13 June 2014

Part 1: My #Girls0408

Assamualaikum.

Amboi tajuk nak gempak ajewww. Macam banyak-banyak part kengkononnya. Sambil tunggu bola (Brazil lawan Crotia yang tentunya Brazil akan menang) tulis belog sikit. Lama dah nak update tapi tak sampai mood tu. Ada lagi beberapa entry yang masih tersadai dan taktau bila akan siap. Takmau mukadimah panjang jom nak terus cerita hehe.

Kadang-kadang kan aku terfikir kenapa hubungan aku dengan schoolmates aku *SM Sains Sultan Mohamad Jiwa* rapat gila nak mati. Macam even kalau lama tak jumpa tiba-tiba jumpa takda la awkward gila. Semua macam okey ja. Rapat yang aku rasa aku susah dah nak jumpa kat mana-mana. Entah la aku rasa budak yang duduk asrama ja faham benda ni. Lima tahun duduk sekali dia punya ukhwah tu bukan senang-senang aku rasa boleh putus.

Kenapa rapat sampai rasa macam adik beradik?
Kenapa rapat sampai bila gaduh pun tak boleh lama-lama, sikit-sikit ja 
Kenapa rapat sampai boleh share benda yang tak boleh sebut kat sini haha 
Kenapa rasa rapat sampai boleh cakap jujur sejujurnya *takda nak jaga hati sangat main tibai ja*
Kenapa rapat sampai orang lain boleh jeles ewah 
Kenapa rapat sampai sekarang?
Kenapa?

Sebab 5 tahun kami buat benda secara berjemaah.

Yang paling penting ialah solat berjemaah. 

Yang tak berapa penting:
1) Makan maggi share berjemaah
2) Sembang/gosip berjemaah
3) Mandi berjemaah
4) Ponteng riadah berjemaah
5) Kena denda berjemaah
6) Pi outing berjemaah
7) Study+makan kerepek berjemaah yang akhirnya tidur berjemaah.
8) Pi toilet berjemaah lepas dengar cita hantu haha.

Aku rindu nak ulang balik zaman sekolah. Kalaulah ada peluang untuk ulang aku akan hargai setiap detik dengan kawan-kawan aku. Detik bangun pagi yang depa susah nak kejut aku, detik solat subuh, detik baca al-mathurat tersengguk-sengguk *belum cakap ada yang sujud tak bangun-bangun hahahaha*, detik makan dalam DM (Dewan Makan), detik dalam kelas, detik mandi dalam dark room, detik lepak atas katil, detik melawat dorm orang bila lalu nampak ada makanan haha, detik menari poco-poco, detik cakap pasal crush dan macam-macam lagi detik indah. 

Satu benda best pasal kawan-kawan aku, even dulu masa Form 4 dengan Form 5 ada dua kos iaitu Biologi dengan Teknologi Kejuruteraan tapi tak pernah ada yang cakap 

" Bio lagi susah la "
" TK lagi susah wey "
" Bio banyak nak kena hafal "
" TK ingat tak kena hafal ka? "

TAK PERNAH. 

Dan sekarang pun, kawan-kawan aku masih sama. Ada yang ambil medic, ada yang ambil engineering, ada yang ambil cikgu, ada yang ambil nursing, ada yang ambil account, ada yang ambil psikologi dan macam-macam. Tapi bila sembang kami tak pernah nak cakap mana-mana kos lagi susah. Budak medic pun bila sembang cool ja. Kalau cakap pasal kos pun lebih kepada bercerita dan berkongsi bukannya men'downgrade' mana-mana pihak.

Aku: " Medic mesti susah kan wey? "
Budak medic : Hmmm sambil sengih-sengih haha

Tak pernah lagi yang kata

" Gila tak susah? "
 ATAU
" Susah la daripada kos-kos lain "


Aku rindu hampa.
Pelisss guna #Girls0408 kalau bubuh gambaq kat instagram hahaha.
                                    

22 April 2014

Pulau Perhentian #AbonEniTravel

Assalamualaikum.

Bagi yang malas baca panjang-panjang dan nak tau bajet pergi Pulau Perhentian boleh terus scroll bawah sekali. Aku cuba bagi maklumat sedetail mungkin untuk kawan-kawan yang mungkin nak pi sana nanti. 

Pasal pi Perhentian ni plan tak plan sangat sebenarnya. Lepas balik Sarawak tu perasaan nak travel tu makin membuak-buak. Memang dah lama sembang kencang pasal nak pi Perhentian. Tapi tak sampai jugak. Macam-macam halangan sampai awalnya tu macam dah tak jadi. Tapi alhamdulillah Allah bagi peluang untuk aku dan Aini (Eni bukan nama sebenar) lihat keindahan Perhentian. Aku bagitau mama pun last minute jugak haha. Malam tu nak bertolak baru telefon habaq.

" Mama, kakak nak pi pulau ni. "
" Pulau mana pulak dah? "
" Perhentian kat Terengganu. Malam ni naik bas pi sana. "
" Asyik berjalan ja hang ni. Ha, takpalah pi la jalan sementara masih muda ni. "
" Kan kan nanti dah kahwin payah dah. "
" Jangan dok seronok sangat. Jaga diri. "


18hb April 2014

Kuala Lumpur ke Kuala Besut
Bertolak ke sana dengan menaiki bas dari KL.  Bas okey tapi penumpang tak berapa nak okey. Terdapat 5 orang pondan menaiki bas yang sama. Dah la suka menyanyi kuat-kuat. Kalau sedap takpa gak. Pastu paling aku tak puas hati, bila bas berhenti depa serbu toilet perempuan. Arghhh stress. Ingatkan depa nak pi tempat len rupanya nak pi Perhentian jugak. 


