni memang decoration dia lawa. Vintage gila dan yang bestnya dia punya pelayan dia peramah dan tak sombong. 




Daily Fix Cafe ni terletak dalam kedai jual barangan kraf tangan so masuk-masuk tu hampa akan nampak bermacam jenis barangan batik dan kraf Melaka.
Eh ni bukan pelayan Daily Fix tau, inilah roomate aku, Saza Jebat




Cuba teka ni candid ka dak?
Teka laaaa




Makanan kami dah sampai !

Aku: Carrot Cake (terlebih kayu manis)
Fana: Durian Cake (rasa durian tu tak sampai)
Saza: Mint Cake (perghhhh ni memang rasa Colgate habis)


So-so la bagi aku dia punya rasa sebab harga sepotong kek pun dalam RM5++ ja. Tapi jangan la risau sebab ada banyak lagi pilihan cake yang lain macam Oreo Cheesecake and etc. Yang kami pilih ni rasa dia eksotik sikit. Manusia ni lidah tak sama kannn kalau tak kenapa ada yang suka makan biawak ye dok? HAHA !




Lepas dah habis makan, jalan-jalan pusing kafe tu cari port cantik nak tangkap gambaq.
Nidiaaaa koleksi talam zaman aku kecik-kecik. 




Dak, tu bukan cubaan korek hidung.
Tu style baru untuk bergambaq




Teringat rumah tok aku wey. Siryes !




Tenang sangat kat sini sebab tempat dia sangat rumah-rumah.




K, bye!