06 June 2010

tempat mengaji

sepanjang 19 tahun aku hidup ni, ada 4 tempat pengajian yang aku dah mengaji. aku nak bgtau sedikit sebanyak kehidupan aku kat semua tempat tu.

PERTAMA : tadika pasti tok keling
nama mcm pelik skit. huhu. aku pon tak tau kenapa. tempat ni disyorkan oleh seorang jiran kami kepada ayah aku. jd aku pon dihantar ke sana. dah la jauh dr rumah. apapon aku ikut ja. hari first tu aku mula la kenal kawan2. semua ok. aku rapat ngan sowank budak nm dia Siti Hajar. sampai skank still contact. kalo raya pon dia selalu datang rumah. tp kalo kwn2 yang lain tu sorry la ek. aku dh tak kenal. hampa pon msti dah x kenal aku. apapon thanks sbb pernah jd kawan aku.

KEDUA : sk alor mengkudu
aku syg sekolah ni. banyak sangat kenangan manis, masam, pahit dan pedas kat sini. dulu, bila mama aku dtg sekolah untuk tandatangan buku rekod ja, msti guru kelas aku akan cakap "SALWA NI PENDIAM ORANGNYA". bila aku ingt balik, nk tergelak pon ada. ada ka pulak cakap aku ni pendiam.mulut aku la paling banyak cakap. kalo aku tak kenal seseorang tu xpa, tp kalo aku dah kenal, siaplah dia nk dgr celoteh aku. di sinilah aku mula membina azam untuk berjaya. abah dan mama la orang yang paling berusaha untuk melihat kejayaan aku. aku berusaha bersungguh2 dlm upsr. alhamdulillah aku berjaya. kepada Cikgu Noormaziah, Puan Lee Song Seng, Cikgu Alpikri Murid dan cikgu2 yang lain terima kasih kerana membimbing saya.Tak lupa kepada kawan2 aku yang happening nk mampos bila mai umah aku iaitu Nurul Nadia, Anis Suriani, Norashikin, Diana dan Mimie terima kasih atas persahabatan kita selama ni.

KETIGA : sm sains sultan mohamad jiwa
syukur ya Allah aku ditempatkan di sekolah ni. di sini aku belajar segalanya. kalau aku tak masuk sekolah ni mungkin aku bukan aku yang sekarang. di sini aku mula mendalami ilmu agama. mula mengetahui aurat seorang perempuan. terima kasih sekali lagi ya Allah. tempat ni xkan pernah aku lupakan. memori 5 tahun tinggal di sini akan sentiasa segar dalam diri aku. 5 tahun bersama kawan2 bukan satu jangka masa yang pendek. di sini aku belajar erti kasih sayang, pengorbanan, kesetiaan, kepercayaan dan macam2 lagi. kawan2 aku di sini dah menjadi sebahagian dari hidup aku. mereka amat penting bagi aku. kelas yang paling enjoy aku pernah duduk ialah kelas 4 Teknologi 1. Mira,Pnat,Alinn, Pah dan Aterg hampa semua mmg best sgt. Aku sedih bila form 5 kami semua dah x satu kelas. Ambil masa juga aku nak terima kami dah tak satu kelas. Selalu menangis kat Pnat. Rindu sangat2 4T1. Kalau boleh nk ulang balik time2 dulu. Dorm yang paling best ialah setiap dorm yang penah aku duduk. c14, c12, c7 n c4. semua ada cerita tersendiri. yang paling aku ingat ialah c4 coz cikgu rosnedah kata dorm tu dorm puaka coz suka bising. hehe. aku la tu yang suka bising malam2. sembang riuh rendah. tp aku tau semua tu dah jd kenangan ja. tp semua tu tersemat dlm hati aku. kawan2, hampa tak tau betapa bermaknanya hampa semua kat hati aku ni. sayang hampa sangat n xda sapa boleh ganti hampa semua dalam hati aku.

KEEMPAT : universiti teknikal malaysia melaka (utem)
aku paling tension bila org tnya "NI U KERAJAAN KA SWASTA???". mstila kerajaan sbb ada dlm pilihan upu. mentang2 la utem ni baru. huhu. sedih bila org x ramai yg tau pasal utem. bak kata kawan aku, Aman " SAYA RASA UTEM NI AKAN PUPUS ". tp xpa. glamour tu x pnting. yg pnting ialah ilmu aku yang dpt. menangis teruk gila bila mama dan abah nak balik tinggal aku. tetiba rasa sayu. Jauh kot melaka ngan kedah. kutub utara kutub selatan. tapi lepas dua minggu kat sana aku dah ok. xda la nangis bila telefon mama. masih baru lagi kat sana. freshy kot owank ckp. tp bulan depan dah jd senior. huhu. kat sini macam2 owank ada. serius kena pandai pilih kawan. mama selalu pesan jaga diri sbb kat sini dah xda orang nak kesah pasal kita. kat sni perkara yang aku selalu wat selain belajar ialah shopping, cucuk duit, sewa kereta, mkn otak2, jalan2, berkaroke, main boling n macam2 la. paling best bila time nak balik kedah. aku suka nek bas sbb boley tido lama2. air-con plak tu. kat sini aku join koir. wah!!! aku berbangga dpt menyumbangkan suara aku yang x bapa sedap ni. posisi aku Alto sbb aku tak boley capai suara Soprano. apa2 ja la. aku harap sem depan kehidupan aku di utem lebih baik n harap aku dapat belajar bersungguh2 kat sana.

KELIMA : belum dikenal pasti lagi.

2 comments:

  1. Nape yerk..cikgu tu kata camtu...'yang paling aku ingat ialah c4 coz cikgu rosnedah kata dorm tu dorm puaka coz suka bising'...laser kerr cikgu tur...

    ReplyDelete
  2. owh, x laser la. kami yang dok bising. tu yang dia ckap cmtu. hehe.

    ReplyDelete