19hb April 2014

Jeti Kuala Besut
Sampai lebih kurang dalam jam 6 pagi. Perjalanan ambil masa 8 jam jugak. Turun ja dari bas, kami diserbu dengan pertanyaan
" Dah beli tiket bot belum? "

Beli apanya, semua last minute dah la pakai redah tak amik pakej. Dengan chalet pun tak book. Kami pun ikut pakcik tu beli tiket bot dulu pastu baru bergerak ke surau berdekatan untuk tunaikan solat Subuh. Harga bot memang standard aku rasa mana-mana pun RM70 pergi dan balik. Kalau hampa dapat murah dari harga ni mungkin bot tu hat takda bumbung haha melawak ja.


Sarapan dulu. Nasi dagang the best ever pernah masuk mulut. 

Bot
Masuk dalam bot ja aku dengan Aini terus capai life jacket. Gila tak pakai. Disebabkan tengok air lautan hindi dalam video membuatkan aku ketaq. Tu pun jangan nak pi pulau. Orang lain slumber ja tak pakai siap buat muka menikmati angin laut pulak. Awal tu ombak biasa-biasa ja. Aku masih rileks sambil tangan kejap pegang besi tepi bot. Bila dah sampai tengah di mana hang nampak air laut ja jantung aku pam laju gila. Nak pegang Aini aku malu pulak tengok foreigners yang satu bot muka rileks ja. Tapi aku terjerit gak sekali. Sekali ja. Haha tu adalah rekod jeritan paling sikit pernah aku capai. Kena control macho depan foreigners. 

Long Beach, Perhentian Kecil
Bila dah sampai tu aku hanya mampu sebut Subhanallah cantiknyaaaa. Air dia memang jernih. Kami pilih untuk stay dekat Long Beach sebab air dia lebih cantik dan jernih berbanding kawasan lain dengar kata. Kalau Perhentian Besar bajet tinggi sikit sebab chalet sana mahal. Perhentian Kecil ni lebih sesuai untuk backpackers. Dari bot yang kami naik tadi, kami kena naik pulak bot kecil yang dipanggil Taxi untuk sampai ke pantai. Bayar pulak RM2. 

Sampai-sampai ja terus rasa jatuh cinta.


Lagi la rasa jatuh cinta. 




Aini bergambar dengan sunglasses baru.


Walk in cari chalet

Sebenarnya kami ni cari nahas. Dah la pi time weekend pastu tak booking chalet memang nahas. Bayangkan kami di 'reject' oleh 6 buah chalet dengan pelbagai alasan. Macam nak menangis. Sampai aku terfikir nak sewa khemah ja haha. Janji kami boleh bermalam. Berjalan sambil galas beg dan usung plastik penuh hotcup sepanjang pantai adalah memenatkan. Orang yang naik bot sekali dengan kami dah siap tukaq baju pastu siap berjalan-jalan tepi pantai. Kami? Masih mencari chalet yang kosong. Akhirnya, kami lalu depan sebuah chalet yang nampak agak biasa berbanding yang lain. Ada dua lelaki muda dalam umur 15 tahun dengan seorang lelaki tua dalam lingkungan 50 an. Aini buat isyarat tanya depa ada bilik kosong ka dak. Depa panggil kami.
" Mari sini dulu. Duduk dulu. "

Kami pun berjalan ke arah depa. Dengan muka yang berpeluh-peluh dan nafas yang tercungap-cungap.

" Bilik kosong ada? "
" Duduk dulu. Makan kepok dulu. "
" Takmau. Saya takda selera dah ni. "
" Makan dulu baru ada bilik. "

Aku dengan Aini pun ambil kepok tu makan.

" Ha, jom tengok bilik. Tu pakcik kata makan dulu baru ada bilik. "

Pandai pakcik tu melawak. Takpa janji ada bilik. Bilik RM70 ada satu katil queen dan satu katil single. Bilik air pun ada sekali. Tapi takda tuala cuma diberi kain sejadah. Kat pulau ni pagi sampai petang takda eletrik so memang panas. Memang dia takmau bagi kita stay kat bilik rasanya haha. Eletrik akan ada dalam pukul 6.30 petang sampai ke 7.30 pagi macam tu bergantung kepada chalet yang kita duduk. So, sebagai langkah keselamatan, bawak la powerbank.

Snorkeling
Aktiviti wajib kalau dah mai pulau. Aku dengan Aini sebagai orang yang tak reti berenang pun terpanggil untuk buat aktiviti ni. Kami jalan sekitar pantai untuk cari pakej yang berbaloi. Rata-rata harga adalah standard. Short trip RM40, long trip RM50 dan special trip RM70 seingat aku la. 

" Abon, kita ambil hat short trip la na. "
" Tapi long trip lagi berbaloi. Banyak tempat pi. Beza RM10 ja wey. "    *sembang takmau kalah*

Lastly kami amik yang short trip sebab yang long trip dah gerak pukul 11 tadi. Kami terlewat beberapa minit. Pengalaman snorkeling ni macam-macam. Bila ingat balik memang nak gelak ja. Kami kena naik bot dengan tiga orang foreigners lelaki. Depa nampak bersemangat gila. 

