09 November 2014

Limau Limau Cafe, Melaka.

Assalamualaikum.

Hai bai bai! Muncul lagi dengan entry pasal kafe best di Jonker Street, Melaka. Limau Limau Cafe ni dekat ja dengan Daily Fix Cafe yang aku cerita dalam entry lepas. Jalan kaki tobat sampai. Limau Limau ni makanan dia boleh tahan sedap la bagi aku. Harga berbaloi dengan rasa. Decoration dia pun cool gitewww. Tuan kedai pun peramah kepada semua pelanggan macam dia tak pilih-pilih pelanggan la semua layanan sama. Aku haritu pi breakfast sini, kalau lunch aku tak berani komen sedap ke idok tapi breakfast sedap mesti lunch pun sedap kannn



Mai-mai ja terus cop sini.


Cool kan deco dia? 
Mari bersama Eric Leong



Banana Pancake, Apple Crumble with Vanilla Ice Cream and Chicken Sandwich
*nama menu sebenaqnya ingat-ingat lupa sebab panjang berjela*

RM 31.70 untuk tiga orang makan. Okey la kan? Takkan nak harga singgit plak 



Licinnnnn



Ada job vacancy weyhhh sapa nak apply cepat !




Berpuas hati dan aku bagi 3.85 bintang dari 5 :)





07 November 2014

Daily Fix Cafe, Melaka.

Assalamualaikum.


Holla guys. Lama gila aku tak muncul dengan entry pasal makanan yang best-best. Tapi kali ni nak cerita lebih kepada decoration kedai yang lawa-lawa hehe. Cita-cita aku kan nak jadi interior design kot mestilah aku tertarik kalau nampak benda-benda yang dihias dengan cantik hehe.

Memang plan dengan Saza (roomate) nak jalan-jalan kafe yang macam cool-cool dekat Jonker Street lepas habis semua test kengkonon nak hilangkan stress and just have fun. Search la beberapa tempat yang best dan semestinya HALAL. Ok, kafe ni memang decoration dia lawa. Vintage gila dan yang bestnya dia punya pelayan dia peramah dan tak sombong. 




Daily Fix Cafe ni terletak dalam kedai jual barangan kraf tangan so masuk-masuk tu hampa akan nampak bermacam jenis barangan batik dan kraf Melaka.
Eh ni bukan pelayan Daily Fix tau, inilah roomate aku, Saza Jebat




Cuba teka ni candid ka dak?
Teka laaaa




Makanan kami dah sampai !

Aku: Carrot Cake (terlebih kayu manis)
Fana: Durian Cake (rasa durian tu tak sampai)
Saza: Mint Cake (perghhhh ni memang rasa Colgate habis)


So-so la bagi aku dia punya rasa sebab harga sepotong kek pun dalam RM5++ ja. Tapi jangan la risau sebab ada banyak lagi pilihan cake yang lain macam Oreo Cheesecake and etc. Yang kami pilih ni rasa dia eksotik sikit. Manusia ni lidah tak sama kannn kalau tak kenapa ada yang suka makan biawak ye dok? HAHA !




Lepas dah habis makan, jalan-jalan pusing kafe tu cari port cantik nak tangkap gambaq.
Nidiaaaa koleksi talam zaman aku kecik-kecik. 




Dak, tu bukan cubaan korek hidung.
Tu style baru untuk bergambaq




Teringat rumah tok aku wey. Siryes !




Tenang sangat kat sini sebab tempat dia sangat rumah-rumah.




K, bye!


21 October 2014

Cameron Highland: Sweat & Sweet Escape

Assalamalaikum.

Setelah lama tak update pasal travel dalam belog ni, yeahhhh I'm back! Abon the Explorer is back! Tak kemana-mana sangat pun kali ni. Dalam Malaysia ja. Seriously, bagi aku Cameron Highland memang agak cliche la sebab orang mesti expect strawberi, ladang teh, bunga, kobis, cendawan goreng, strawberi celup coklat *nak makanan ja* tapi kali ni pengalaman aku berbeza. Sebab tu tajuk ada SWEAT & SWEET. Travel kali ini ditemani Mad Eni *nama yang tidak asing lagi*, Ila dan peserta baru Asma'.

Kami sewa kereta untuk ke Cameron Highland dan semestinya driver adalah Ila sebab dia adalah orang gunung *actually dia dah selalu naik turun Cameron so lebih tau selekoh mana nak drift bagai*. Kami naik ikut Simpang Pulai sebab jalan sana lagi okey dan kurang berbahaya berbanding ikut Tapah. Sampai Cameron dalam pukul 5.30 pagi hari Sabtu. Tidur sekejap dalam kereta sebelum solat Subuh pastu tukaq pakaian untuk naik Irau.

