16 October 2015

Ipoh #TripTidurSurau

Assalamualaikum.

Hai hai bye bye. Okey, harini nak cerita pasal #TripTidurSurau. Balik dari trip Hatyai haritu aku teringin nak pi Ipoh pulak sebab aku suka Ipoh sebab aku selalu tengok filem Yasmin Ahmad. Ok, kaitan macam kurang tapi seriously Ipoh best. Memang terbaik. Disebabkan masa tu aku tak mempunyai kewangan yang kukuh aku pun bekerja sebagai penanam anak getah dengan abah. Alhamdulillah dengan duit yang tak seberapa tu la aku bersuka ria di Ipoh.

Mula-mula masa cakap dengan Syikin dan Huda pasal Ipoh depa macam what??? Macam kesian kat aku ja sebab tu depa nak join hahaha. Sekali dah sampai sana baru depa tau betapa bestnya Ipoh betapa bestnya Malaysia ni. Kami bertolak dalam pukul 9 malam ke Ipoh dan semestinya aku la yang kena drive sebab Syikin selalu dalam keletihan maklumlah orang bekerjaya penat bekerja. Kelajuan kereta sengaja aku bawak dalam 60km/j hahahaha sebab aku nak buat eksperimen mengenai penjimatan minyak. Alhamdulillah kami berjaya save minyak. Pukul 12.30 tengah malam kami sampai di Plaza Tol Ipoh. 

Turun dari kereta terus menuju surau untuk tidur. Nyenyak wey tidur kat surau. Nyaman aman damai haha. Jangan takut untuk tidur dalam surau. Baca doa inshaAllah selamat. Untuk perempuan memang la bahaya sikit tapi takdak apalah. Kena try sekali kalau dak bila lagi kan. Dalam pukul 5.30 pagi kami bergerak ke masjid berdekatan untuk solat Subuh dan mandi sebelum memulakan trip di Ipoh. Niat nak pi Ipoh memang nak makan semata-mata takdak niat sampingan yang lain. Tapi last-last banyak jugak yang kami explore. Sesat jangan cakap la tapi kami tenang ja. Serius travel kena sentiasa cool jangan stress-stress kalau kita silap jalan. 


We are ready !



Takdak niat pun nak cari lukisan dinding ni tapi bila dah terjumpa satu terus habiskan pencarian untuk ketujuh-tujuhnya haha.



Roti telur goyang for breakfast. Terbaik!



Saja pusing-pusing dekat padang Ipoh sebab aktiviti tak dirancang memang cenggini hahaha



Kalau anda jumpa wanita yang tak kisah tidur surau time travel nikahilah dia *melawak ja*



Paksa mamat cina yang lalu lalang ambil gambaq kami. 



Dengki sebab hidung dia mancung tapi hidung aku kembang 



Acah-acah jalan dengan keyakinan diri 



Plan what?



Bila la Alor Setar nak ada benda-benda cenggini?



Jenuh tahan badan atas basikal tu



Nasi Vanggey atau orang panggil Nagi Ganja tak silap aku.



Tu tengah makan ais kepal. Teringat abah selalu cerita zaman depa dulu-dulu.
RM3 uollsss cekik darah tapi ok la ada pengalaman makan ais kepal pastu gula sirap dia tumpah penuh tudung. Bukan aku la kalau makan tak tumpah.



Kellie's Castle yang dikatakan berhantu.
Yang tudung pink tu bukan hantu dia ok 



Tak sampai satu saat di udara kesan daripada lebihan berat badan.



Dinner.
Makanan dia memang marvelous ah ! 



One of the best moment ever. Late nite cycling dekat Kinta Waterfront. 



Keraih perut gelak ja memanjang. 
Rindunyaaa time ni ~~
Kami hampir-hampir melanggar couple yang tengah dating tepi sungai dalam gelap 



Aku dah serik dengan ice skating so teman ja la Huda main roller blades ni. 
Dia takpa terer walaupun jatuh berkali-kali tapi jatuh dia bermaruah hahahahaha



Perghhhh gaya peluncur negara



Beberapa saat selepas itu HAHAHAHAHAHA
Akhirnya huda jatuh di depan aku dan aku hanya mampu gelak lepas tu baru teringat nak tolong dia.
Tu lah makna kawan yang sebenar-benarnya 
*Minta ampun Huda gambar ni terlalu lawak dan kami rasa patut dikomersialkan



Balik dari Ipoh sempat tengok bola Kedah vs Sabah. Gila la first time kot masuk stadium. 
Yang lelaki jangan cakap la perangai masing-masing macam tak pernah tengok perempuan. 
Syikin pulak pakai skirt bunga-bunga ros memang lagi kena la. Baru aku faham pasai pa mama marah aku nak pi stadium hahahahaha. Tapi it's a great experience kotttt. 