" Kak, tempat snorkelling tu dalam dak? "
" Dalam. Takpa jangan risau kita akan ajar. Lagipun life jacket ada. "      *telan air liur aku*

Aku dah tak senang duduk bila kakak tu cakap camtu. Naik ja bot dia terus bawak pergi Shark Point. Kiranya kita boleh nampak shark la kat sini. Sampai sana mat-mat saleh tu terus terjun dengan gaya yang pelbagai. Aku dengan Aini masih terkial-kial nak pakai peralatan. Macam mana nak turun ni. Tak sampai kaki kot. Kalau aku lemas macam mana. Bermacam-macam benda bermain kat fikiran aku.

" Kak, turun la kak. Kena cepat nanti shark tu lari. "
" Jap ek. "

Ish macam mana ni. Tak turun-turun jugak. Aini dah mulakan langkah untuk turun. Tabik sebab dia berani. Memang la orang kata dah pakai life jacket buat apa nak takut tapi aku tak yakin dengan benda ciptaan manusia ni haha. Akhirnya, aku turun jugak tapi tangan sebelah masih pegang bot hahaha. Aku tak mampu nak lepaskan tangan aku.

" Kak, lepas la tangan kak. "
" Takut. "     *muka pucat takut lemas hahaha*
" Lepas ja. Kena rileks. "

Sampai ke sudah aku tak lepas. Aku nampak Aini dah kodek-kodek sampai tempat lain walaupun aku rasa direction dia macam salah hahahaha. Takpa janji dia berani. Pastu adik tu bagi tangga suruh kami naik ikut situ. Aku tengok Aini naik macam senang ja. Bila sampai turn aku, tak ternaik-naik. Ya Allah berat gila. Macam mana nak panjat ni.
" Kak, naik kak. "
" Tak boleh, berat. "    *sambil tergelak-gelak*
" La macam naik tangga ja. Tau tak naik tangga macam mana ? "
" Tau la. "    
*Berat la gila. Faham tak?*

Aku berusaha jugak untuk naik dan akhirnya aku berjaya tetapi jatuh terjelopok dalam bot.

"Abon, hang pijak Rayban mat saleh tu. "

Aini nampaknya tak risaukan aku yang jatuh terjelopok tapi lebih kepada Rayban mat saleh tu haha. Tempat kedua kami akan pergi ke Turtle Point untuk tengok penyu. Kali ni aku yakin aku boleh. Tadi tu mungkin cubaan pertama kali. Lagipun air dia macam cetek sikit tapi still tak cecah kaki la. Sampai ja destinasi aku terus ready untuk turun. Kali ni aku turun dulu dari Aini. Chewah nampak dak semangat dia.

" Aini, aku rasa tempat kedua ni kita akan okay kot. Tadi kan first time. "
" Ok, ok.

Aku cuba lepaskan tangan dari bot. Cuba untuk terapung dan dengok dasar. Tiba-tiba air masuk dalam mulut bergelen-gelen. Terus jadi gabra dan tak bertenang. Cepat-cepat aku capai bot hahahaha. Tu ja yang mampu aku buat. Tiba-tiba aku dengar orang cakap 

" Tu pasal apa tu?"
" Baru kot. "

Biar la nak kata apa pun janji aku dah try haha. Bila dah naik atas bot aku nampak Aini pegang tepi bot. Aku tengok dia macam lemah haha. Muka nak menyerah ja. 

"Aini, hang okey dak ni? "
 takdak jawapan.

Aku tengok dia macam nak pengsan ja terus aku tarik tangan dia tapi tak boleh sebab berat. Terus adik tu angkat Aini naik atas bot. Muka dia macam lemah. Rupanya-rupanya dia silap pi bot orang lain tadi. Tenaga dia dah habis berenang hahahaha. Air pulak masuk hidung so dia susah nak bernafas. 

Dua checkpoint lepas tu kami dah tak turun. Biaq la tak nampak ikan pun janji kami selamat haha. Mat salleh tu dok tanya

" Why don't you go down? "
" I'm scared. "
" It this your first time? "
" Why don't you try? "

Tapi Allah tu Maha Penyanyang. Walaupun duduk atas bot kami tetap nampak penyu dengan shark sebab air jernih pastu penyu tu timbul kat permukaan air. Cuma ikan ja la yang tak nampak. Takpa next time kalau ada rezeki untuk pi Perhentian lagi aku akan lebih ready haha.

Nampak lemah gila. Muka tak bersedia nak pi snorkeling.


Macam tu la aku bergayut kat bot. Sambil pakai life jacket, muka masuk dalam air tapi tangan padu pegang bot hahaha. Snorkelling kejadah apa macam tu?


Gambar yang mendapat banyak kritikan hebat di Facebook.


Aini selepas tersilap bot lain. Alhamdulillah berjaya diselamatkan hahaha.


Ceria sebab tunggu atas bot ja. Takamu turun dah.


Better dari gambar sebelum ni walaupun air tak henti-henti keluar dari hidung hahaha.


Balik ja dari snorkeling terus bedal hotcup. Travel kalau tak bawak hotcup macam tak umphhh haha !