Dalam pukul 8.00 pagi kami cari hotel bajet untuk disewa. Masuk yang first tu tanya-tanya harga RM150. Mahaiiiii oiiii. Sebab weekend sama. Aku kalau boleh nak hat RM50 ja. Aku dengan Asma' keluar dari situ dengan perasaan tak puas hati.

Aku: Kita tidur dalam kereta ja la. Jimat sikit.

Asma': Tu la. Kita beli bantal strawberi. Kami okey ja.

Tapi last-last amik hotel tu jugak sebab Ila cakap mesti penat lepas naik Irau pastu mesti nak rehat. Dan betul kata Ila. Malam tu aku terbongkang awal gila dari yang lain. Nyenyak. 


Sebelum naik Irau.
#Selfie


Sweat Escape: Gunung Irau

Plan nak naik Irau ni diutarakan oleh Ila sebab seperti aku bagitau tadi dia ni orang gunung fit gilaaaa. Pastu banyak kali dia tanya " Sanggup ka dak nak naik Irau? ", " Larat ka dak? " dan semestinya aku akan jawab NAKKKK SANGGUPPP.

Kami sampai di kaki Irau dalam pukul 9.15 pagi. Udara sana rasa segar sangat dengan sejuk-sejuk *sapa cakap Cameron dah tak sejuk?* Aku tidur pakai 3 lapis baju tau dakkk


Untuk ke Irau, mula-mula tu disediakan laluan bertangga.
Agak mengah hahaha tapi masih steady.


Sini cuaca sejuk so bila mendaki tu takkan rasa panas langsung. 
Sejuk sampai menggeletaq wey sebab kaki dah kena lumpur so sejuk dia berganda.


Ni la sebab kenapa tempat ni dipanggil Mossy Forest. 
Boleh kata kebanyakan batang kayu atau batu sini berlumut lawaaa


Mossy Forest.
*Masih boleh senyum-senyum. Tunggu sat!


Halangan macam ni baru Level 0.01 wey. 
Ada yang lagi tinggi Level dia.


Periuk kera.
Dah lama daki baru nampak tu pun Asma' yang nampak.
Aku semakin penat dengan diri sendiri dan dah takda masa nak menikmati alam hahaha.


Sampai di Mini Irau. Baru mini????
Telan roti dengan tuna. Ada akak tu dia masak Maggi weyyyyy. Menusuk hidung.


Ila ajak stop kat sini ja sebab dia tengok semua macam dah penat tambah-tambah aku yang dah macam luntur semangat tapi sebenarnya aku teringin nak naik sampai puncak Irau walaupun rasa penat nak mati. Nasib baik ada budak-budak dari Penang yang kami jumpa time tengah naik tu dan depa ajak naik puncak sama-sama. Bukan apa takut tak sempat keluar sebelum malam sebab kami tak bawa headlamp. Rehat dalam 5 minit, kami teruskan perjalanan ke puncak Irau. 



Sebelum perasan gambar diambil oleh Ila.


Selepas perasan Ila tengah nak tangkap gambar.


Alhamdulillah, akhirnya.
Kejayaan yang manis.


Aku taktau semangat apa yang bawak aku naik Irau. Sebab fizikal dan mental aku agak lemah. Fizikal tu faham-faham la kan. Dengan tak exercise, melantak selagi tak kenyang, lembik sana sini tapi akhirnya I DID IT !

Antara kata-kata yang men'down'kan mental aku:

" Awak naik ni, nanti awak kena fikir macam mana nak turun. " *kata-kata dari tour guide yang tak dikenali*


" Rasanya awak ni tak sesuai buat aktiviti macam ni. " *sambil sengih-sengih, kata-kata dari akak yang masak Maggi atas Irau*


" Kuatnya semangat dia. " *sambil tunggu aku yang tengah terhegeh-hegeh panjat bersama lumpur di seluruh badan*

Tapi aku memang sangat berterima kasih kepada Asma', Ila dan Aini sebab bersabar dengan karenah aku, dengan muka stress aku, dengan muka mengah aku, dengan segala-galanya. Setiap kali rasa penat aku mesti akan sebut ayat ni konon-konon nak bagi semangat! Ayat takmau kalah.

" Who am I? "

Dianggarkan dalam 200 orang yang naik Irau haritu dan aku antara orang terakhir yang keluar hahahaha peduli apa janji selamat sampai. Asma' Aini dengan Ila total perjalanan ialah 9 jam tapi aku sejam lambat iaitu 10 jam. Nampak tak perbezaan masa di situ? Dan satu lagi fakta ialah aku orang yang paling berlumpur sekali sebab aku tersembam jatuh. Kalau time tu gambaq aku diambil, aku rasa mama abah pun dah tak kenal anak sendiri.