Tipulah kalau tak rindu budak berdua tu :(

08 September 2015

#TripTambahBeratBadan ke Hatyai

Assalamualaikum

Lamanya tak menulis. Cuti dua bulan kat rumah dengan takdak internetnya menyebabkan aku lambat untuk berkongsi mengenai trip kali ni. Trip ke negara jiran ja pun. Trip bajet ciput janji sampai. Sebenarnya kan dalam dunia ni masing-masing dengan persepsi sendiri pasal travel. Setengah orang dia kata kalau dia pi negara omputih baru dikatakan travel, setengah orang dia kata kalau naik kapai terbang pi mana-mana baru dikatakan travel, setengah orang dia kata kalau unplanned baru dikatakan travel. Gila la kan kalau kita nak ikut cakap orang. Kita ikut cara kita. 

Bagi aku dekat atau jauh tu bukan penentu pengalaman yang kita akan dapat. Berbelanja mewah waktu travel bukannya satu keperluan. Selagi mana kita boleh berjimat kita jimat. So, kembali kepada trip ke Hatyai. Actually plan nak pi Haytai ni tercetus bila aku tengah sembang-sembang kosong dengan Ketam. Tak sampai dua minggu dari hari kami sembang tu, kami akhirnya berjaya sampai ke Hatyai hoyehhhh ! Rahsia nak travel ni bukan apa sangat pun. Niat kita tu. Betulkan niat inshaAllah sampai. Bila niat kita betul, inshaAllah akan mai segala masa lapang dan wang ringgit. Tu ja yang aku pegang dari dulu. 

Plan asal untuk ke Hatyai adalah dengan menaiki keretapi dari Alor Setar tapi disebabkan tiket sold out kami tukaq plan dengan menaiki kereta ke sempadan Thailand dan parkir di sana. Bila dah masuk sempadan Thailand, kami menaiki van dengan bayaran RM6 seorang. Murah kan. Jangan tertipu uollsss nanti akan ada muka-muka yang tidak jujur membuat tawaran yang lebih mahal sehingga mencecah RM30 seorang. Berhati-hati dan kena cerdik sikit lah haha. Senang ja sebenarnya nak cam orang tu penipu ka dak. Tengok time dia bercakap tu dia tergagap-gagap ka dak pastu pandang tepat mata dia. Kalau nak bagitau harga pun dia macam gelisah ja dan amik masa untuk fikir memang penipu la tu. 

Sampai sana, kami check in di Cathay Guesthouse. Kami cari yang murah-murah ja sebab fokus utama mai Hatyai bukannya nak honeymoon ka apa tapi nak makannnn so bilik tu asal boleh ja. Murah jugak la sebab bilik untuk triple baru RM33. Lepas dah letak beg dan siap apa yang patut kami turun bawah untuk memulakan misi menjelajah Hatyai. Awalnya ingat nak sewa scooter tapi tak jadi memandangkan kami tak berapa tau jalan kat sana dengan signboard tulisan Siam lagi memang tak boleh buat apa la. Akhirnya kami memutuskan untuk naik tuk-tuk dengan abang Ibrahim (Thailand Muslim). Tawar punya tawar sampai abang Ibrahim pening dengan kami bertiga hahaha tapi alhamdulillah dia turunkan sikit harga untuk bawa kami pusing-pusing sekitar Hatyai. 

Pengalaman naik tuk-tuk sangatlah best sebab berangin ja kat belakang. Tapi sebab abang Ibrahim jugak kot bawak tuk-tuk dengan berhemah hihihi. Tempat pertama yang kami tuju ialah Samila Beach yang terletak di wilayah Songkhla. Kat situ yang popular ialah patung buatan manusia yang menyerupai beberapa jenis haiwan sampaikan nak ambil gambaq pun berebut. Makanan kat tepi-tepi pantai tu boleh tahan menarik, sedap dan semestinya murah. Kat sana kami cuba aiskrim kelapa yang diletakkan bermacam-macam jenis rencah dalam tempurung. Unik dan menarik. Lepas dah puas ambil gambaq rakam video bagai kami meneruskan perjalanan ke Klong Hae Floating Market. Kat sana rasa macam nak gila tengok orang jual makanan. Rasa macam semua nak try. Pastu murah pulak tu. Best dan memang best. Sesuai dengan hashtag trip kami iaitu #TripTambahBeratBadan. 

Malam tu, kami keluar berjalan-jalan di sekitar bandar Hatyai. Malam kat sana hidup mungkin dengan adanya ramai pelancong. Pastu Ketam dengan Kajol depa teringin nak mengurut kami pun survey-survey dapat la harga RM20 untuk urutan satu badan. Aku tak join sebab aku jenis geli kalau orang sentuh-sentuh badan aku silap-silap boleh penendang orang hahaha. Terkejut aku tengok depa kena urut rasa macam kakak-kakak Thailand tu tengah halau hantu dalam badan depa hahaha. Biasalah kami gelak memanjang sebab rasa lawak tapi selalunya tak lawak pun kami gelak. Dah selesai tu, kami keluar dari tirai yang menghadang kami dari customer lain. Tiba-tiba ada abang-abang Kelantan dengan slang mereka dok perli-perli cakap kami ni tak tau malu dok gelak kuat. Hello, kami perempuan diurut oleh perempuan yang hampa lelaki diurut oleh perempuan tu apa cerrr??? Geram tapi tak berani nak balas balik kikikiki. 