Jungle Trekking ke Kincir Angin
Nak pi kincir angin ni kena ikut jalan yang hutan-hutan dan bukit-bukit sikit. Kami pi sendiri ja tapi ada yang bawak tour guide. Aku rasa okey ja tak bawak tour guide pun tapi bagi perempuan please jangan pi seorang diri. Make sure ada teman. Kami start jalan pukul 6 petang macam tu. Dalam pukul 6.30 petang dah sampai atas. Bila nak balik tu tinggal kami ja kat sana. Suasana makin gelap dengan bunyi binatang yang macam-macam. Semak dok bergerak-gerak. Siryes menakutkan tapi aku cuba buat berani. Patutnya balik before Maghrib tapi sebab terpukau dengan keindahan kat situ kami balik lambat sikit. So, girls please balik before hari nak malam untuk elakkan perkara tak elok berlaku. Tengah dalam perjalanan balik tu Aini tiba-tiba cakap

" Abon, sapa nak selamatkan kita? "
" Haish, takda apa aih. Kita ikut ja jalan tadi. "    *padahal aku pun cuak cuma takmau bagi Aini takut*

On the way ke kincir angin.


Best la sangat kan padahal mengah sepanjang jalan. 


Ni la kincir angin yang dimaksudkan. 


Waktu turun tu rasa best ja bila naik balik tu terketaq-ketaq lutut aku. 


View dari atas.


Bam !


Super duper cantik. Rasa tenang gila. 
Gambar ni belum cukup untuk ceritakan keindahan kat sana. 





Ilusi kurus, kata Aini.


Dia tak mengada-ngada. Tu ja kunci kalau nak travel dengan aku.
  *satu lagi kunci kena ada duit haha*


Makan 
Bila makan dengan minum kat sini jangan la terkejut sebab mahal dia standard pulau. Jangan pulak dok target harga standard kafe universiti kita. Tapi still mampu la cuma bila telur dadar pun RM5 aku rasa mau fikir seratus kali gak kan. Tapi dah mai pulau buat apa nak makan telur haha makan seafood la. Kami order tomyam seafood, udang goreng butter dengan nasi kosong. Air kami bawak mineral untuk lebih jimat. Harga dalam RM30 ++. Boleh tahan la harga dengan makanan.


Beach Talk

Belakang yang ada api-api bagai tu la Long Beach Party. Mat dan minah saleh layan la benda cenggitu. 
Tapi kami sekadar buat Beach Talk. Sembang pasal masa depan. 
Sembang muhung nak travel mana pulak lepas ni. 

Pillow Talk dalam Kelambu
Pukul 11 lebih camtu kami pun balik bilik. Nasib baik malam ada elektrik kalau tak aku tidur tepi pantai la jawabnya. Bilik tu ada kelambu bagai fefeeling honeymoon haha. Before tidur kami dok throwback pasal snorkeling. Gelak berdekah-dekah. Aini perli aku dok pegang bot, aku perli Aini silap bot pastu nak pitam bagai. Pengalaman tu sangat berharga kot. 

20hb April 2014

Bangun pagi terus terjah pantai. Mandi dalam air yang jernih tu memang best. Rasa dia lain. Rasa masin tu sama la tapi cantik air dia lain chewah. Sudah mandi, balik bilik untuk siap-siap sebab kena check out pukul 11 pagi.  Dalam pukul 12 tengahari, kami pun menaiki bot ke Jeti Kuala Besut. Berat hati nak tinggalkan pulau ni. Berat hati nak tinggalkan Symphony Chalet sebab perkerja dia baik-baik dan lawak haha.


Sumpah aku rindu. Dan aku tau Aini pun rindu. 


Selamat tinggal. Ada jodoh kita jumpa lagi Perhentian. 


Sepanjang travel kali ni memang banyak pengalaman yang aku dapat. Aku memang orang yang kurang keyakinan diri. Selalu mengharapkan orang lain tapi bila dah travel cenggini memang aku terpaksa untuk jadi berani. Nak tanya pasal bilik kosong pun malu haha. Pelik kan. Jalan pun tunduk bawah sampai muka nak masuk dalam pasir. Alhamdulillah dah makin berani naik bot tak macam dulu asyik terjerit menangis bagai buat orang menyampah ja. Pasal snorkeling tu mesti ramai yang cakap dah tau takut buat apa pi. Membazir duit ja. Tak kisah pun. Aku nak try cuma maybe keberanian tu tak berapa nak sampai haha. Next time, aku nak pastikan yang aku akan enjoy buat aktiviti snorkeling. Scuba ka. Why not kan haha. Cakap takmau kalah. Lastly, terima kasih Aini sebab selalu bersabar dengan karenah aku. Terima kasih sebab sepanjang travel tak mengada-ngada macam princess haha.


Bajet
Bot                      RM 70 (seorang pergi dan balik)
Taxi boat             RM 4
Chalet                 RM 70 (untuk semalam. Boleh dapat lagi murah kalau booking awal)
Snorkeling           RM 40 (short trip)
Makan                RM 20 (sebab kami bawak hotcup dan jajan)
Ole-ole               RMXX (ni ikut kemampuan haha)

Yang ni bajet kalau pi sendiri main redah sebab 2 hari 1 malam ja. Nak puas sikit pi la 3 or 4 hari. Nak lebih senang boleh ambil pakej. Cuma aku lebih prefer redah terus sebab rasa macam berdikari sikit dan aku tak suka terikat dengan jadual.