Benda penting bagi yang tak pernah naik gunung:

1. Air
2. Makanan. Roti ka nasi ka yang penting berat sebab kita perlukan tenaga yang banyak. 
3. Gula-gula. Aku makan ni rasa kurang penat sikit. Tapi last-last nak amik dari poket pun penat haha.
4. Headlamp. Sebab kita tak pasti perjalanan tu jauh mana. Setiap orang tak sama fit dia maybe ada yang lambat sikit, ada yang cepat sikit. Takut gelap tapi kita belum sampai.
5. Beg. Kalau boleh bawak sorang satu dan jangan kongsi hahaha! *pesanan kepada aku dan Aini terutamanya*
6. Kasut yang sesuai. Aini bawak kasut Phua Chu Kang kot HAHAHA! Irau ni berlumpur so pakai ja kasut getah tapi yang sesuai la. Kasut getah senang nak cuci. 
7. Jangan pakai jam, gelang, cincin atau apa-apa lagi perhiasan takut tersangkut.
8. Naik bersama orang yang boleh bagi kita semangat.


Sweet Escape: Cliche Part of Cameron Highland

Untuk ronda-ronda Cameron Highland, aku dah cakap kat Ila aku nak makan semua yang best-best sebagai tanda penghargaan kepada badan yang dah sengal-sengal, lebam dan macam warga tua jalan pun terhegeh-hegeh. Antara makanan yang sempat dibedal: Strawberi celup coklat, kimcan goreng, jagung bakaq, cendawan goreng, ais krim strawberi homemade punya, waffle strawberi, dan banyak lagi la. Terkilan sikit sebab tak dapat try nasi lemak sambal strawberi :( Maybe next time.



Takda strawberi, tak Cameron laaaa


Ais krim strawberi dengan waffle strawberi.
Sedap la dengan harga dia yang 'sedap' jugak.


Ganas-ganas pun nampak bunga cayaqqqq


Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa paling chantekkk?
Please cakap yang tengah tu


Tea time !


Kalau pasal travel ini dia orangnya.
Sebab dia faham aku, aku faham dia dan kami sama-sama faham kami.


Candid mungkin?


Bukan senang nak selfie dengan Asma'.


Kami digelar warga tua sebab terhegeh-hegeh turun tangga.
Irau, thanks sangat tau.





Ada orang tidur sambil pegang jagung bakaq hahahaha !
Nama dia Asma' 


We don't walk,
We don't run,
We travel.



Pesanan yang sangat ikhlas: 

JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA. 

21 September 2014

Final Year

Assalamualaikum.


Pejam celik pejam celik pejam eh celik balik dah nak masuk 6 tahun dah aku kat UTeM. Dari zaman diploma masuk zaman degree dan InshaaAllah kalau ada rezeki nak sambung master pulak. Kalau takda orang masuk meminang hahaha InshaaAllah. 

Tajuk PSM (Projek Sarjana Muda) atau orang panggil FYP (Final Year Project) pun dah dapat dan masih belum start satu benda lagi walaupun dah nak masuk minggu ketiga. Aku baru nak panaskan enjin kerajinan sebab biasa la awal-awal ni macam-macam benda sangat nak kena uruskan konon-konon. Sem ni taktau la apa azam aku. Masih dok terawang-awangan lagi. Selalu dah penuh dalam diari azam setiap kali masuk sem baru. Moga-moga aku cepat insaf dan kembali ke dunia realiti haha.

Doakan aku dapat perabih degree dengan jayanya :)



24 August 2014

Peristiwa Makan Tengahari.

Watak

23 - Anak sulung
20 - Anak kedua
13 - Anak ketiga
11 - Anak bongsu



23:  Pasai pa hampa dua tak pi sekolah harini? *nada nak marah*  
13:  Kemarin kan kami balik kampung tolong abah buat jamban baru kat tokwan.
11:  Penat hang tau dak. Sakit badan tu tak pi sekolah.
20:  Pastu, siap dah ka jamban tu?
13:  Tak siap lagi. Bumbung tak pasang lagi. Abah kata Jumaat minggu depan nak balik pulak.
20:  Pasai pa tak pasang siap-siap?
11:  Sebab kemarin hujan petang tu tak dan la nak pasang.
20:  Pasai pa hujan?
13:  Mana kami nak tau. Hang tanya Allah la.
20:  Pasai pa hampa tak tanya sendiri?
11:  Gilaaa !



Sabaq ja la ada adik-adik macam ni.