Keesokannya, kami check out, shopping ole-ole sikit dan terus bertolak balik ke sempadan. Sempat singgah Danok sebab aku teringin nak makan daging bakaq dengan pulut ayam dengan teh ais dia. Ya ampun sedap dia tu tak tau nak kata. Dah habis makan semua tu, kami pun bertolak balik ke Alor Setar. 


Semangat tau. Pukul 4 pagi dan bertolak dari rumah.


Bilik kami just nice bagi orang yang tak cerewet dan yang penting murahhhh.


Hotcup is a must when travel.


Bila lagi nak acah-acah pakai spek hitam :P


Nasib baik Huda pinjam monopod kawan adik dia (yang semestinya takdak kaitan dengan kami haha)


Samila Beach.


Bila travel tempat tu tak penting yang penting travelmates yang sempoi dan menggembirakan.


Aiskrim kelapa. Kami beli untuk abang Ibrahim sekali sebab kami nak tackle dia ehhh


Klong Hae Floating Market. 30 baht only !


Muka tengah bagi komen pasal makanan.


Teh dia sangat sedap pastu pasu tanah liat tu boleh cuci dan simpan buat kenangan.


Spicy seafood salad. Beli sebab adik yang jual tu cantik gilaaa. Aku dah la suka tengok perempuan cantik huhu tak tahan godaaan.


#TripTambahBeratBadan


Comey dak tukang urut depa? 


Ole-ole 


Dalam van otw balik ke sempadan.


Ni dia pulut ayam. Perghhh perghhh perghhhh


Sedap ya ampun daging bakaq Danok ni *menangis nak lagi*



Apa yang aku nak cakap untuk kesimpulan trip kali ni ialah:

1. Serach dan survey harga sebelum kita pi mana-mana untuk mengelakkan kita ditipu.
2. Makan ja apa kita nak makan kat sana tapi pastikan makanan yang dijual tu halal sebab balik Malaysia takkan jumpa dah huhu.
3. Pi dengan orang yang tak banyak kerenah dan sentiasa cool dalam apa jua keadaan untuk memastikan sepanjang trip tu kita akan enjoy semua moment :)
4. Selagi kita masih muda, bertenaga, ada waktu dan wang ringgit pi la travel ke mana kita suka sebab peluang takkan mai banyak kali.
5. Sampah jangan buang merata.

P/S: I miss my 2K a lot :(


17 April 2015

#BMFRshortvacay in Pulau Kapas

Assalamualaikum.

Aku rasa sapa yang follow aku dekat Instagram mesti tau yang aku baru saja pi Pulau Kapas. It is a class trip actually. Mula-mula aku ingat benda ni macam tak best sangat sebab pi ramai-ramai tapi aku salah. Totally wrong. We were having so much fun! Sampai rasa tak boleh move on. Asyik dok scroll gambar pastu sengih sorang-sorang. Kronik tak kronik penyakit tak boleh move on ni haha.

Dengan berbajetkan RM200 setiap orang, kami ke Pulau Kapas selama 3 hari 2 malam. Tidur chalet ber'aircond' dengan attached bathroom pastu makanan yang sedap (terima kasih family Wan) pastu siap dapat tshirt yang cantik seorang sehelai pastu lagi BBQ sebanyak dua kali (first dekat Pulau Kapas and the second one dekat rumah kakak Wanie) dan macam-macam lagi la. Sebelum terlupa terima kasih kepada semua yang menjayakan program ni. Aku dah la suka pi Terengganu. Memang tak melepaskan peluang yang ada la. Macam-macam sangat momen indah yang terjadi. Tak semua boleh share tapi selamanya akan terpahat dalam hati ewahhh. 



Bersama makcik yang baru ja kenal depan masjid Unisza.



Selfie yang membuatkan aku rasa aku dah makan Qu Puteh hahaha!



BMFR girls



Art Street dekat dengan Pasar Payang



Masjid Kristal



Dah sampai Pulau Kapas



With le roommates 
*Baju semua nak boria hahaha*



Posing feeling-feeling vacation.



Kejayaan paling terbesar ialah berani snorkeling tanpa pegang bot lagi



Thanks semua sebab semua bagi semangat la boleh terjun kat tengah-tengah laut :P



On the way ke jungle treking. 



My signature pose.



Last selfie before balik.



Good bye Pulau Kapas.



#StillTakBolehMoveOn