Aktiviti 
Kayak
Jungle trekking
Banana boat
Scuba
Snorkeling
Volleyball
Duduk bawah payung bayar RM10 macam minah saleh.
Island hoping
Candat sotong
Jalan-jalan pantai
Mandi pantai
BBQ

Kot-kot hampa blur taktau apa nak buat. Jangan risau banyak aktiviti menarik boleh dicuba. Harap info ni membantu !

The world is a book and those who do not travel read only one page.

PERINGATAN: Hampa kalau pi pulau atau mana-mana pun minta tolong jangan buang sampah merata-rata. Aku kadang-kadang tak faham dengan manusia yang konon-konon cintakan alam tapi buang sampah merata. Aku tau sapa buang aku ketuk tangan dia. 

20 March 2014

Kasih sayang

Assalamualaikum.

Rata-rata yang kenal aku mesti tau kan aku ada seorang adik bernama Aiman. Baru-baru ni aku dikejutkan oleh berita yang kurang menyenangkan. Aiman kena jangkitan kuman pada buah pinggang dia. Terkejut aku bila abang cakap macam tu.

" Mama mana? Awat mama tak angkat call aku? "

" Mama pi hospital. "

" La tengok sapa sakit? "

" Aiman "

" Sakit apa wey ? "

" Jangkitan kuman kat buah pinggang dia. Dua hari dah masuk hospital. "

Dah dua hari??? Kenapa takda sapa pun bagitau aku. Kenapa mama tak cakap. Persoalan yang bermain di fikiran aku. Aku rasa ketinggalan. Aku cuba untuk bertenang dan tidak terlalu risau. Ah, aku tau perangai Aiman. Mengada lebih ni kadang-kadang. Detik dalam hati.

Lepas Maghrib aku cuba lagi telefon mama. Tak berangkat. Akhirnya aku telefon abah. Sayu ja suara abah. Tak ceria mengusik aku seperti selalu.

" Siryes tak abah? "

" Hurm taktau nak kata. "

" Keadaan dia macam mana sekarang ni? "

" Doktor dah ambil 8 botol darah buat ujian. Nanti depa bagitau keputusan. Tadi darah keluar kot hidung dia. Panas sama kot. Badan dia membengkak sikit. "

Tak lama lepas tu aku menamatkan perbualan dengan abah. Air mata yang ditahan tadi gugur jua. Tak mampu dibendung lagi. Sebak dalam hati hanya Allah yang tau. Sapa yang tak sayang adik kan? Malam tu bengkak jugak mata aku. Nasib baik aku banyak refer kawan-kawan aku yang bakal jadi doktor dan tanya pendapat depa. At least, aku tau Aiman masih ada harapan. Mungkin benda tu tak begitu serius seperti yang aku gambarkan.

Tengah berWhatsApp dengan geng aku mengenai Aiman, tetiba Hasni telefon. Aku tau bila aku jawab ja telefon tu air mata aku akan gugur lagi. Dan itu yang terjadi. Sebak bertandang. Rasa kalau Hasni depan aku memang aku dah rebah dalam pelukan dia. Tambah-tambah dia memang kenal Aiman. 

" Hello, assalamualaikum. "

" Waalaikummussalam. Jangan la call kami. "

Senyap. Sunyi. Aku sebak. Tak boleh nak bercakap sepatah pun.

Lepas Isyak, aku baca surah Yaasin dengan doa agar Aiman cepat sembuh. Ya Allah, aku tak sanggup untuk kehilangan adik aku. Waktu tu aku fikir, kalau Allah nak ambil nyawa aku sebagai ganti pun aku sanggup. Malam tu, memang aku tidur bertemankan air mata. Keesokannya, aku ke kelas seperti biasa namun kurang ceria berbanding selalu. Aku masih tidak puas hati sebab aku tak dapat cakap dengan mama. Balik kelas, aku cuba lagi untuk telefon mama.

" Hello, assamualaikum. "

" Waalaikummussalam. "

" Mama, Aiman macam mana? "

" Alhamdulillah, takda apa aih. Aiman tu kuat. "

" Hurm...... tsk tsk mama tau dak kakak tak boleh lena semalam pikiaq pasal Aiman ."

" La takyah dok risau la. Sapa habaq kat kakak pasal Aiman ni? Mama memang takmau bagitau kakak pun. Mama takmau kakak risau. "

*********************************************************************************
Aku menangis teresak-esak. Mama selalu fikir pasal aku. Teringat waktu Tokwan Hashim (sebelah abah) meninggal. Waktu tu aku tengah menghadapi ujian pertengahan semester Tingkatan 1. Mama tak bagitau aku pasal tokwan dah meninggal. Balik cuti di rumah, aku ajak mama melawat tokwan sebab aku tau tokwan tengah sakit.

Sambil menyarung telekung untuk menunaikan solat Maghrib aku bersembang dengan mama.

