31 March 2012

A Day with Akak Mija

Assalamualaikum.

Jumaat kelmarin, aku diajak ke Tangkak Johor oleh akak Mija. Dengan pantas aku bersetuju. Dengar cerita sana banyak jual kain murah-murah. Kami bertolak dalam tengahari dan sampai sana dalam pukul 2. Ada kawan akak Mija nak jumpa adik dia dekat Kolej Matrikulasi Johor so kami singgah la sana sat. Siryes, tengok kawasan matriks tu teringat sekolah aku sebab suasana dia macam sekolah asrama.

Lepas tu, kami pun jalan2 pusing pekan Tangkak tengok apa yang menarik. Dapat la tudung sehelai. Dah tu kami pi Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan pulak untuk shopping. Tak larat berulang alik MP ke DP, DP ke MP.


Hostel senyap sepi. Biasa la petang Jumaat. Krohhhhhh...


Nama ja jualan murah tapi harga sama ja macam tempat lain cuma boleh tawar-menawar.


Ni la akak Mija kesayangan aku. Muda kan akak aku ?


Dalam toilet. Itu sahaja.


Dish ni nama dia Mee Racun.
Serius macam RACUN. Pedas gila bangang. Sampai keluar ayaq mata aku makan.


Lupa nama air ni.


Akak Mija, thanks sebab bawak Abon jalan-jalan. Friendship forever and ever. Love you. Muah!

28 March 2012

Perkara yang Menarik untuk Dilakukan bersama BFF.

Assalamualaikum.

BFF - Best Friend Forever.

NOT

BFF - Boyfriend Forever.

Ok, kawan-kawan aku nak share sikit beberapa perkara menarik untuk kita buat dengan teman yang tersayang. Especially for girls. Boys mana la aku tau aktiviti depa. Maybe memancing ? Aku tulis secara random ok. Bukan ikut ranking.

1. Pillow talk.
Bukan bantal bercakap atau cakap dengan bantal. Cakap sebelum tidur. Cara ni memang berkesan untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Macam-macam cerita akan keluar. Tapi, AWAS diingatkan "Jangan Tertidur Semasa Kawan Anda Tengah Bercerita!". Kalau dah mengantuk tu bagitau la BFF hampa. Kesian dia dok sembang seorang diri.

2. Tengok DVD.
Pilih cerita yang sesuai dan mendapat persetujuan bersama. Jangan pilih cerita yang bosan satgi dua-dua terbongkang.

3. Sesi karaoke.
Tak perlu nak pi karaoke mana2. Dalam bilik/dorm pun boleh. Teringat dulu-dulu aku dok menyanyi lagu Siti Nurhaliza dengan Azreen. Ahhh, merdunya suara kami.

4. Bercuti/Shopping.
Ni memang best kalau ada fulus. Ala, takyah nak jauh2 sangat. Pergi ja mana-mana pantai atau shopping complex yang berdekatan. Yang penting kualiti masa yang dihabiskan bersama. Bukan kuantiti barang yang dibeli.

5. Sleepover.
Kalau sapa yang tak pernah sleepover rumah kawan dia, dia memang rugi besar. Ataupun mungkin belum ada BFF yang betul-betul BFF. Macam-macam boleh buat. Tak tidur sampai ke pagi la kalau bersembang. Time ni jugak la nak kenal family BFF kita.

6. Ambil gambar.
Nampak macam simple tapi sebenarnya setiap gambar tu ada value dia yang tersendiri. Jangan ambil gambar yang nampak cute-cute ja. Cuba try macam-macam mimik muka. Nanti benda tu la yang akan jadi kenangan untuk kita ;)

7. Saling bertukar hadiah.
Dalam dunia ni mesti ada BFF yang tak pernah bagi hadiah sesama sendiri. Mungkin sebab malu nak bagi? Atau tak sure dia anggap hampa BFF dia or tak? Atau kedekut nak mampuih? Hahaha. Hargailah orang sentiasa ada bila kita senang atau susah. Mungkin sekeping kad ucapan dah cukup untuk menghiburkan hati mereka. Tapi, kalau dapat teddy bear lagi ok LOL *just joking* Tak pun, tulis satu post pasal dia dalam blog hampa pun mesti dia dah terharu. Trust me!

8. Beribadah bersama.
Solat jemaah sekali, puasa sunat sekali, puasa ganti sekali, bangun qiammulail sekali dan macam-macam lagi. Dengan ni, kita juga dapat mendekatkan diri pada Allah. Seriously, aku rindu gila zaman asrama dulu.


Sekian daripada aku.

Good friends are hard to find,
Harder to leave,
Impossible to forget.
Appreciate them :)

Burger In The House








Jemput makan !

27 March 2012


| Jaga diri, jaga maruah, jaga iman, jaga hati |

25 March 2012

Tenangkan Fikiran di Pantai Puteri, Melaka

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak ni, segelintir daripada housemates aku menjadi Jiwa Kacau. Aku pun sebenarnya tak pasti siapa yang kacau jiwa mereka. Oleh itu, depa telah membuat keputusan untuk menenangkan fikiran di pantai. Alah, macam drama-drama Melayu tu.


Akhma, menjadi driver ganti bagi Zimah.

Selamat sampai di Pantai Puteri.

Subhanallah, cantik !

Pengerusi Kelab Jiwa Kacau.

Setiausaha Kelab Jiwa Kacau.

Ni pulak ahli Kelab Kacau Orang.
Pengerusi : Emy

I love this moment.

For me, sometimes I just hate DMF. LOL !
*But, I really love you all.

Dah nak Maghrib, jom balik !

Ni time aku pulak nak tenangkan fikiran. Makan !

Terserempak Pidot di kedai makan. Ehhh, bukan2. Emy call dia suruh mai.

Alhamdulillah :)