" Mama, jom esok kita pi tengok tokwan. "

" Kakak, mama nak bagitau ni. Tokwan dah takdak. Mama takmau bagitau haritu sebab kakak tengah periksa. "

Menitik air mata aku membasahi telekung. Terduduk aku di atas tikar sejadah. Waktu tu aku memang rasa terkilan. Tapi bila aku fikirkan balik mungkin mama buat semua ni untuk kebaikan aku. Sebab tu aku takut bila Aiman masuk hospital. Aku takut mama cuba sembunyikan sesuatu dari aku.
*********************************************************************************

" Aiman tu budak aktif. Tadi dia ajak mama pi jalan-jalan kat taman. Dia mana boleh duduk diam. Kakak jangan risau na. "

" Mama, kakak nak cakap dengan Aiman sat. "

-------------------------------------------------

" Hello. "

" Hello. "

Lama aku diam. Tahan sebak.

" Hang sihat ka?, " suara aku sedikit bergetar menahan sebak.

Aiman diam. Dia tak boleh nak cakap dengan aku. Aku pun sama. 


Petang itu, doktor sahkan Aiman mengidap radang buah pinggang akibat dari jangkitan kuman tersebut. Darah Aiman juga naik tinggi. Tapi kesihatannya bertambah baik. Bengkak di badannya mulai surut. Keesokkannya, Aiman dah dibenarkan pulang oleh doktor tapi still dia kena buat check up dalam waktu tertentu di hospital. Syukur, alhamdulillah :)



Nilai kasih sayang tu terlalu tinggi. Tiada sempadan. Hargailah.

01 March 2014

Beg Galas Belakang ke Sarawak

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu aku nak minta maaf kepada Aini dan Piyin bukan nama sebenar sebab ambil masa sebulan lebih untuk merealisasikan entry kali ni. Ni pun pinjam laptop orang pukul 3 pagi. Sila hargai effort aku. 

Ke Sarawak? Ramai tanya aku awat tak pi Sabah, Sabah best. Sebab aku nak pi Sarawak. InshaaAllah ada rezeki aku sampai. Meh nak cita pasal Sarawak. Sarawak pun best wehhh. Suka duka sedih gembira semua cukup lengkap dalam trip aku kali ni dengan Aini dan Piyin. Aku tak plan sangat benda ni. Cuma niat nak release tension lepas final exam. Nak rasa suasana lain. Tengok Air Asia murah, terus booking tiket. Aku tak malu nak bagitau ni kali pertama aku naik flight. Beberapa orang jugak la aku tanya camna nak booking, camna nak bayar, etc. Cuak takut terlepas flight la, cuak takut kapal terbang tu terhempas la macam-macam aku fikir. 


12 Januari 2014

Aku jumpa Aini dengan Piyin di KL Sentral. Kami naik bas ke LCCT dari KL Sentral. Pastu, malam tu tidur dalam surau ja sebab flight kami pukul 7.25 pagi. Lepas subuh kami dah terpacak dalam tu. Gila punctual sebab maklumlah first time. Takut sangat terlepas flight hehe.


13 Januari 2014


Beg ni ja untuk 3 hari 2 malam. Takyah nak beg roda bagai.
Poyo kan aku letak tag FLY 


With Air Asia, everyone can fly. Aku suka tagline tu. Memang tepat dan padat. Perasaan first time naik Air Asia: " Macam naik bas ja tapi lagi sempit. Macam naik feri pun ada gak haha ! "


Aku pesan ni untuk breakfast.


Eh, Aini pun makan nasi lemak jugak?


Piyin pun? 
Sebenarnya, nasi lemak tu kami beli satu ja hahahahaha pastu share sorang sikit buat bekal perut.
Air pun minum sorang seteguk ja. Tengok la saiz air tu. Maklumlah free.
#KemanisanUkhwah padahal nak jimat


Satu jam empat puluh lima minit lepas tu, alhamdulillah kami selamat sampai di Kuching International Airport. Then, bermulalah pencarian tempat penginapan. Kami kalau boleh nak yang sehabis murah dan kami bernasib baik dapat bilik satu malam RM60 (aircond and shared toilet) kat Saramo Hostel. Ya HOSTEL, aku tak salah eja. Bilik yang kami duduk tu cuma ada shower ja, kalau nak buang air kecil mahupun besar kena pi toilet dekat dengan reception hahahaha. Toilet tu kiranya dikongsi oleh semua yang menginap kat situ. Takpa, asal murah kami sanggup. 

Lepas check in, kami terus plan untuk pergi ke Kampung Budaya Sarawak. Untuk ke sana, memang akan ada shuttle van. Tambang pi balik sepatutnya RM20 seorang tapi kami telah dikapak oleh uncle tu jadi RM24 seorang. Redha ja la walaupun aku tak henti-henti dok ulang dekat Aini dengan Piyin yang kami dah rugi RM4. 

Ok, tiket masuk ke Kampung Budaya tu untuk dewasa RM60. Tapi dengan kuasa student card, kami hanya kena bayar RM15. Sebab tu kami beria-ia nak pi haha sebab murah dan berbaloi. So, sapa nak pi nanti pastikan bawak student card. Perjalanan nak ke sana ambil masa dalam 45 minit jugak la dari Kuching. 


Maaf, bagi peluang untuk kami selfie ya.


Berhadapan Kampung Budaya tu, ada Pantai Damai. Kami jalan-jalan kat pantai dulu sebab waktu sampai Kampung Budaya dalam pukul 1 lebih so orang tengah rehat. Nanti takleh jumpa abang pakai cawat. 


Bedal hotcup dulu. Nikmat gila makan tepi pantai.


Cik dan Mok.


Kampung Budaya Sarawak ni menempatkan semua jenis rumah untuk kaum-kaum yang ada di Sarawak. Ada rumah Iban, Melanau, Bidayuh, Penan, Ulu etc. Bila masuk sini, ilmu sejarah hampa akan ternyiang-nyiang dalam kepala. Siryes tak tipu. Ada peluang, mai sini. Memang best!


Pakcik ni bukan buat mop lantai ek. Dia tengah buat pedang zaman dulu-dulu yang diperbuat daripada kayu. Yang macam mop laintai tu adalah lebihan kayu yang diasah. 


Ni bersama akak dari rumah suku Orang Ulu. Orang Sarawak ni memang cantik-cantik wey.


Akak tu tengah buat tarian selamat datang dari suku Orang Ulu.


                                         
Rumah orang Bidayuh.  


Actually, ada jalan jalan yang selamat tapi kami saja-saja nak merasai pengalaman lalu ikut titi ni.  
Titi ni bahaya sebenarnya sebab buluh dia dah banyak yang reput tambah berat badan aku lagi hmmm


Last sekali kami tengok persembahan kebudayaan. Memang best dan aku bagi 4.5 bintang. Boleh kata semua orang terhibur. Banyak abang-abang pakai cawat sama 


Kampung Budaya ni sebenarnya berdekatan dengan Gunung Santubong.
Nampak dak gunung belakang tu. Bagi sapa-sapa yang suka aktiviti mendaki, boleh ambil peluang untuk mendaki gunung ni.


Dalam pukul 5 kami bertolak pulang ke Kuching. Malam tu, kami hanya makan di restoran bawah Saramo Hostel tu ja. Malas nak cari lagi makanan tradisional Sarawak. Pekena nasi ayam penyek. Sedap gak la berbaloi dengan harga. Licin aku sapu. 


                                         
Nasi ayam penyek di Restoran RJ Ayam Bakar.


Lepas makan, kami jalan-jalan area Waterfront, Kuching. Survey-survey harga t-shirt, fridge magnet dan keychain untuk bawak balik. Terbeli pun ada haha! Kat Waterfront ni ada banyak penyanyi jalanan. Apa benda ntah orang panggil. Indie band ka apa ntah. Ada yang sedap, ada yang biasa-biasa ja. Lepas tu balik hostel. Masuk bilik, aku dengan Piyin sibuk search nak buat aktiviti apa esoknya. Ingat nak pi Taman Negara Bako. Aini sibuk study uollsss. Dia ada kuiz balik nanti. Tabik spring orang macam ni. Dalam bersuka ria tak lupa tanggungjawab.


14 Januari 2014


Okey, lupa nak gtau yang Saramo Hostel ni sediakan breakfast untuk tetamu kat sini. Tapi self service la. Yang penting ada benda nak isi perut. Dan aku rasa kami tiga orang ja yang breakfast kat sini hahahaha. Tengok orang lain semua beli breakfast kat kedai. Berkeping-keping roti kami bedal. 


Muka aku teserlah kegembiraan. Maaf, selfie lagi.


Untuk ke Bako, ada bas yang ulang alik tapi kami tak dapat cari jadual perjalanan bas tu. So, tunggu bas sambil berserah. Kalau ada rezeki, dapat la pi Bako. Kalau tak, fikir aktiviti lain la jawabnya. Nak dekat sejam tunggu, alhamdulillah bas tu lalu. Yeay! Tambang RM3.50 ja sehala. 


Tiket untuk masuk ke Taman Negara Bako ni RM10 seorang. Tapi, untuk ke sana, kita kena naik bot dari jeti. Maksudnya memang kena baik juga bot baru sampai. Harga tambang bot RM94 (max 4 person). Kami tak cukup korum so naik bertiga ja. 


Realiti yang patut hampa tau ialah sungai yang kami lalu ni penuh dengan BUAYA. Sampai ja kat kaunter pendaftaran tu, penuh gambar-gambar buaya tengah serang manusia. Pastu siap ada signboard 'AWAS BUAYA MENYERANG ' Gilaaaa. Aku terfikir tempat apa yang kami mai ni. Macam tempah maut ja haha.


Waktu naik bot lalu sungai tu, keadaan aku still okey sebab air dia tenang maklumlah banyak buaya. Tapi bila dah masuk laut mulalah sikit jeritan-jeritan yang keluar dari anak tekak aku sebab ombak kuat gila. Aku memang takut air sebenarnya. Sebab tu dalam bot aku duduk tengah-tengah. Sampai lenguh aku genggam tangan Aini dengan Piyin.


Selamat sampai.


Posing dengan spek hitam bagai. Masa ni masih belum tahu realiti masuk Taman Negara macam mana. Ingatkan macam jalan-jalan kat taman bunga ja. Ha, tunggu sat.


Dalam ni, hampa boleh pilih nak lalu trek mana. Ada yang dekat, ada yang jauh. Kami pilih trek yang paling dekat iaitu ke Tanjung Paku sebab pakcik bot tu suruh balik awal takut ombak lagi kuat kalau balik petang sangat.

" 800 meter ja trek kita? "
" Dekat ja la. Awat ambil masa dua jam untuk pi balik ? "


Peta Taman Negara Bako.


Permandangan kat sini cantik sangat. Apa yang kamera tangkap tak sama dengan mata kita tengok sendiri. So, ada duit jangan pi oversea ja jalan-jalan dalam Malaysia sama.


Bukan nak kata la, tapi orang Sarawak ni sangat yakin dengan kayu kayan depa. 


Masa ni kami dah mengah sikit. Rupanya 800 meter jalan dalam hutan tak sama dengan 800 meter jalan atas padang. Awal tu banyak gila cakap, last-last dah tak bunyi suara dah.


Macam ni la keadaannya. Naik bukit, turun bukit, lalu tebing. Macam-macam halangan. Bagi perempuan, aku nasihatkan masuk sini secara berkumpulan. Kalau lelaki takpa nak seorang diri pun. Macam minah saleh tu dia dah biasa dah pastu siap tanya kami lagi " Do you see monkey? "
Dia beria-ria nak tengok orang utan. Gilaaa. Aku dok berdoa la tak jumpa binatang apa-apa.


Lap peluh, keletihan. Nasib baik tak pilih trek yang 2km. Mau terbaring kami.


Batu-batu sini berlumut so pastikan hampa pakai kasut yang sesuai. Aku awalnya nak pakai selipar ja haha.


Sikit lagi nak sampai Tanjung Paku tu, kami terserempak dengan babi hutan. Ketaq preeee jugak la. Kami cepat-cepat patah balik. Tunggu lama sikit sampai rasa dia dah pi baru kami pi balik kat sana. Berjenis-jenis doa jugak la kami baca. 


Finally, sampai di Tanjung Paku. Lepas tu, baru nampak signborad
 " AWAS BINATANG BUAS MENYERANG" 
Perghhhh, awat tak bagitau awal-awal kat kaunter tadi ?

Tapi kami tak sempat nak hayati keindahan alam kat sini, hujan pulak turun so cepat-cepat patah balik sebelum hujan lebih lebat. Ombak laut pun aku tengok makin kuat. Serammmmm. Macam mana pakcik bot tu nak mai ambil kami ? Tepat pukul 2 petang, bot dia sampai. Masa naik tu, hanya Allah yang tau perasaan aku macam mana. Dah la jaket keselamatan tu tak boleh nak zip. Kami melambung-lambung atas bot sebab ombak yang sangat kuat. Jeritan aku pun makin kuat. Terfikir kalau aku mati kat tengah-tengah laut tu macam mana?

Waktu balik tu, ada satu ombak yang tinggi. Aku dan yang lain melambung. Bila aku jatuh balik kat atas seat tu, prakkkk! Kuat gila bunyi tu. Aku ingatkan bot tu nak pecah dua rupanya seat yang kami duduk tu patah maklumlah guni beras menghentam hahaha ! Sampai ja, Aini terus minta maaf kat pakcik tu. Aku? Diam sebab maluuuu. Nasib baik pakcik tu tak kata apa. Mau dia suruh ganti jenuh la.


Balik dari Bako, terus cari makan. Pagi tu jamah roti bakaq ja kot. Kami naik sampai dari depan Waterfront untuk ke seberang. Sana la yang ada jual kek lapis. Tambang sampan ni RM 0.50 seorang sehala.


Ni nasi goreng dabai. Makan tradisional sini. Yang hitam-hitam tu la buah dabai. Kat Sarawak ja ada buah dabai ni tu yang special. Rasa dia boleh tahan la.


Aini dengan Piyin makan nasi goreng tsunami. 


Lepas makan, kami jalan cari kek lapis. Yang bestnya, kek lapis sini boleh rasa. So, rasalah sampai kenyang haha. Aku syorkan hampa beli di Kek Lapis Dayang Salhah. Terjamin kesedapannya. Kedai ni terletak belakang masjid. Dekat-dekat situ pun ada jual terubuk masin. 


Walaupun penat, Aini tetap tekun study.
#Respect



15 Januari 2014



Nak check out dah. Sesi bergambar dengan akak receptionist tu. Dia baik sangat, banyak tolong kami.


Makan before balik. Piyin makan Laksa Sarawak. Not bad tapi lidah aku suka Laksa Mama aku lagi haha.


Aku pulak try Mee Kolok. Sedap. Rasa macam maggi goreng sikit. 


Kecewa lepas tak boleh masuk Fort Margherita sebab tengah dibaik pulih. Hurm baru nak tengok tinggalan sejarah konon-konon.


Gambar wajib kalau dah mai Kuching.
#TakRare


Dalam flight pun, masih study. Ini betul bukan berlakon.


Menu dalam flight waktu balik. Masih berkongsi tiga orang hahaha!
#KemanisanUkhwah


Apa yang boleh aku cakap ialah Sarawak ni penuh dengan budaya, seni, sejarah dan keindahan alam semula jadi. Dalam masa tiga hari, semua jenis pengangkutan kami naik. Pengangkutan udara, air mahupun darat haha. Kehidupan orang sana tak sama dengan kita di semenanjung. Bagi kita jalanraya tu penting tapi sana jalan air tu sangat penting walaupun penuh buaya. Depa berani sebab depa dah biasa. Buaya dah jadi kawan. Segala pahit dan manis yang berlaku sepanjang tiga hari dua malam tu akan sentiasa terpahat di hati. Kalau ada peluang, ada duit, ada masa sila mai Sarawak !


KEEP CALM AND TRAVEL ON !